@ThiyaAhmad Writing Tips

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Wattpad Malaysia open-heartedly presents ThiyaAhmad, a fantastic Romance writer, a friendly Wattpadder and she is best known for her story 'My Sweet'. She is going to just a few tips with you. So take note.

...


Assalammualaikum. Hai semua. Apa khabar ? Sihat ?

Thiya Ahmad di sini. Kenal atau tidak ni, *jari dekat dagu* haha. Saya bergurau sahaja ok. Jangan ambil hati pula. Korang semua boleh panggil saya, Thiya saja. Kalau nak panggil baby pun boleh. Uhuk uhuk ! Saya tahu sekarang korang tengah cari baldi kan. Haha. Sekejap, nah Thiya bagi baldi *sila * haha. Haa ! Lagi satu saya nak bagitahu, saya ni sejenis yang pemalu ahaks. Jangan buat saya blushing tau. Nanti saya malu hehe.

Ok kita serius. Ehem.

Pertama sekali, saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AmbassadorMY kerana memberi saya peluang untuk berucap panjang di sini. Saya bukan penulis hebat seperti yang lain. Saya masih merangkak lagi dalam bidang ini. Saya juga cuba perbaiki penulisan saya hari demi hari. Jujur saya katakan, minat menulis ni saya pendam sudah agak lama. Jangan gelak, saya tibai seorang demi seorang nanti haha. Okaylah, saya berikan sedikit tips menulis atau langkah yang perlu ada dalam memulakan penulisan.

PERWATAKAN

Penulis perlu tahu tentang 'watak' dan 'pelaku'. Watak adalah penggerak jalan cerita sesebuah novel, pelaku cuma berperanan sampingan dalam memenuhi sesuatu jalan cerita.

TEMA

Sebelum start menulis kita kena pikir dulu tema apa untuk novel kita. Tema merupakan 'dasar' sebuah penceritaan. .

SINOPSIS

Bila dah ada tema, kita tulis pula sinopsisnya. Sinopsis adalah catatan ringkas dari keseluruhan novel. Ia boleh jadi panduan bila kita mula menulis nanti.

WATAK

Dalam novel ada 4 kategori watak:

1. Watak utama @ protogonis yang menjadi tumpuan utama penceritaan.

2. Watak pembantu @ antagonis yang merupakan penentang/lawan kepada watak utama.

3. Watak sampingan untuk menyokong perkembangan cerita dan watak utama & pembantu.

4. Watak pelengkap @ watak latar untuk memperkemaskan jalan cerita aje.

Setelah mengenalpasti watak-watak, plot, dan jalan cerita, bolehlah mula menulis.

Jujur saya katakan, dalam menulis sesebuah naskah juga, kita memerlukan kesabaran . Dalam proses permulaan menulis, seseorang penulis baru seperti saya haruslah sabar bagaimana mahu mencari idea untuk menulis. Kadangkala penulis baru menghadapi masalah bagaimana mahu bercerita, mencari bahan cerita atau bagaimana membina plot-plot dalam cerita itu. Di sini kesabaran paling utama kerana proses membina cerita bukan mudah.

Saya rasa ini sahaja serba sedikit tips menulis dari saya untuk anda semua. Terlebih terkurang, saya susun sepuluh jari memohon maaf. Hiks ( ^_^ ) *malu*. Terima kasih sekali lagi pada pihak AmbassadorMY kerana memberi saya peluang bersama sama dengan penulis yang lain berkongsi serba sedikit ilmu yang ada kepada ahli wattppad yang lain.

Teruskan sokong saya dan penulis penulis yang lain ok. Korang semua tulang belakang kami. Akhir kata, THIYA SAYANG KORANG.

Muah ciked xD



Thank you for sharing these tips, Thiya. Terima kasih!

Giveaway: @ThiyaAhmad will read and comment on ONE lucky winner story. Enter here.

If you have any questions regarding writing, characters, romance or anything else, ask her in the comment below.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro