@CallMeAmarfi's Writing Tips

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Wattpad Malaysia genially presents CallMeAmarfi, a Wattys winner, a successful published author, an ex-Ambassador, a great Romance writer and she is best known for her story 'Mrs Kamil'. She is going to share some useful tips on writing. Please feel free to say Hi to her.

...

Hye guys! (^_^)

Seperti yang tertulis di tajuk bab ini, nama pena saya adalah Laydee Amarfi dan Username saya, CallMeAmarfi. Saya mula join wattpad ni dalam tahun 2012. Tujuan waktu itu hanya untuk membaca. Langsung tak terfikir untuk menulis. Di hujung-hujung tahun 2016, baru saya tergerak untuk publish cerita di dalam wattpad.

Baru-baru ini saya telah berjaya menerbitkan novel sulung saya yang bertajuk Mrs.Kamil di bawah naungan Penerbitan Idea Kreatif. Jujurnya, tak pernah pun terfikir nak bukukan karya saya, Tapi syukur Alhamdulillah....saya anggap ini rezeki.

Dari sini, sudah terbukti bahawa wattpad adalah salah satu di antara platform terbaik untuk penulis melonjakkan nama mereka.

Saya pernah berpeluang untuk sama-sama berganding bahu dengan Ambassadors Wattpad dari seluruh dunia dan pengalaman yang dapat saya kutip dari mereka adalah sangat berharga. Lahirnya profil ini sangat menggembirakan saya, sebab sudah lama saya tertunggu satu platform untuk membantu Malaysian lebih berani ke depan dan dalam masa yang sama menggalakkan pengguna wattpad untuk lebih mengeratkan hubungan di antara penulis dan pembaca. Tahniah untuk admin AmbassadorsMY yang berpenat lelah menjayakan profil ini sehingga berjaya sampai ke tahap ini.

Penulis dan Pembaca adalah dua perkara yang sangat penting untuk satu sama lain. Jika tiada penulis yang ikhlas menggarapkan cerita, maka tiada lah pembaca yang dapat ditangkap hatinya. Dan jika tiada pembaca yang memberi kata semangat, tiada juga penulis hebat yang akan terlahir.

Jadi di sini, saya nak kongsikan serba sedikit tentang tips menulis saya. Perhatikan betul-betul. TIPS MENULIS AMARFI. Bermakna, ini adalah style gila-gila saya. Saya kongsikan di sini kerana saya tahu, ada ketikanya, ramai yang ada jiwa menulis tetapi tidak tahu cara nak bermula. Siapa tahu, mungkin jiwa kita sama dan ini boleh membantu anda. =)

Pertamanya, TULIS.

Setiap kali ada idea baru terlintas di minda, saya akan tuliskan semua idea tersebut ke dalam satu buku conteng. Dalam kes saya, saya akan taip menjadi satu cerita pendek. Tulis lah apa sahaja walaupun mungkin semua point-point itu tidak berkait. Kerana dengan cara ini, minda kita berjalan. Cergas berlari ke sana ke mari, mencipta satu dunia baru dalam imaginasi kita. Dan untuk seorang penulis, dunia imaginasi adalah satu daripada instrumen terpenting untuk menghasilkan satu karya yang menarik.

Yang kedua adalah FOKUS.

Oii..senangnya bercakap kan? Dulu masa zaman belajar, nak fokus tu kadang-kadang ambil masa sampai satu jam! Hendak fokus pada sesuatu memang tidak mudah. Tapi tidak bermakna mustahil untuk dilakukan, betul? Jadi, sila tanam tekad di dalam hati. Kuatkan semangat untuk meletakkan jari di atas keyboard. Kerana karya yang lengkap tidak akan terhasil kalau fokus anda bertaburan, berciciran dan berterbangan ke serata alam. Melainkan anda adalah manusia yang mempunyai kuasa ajaib bernama 'MAGIC HAND'. Tulis lah apa saja, hasilnya guarrantee meletopp!! Saya sendiri pun sentiasa melalui proses 'paksa diri untuk fokus' ni.

So please, berhenti berbohong pada diri sendiri. Anda tidak ada kuasa ajaib tersebut. Dalam dunia ini, usaha adalah penting untuk mencapai matlamat. Tak sudi bagi komitmen? Tak mahu paksa diri untuk fokus? Mudah saja. Sila berhenti memasang angan untuk menjadi penulis.

Yang ketiga, RANGKA.

Rangka cerita adalah sangat penting. Apa yang kita belajar di sekolah dahulu? Yep! Betul! Kita belajar buat rangka karangan. Tapi instead of rangka karangan 5 helai kertas kajang, rangka yang ini mungkin memerlukan lebih dari itu. Umpamanya kita tengah merancang hidup kita. Mula-mula, tengah-tengah,klimaks, dan penutup.

Ini boleh dianggap seperti satu cerita kasar. Apa tujuan utama cerita anda, pengajaran yang akan mahu diselit dan senaraikan watak-watak yang anda mahu bersama karakter setiap seorangnya. Sentiasa selak semula semua senarai watak dan karakter sebab kita tak mahu karakter mereka lari di tengah-tengah cerita.

Pada saya, mencipta watak tidak mudah. Susah sangat untuk melahirkan satu watak yang nampak hidup. Fuhh..susahnya macam saya kena ingat nombor peti besi (Saya benci sangat sangat sangat kombinasi nombor peti besi dan cara pusingannya.)

Jadi, sila sila sila pastikan watak anda tak lari dari karakternya. Ini adalah satu dari perkara yang paling saya tidak suka bila membaca sesebuah cerita. Bila tindakan yang diambil watak langsung tidak sesuai dengan perwatakannya, saya akan nampak benda itu tak logik. Mungkin disebabkan itu juga saya sangat pentingkan perkara ni.

Yang seterusnya, BERI RUANG.

Apa maksud beri ruang ni? Pada pandangan saya, hasil tulisan anda juga memerlukan ruang untuk bernafas. Ya, betul, bila menulis, kita perlu ikut rangka cerita. Seperti apa yang saya katakan di dalam point sebelum ni, rangka cerita seperti anda merangka hidup anda. Watak juga ada 'life' mereka yang tersendiri. Tapi perlu juga ingat bahawa 'Kita Hanya Merancang, tetapi Tuhan Yang Menentukan'.

Apa yang cuba saya sampaikan adalah, there are times di mana anda akan terikut-ikut dengan cerita. Cerita anda dah mengawal jalan cerita sampaikan anda lost dan tersasar dari jalan yang sebenar. Pernah tak perkara ni terjadi?

Pengalaman saya, yes, hal ini pernah terjadi. Mungkin kerana saya terlampau into it, saya jadi lupa diri masa menulis (mungkin juga perkara ini terjadi sebab saya selalu buat kisah yang diangkat dari orang sekeliling, saya jadi feeling terlebih).

Jangan jadikan cerita anda robot. Terlalu mengikut pelan yang dirangka sampaikan anda terlupa hendak memberinya 'nyawa'.

Dan yang terakhirnya, HORMAT.

Hormatkan siapa? Pembaca atau penulis? Dua-dua pun bukan.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah hormatkan hasil karya anda. Sayang setiap satunya seperti anda sayang bantal busuk anda. In case hasil tulisan anda hilang atau ter'delete', pastikan anda meratap menghiba seolah-olah anda baru putus cinta. Karya tulisan saya yang ditulis semasa sekolah menengah dahulu semuanya dah hilang. Dan sampai ke saat saya sedang menulis ni pun,saya masih ingat setiap satunya dan masih tak habis bersedih. (>_<)

Keep in mind, menulis bukannya satu permainan. I know, there are some people out there yang memandang rendah pada penulis buku especially penulis novel cintan cintun macam saya ni (T^T). But hey.... who cares? Lagipun, saya ada perisai besi. Kulit saya dibuat dari konkrit. Kata lah apa saja, saya akan tetap dengan pendirian saya. Menulis adalah salah satu daripada perkara penting dalam hidup saya. Tempat saya meluah rasa, menangisi nasib mereka yang tak terbela dan mencipta pengakhiran yang bahagia.

Mungkin ada juga waktunya saya akan slow menulis atau berehat sebentar atau mungkin down dari komen pembaca. But, writing will always be my sweet escape. Satu-satunya perkara yang sepenuhnya adalah hak milik saya dan mempunyai cop mohor saya di dalam setiap ayatnya. Nobody can take this one thing from me.

Nasihat saya, ikhlas lah dalam setiap penulisan anda. Sebab saya percaya, jika anda ikhlas ...insyaAllah penulisan yang terhasil itu akan ada nilainya yang tersendiri.

Ada apa-apa pertanyaan? Tinggalkan komen anda. Jika anda segan, boleh message inbox saya. Saya akan cuba balas.

Sekian dari saya – Laydee Amarfi

 Terima kasih, Amarfi. You shared some really amazing tips. 

Enter her giveaway to stand a chance to receive critics, and a follow from her. Don't miss this chance. She'll give you some great critics that will help you improve your writing.



If you have any questions regarding writing, plotting, romance or anything else, comment below.

Jika anda ingin bertanya Amarfi soalan, tulis di bahagian komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro