CHAPTER - 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awal sangat aku bangun ni...mengantuknya!" Darrel menggosok matanya kemudian berjalan terhuyung-hayang ke arah luar rumah.

Dia terbangun pada pukul 5 pagi, waktu yang awal di tanah Mystical.

"Kau nak tahu tak, seminggu kau menghilang aku risau kau tahu tak. Mana kau pergi?"

Darrel terdengar suara seseorang sedang berbicara. Nampaknya ada lagi seorang sedang berbicara dengannya.

Bila dia melangkah ke luar rumah, dia terlihat Panglima James sedang berbual dengan seseorang.

"Pakcik, berbual apa tu? Awak pagi lagi ni." Darrel bertanya kepada Panglima James dengan wajah yang masih mengantuk.

"James, ini ke budak muda yang kau cakap dirawat oleh Jessica tu?" Tanya 'dia' pada Panglima James dengan suara dalam dan garau.

"Ya, dia lah budaknya. Darrel, Pakcik nak kenalkan kau dengan kawan kesayangan aku. Nama dia Ice." Panglima James memperkenalkan Ice kepada Darrel.

"Selamat berkenalan Encik Harimau- MAKKK! ADA HARIMAU! BESARNYA!" Darrel yang baru tersedar terus menjerit dan melompat terus ke atas Panglima James.

Sampaikan dia kena dukung Darrel secara piggyback.

"Woi kau ni apahal! Bertenanglah." Panglima James tergeleng-geleng kepala.

Ya, Ice adalah seekor harimau berwarna putih. Salah satu haiwan ajaib belaan Panglima James.

Ice datang dekat pada Darrel, "Bertenanglah manusia ajaib, aku ni tak makan orang pun...kau ni dah kira manusia ajaib yang ke sejuta terkejut tengok aku..." Ice juga turut menggelengkan kepala melihat tingkah laku Darrel.

Takut sangat.

"Erm..kau ni lelaki ke perempuan?" Darrel tiba-tiba bertanyakan soalan sebegitu.

Dalam alam Mystical ni, tak kiralah haiwan atau manusia atau benda lain, semuanya gunakan istilah jantina 'lelaki' dan 'perempuan'.

"Lelaki." Jawab harimau putih itu ringkas. Dia tak suka ditanya banyak soalan. Rimas.

"Ohh, umur?"

"Sama umur dengan aku." Panglima James pula menjawab soalan Darrel.

"Mak! Tuanya kau!" Darrel bersuara kerana terkejut, kemudian dia menutup mulutnya sendiri kerana menyedari dia telah terlepas cakap.

"Grr..." Ice menderam, nampak seperti sedang marah.

"Kau ni dah lama hidup ke apa!" Ice bersiap sedia nak menerkam Darrel, membuatkan Darrel secara langsung bersembunyi di belakang Panglima James.

"Eh sudahlah! Korang berdua ni dah macam budak-budak. Ice, sudah jangan dikacau budak tu. Nanti pengsan aku juga yang nak kena angkat." Panglima James segera meleraikan pergaduhan antara dua makhluk berbeza alam itu.

Harimau putih itu mengangguk, dia kemudian berbaring di atas rumput dan kembali untuk berbual dengan Panglima James.

"Dah, kau pergilah mandi. Bangun awal jangan nak tidur pula." Panglima James berpesan kepada Darrel sebelum meneruskan perbualan bersama haiwan belaannya itu.

"Baik Pakcik." Darrel tidak mahu membalas apa-apa. Dia terus beredar dari situ.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Darrel, Blake, awak berdua nak kemana pagi-pagi ni?" Jessica bertanya kepada dua makhluk manusia fairytale itu yang sedang bersiap-siap.

"Oh, sebenarnya kami nak sambung pergi mengembara. Ada beberapa tempat yang kami nak pergi." Balas Darrel dengan senyum sengetnya itu.

"Kenapa tiba-tiba ni? Saya ada buat salah dengan awak ke?" Jessica bertanya lagi dengan nada suara yang agak terkejut.

"Erm...saya sebenarnya dah bagitau Pakcik James dua hari lepas. Sepatutnya dia dah bagitau awak.."

"Huh...Pakcik tua tu. Mesti dia lupa lagi!" Jessica mendengus geram, memang sifat semula jadi Panglima James, dia akan menjadi pelupa kadang-kadang.

Biasalah, umur 950 tahun. Mestilah kadangkala lupa kan?

"Jadi, memandangkan dia terlupa nak cakap dekat awak. Jadi bermakna surprise! Awak dah tahu!"

Wajah Jessica masam mencuka, dia melipatkan kedua belah tangannya.

"Saya nak ikut." Jessica membalas, kemudian terus dia meluru ke dalam untuk mengambil sesuatu.

"Err tapi-"

Belum sempat Darrel nak membalas, Jessica dah keluar dengan segala kelengkapan seperti pakaian dan juga senjata seperti seorang pengembara perempuan.

"Jom. Saya nak merajuk dengan Pakcik James, biarlah dia tak tahu kemana saya nak pergi." Kata Jessica kemudian terus berjalan ke hadapan.

Blake yang dari tadi memerhatikan mereka berdua pun berkata pada Darrel, "Wah, nampaknya kita ada tetamu baru. Baguslah! Tak adalah kau sunyi dalam perjalanan. HAHAHA!"

Blake ketawa besar, kemudian dia mengikuti langkah Jessica dari belakang. Darrel mencebik, macam lah dia tak tahu yang Blake sedang ketawakan dia.

Setiap kali mengembara, Darrel mesti akan banyak bercakap. Jadi bila ada Jessica, bolehlah dia senyap sikit.

HAHAHAH!

Ok tak kelakar...

"Hoi! Korang tunggulah aku!" Darrel yang terkesima sekejap terus mengambil senjatanya yang berada di atas tanah dan terus mengejar mereka berdua yang sudah jauh di hadapan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kenapa kau tak nak ikut arahan aku.." Dylan melihat ke arah salah seorang orang suruhannya itu dengan mata yang tajam.

"A-ampun Tuanku...saya tak dapat nak melaksanakan tugas yang Tuanku berikan. Sebab ibu saya sedang sakit tenat dan juga...dia tak benarkan saya-"

Tidak sempat dia habis berkata-kata, Dylan telah bertindak menikam dia tepat di kepala dengan sebilah pisau kecil. Pisau itu ditembak dari celahan jarinya.

Cukup untuk membunuh dia.

"Pengawal!" Dylan memanggil pengawal yang sedang berjaga di pintu masuk istana.

"Tuanku." Kedua-dua pengawal penjaga melutut di adakan Dylan.

"Bawa mayat ini dan tanam dia, kemudian pergi ke rumah dia dan pastikan ibu dia dirawat dengan baik." Arah Dylan sambil menyimpan semula pisau yang telah dikeluarkan tadi.

"Baik Tuanku!" Kemudian kedua pengawal itu mengheret mayat orang suruhan tu keluar dari istana.

"Tuanku, boleh kalau saya bertanya sesuatu?" William yang sedang berdiri di sebelah Dylan kemudian bertindak bertanya kepada Dylan.

"Silakan William."

"Kenapa Tuanku...masih lagi mengambil berat tentang ibu si orang suruhan tadi? Sedangkan Tuanku telah membunuh dia."

"Aku memang telah bunuh dia, tapi aku tidak sekejam itu sampai nak biarkan ibu dia hidup dan sakit berseorangan...kalau aku hiraukan benda tu, jangan gelar aku sebagai raja..."

Dylan selesai bercakap, kemudian dia bangkit dan terus berjalan ke pintu keluar istana dengan diiringi oleh pengawal lain.

William hanya menunduk dan mengangguk semasa Dylan sedang bercakap tadi.

'Mari kita tengok sama ada raja yang baik ni akan terus baik buat selama-lamanya ke ataupun tidak..'

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Darrel, kau dah banyak berubah eh sekarang." Blake membuka mulut semasa mereka sedang dalam perjalanan.

Blake dan Darrel sedang berada di belakang manakala Jessica berada di hadapan, mungkin masih merajuk dengan Panglima James kot.

"Berubah apa pula?" Tanya Darrel yang tidak mengerti soalan Blake.

"Ye lah, sebelum ni...kau nak tengok perempuan pun kau tak suka. Tapi sekarang, sejak muncul Puteri Jessica selamatkan kau hari tu, kau dah nampak...lain, macam ada...cinta?"

"Tak adalah! Kau kena faham sesuatu Blake, aku cuma nak menghargai usaha Jessica dah selamatkan aku daripada mati kena pijak. Lagipun, takkanlah puteri anak raja macam dia tu tak ada orang yang suka? Mesti dia dah ada seseorang dalam hati dia tu." Jelas Darrel kemudian menampar lengannya kerana ada nyamuk.

"Alah! Kau tak payah nak berdalih dengan aku, bukannya aku kenal kau setahun dia. Hampir seluruh hidup aku kenal kau, dari kita kecil sampai ke besar kita kenal. Janganlah nak tipu aku, aku tahu kau dah jatuh cinta dengan Puteri Jessica kan-"

Mulut Blake ditekup oleh Darrel. Muka Darrel dah jelas cuak.

"Jangan cakap kuat-kuat! Nanti dia dengar, malu aku." Kata Darrel dalam keadaan berbisik.

Blake ketawa kecil mendengar nada suara Darrel.

"Malu konon, padahal dekat rumah dia tu bukan main kau dekat dengan Puteri Jessica. Sudahlah kau!" Blake ketawa lagi.

"Ish malas layan kau!" Darrel melakukan langkahnya mengejar Jessica yang berada di hadapan meninggalkan Blake berseorangan di belakang.

"Haih, Darrel Clifton...talam dua muka...depan cakap lain, belakang cakap lain. Kalau dah jatuh cinta tu mengaku je lah." Blake tersengih seorang diri.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro