3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keva memandang pemberitahuan di papan kenyataan mengenai Father's Day untuk keesokan hari. June 16th.

Sungguh dirinya rasa mahu muntah.

Kebetulan pula esok ada kelas Literature. Confirm prof mat saleh tu buka topik ni. Blerh. Tak perlu nak heboh sangat macam Hari Guru. Keva menyepak dinding di hadapannya melepaskan rasa bengang. Dan baharu saja dia berpusing hendak berlalu...

"Woi!"

Keva terbongkok, menahan sakit di dada perempuannya yang sejenis besar tetapi bentuk tubuh pula kurus begini. Menjadikan impak langgaran itu sungguh mencucuk begitu menyentak di bahagian sternum. Rasa macam langgar batu! Dia angkat muka memandang tajam akan si lelaki yang berkerut memandangnya. Tak habis-habis mamat piza ni! Keva merusuh terang-terang, serupa lembu gila lagaknya. Dia tunduk mencapai buku di lantai sebelum bergerak pergi.

"Dasar takde adab. Jalan tak pakai mata. Bukan nak minta maaf."

Keva terhenti. Matanya tajam menjeling si lelaki tadi yang masih tidak berlalu.

"Kau takde tempat lain ke nak hantar piza?! Sini juga tempat kau! Semak!"

Amir yang mendengar terangkat kening. "Cakap macam tak pakai otak. Woi, dah kerja aku. Kau ingat aku suka sangat nak jumpa kau? Ha? Gila."

Amir mencebik. Dia menyangka selepas pertemuan mereka di warung di malam dua minggu lalu, mungkin akan membuatkan perempuan ini lebih baik dengannya lah. Tetapi setiap kali mereka bertembung selepas itu, perempuan ini masih juga seorang perempuan yang memang tiada adab. Malah, semakin kurang ajar pula tingkahnya. Suka cari gaduh, mencarut suka hati, pemarah macam apa.

Keva memandang geram akan belakang badan lelaki itu yang hendak berambus pergi. Bahana baran di dalam hati, laju tangannya mencapai satu bata berwarna biru yang menjadi pagar tanaman bunga cantik di sisi. Baru tangannya bergerak mahu membaling, tiba-tiba ada suara lain pula yang menengking.

"Keva Alexandra! Awak nak bunuh orang pula ke?!"

Keva terhenti. Bata di tangan kanan, turut sama terhenti di dalam pegangan melepasi kepalanya. Berkerut wajahnya memandang kiri ke arah seorang pensyarah perempuan gemuk yang berkaca mata. Lecturer ni tak mengajar aku, nak sibuk apa fasal aku?! Mesti students dia bawa mulut fasal aku ni.

Keva baru mahu melawan kata-kata pensyarah itu apabila bata di tangan kanannya tiba-tiba diambil. Berkerut keningnya dengan pergerakan mamat piza yang mengambil bata itu, dan kemudian kembali diletakkan di tempat asalnya di sisi tanaman bunga.

"Sorry, ma'am. Perempuan ni ada masalah dengan saya sebenarnya. Saya cakap dengan dia sekarang. Ma'am tak perlu nak tambah demerit dia, ya?"

Keva semakin memandang benci akan si lelaki ini, yang menganggukkan kepala tanda meminta maaf kepada pensyarah gemuk tadi. Dan mulutnya terus ternganga luas sebaik saja tanpa isyarat, tangannya diseret pergi oleh lelaki ini. Dirinya ditarik jauh daripada pensyarah tadi juga daripada pelajar di sekitar.

Dah kenapa mamat ni?!

Keva cuba melawan. Langkah lelaki ini panjang daripada dia menyebabkan langkahnya sudah bertukar kepada larian kecil. Sambil itu, tangannya yang lagi satu tidak henti-henti menampar lengan lelaki ini minta dilepaskan. Apabila sudah di luar bangunan fakulti, baru lah lengannya dibebaskan.

"Kau dah kenapa?!" Kuat terus tengkingannya naik. Tangan kiri laju menggosok-gosok lengan kanannya. Mahu melegakan rasa sakit juga mahu menghilangkan rasa jijik selepas dipegang oleh si lelaki tidak berguna itu.

"Sakit sangat ke?"

Keva bulat mata. Boleh dia tanya macam tu? Memang malas mahu melayan, kakinya berpusing ingin berlalu. Tetapi lagi sekali, lengannya dipegang. Laju dia rentap kembali dengan suaranya lagi sekali menyembur. "Kau nak apa ni?!"

Amir segera mengangkat kedua tangannya di paras bahu, mengaku kalah. Rasa terkejut ada, rasa nak ketawa ada. Marah gila perempuan ni. Macam la aku lempar cat ke badan dia. Amir kulum senyum, cuba menahan tawa.

Mata Keva terjegil memandang riak mamat piza yang masih berdiri penuh di hadapannya ini. Boleh dia senyum macam tu? Angkat kedua tangan macam tu. Ingat aku nak makan dia ke?! Keva semakin merasa bengang dengan riak lelaki itu yang serupa memerli dan menyiniskan dia saja.

"Aku taknak apa-apa lah. Kan aku selamatkan kau tadi, dari kena dengan lecturer tu. Tu je."

Keva merusuh geram. "Yang kau tarik aku kenapa? Cari gaduh?"

Amir menjawab dengan tenang dan dengan senyum yang masih disembunyikan. "Tak lah. Aku tarik kau bukan sebab nak cari gaduh. Tapi sebab nak bagi kau nampak la yang aku selamatkan kau dari semua mess tu tadi. And... aku ada benda nak cakap sikit."

Keva berkerut kening.

Tidak pernah dia berbual dengan seseorang semeleret ini. Sebelum-sebelum ini, dia hanya menjawab sepatah dan terus pergi. Jika di dalam diskusi belajar, pun dia akan berdiam diri daripada menyuarakan isi pendapatnya. Dia ada je isi pendapat, tetapi dia memang tidak mahu untuk menyuarakan. Dia semata menyumbang kehendak assignment melalui pencarian Google atau bahan bacaan perpustakaan. Suaranya cuma keluar jika di dalam keadaan terdesak yang macam dia umpama mahu mati.

Tu je. Ni? Sampai berpatah-patah dia berbalas kata dengan lelaki ini. Keadaan yang tidak pernah dia lalui sepanjang belajar di sini.

"Aku malas dengar." Keva pusing lagi hendak berlalu.

Dan lagi, Amir menahan. Sebelum Keva bergerak menampar dadanya dengan buku yang dipegang, Amir bersuara dulu. "Aku taknak gaduh dengan kau. Tiap kali jumpa, asyik gaduh. Aku taknak macam tu."

Keva tidak membalas. Hanya wajahnya saja yang berkerut menyinga.

Amir senyum sedikit. Sebab comel pula Keva ni apabila hidung itu kembang begitu dan kening itu berkerut sampai timbul begitu.

Keva kembali laju menengking. "Kau senyum-senyum, ingat handsome sangat ke?!"

Terus mati senyuman Amir. Kepalanya menunduk lemah dengan keluhan nafasnya. Merasa putus asa. Dan kemudian, dia kembali memandang dan mengusul perlahan. "Asal aku nampak macam kau ni... takut dengan orang?"

Keva membalas kasar. "Apa aku pula takut? Dorang yang takut dengan aku."

"Tapi bukan itu yang aku nampak. Tiap kali aku deliver piza, aku nampak kau terus blah kalau ada orang duduk sekitar kau. Kalau terlanggar aku, kau mengamuk baran. Kadang-kadang, kau lari. Kau sangat cuba untuk mengelak daripada jumpa aku lepas meja warung hari tu. Kenapa?" Suara Amir lembut, tidak langsung kedengaran bengang.

Keva cuba untuk tidak endah akan nada mengambil berat daripada suara lelaki itu. "Kau merepek apa ni? Dah tahu aku avoiding kau, avoiding semua orang... faham-faham sudah la. Aku bukan kacau korang. Yang kau ni..." Jari telunjuknya bergerak kurang ajar menekan-nekan dada Amir. "...nak sibuk dengan aku dah kenapa?"

"Sebab aku kisah dengan kau."

Keva terdiam. Keningnya kian tajam berkerut.

Amir menambah lagi sebelum Keva akan benar-benar memberinya lebam di badan. "Aku kisah dengan kau. Sebab aku tertarik dengan kau. Kau—"

Dia tidak suka dengan balasan itu. Malas hendak mendengar penghabisan atau penyambungan kepada perkara berkenaan, terus dia sepak kaki lelaki ini. Benar-benar menyepak, benar-benar melepaskan sakit yang terbuku. "Bodoh!"

Sungguh dia tidak hendak mendengar benda yang bukan-bukan lagi sudah. Dia benci. Dia tak suka. Dia takut.

Jadi dia tidak berhenti di situ. Amir membongkok memegang kaki yang sakit, dia menolak pula bahu Amir sampai hampir jatuh terbaring Amir dibuatnya. Dia menengking begitu benci. "Kau jangan cakap pandai sangat la! Jangan borak, jangan nak tunjuk ambil berat, JANGAN KISAH, MACAM KAU KENAL AKU! Pergi mampus lah! Bodoh!"

Dan dia berlalu. Kasar jemarinya menyeka air mata sampai sakit mata dan pipi kanannya dibuatnya.

Amir terpegun kaku di dalam desisan sakitnya. Aduh~~ Aku baru nak cakap fasal gambar dia, fasal kes 15 tahun dulu...

Amir memandang belakang Keva yang mana langkah laju perempuan itu kelihatan seperti diiringi ribut petir sekali. Amir mengeluh di dalam hencot-hencot dia melangkah ke arah motosikalnya di sisi bangunan.

⧈ ⧉ ⧊



"When a father gives to his son, both laugh; when a son gives to his father, both cry."

Kedengaran ketawa hambar. Hanya profesor tua di hadapan kelas saja yang beria ketawa. Keva seperti biasa, tidak langsung memberikan perhatian. Dia asyik memandang suasana luar tingkap daripada duduknya yang paling hujung di barisan belakang.

"O gentle son, Upon the heat and flame of thy distemper..."

"...to be the father unto many sons."

"The one I love is the son of the one I hate!"

Pelbagai baris syair dan sajak yang dibaca oleh profesor di hadapan kelas. Keva tidak mendengar, apatah lagi cuba untuk memahami. Tumpuannya sepenuhnya terhadap burung-burung yang hinggap di pohon luar. Mereka berkicau bising dengan rupa paruh mereka yang luas terbuka dan ekor yang terjentik ke sana sini. Mata Keva terkebil-kebil memandang tanpa riak di muka.

"...not about son! Father's Day today, right? I am more... fathers and daughters."

Profesor yang mengajar Literature ini mempunyai ramai anak perempuan. Jadi, mungkin sebab itu lah. Keva mendengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pandangannya masih terarah ke luar tingkap. Tidak langsung mengikuti ketawa rakan sekelasnya yang sama-sama mendengar sajak yang dibaca profesor.

"...wrote the Greek poet Sappho..."

"Daughters have inspired many poets over the centuries, invoking not only feelings of love, protection, pride..."

"...range from adoration of the angelic child to laments about the indifferent, if not indignant, grown woman."

"..."A Prayer for My Daughter" is a moving portrait of a father at sea, thinking of his young daughter and imagining her future..."

Mendengarkan sebaris ayat itu, hati Keva serentak menyumpah. 'Such a bastard.'

"...depicts a father deeply aware of his daughter's pains, yet lovingly stepping back to allow her to express herself..."

"Bullshit."

Keva tidak kisah akan classmate di sebelah yang memandang terkejut ke arahnya selepas dia membisikkan sepatah itu. Matanya masih terhadap burung-burung di luar.

"Bad news is you're never gonna be the same. You're never gonna be whole, not ever again. You lost your daughter. Nothing's ever going to replace that. Now the good news is, as soon as you accept that, and you let yourself suffer... you allow yourself to visit her in your mind and you'll remember all the love she gave, all the joy she knew."

Keva tidak memandang juga akan video yang terpasang. Tetapi audio itu tetap juga terbang masuk ke dalam kepala.

"Wind River. The unsteer pain of a father, when her daughter was found raped and killed."

Keva menarik nafas panjang.

"Would you mind to give us all some piece of your thoughts... regarding this sacred bonding... Alexandra?"

Keva tahu saja gelagatnya yang memandang luar sedari tadi menarik perhatian si tua itu yang berdiri di hadapan kelas. Jadi dia bangun saja lah apabila sudah ditegur. Dan dengan riak wajah toya, dia memberikan jawapan seperti yang dipinta.

"Sacred bonding it is. All it was begin from how Nabokov winking at us with his book, his poem, through the role of Humbert. Fucking hamburger."

Selautan tarikan nafas terkejut menyelubungi seisi kelas. Beberapa kepala menoleh memandangnya. Beberapa kepala yang lain pula sama-sama tunduk menukar bisik. Profesor pula sudah menarik nafas panjang yang nyata daripada dada gemuk itu yang kian gempal.

Keva tidak hirau dan meneruskan.

"Using a book, he wants to conjure the scene up, with all its strange anatomical circumnavigations, as carefully as possible, to demonstrate to the reader that he, is not wholly a monster. When aesthetically he means, he had to ejaculate, without letting the little Lo know. Due respect, with trying hard, Nabokov and Humbert have opposing aims; but in the telling, they become as one."

Akibat geram yang bertimpa, nafasnya menjadi laju membuatkan suaranya kian kuat dan agak lantang ke seisi kelas.

"Don't you remember the poem? 'O Lolita, light of my life, fire of my loins. My sin, my soul. Lo-lee-ta: the tip of my tongue taking a trip of three steps down the palate to tap, at three, on the teeth. Lo. Lee. Ta.' 'You will go there, Lolita—my Lolita, this Lolita will leave her Charleston and go there, as the wayward girl you are. In plainer words, if we two are found out, you will be analyzed and institutionalized, my pet, c'est tout.' 'That childish wrist. My lovely child. You have a lovely child, Mr. Humbert.' You familiar with it I guess, sir?"

"Alexandra—"

"Those are it, sir. The fuckers of the daughters. Right where they stand, sir. The sacred bonding between fathers and daughters."

Wajah Keva kembali tidak beriak di dalam terusan dia membalas pandangan si profesor tua itu yang terang-terang begitu naik merah padam amarah terhadap kata-katanya sebentar tadi. Macam nak pecah muka tu. Dah lah kulit putih. Baik jadi tomato je lah, bodoh. Yeah, cursing in the Literature? Even it is just a toss aside elective? Aku kisah apa?

"Get the hell out of my class, Alexandra."

Keva mencapai beg dan selamba menjawab. "Pleasure, sir." Kakinya melangkah keluar tanpa menghiraukan semua mata yang memandang.



Keva melepak di sisi jalan, memandang mereka yang berpusu-pusu melintas di garisan kuning. Juga mereka yang tercongok di perhentian bas. Keva kemudian memandang kiri dan kanan. Sebelum dia bangun menuju ke sana sebaik terlihat beberapa ekor anjing sedang menyelongkar sampah.

Setibanya di sisi anjing-anjing berkenaan, tanpa suara, lembut tangannya naik mengusap kepala mereka. Diam dia memandang haiwan-haiwan itu yang mengais-ngais dan menggigit-gigit plastik buruk. Dan kemudian, tangannya turut bergerak membelek sisa sampah lain yang masih tidak berulat. Dia mencapai sebekas polisterin dan dia buka. Masih elok lagi rupa bihun goreng di dalamnya.

Lantas tanpa segan dan silu, tanpa malu, tanpa riak wajah, di dalam keadaan dia mencangkung... Keva menyuap saja bihun goreng tersebut ke dalam mulutnya. Dia kunyah dan dia telan. Menikmati sisa berkenaan tanpa langsung mengendahkan mereka di sekeliling.

Mereka yang terpandang perbuatan dan kedudukan Keva, tertengok sekilas dengan rasa jijik atau dengan rasa belas atau dengan tanpa apa-apa rasa dan pendapat. Pelbagai emosi dan fikiran yang boleh keluar. Pemandangan yang ditunjukkan Keva, sudah boleh diimbang oleh mata mereka jadi mereka tidak hirau dan malas mahu melibatkan diri dengan menegur. Sekarang kan zaman moden, mesti lah ada orang yang tak betul? Sudah semestinya Keva dicop sebagai si gadis pengutip sampah, si pengemis ataupun si orang tepi jalan. Memang lah pemakaian Keva bersih, tidak busuk dan tidak koyak rabak seperti homeless person yang lain. Tetapi, jika dah begitu keadaannya, terang-terang lah orang mengata Keva si orang gila. Dan mesti lah mereka malas nak bergerak menegur ke, nak bergerak membantu ke.

Masalah orang lain, buat apa mereka nak menyibuk. Setiap manusia di atas muka ini semuanya bermasalah lagipun.

Dulu, dia terperangkap di dalam kesakitan incest bersama daddy, uncle dan cousin. Sekarang, boleh dikatakan dia agak terjaga walaupun berseorangan. Dia ada tempat berteduh di kondominium, berstatus pelajar sah di KAGC. Pakaiannya sendiri menunjukkan dirinya tidaklah terlalu terumbang-ambing.

Tetapi mengapa dia boleh berada di sini? Di saat ini? Di tempat ini? Mengutip sisa makanan daripada longgokan sampah bersama anjing-anjing itu semua? Like a homeless person?

Mata yang memandang merasa hairan. Tak kurang juga yang bergelak ketawa. "Sayang... muka cantik, rupanya gila. Barang jadi."

Mereka mahu menilai dan mengutuk, Keva tidak kisah. Kerana setelah lama dia berkeadaan 'begitu' bersama daddy, dia sudah tuli dengan persekitaran.

Dia yang hendak mengunyah bihun goreng ini daripada longgokan sampah, di samping anjing-anjing ini... jadi dia hanya melakukan. Sekurang-kurangnya, dia masih kenal dirinya sendiri.

Sampah yang sebenarnya sampah.

Akibat daripada kesakitan kenangan hitam di masa lalu yang berterusan dilalui, di dalam saban saat tempoh dia membesar, menjadikan Keva kadang-kadang terlepas tingkah. Di mana dia melakukan sesuatu yang memalukan hasil daripada dorongan masa yang lepas itu. Macam perbuatannya sekarang ni.

Diri sendiri tahu dia kelihatan benar-benar tidak waras dengan perlakuan yang ditunjukkan begini. Tetapi sebenarnya dia hanya cuma mahu merasa yang dia tidak hilang. Dia tidak hilang daripada dunia nyatanya. Dunia nyatanya yang kotor dan busuk ini. Dia mahu merasa wujud, walaupun cuma wujud bagaikan satu kekotoran di dalam dunia nyatanya ini.

Dia masih hidup. Dia masih ada. Dia masih Keva.

Dia masih punyai dia.

Bagaimanakah rasa itu apabila diri mula merasa hilang daripada diri sendiri? Apa lagi yang tinggal? Tiada apa-apa? No nothing? Tanpa tiupan debu, apatah lagi nafas sendiri yang tidak lagi boleh dirasa? Hanya kebisuan?

I lose me.

Keva tidak mahu itu. She doesn't want to lose herself.

Dia terdesak.

Kerana itu, dia cuma lali mengikut aturan hidup juga aturan perlakuannya yang sentiasa dibayangi mimpi-mimpi lalu. Dia simpan kekotoran itu di dalam hati dan memorinya yang tersedia menjadi darah daging. Membuatkan dia kadang-kadang terlepas laku. Membuatkan dia bertingkah tanpa siuman serupa sekarang ini. Di tepi jalan ini, di sisi anjing-anjing ini, di sebelah longgokan sampah begini. Akibat bayangan yang tidak nyata daripada masa lalunya itu yang sentiasa mengejar.

Pada Keva... sakit sudah tiada makna. Air mata sudah tidak tahu melambangkan apa. Hidupnya terlakar duka tidak pasti daripada awal, atau daripada mula, atau daripada azali. Dia tidak tahu kenapa dan bagaimana.

Apabila dia sudah pandai berfikir, serupanya baharu sedar bahawa perbuatan daddy itu salah dan serupa terlaknat, dia sentiasa mencari jalan untuk lepas daripada cengkaman daddy sebenarnya. Mahu melarikan diri tetapi dirinya terikat. Terikat di dalam keadaan dipaksa, terikat di dalam keadaan terpaksa. Bagaimana dia mahu lepas? Bagaimana dia mahu menghentikan semua kekotoran itu daripada terus menghitamkan hati dan diri?

15 tahun di Charleston sudah menjadikan Keva cukup tuli dah dengan rasa perit, pahit apatah lagi, jerih. Sudah tidak langsung difahami apa makna kesakitan bagi semua keadaan itu. Selama 15 tahun itu lah, dia, daddy, uncle and cousin hidup di dalam keadaan yang menjijikkan hampir setiap hari.

Emotion collapse. What can do? Just let it be done. And then it will be gone.

Pengemis? Warga tepi jalan? Homeless? Dia sudah banyak kali menjadi golongan itu semua lagipun. Kerana mahu bersembunyi daripada daddy dan konco-konco. Tetapi malang, kerana dirinya tetap kembali dijumpai. Setibanya di Malaysia, selama satu minggu dia berkeadaan begitu juga. Tanpa hala tuju, tanpa makanan, tanpa wang. Hanya beg galas pakaian. Dan di tepi jalan lah dia menumpang teduh. Kerana mahu lari daripada pakcik dan sepupunya pula.

Dia berkeadaan begitu sebaik saja tiba di tengah kota di Malaysia ini. Dicampur dengan pengalaman di tanah Barat dahulu lagi. Disebabkan itu lah, perlakuannya mengutip sisa makanan, meminta-minta, berkongsi makanan dengan anjing sudah menjadi separuh daripada pengalaman hidupnya. Dah macam jadi zaman dan fasa dia membesar. Dah menjadi darah daging. Memang kebiasaan dia lah sebenarnya memakan sisa makanan yang tidak tentu hala bersihnya itu.

Menjadi sesuatu yang terbazir. Dah macam memang nasib diri dia macam tu.

Emosi sudah sedia teracun. Biologi badan apatah lagi, beribu-ribu kali ganda tersuap dengan kekotoran nutrisi.

Kematian daddy yang dibunyikan tika di Charleston tahun lepas merupakan punca pakcik dan sepupunya mengheretnya kembali ke Malaysia. Tetapi dia tidak tahu untuk apa. Dia hanya menurut itu pun selepas teruk dipukul dipaksa hampir berminggu lamanya.

Setelah tiba di Malaysia, daddy tiba-tiba muncul kembali. Menjadikan dia takut yang teramat. Dikatakan daddy sudah mati, tetapi ini apa? Rupa-rupanya itu semua merupakan rancangan daddy dan uncle untuk menjadikannya pelacur tetap di negara ini. Pelacur kelas atasan. Ke serata dunia. Dirty VIP. Seperti sepupunya, Mina.

"Aku dah kena teruk, takkan aku nak biar kau senang-senang lari? Mestilah aku tolong dua orang tua bangang tu rosakkan kau sekali, macam mana aku dah rosak! Amboi, amboi, suka hati kau. Aku dah kena teruk dengan macam-macam jantan, kau pula nak lari?! Aku takkan bagi kau hidup senang, dik! Biar kau sama rosak macam aku! Baru puas! Adil!"

Itu kata-kata sepupunya. Mina. Ketika kecil, dia memanggil sepupunya kakak kerana berusia tua lapan tahun daripada dia. Setelah dia sedar dan faham keadaan jijik yang Kak Mina lakukan kepadanya, dia terus benci akan Mina.

Sebaik mengetahui perkhabaran yang dia akan dijadikan pelacur, Keva serentak diserang rasa takut sehingga tidak boleh berfikir. Menyebabkan daddy akhirnya mati di hadapan matanya sendiri. Akibat dia yang membunuh, atau akibat dosa daddy yang meratah anak perempuan sendiri.

Keva tidak pasti. Rahsia itu hanya kekal dengannya sampai sekarang.

Yang penting, daddy sudah mati. Dan dia menyaksikan sendiri. Bersama tangannya yang basah meleleh licin dengan darah daddy. Keva tidak ingat jelas kerana malam itu dia kebengongan dan ketakutan yang amat sangat.

Kemudian, pakcik dan sepupu yang kadangkala berjaya mengesani dia di Kuala Lumpur ini, semakin menolak dia jauh ke kawasan dalam sehingga dia pastikan betul-betul yang dia terus hilang jejak daripada mereka. Tetapi sungguh dia tidak menyangka selama seminggu itu di Kuala Lumpur ini dia hidup di tepi jalan, dia akan memperoleh perhentian nyaman.

Kak Elis dan Azhar.

Dengan serba pakaian yang ala kadar, muka sembap, rambut serabai... dia menjumpai Kak Elis berdasarkan kertas iklan kerja yang dijumpai. Kotor penampilannya. Tetapi dirinya diterima. Betapa Kak Elis dan Ridhwan Azhar bak malaikat kepadanya di masa itu. Kerana mereka lah, dia terpisah maktub daripada pakcik dan sepupu gila tu. Terpisah terus, sampai sekarang.

Dirinya hampir dijadikan pelacur tetapi mungkin benar Tuhan itu ada. Saban hari dia meratib, tiada nasib. Dan baru titik itu lah, mungkin benar Tuhan itu ada. Dan menyebelahi dia. Dia jumpa Kak Elis dan Azhar. Bekerja dan sedikit menikmati rasa seronok bersama keluarga Kak Elis. Dan sekarang? Seorang pelajar kolej. Takdir bagaimana pula untuk dirinya selepas ini? Lembaran apa lagi yang akan disingkap untuk menelaah kesakitan hati?

Keva memandang polisterin di tangan yang sudah kosong. Sebelum dia terkebil-kebil memandang keliling. Anjing-anjing di sisi sudah tiada. Hanya ada dia di longgokan sampah sini. Tiba-tiba, berhenti satu motosikal di sebelah. Terus dia mengangkat muka memandang siapa yang mampir.

Lelaki ini... Kenapa dia selalu muncul?

Amir yang masih di dalam baju piza dan helmet di kepala, diam saja memandang si perempuan ini daripada atas motornya. Wajah perempuan itu yang mendongak memandangnya, membuatkan hati dia sungguh tertanya-tanya.

Keva. Di tepian jalan. Di tong sampah. Memakan sisa makanan daripada polisterin.

Dulu, dia tinggal di kalangan penagih dan kaki botol. Dan sekarang? Dia keseorangan tika di kolej. Ini? Makan di tepian jalan. Amir tidak tahu kesakitan dan kesusahan tara mana yang sudah dihadapi perempuan ini dalam dia membesar.

Tetapi, berdasarkan apa yang lepas dan apa yang dia nampak sekarang, juga daripada perbualan pendek mereka di hari semalam... dia tahu. Keva di dalam kesakitan dan kepenatan mengharungi hari.

Apa yang sebenarnya jadi pada dia?

"Nah."

Keva memandang kotak piza yang dihulurkan Amir kepadanya. Keva masih tidak beriak apa. Tidak menyambut sebaliknya hanya kembali memandang lelaki itu di dalam keadaan dia yang masih mencangkung.

Amir berbunyi selamba. "Kau suka makan lebih, kan? Ni lebih piza. Makan lah."

Keva terus berdiri mendengarkan itu. "Kau ingat aku ni apa? Pengemis?!"

Amir menjawab pula, lewa. "Lebih piza orang makan, bukan untuk pengemis. Tapi untuk kau. Aku bagi ni. Kau bukan pengemis."

Muka Keva mula naik merah. Hidungnya kelihatan kembang kempis menahan marah. Amir diam dan masih memandang.

"Nak taknak ni?"

Keva tidak tahu nak berbunyi apa lagi. Suaranya masih mahu naik menengking, tetapi perutnya berbunyi dulu. Keva tunduk menahan malu. Duit belanjanya sudah habis. Hanya mi segera yang ada. Kakinya melangkah mahu pergi. Malas nak kisah akan si lelaki gila itu.

Amir menggeleng-gelengkan kepala dengan balasan Keva. Laju dia turun daripada motosikal dan segera dia melangkah hendak menyaingi perempuan itu. Apabila sudah seiring dengan Keva, lantas dia buka kotak piza yang dia hulurkan tadi. Menunjukkan segala goodies di dalam.

"Tengok ni. Panas lagi. Lebih orang makan. Membazir nak buang. And it's still intact. Tak mahu?"

Dia memang selalu membawa pulang lebihan piza untuk adik-adiknya. Tetapi kali ini tidak mengapa lah. Bagi je dekat si budak ni. Dah kalau makan sampah tu, nampak sangat dia kelaparan, kan?

Keva memandang. Terus meleleh dirasakan air liurnya tatkala terpandang aneka piza yang ada. Wah. Dia pernah saja menikmati piza. Daddy belanja. Kak Elis juga pernah membawanya ke Pizza Hut. Tetapi tidak ada lah sampai dia sudah merasai setiap menu piza yang tertera. Dan piza yang Amir tunjukkan ini, kelihatan kedapatan semuanya. Lagi pula, nampak macam lagi sedap je.

Amir tahan senyum dengan mata Keva yang agak nampak bersinar. Nampak sangat dia lapar. Or... dia terliur sebab tak pernah makan piza, haha. Amir menunggu untuk kotak piza ini disambut Keva.

Malas nak kisah akan lelaki gila itu, tetapi dia mahukan semua piza ini. Lantas, Keva mengambil kotak piza yang dihulurkan sebelum kakinya tangkas berpusing pergi. Tak langsung mengucapkan terima kasih.

Amir tersenyum sikit memandang langkah perempuan itu ke hujung jalan. Keluhan dia lepaskan. Hatinya kasihan. Tetapi dia sendiri tidak tahu sebab apa sebenarnya dia mendekati di setiap kali dia ternampak perempuan itu di dalam keadaan yang tidak kena. Sebab bukan semata kasihan dah kalau dia serupa tidak reti untuk berputus asa macam ni. Perempuan tu ignore dan tengking dia pun, mengelak, menolak, dan menyangkalkan dia. Tetapi di sini jugak dia. Sentiasa setia muncul tatkala ternampak perempuan itu di keadaan tidak tentu.

Untuk apa? Memang aku kena tolong dia ke? Acah jadi malaikat citer Korea gitu? Cringe.

Selepas kata-kata kasar perempuan itu yang menolaknya semalam, kalau boleh dia sudah malas mahu terlibat. Nanti bakal mendatangkan masalah saja. Lagipun, bukan dia tidak tahu siapa bapa perempuan itu.

Bapa dia mesti hidup lagi, kan? Kalau aku semata nak tolong konon nak mengayat— Hei, memang tak lah. Kalau betul aku bertujuan baik pun, emm... masalah yang aku bakal kena hadap tu, tu yang aku malas.

Kepala dia tergeleng-geleng beria.

Aku pun ada keluarga lah aku nak jaga. Malas aku nak too serious dalam hal perempuan tu. Aku bagi dia lebih piza tu pun dah cukup baik.

Tangan kanannya naik menyerabutkan rambut. Sama dengan dalaman dia yang tiba-tiba serabut. Serabut jadi manusia ni, kawan. Terlampau banyak emosi yang kita nak handle. Sebab tu ramai jadi binatang. Hish.

Amir mencebik. Sekaligus mematikan telahan mengenai perempuan itu. Kakinya melangkah ke motorsikal. Mahu pulang. Malas fikir. Malas ingat.

Diserahkan kepada Allah saja lah mengenai bagaimana aturan yang akan datang.

⧈ ⧉ ⧊



"Asal along jadi rider piza?"

Amir memandang adiknya yang bertanya. Keningnya berkerut. "Dah kenapa tiber tanya?"

Adik perempuan itu sengih dulu. "Ye lah. Along kan belajar best-best? Along kan banyak ilmu? Senang je lah along nak dapat kerja. Sini pun KL. Bukannya utara Malaysia. Dulu pun along dah kerja best, kan? Kenapa berhenti? Lepas tu jadi rider je. Eii."

Amir mencebik dengan selaan Munira, si adik keduanya. Matanya kembali kepada buku di tangan. "Along gian nak jadi rempit macam masa muda-muda dulu. Tu yang along kona jadi rider balik."

Munira mencebik. Hidungnya berkerut hodoh mendengarkan balasan alongnya. "Pastu, bila along nak kahwin? 30. Eii, tua lah, along! Along dah genap 30 tahun bulan lepas tau?"

Hari ulang tahun kelahiran along di May 29 tempoh hari. Riuh mak memasak makanan kegemaran along. Along memang anak emas kesayangan mak. Munira mencebik benci. Along gedik.

Amir selamba di dalam baringnya di sofa. Sebelum kaki kanannya bergerak menonyoh pipi adik perempuannya itu. Munira menjerit. Jijik! Laju dia gosok-gosok pipi kirinya yang tapak kaki kiri abangnya duk menyapa tadi.

"Pengotor lah along ni!"

Amir cuma tidak endah. "Em, baru tahu?"

Munira mendengus. "Patutlah takde orang nak dekat along."

Amir ketawa terkekek-kekek. "Bukan kawan kau si Mimi tu datang sebab nak ngorat along ke?"

Munira terhenti. Mulutnya ternganga. "Along tahu ke?"

Amir ketawa berdekah. Buku dia letakkan dulu di atas dada sebelum perhatiannya tertumpu kepada wajah terperanjat si Munira. "Weh, gila. Along dah 30. Sekilas jelingan perempuan je, along dah tahu dia nak apa."

Munira mencebik. Sungguh merasa jijik dengan alongnya.

Suasana kembali diam bertemankan suara TV. Dan suara mak abah yang berbual di meja makan berkenaan khabar daripada aki mengenai perihal Tok Ki Pok Meli. Sepupu aki yang mereka baru tahu kewujudannya di dalam salasilah keluarga. Dan sekarang, Tok Ki Pok Meli itu sedang sakit tenat.

"Along! Ni gambar makwe along ke?!"

Terus, kepala Amir terangkat memandang si adik lelakinya, Aiman yang baru keluar daripada bilik tidurnya. Matanya memandang pergerakan Aiman yang terang-terang menunjukkan sekeping gambar itu di tangan kepada mak dan abah yang sedang berada di meja makan.

Amir laju bangkit daripada baringnya di sofa sebelum laju juga tangannya merampas sekeping gambar itu tidak sempat mendarat di tangan mak yang baru mahu menajamkan mata rabunnya untuk melihat.

"Amir! Mak nak tengok tu!"

Amir menjelirkan lidah kepada mak di dalam sengihnya. Ligat serupa lipas kudung badannya menyelinap masuk ke dalam bilik ditemani hiruk-pikuk adik-adik dan mak abah yang saling bising berkata-kata di luar. Amir mengunci pintu dan duduk di birai katil.

Gambar ni... buat apa lagi aku nak simpan? Bagi je la dekat dia. Kan? Next pizza delivery, aku bagi dia. Entah-entah, dia tak ingat dah fasal gambar ni. Amir berfikir. Sekarang, dia dah balik Malaysia. Bapa dia stay situ lagi ke? Dia macam stay dekat hostel.

Amir teringatkan Tan. Tan mesti stay situ lagi.

Amir mencapai telefon pintar dan menghubungi Tan, kawan tika dia bersekolah dulu. Ketika itu, mereka sama-sama sedang berdarah panas. Jadi semua benda baru lah mereka mahu tahu. Especially X-rated things. Amir senyum lucu teringatkan Tan.

Sekarang, dia sudah tidak lepak dengan Tan. Hanya kadang-kadang saja mereka terserempak di situ dan di sini di dalam sekitar kota Kuala Lumpur ini. Dan masih di dalam radar masing-masing lah juga dikira masuk hubungan Facebook.

"Yo."

"Tan."

Amir mendengar bunyi bising di sebelah sana. Keluhannya dilepaskan besar. "Weh keluar lah, gila! Aku tak dengar suara kau ni."

Tan ketawa di dalam dia melangkah keluar dari ruang karaoke yang sesak itu. "Yo. Why sudden calling ni?"

Amir ketawa mendengarkan broken English yang digunakan Tan. "Aku nak tanya. Kau still stay area Mergas tu, kan?"

Kepong Baru. Tan mengiakan saja. Dia menghembuskan asap rokok sambil matanya nakal memandang gadis-gadis yang melangkah menggoda.

"Kau ingat tak budak kecil, bapa dia mat saleh loser tu?"

Tan berkerut kening. Matanya tidak lagi nakal dan liar memandang gadis-gadis murah di sini. Sebaliknya, seluruh fokus tertumpu kepada perkhabaran Amir di hujung sana.

"Budak tu... yang hampir kena dengan anjing aku tu, kan?"

Amir menjawab "ya" saja.

"Nama dia Keva. Aku ingat."

Amir diam. Tan ingat nama dia, means bapa budak tu hidup lagi la dekat area lama tu? "Dia stay situ lagi tak sekarang?" Amir mengulang pertanyaannya.

Tan terus menenyehkan rokok ke dalam ashtray yang ada. "Maksud?"

Amir diam. Kemudian menyatakan juga. "Aku ada jumpa dia. So, aku terfikir. Dia stay situ lagi ke? Ke dekat tempat lain?"

Tan diam. Fokusnya kian terjurus khas ke dalam perhatian ini. Matanya memandang keliling, mencari bouncer yang ada. "Kau jumpa dia dekat mana?"

"Around Raja Chulan."

Tan segera menutup corong telefon. Dia berbisik kepada bouncer yang sudah tiba di sebelahnya. "Aku dah jumpa Keva." Kepalanya mengangguk, mengarah bouncer itu untuk memanggil Borhan. Bouncer berkenaan terus bergerak mencari Borhan.

Amir berkerut kening apabila Tan diam tidak membalas. "Tan?"

Tan kembali melekapkan telefon bimbit ke telinga. "Amir. Budak tu dah takde dekat situ. And aku chau dulu. Got some work ah."

Talian dimatikan. Amir hairan memandang skrin telefon pintarnya yang sudah gelap.




Keva melangkah keluar daripada kedai buku. Tugasan kerja sambilannya baru saja habis di jam 10 malam. Di dalam perjalanan pulang, dia memeriksa baki bank akaun miliknya di ATM yang ada. Mukanya murung. Bila gaji nak masuk?

Dengan kepala tunduk, dengan sweater membaluti tubuh, Keva berfikir. Maggi dah nak habis. Emm takkan nak minta duit dari Kak Elis? Esok je kot, gaji masuk. So, tahan je lah. Macam tak biasa. Or... boleh je kan aku curi makanan housemate? Alah, telur je. Keva senyum kecil dengan fikiran sendiri.

Tidak diendahkan siulan nakal yang kedengaran daripada kedai kopi berhampiran. Langkahnya tetap dia atur perlahan. Sebab buat apa nak kejar waktu balik kondo? Takde benda menarik pun dekat kondo. Date pun takde, siaran menarik pun takde, kucing pun takde, makanan pun takde. Sunyi je nanti. Jadi, melangkah biasa je lah menikmati dingin malam. Melayan fikiran yang menerawang seperti selalunya.

Segala-galanya hilang apabila tiba-tiba tubuhnya ditarik ke tepi ditekan ke dinding. Bulat matanya memandang siapa di hadapannya sekarang ini.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro