CHAPTER - 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Shing!

Satu benda yang tajam meluru laju ke arah sesungut raksasa Krakeneus sekaligus memutuskannya menjadi dua bahagian. Krakeneus menjerit kesakitan sehingga boleh didengari berbatu-batu jauh jaraknya.

"SAKIT! SIAPA YANG BERANI BUAT BENDA NI PADA AKU! KELUAR KAU!" Krakeneus menghempaskan sesungut lain dengan sangat ganas sehingga lautan berombak.

"Aku!" Sosok itu berdiri tepat di atas kapal layar memandang raksasa itu tanpa sebarang perasaan takut ataupun terancam.

Krakeneus terkejut, serta merta dia berhenti memukul ombak lautan, mata raksasa yang besar membulat melihat sosok yang sedang berhadapan dengannya.

Panglima James Noah.

"Berani kau ya. Membuat kacau di sekitar lautan! Aku baru je tak datang ke sini beberapa tahun kau dah buat perangai! Kau sedar tak, kalau bukan disebabkan aku...kau takkan pernah rasa hidup beratus tahun!" Tongkat besi Panglima James dihalakan tepat pada mata besar makhluk raksasa itu.

Krakeneus serta merta bertukar dari menjadi raksasa ganas, terus menjadi seperti makhluk kerdil yang takut kepada pemburu.

"T-tolong! Ampunkan aku. Ampunkan aku! Aku berjanji pada kau, kali ini aku tidak akan mengacau sesiapa pun yang berlayar di lautan. Aku berjanji! Tolong jangan bunuh aku!" Rayu Krakeneus dengan suara yang ketakutan.

"Macam mana aku nak tahu kau tepati janji ke tidak?" Soal Panglima James dengan mata yang tajam.

"A-aku...aku serahkan pada kau gigi aku." Sesungut Krakeneus melilit batang giginya yang tajam dan besar, direntap kuat sehingga kedengaran bunyi patah.

Diserahkan kepada Panglima James, besarnya tiga kali ganda lebih besar dari tubuh badan Panglima James yang sasa, namun sebelah tangannya sahaja memegang gigi yang besar itu, dengan senyum simpul dia membalas,

"Baiklah, aku pegang janji kau. Kalau aku mendengar kau ada mengacau mana-mana pelayar kau menganggu mereka, aku tidak akan teragak-agak untuk bunuh kau. Faham!"

"Aku f-faham..." Krakeneus mengelak dari memandang mata garang Panglima James. Makhluk itu segera menenggelamkan dirinya ke dalam lautan dan tidak muncul lagi.

Panglima James turun dari tiang layar kapal, Jessica yang terkesima terus memeluk tubuh sasa Panglima itu,

"Pakcik datang...saya ingatkan Pakcik takkan datang..." air mata Jessica keluar dan dia tidak langsung melepaskan pelukan dari Panglima James.

"Sudahlah, jangan menangis. Aku ada je, tak ada ke mana pun." Panglima James tersenyum sambil melirik ke arah Alan.

"Kau datang tepat pada masa James. Kalau tidak, kami dah tenggelam dalam lautan," kata Alan dengan wajah tenang dan dinginnya itu.

"Aku tahu kau mesti akan panggil aku, kau tak akan boleh lawan makhluk tu. Kau hanyalah peramal dan perawat, bukan pahlawan macam aku. HAHAHAH!" Panglima James tidak melupakan ketawa bangganya itu. Membuatkan Alan rasa meluat.

"Pakcik hebatlah!" Puji Blake dengan semangat. Kalau tidak ada dia tadi, rasanya memang dah habis mereka semua.

"Aku memang hebat. Terima kasih." Panglima James mengangguk sebelum naik ke atas tempat kemudi kapal.

"Sudah! Tiada siapa yang akan menganggu kita lagi di sini. Mari kita teruskan perjalanan, siapkan layar!" Panglima James memberikan arahan sebelum sauh kapal dinaikkan dan mereka kembali semula berlayar ke tempat yang harus dituju.

❀❀

"Inilah dia...Kota Harland." Kapal Angle's Heart memasuki sempadan kota itu yang kelihatan gelap dan suram. Ada pelabuhan dimana kapal mereka akan berhenti.

Gelap dan suram.

Setelah menempuh perjalanan selama tiga hari, mereka akhirnya sampai ke tempat yang ingin mereka tujui. Niat mereka hanya ingin menjejaki Puak Kamilus dan meminta sesuatu.

"Pakcik...kenapa tempat ni gelap, suram saja. Apa yang berlaku?" Soal Blake dengan tertanya-tanya pada Alan. Tidak pula dia melihat orang atau sesiapa di sekitar pelabuhan.

Yang ada hanyalah tinggalan kapal lama yang sudah reput dan juga beberapa orang berjumpa hitam mundar mandir di sekitar bangunan kayu yang terbina.

"Dulu tempat ini tidaklah segelap yang kau nampak. Cumanya sejak Raja Marcus Winston meninggal dunia 500 tahun lepas, kota ini menjadi lebih gelap dalam era pemerintahan Raja Richard Winston, anaknya Raja Marcus," terang Alan dengan tenang.

Blake mengangguk-angguk faham, barulah dia tahu itu rupanya yang berlaku. Sebelum ini dia banyak mengembara dalam Kota Ambrose dan sekitarnya sahaja, tidaklah sampai ke sini jauhnya.

Panglima James pula sedang melepaskan sauh besi dari kapalnya dan menyuruh semua askar untuk menurunkan layar, dengan itu berhentilah kapal gergasi di sebelah pelantar kayu yang besar.

"Askar, tunggu disini sehingga kami sampai semula. Kalau sesuatu berlaku, aku akan tinggalkan tandanya untuk korang semua menjejaki kami." Arah Panglima James kepada Kyle dan Kylian sebelum dibalas dengan anggukan patuh kepada yang lebih tinggi pangkatnya.

"Baik Panglima!" Balas kedua kembar itu.

Darrel, Jessica, Liam, Blake, Alan dan Panglima James menuruti kapal melalui papan yang telah diletakkan menyeberangi pelantar kayu yang besar itu, mereka rasminya menjejakkan kaki ke kota itu.

Kota Harland.

"Mari kita pergi ke utara, saya dapat rasa ada sesuatu yang memanggil kita ke sana." Jessica meneruskan perjalanan dengan ditemani mereka tanpa banyak bicara.

Mereka perlu mencari Puak Kamilus secepat mungkin.

Langkah Panglima James terhenti apabila mendengar suara seperti bisikan dalam mindanya, dia tidak mengendahkan dan teruskan perjalanan seperti biasa. Jika dia beritahu pun, tiada siapa yang mendengarnya, dia yakin setelah melihat reaksi mereka yang tenang.

Dari jauh...

'Mereka telah sampai di tempat yang sepatutnya. Masanya sudah tiba.'

❀❀

Mereka tiba di pintu masuk Kota Harland. Kelihatan gah berdiri tetapi penuh kegelapan dan kesuraman.

"Hebatnya binaan ni semua, tapi sayangnya, nampak terbiar dan tak terurus sangat," kata Jessica dengan perasaan bercampur baur, antara teruna melihat binaan itu dan sedih melihat nasib kota yang mega akhir diselubungi kegelapan.

"Inilah namanya takdir Jessica, sesuatu benda sekiranya tidak dijaga dengan baik, akhirnya akan menjadi sama seperti barang yang tidak berharga dan buruk." Darrel mencelah dengan tenang sambil melihat sekeliling.

"Sekarang ni, macam mana kita nak cari Puak Kamilus, awak ada cara ke?" Tanya Darrel sambil melihat anak mata Jessica.

"Tak hehe," Jawab Jessica sambil tersengih-sengih. Darrel sempat tergamam sebelum tergelak,

"Haih cinta saya ni! Pandai merancang ye, dah sampai sini tak tahu." Darrel cuba mencubit pipi Jessica tetapi dihalang bila tangannya ditampar perlahan oleh Jessica.

"Suka hatilah! Kita punya suka!" Jessica ketawa sebelum melarikan diri dari dikejar Darrel.

"Jangan lari! Hei!" Darrel melaung sebelum turut sama berlari.

Tergeleng-geleng kepala Alan melihat kelakuan mereka, sudah macam budak-budak.

"Kau memang didik Jessica macam tu ke? Sebiji perangai dia macam kau." Tidak pastilah sama ada ini pujian ataupun kutukan yang diberikan oleh Alan.

"Alah, pasangan bercinta. Diaorang tengah bahagia tu, tak lama lagi bersatulah antara dua jiwa yang terpisah." Panglima James ketawa kecil sebelum disikunya Alan perlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro