cont

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Akan tetapi, Amir senyum.

"Takpe, Keva. Ingat, kau ada aku, kan? Cerita semua pada aku. Aku dengar, aku ada sini. Aku takkan pergi."

Sekelip mata, esakan Keva terhasil. Dia menangis yang benaran menangis. Tetapi ini tangisan gembira. Sungguh... "Nak peluk."

Amir tersentak bangun daripada sandar. Matanya kepada Keva dengan senyuman serba salah. "Tunggu kahwin dulu. Okay?"

Keva malu sendiri. Terus dia tarik tangannya daripada sentuhan Amir dan dia tarik pula rambut depannya. Amir tersenyum lucu dengan keadaan Keva. Amir diam, memberi peluang kepada Keva untuk menutup malah mengunci rasa malunya daripada terlepas keluar lagi.

"Ehem."

Keva angkat kepala apabila Amir berdehem.

"Jadi, kau dengan Azhar... terlepas semalam lah? Sekali?" Dia ingat kata-kata Keva yang mengatakan dia baru saja tidur dengan suami orang.

Keva tunduk dan anggukkan kepala. "Aku minta maaf."

Amir tidak terus berbunyi. Dia diam dahulu. Dan kemudian, "Pakai kondom tak?" Amir bertanya dengan matanya di tangan di riba. Tidak memandang Keva di sebelah.

Amir bukan sahaja takut Keva hilang daripada dia. Dia juga takut untuk memperisterikan Keva. Dia realistik. Because of her faults also because of his faults. Amir takut jika dia tidak mampu untuk melindungi Keva sekuat-kuat dan setabah-tabah yang boleh. Sebab perkara ini bukan sahaja isu moral, tetapi isu kesihatan sejagat.

"Pakai."

Amir menghela nafas. Keva mengerling. Dia nampak Amir serupa lega. Menjadikan dia turut sama lega.

Mereka berdua diam.

Keva tahu malah dia tiada hak pun untuk memarahi Amir jika lelaki itu ada sedikit rasa jijik, tidak senang atau kecewa dengan sikapnya. Sikap ambil berat yang ditunjukkan Amir setakat ini sudah terlebih daripada mimpi dah. Dia sendiri tidak boleh berharap untuk Amir terlampau menyayangi dia apabila kekurangan dia sendiri sampai ke tahap ini.

Dah jadi keburukan kot. Bukan lagi kekurangan.

Amir tidak tenang seperti yang dilihat. Semakin banyak Keva mendedahkan, semakin dia berlawan dengan diri sendiri. Berlawan untuk terus tetap dengan pendirian dirinya. Dia sungguh... hanya mahu membantu Keva. Perasaan negatif memang ada terselit sebaik mendengar semua keburukan yang dikhabarkan perempuan itu. Tidak boleh dielak. He's human too after all. Tetapi rasa simpati, rasa mahu melindungi lebih memberat di dalam hatinya.

Amir sayangkan Keva. Sungguh.

Dia tidak menafikan bahawa dia memang merasa negatif dengan perihal Keva bersama lelaki jahanam itu. Di dalam kereta, done some downtown. Kemudian, baru semalam kejadian Keva bersama suami orang itu. Bagaikan satu pelempang hinggap di pipi dengan fakta itu.

Dan dia berupa seorang lelaki dayus nan tewas.

Tetapi kemudian apabila mendengar kekotoran air sisa yang disimbah kepada Keva di lorong busuk belakang kedai. Dan keadaan perempuan itu yang dia lihat sendiri serupa orang hilang diri di dalam keriuhan bas bulan lepas. Dan keadaan perempuan itu yang menangis meraung di tengah ramai orang yang melihat di hari semalam...

Dia nampak betapa Keva sendiri sungguh sakit dan merasa negatif dengan keadaan yang menimpa dirinya. Apa lah sangat dibandingkan dengan rasa negatif dia? Keva yang melalui, Keva yang merasai, Keva yang menyeksakan, Keva yang menanggung.

Semakin membuatkan Amir mahu melindungi dan memeluk memujuk Keva sepenuhnya saja sekarang ni.

Ya.

Keva bukan perempuan average. Keva bukan dara kampung yang benar terjaga bak puteri. Keva bukan perempuan sosial biasa yang kehilangan dara akibat kasih yang buta. Keva... was so done. Perempuan itu hanya lah manusia biasa yang sangat berharap untuk secebis kebahagiaan di dalam hidup buasnya. Dengan keadaan diri daif itu yang senyatanya sudah tidak punyai apa.

Amir tidak ragu-ragu lagi. Perempuan ini begitu memerlukan pelindung. Begitu memerlukan pelindung yang mampu untuk menjaga dan mengawalnya.

Masalah nafsu yang membuatkan ketagih.

Amir menghela nafas. Amir tidak tahu mahu mengatakan apa berkenaan itu. Tetapi yang dia pasti sekarang, Keva memerlukan pelindung.

Keva memerlukan dia.

That is a soulmate and a guardian yang betul-betul boleh menjaganya di dalam sehalal cara.

"Aku tetap nak jaga kau, Keva."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro