PERSIS FASIS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Enaknya berlabuh di empuk kerusi,
Realiti sudah yang dimimpi,
Dikipas awang dan dayang kroni,
Selindung di balik tabir demokrasi,
Menyuap seranta meruntuh institusi,
Tangisan jelata tak dipeduli,
Mengadu perit tak didengari,
Rakus penuhkan kocek sendiri,
Tak cukup lagi rampuk subsidi,

Kepalsuan lantang disalak,
Awda kroni menang bersorak,
Jiwa murba tercarik rabak,
Ditoreh janji-janji yang diteriak,
Marhaen bernaung di bawah telapak,
Dipisah darjat jauh berjarak,
Tiada kudrat untuk menolak,
Nafas kebanyakan makin sesak,
Dihimpit ekonomi yang kian retak.

Sudah nasib alahai si bilis,
Diratah jerung tunggangan iblis,
Tersepit dihimpit situasi krisis,
Harta diragut menuju muflis,
Hanya menadah mengemis,
Biarkan sahaja jiwa terguris,
Dicarik kuku besi persis fasis,
Mengubat luka dengan menangis,
Mengurang pedih dengan katarsis.

Adiraja megah di atas pentas,
Bersemayam mengulit daulat bebas,
Lena beralas timbunan emas,
Lupakan mahakuasa yang di atas,
Khazanah negara selamba dirampas,
Milik hamba habis diperas,
Menadah tangan jiwa yang tertindas,
Kepada Tuhan mengharap belas,
Kezaliman kaisar minta dibalas.

HAK CIPTA TERPELIHARA
Alilla Semerah
11.9.2016
10.45 a.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro