CHAPTER - 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Cepat!" Panglima James menyuruh mereka berlari dengan segera menaiki tangga naik ke atas.

Dia berada di posisi paling hadapan sekali. Senang kalau ada halangan di depan. Tak adalah nak susah lawan.

Sambil mereka berlari tu, sempat jugalah Blake memperli Darrel.

"Lain kali, kalau nak main sorok-sorok dengan bakal jodoh tu, janganlah sampai penjara. Dah kitaorang ni kena susah payah nak selamatkan kau." Kata Blake sambil langkah kakinya dipercepatkan.

"Ya lah! Jangan membebel boleh tak." Darrel tidak mempedulikan omong kosong Blake itu. Yang dia tahu sekarang, dia nak larikan diri dari situ bersama cinta hati yang sedang memegang tangannya.

Sampai di tingkat atas. Terdapat 2 orang pengawal yang sedang berjaga. Serta-merta mereka berhenti berlari.

Panglima James bergerak perlahan-lahan ke arah dia pengawal itu dan mematahkan leher mereka berdua secara serentak.

Panglima James mengisyaratkan mereka untuk terus berlari. Sampailah mereka berjaya keluar daripada istana dengan jayanya.

Mereka berlari sampailah tiba di dalam hutan berdekatan istana yang agak tebal.

"Selamat..." Darrel, Jessica, Blake dan Liam menarik nafas lega sambil terduduk kepenatan. Penat kerana bertarung dan berlari.

Manakala Panglima James dan Alan melagakan penumbuk masing-masing meraikan kejayaan dalam misi menyelamat ini.

"Kau buat yang terbaik James."

"Kau pun samalah Alan. Benda yang senang dan jimatkan tenaga." Puji Panglima James sambil diangkat tangan Alan seperti juara pertandingan.

"Terima kasih Liam." Ucap Darrel kerana dengan jasa Liam jugalah mereka dapat lepaskan diri.

Walaupun dia tak banyak berlawan. Tapi tetap dia berjasa.

"Tak ada masalah. Sekarang ni, yang paling penting kita kena keluar dari kota ni." Cadang Alan sebelum dia melemparkan serbuk pelangi dan terbentuklah portal.

"Cepat masuk." Suruh Alan sebelum mereka berenam masuk ke dalam portal itu dan pintunya pun tertutup.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Eh, kenapa kita ada dekat Kota Mellownia? Kenapa kita tak pergi Kota Ambrose?" Soal Jessica setelah mereka semua selamat berada di hutan Kota Mellownia.

"Kota Ambrose bahaya, lagipun takkanlah kau tak tahu Ariana tu macam mana. Aku takut nanti dia akan bagitahu lokasi kita dekat Raja Lucas. Dan aku rasalah...dialah orang yang bagitahu lokasi sebenar korang..." Terang Panglima James sambil duduk bersila sekejap di atas tanah.

"Hah, biar betul?"

"Betullah! Kita kan ada peramal handalan di sini." Kata Panglima James merujuk pada Alan.

"Aku setuju, sebab kalau William, dia dan Dylan sibuk merancang sesuatu yang lain. Diaorang tak ada masa nak perangkap kita macam ni." Balas Alan sambil tangannya menyelak muka surat buku diari perubatannya.

"Tak sangka pula bonda sanggup buat macam tu.." gumam Jessica kemudian dibalas anggukan oleh Darrel.

"Tapi, kalau orang tu dah gila kuasa...apa saja dia sanggup buat. Jadi kita tak boleh sangat nak percaya dengan orang macam tu." Sahut Darrel. Dia menaikkan alis keningnya meminta penjelasan untuk lokasi sementara mereka pada Alan.

"Buat masa sekarang, kita berteduh di rumah aku dulu. Nanti aku akan terangkan pada Permaisuri Grace untuk berikan perlindungan kepada korang semua. Kecuali James." Terang Alan sambil melirik sinis kepada Panglima James.

"Aih, mentang-mentanglah aku ni tak rupa orang lemah langsung, tergamak eh." Panglima James menayangkan wajah masam pada Alan.

"Ya lah! 100 orang lawan kau pun belum tentu menang." Alan sengaja je mengusik Panglima James. Lagipun takkanlah dia saja-saja tak nak melindungi sahabat sendiri kan.

"Tak apalah Alan." Panglima James pasrah dengan ketawa kecil. Dia tahu Alan cuma bergurau dengannya.

Tiba-tiba reaksi muka Alan berubah selepas membaca satu halaman kosong diari perubatannya.

"Ha, berita baik. Malam ni, korang kena pakai pakaian yang cantik dan bergaya." Alan berkata sejurus selepas membaca halaman itu.

"Hmm? Kenapa pula pakcik?" Blake bertanya dengan reaksi keliru. Apa tak cukup bergaya ke pakaian aku ni?

"Majlis makan malam diraja akan bermula malam ini." Balas Alan ringkas sebelum memasukkan semua peralatan ke dalam beg galas kainnya.

"Mari balik dulu ke rumah aku." Alan mengajak mereka semua. Lalu mereka pun meneruskan perjalanan tanpa banyak bunyi.

Kali ni tak guna portal, kata Alan nak bagi sihat tubuh badan sikit.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Pakcik, macam mana kitaorang nak pergi sana. Bukannya kami ada baju diraja pun. Nanti kalau kena halau macam mana?" Soal Blake yang kelihatan sedikit cemas.

Begitu juga dengan Darrel dan Panglima James. Mereka pun tiada pakaian rasmi yang nak dipakai. Pakaian Panglima James malam kelmarin pun sudah rosak akibat berlawan dengan askar.

"Aduh, awak ni kan. Kenapa bila dah malam baru nak cakap?" Jessica rasa macam nak tampar ke muka Blake sekarang ni, kenapa tak bagitahu dari petang tadi.

Senanglah juga Jessica nak minta tolong dekat Permaisuri Grace. Ini dah malam, sikit je lagi dah nak mula majlis.

"Maafkan kami Jessica, kami tak naklah menyusahkan kau nak carikan baju untuk kami." Balas Liam sambil menundukkan kepala.

Walaupun dia anak keturunan diraja, dia tetap menghormati Jessica.

"Jessica, tak elok marah-marah." Pesan Panglima James sebagai peringatan pada Jessica.

Jessica tersengih-sengih, terlupa pula dia seorang puteri raja. Tak sedar.

"Maaf pakcik, habis sekarang macam mana?" Jessica bertanya dengan gelisah. Dia takut Blake, Darrel dengan Panglima James kena halau pula.

Bukannya dia tak tahu, kalau salah seorang dari tetamu diraja yang datang tu tak suka, dengan senang saja mereka minta askar untuk halau mereka keluar.

"Jessica, tak payah risau." Alan mengeluarkan sesuatu, iaitu bebola kristal berwarna biru berkilauan.

Alan melemparkannya ke lantai dan keluarlah asap biru menutup pandangan Jessica buat beberapa saat sebelum asap itu menghilang dengan sendirinya.

Bila dia buka saja matanya,

"Wah! Kacaknya korang!" Puji Jessica apabila dia melihat rupa dua orang tua dan tiga orang jejaka itu berpakaian segak bergaya.

(Pakaian Darrel)

(Pakaian Blake)

(Pakaian Liam)

(Pakaian Panglima James)

(Pakaian Alan)

"Wow! Macam mana pakcik tahu ni pakaian yang saya suka?" Soal Blake apabila dia sibuk mengusap kain bajunya itu. Sungguh berkualiti!

"Ikut niat. Kalau kau niat pakaian kau macam tu, itulah pakaian kau. Kalau kau niat pakaian yang buruk, alamatnya buruklah." Terang Alan sambil tersenyum. Kemudiannya dia meletakkan botol dan diari perubatannya di atas meja semula.

"Jom, dah lambat ni. Portalios." Alan membuka portal. Kesemua mereka masuk ke dalam portal dan terus menuju ke istana Kota Mellownia.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mereka akhirnya sampai ke majlis makan malam diraja yang akan diadakan selang setahun sekali.

Lokasinya akan berubah dari satu kota ke kota yang lain. Dan pada tahun ini, Kota Mellownia menjadi pilihan.

"Ini dia, majlis makan malam diraja.." Jessica melihat dengan pandangan mata bersinar-sinar melihat suasana meriah.

Mereka memang tiba tepat pada masanya, kesemua tetamu diraja masuk ke dalam dewan istana yang dimana menempatkan meja makan dan juga makanan-makanan.


"Saya jarang tengok majlis makan malam semewah ini..." Kata Jessica dengan kagum pada Darrel.

"Eh bukan ke awak anak raja, takkanlah awak tak pernah langsung hadiri majlis macam ni?" Tanya Darrel pelik, alih-alih dia pula yang macam anak raja bila dia banyak tahu hal berkaitan istana.

"Memanglah, tapi saya tak pernah rasa senang pun. Saya kan dijaga oleh Pakcik James, jadi saya jarang hadir ke majlis gah macam ni...kalau ada pun, sekadar majlis makan malam para askar Kota Ambrose je. Bonda Ariana pun tak suka bawa saya ke majlis macam ni." Terang Jessica kemudian dia menarik tangan Darrel untuk ke tengah-tengah orang ramai.

Tempat dimana mereka berkumpul untuk mendengar ucapan yang akan diberikan oleh Permaisuri Grace.

(Permaisuri Grace berucap dari atas tangga)

"Selamat datang diucapkan kepada semua tetamu yang datang dari seluruh kota." Permaisuri Grace menyambut kedatangan mereka dengan ucapan.

"Beta berharap kalian semua akan berseronok pada malam ini. Nikmatilah semua hidangan-hidangan yang ada. Semuanya telah disediakan khas untuk kalian semua." Kata Permaisuri Grace bersama senyuman yang manis kepada semua tetamu.

Mereka semua pun menepuk tangan dengan kuat sehingga bergema satu dewan istana dek kerana tepukan itu.

Kemudian mereka masing-masing buat hal sendiri, ada yang duduk di meja makan. Manakala Jessica dan lain-lain sibuk berjalan ke arah makanan-makanan yang ada.

Ini akan menjadi malam yang panjang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro