#02 KaizoxOC

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KaizoxOC

Dont like, dont read

Just for fun
Angst
You will be Daha
(Gomennasai.. author malas cari nama)





















Warna yang pekat. Warna yang sangat diperlukan manusia untuk hidup. Tanpa warna itu, makhluk hidup mana sekalipun tidak mampu hidup. Walaupun makhluk terkutuk, mereka juga perlukan....

DARAH

salah satu mangsa telah jatuh pada dirinya.   Menjadikan dia seorang kekasih. Menikmati hari-hari dengan gembira. Perlindungan 100% diberikan hingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri.

Sehinggalah terjadinya suatu tragis yang tidak dapat dihalang.

Rambut itu sedikit berkibar dek angin sepoi-sepoi bahasa. Warna mata itu warna yang sangat menawan dan menarik. Susah didapati oleh manusia biasa. Tetapi warna matanya meredup melihat wajah yang cantik yang berada di dukungannya.

" Daha... "

Kelopak mata itu terbuka dan munculnya warna yang sangat indah untuk dipandang. Daha memandang mata yang sudah redup seperti tiada kehidupan. Tangannya mula menyentuh pipi orang yang mendukungnya.

" duduk.... bawah pokok... jom? " ajak Daha perlahan

Menurut kata-kata Daha, dia bergerak dan mula mendudukkan Daha pada pangkuannya. Membuat tubuh milik Daha bersandar pada dirinya.

" Terima kasih.. "

Untuk sesaat , mereka berdua menikmati angin yang lalu. Bunga-bunga di situ seakan menyokong mereka berdua yang sedang menikmati suasana.

" ..Kaizo... "

Lelaki bernama Kaizo itu memandang Daha.

" aku... pergi dulu ya? "

Mata iris milik Kaizo seakan tidak merelakan dia pergi. Tetapi, dia menarik nafas sebentar dan hembus dengan perlahan. Berat tetapi harus. Kaizo tersenyum tipis sambil memandang tepat pada mata milik Daha.

" Jangan lupakan aku... "

Bibir itu tersenyum mendengar suara Kaizo. Air matanya mengalir bersama dengan matanya yang mula menutup perlahan sedikit demi sedikit. Baju di bahagian perut tidak menunjukkan pergerakan manusia bernafas lagi.

Lelah.

Akhirnya Kaizo meraung tidak jelas sambil memeluk mayat yang berada di pangkuannya. Air mata mengalir sederas-derasnya. Pemergian akan kekasih hati sangat perit baginya.

Dunia perlu tahu!

Bahawa Kaizo cuma perlukan dia!

Tetapi mereka semua kejam!

Pedang berwarna biru itu dikeluarkan dari tempat. Masih tersisa lagi bekas cairan berwarna merah. Untuk kali terakhir, Kaizo memandangnya. Bibir itu masih mengukir senyuman membuat Kaizo tidak mampu memandangnya terlalu lama.

" ...tunggu aku ya... "

Bisikan itu dibawa oleh angin lalu. Dan kembalinya Kaizo dalam peperangan untuk pertahankan TAPOPS. Kalah atau Menang menjadi taruhan nyawa. Kemenangan menjadi miliknya pun, terasa tak berguna sekarang buat Kaizo.

Dia sudah pergi.









































End

OKreaders!janganlupavoteandcomment!requestmasihdibukauntukanda!!

//cepat2 cabut , tak mahu Kaizo mengamuk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro