#09 Halilintar x Solar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[Actually Hali x Female Solar]

SEMOGA
BERGEMBIRA
DENGAN IDEA
SPONTAN
AUTHOR!







[💕💕💕💕💕]

Halilintar hanya memandang wajah Solar yang.... cuba menahan sesuatu. Solar berasa dia perlu tegur Halilintar yang pandang dia sampai boleh tembus. Tembus kalau boleh nak buat lubang guna mata merah tu ja. Tembak pakai laser merah macam tu.

" k-kenapa pandang aku macam tu..?" Suara Solar yang lembut tetapi agak garang.

Halilintar hanya diam. Tetap memandang Solar dengan pandangan sukar Solar terangkan. Solar yang dipalaukan memeluk tubuh. Tidak puas hati soalannya tidak dijawab.

Solar membuat keputusan untuk pergi. Dia sudah tak mampu menahan kesakitan pada kakinya yang bengkak. Untung baginya dia pakai kain yang mampu menutup bahagian itu.

Sebelum Solar melangkah lebih jauh, tubuh Solar diangkat. Terasa seperti diterbang(lol).

"Kyaa!"

Solar terlalu terkejut diangkat sebegitu rupa. Risau diri sendiri terjatuh, dia memeluk apa saja yang mampu tahan diri dia. Tidak dia sangka akan bertemu langsung dengan wajah tampan Halilintar yang hanya tersenyum tipis.

" kau terjatuh kan..? Biar aku tolong " kata Halilintar

Muka Solar merah. Tidak sangka ada yang tahu dia jatuh tersungkur. Mesti Halilintar nampak dia jatuh yang begitu memalukan. Ah, bila difikirkan balik Solar makin malu.

"A-aku tak perlu bantuan kau...!" Solar masih dengan ego.

Halilintar hanya diam. Dia teruskan langkah untuk menghantar Solar ke tempat rawatan. Solar masih cuba menolak tetapi Halilintar tetap berdegil.

Sampai ditempat, Halilintar turunkan Solar di atas katil yang disediakan. Dengan sabar, Halilintar mengambil first aid-kit box .

" A-aku bole buat la!" Solar cuba mencapai ubat yang Halilintar keluarkan dari box itu.

Halilintar makin menjauhkan ubat dari tangan Solar. " Kau duduk diam-diam ja bole tak?" Suaranya agak tegas tetapi Halilintar cuba berlembut pada Solar.

Solar terasa dimarahi terus terdiam. Tetapi Solar berdegil. Solar mengelak kakinya dari terkena sentuhan kapas Halilintar. Solar tersenyum bangga terhadap dirinya. Halilintar memandang muka Solar.

"Aku cakap biar aku buat sendiri!" Solar masih tidak mengalah dengan egonya.

Halilintar menghela nafas. Solar tersenyum senang melihat Halilintar akhirnya mengalah-

Sekali lagi tubuh Solar diangkat, tetapi kali ini dia didudukkan di atas tempat yang agak sedikit keras berbanding tadi. Solar dapat melihat wajah Halilintar lebih dekat kali ini membuat Solar blushing! (jangan kotor sangat fikirannya ^3^)

Tanpa membuat Solar tunggu, terus sahaja kapas yang berada di hujung jarinya bergerak menuju ke tempat luka Solar. Solar merasa kesakitan segera memeluk Halilintar. Kedua-dua tangannya melingkar di leher Halilintar.

Setelah beberapa minit, Halilintar selesai merawat luka Solar. Solar merasa lega sehingga dia hanya letakkan dagunya di bahu Halilintar. Baru dia faham kenapa orang tak suka rasa sakit macam ni. Selama ni, dia yang merawat orang. Penat tahan sakit!

Halilintar tersenyum tipis melihat Solar begitu. Dia rasa berguna dapat bantu Solar kali ini.

Tanpa sedar, Solar malah tertidur di situ juga. Mungkin kepenatan melawan Halilintar. Halilintar membetulkan posisi Solar dan selimutkan dia. Halilintar hanya duduk di sebelah, menunggu mataharinya bangun semula.

" aku harap moment ni tak berakhir..." desis hati kecil si merah.

END
VOTE AND COMMENT PLEASE!
[Request always open]
P/s : depends on what request too

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro