#19 Taufan x Gempa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WARNING!
BOBOIBOY SEASON 2
SPOILER!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gempa cuma mahu satu. Gempa hanya mahu membuatkan semua element bahagia. Hidup aman damai tanpa perlu susah hati. Biarlah dia yang tanggung beban kesakitan semua itu. Tidak mahu jadi seperti Retakka yang salah guna kuasa.

Bukan mudah untuknya, tetapi lebih baik satu daripada ramai yang akan cedera.

" Gempa... "

Suara itu begitu sayu, berharap Gempa memandangnya. Gempa masih berdiam di tempat. Tidak memandang ke arah suara. Tidak juga terkejut dengan suara itu.

" Gempa...... "

Sekali lagi, suara itu memanggilnya. Walaupun Gempa tidak memandang ke belakang, Gempa sudah tahu siapakah orangnya.

" Gempa, tolonglah...! "

Suara itu agak mendesak sekarang. Marah bercampur sedih kerana Gempa tidak memandangnya. Sudah seperti dibuang di tepi jalan sampai tak mahu dipandang langsung.

" ...apa? "

Akhirnya Gempa menjawab sahutan namanya. Suaranya sedikit ceria mendengar Gempa akhirnya menjawab. Berharap Gempa akan memberi kebenaran kepada dia apa yang akan dia tanyakan!

" Aku nak bant- "

" no "

Hanya sepatah jawapan. Gempa berharap sangat dia faham. Gempa hanya mahu semuanya selamat. Bukan dia minta lebih....

... biarlah dia sahaja yang mengawalnya!

Kolar Gempa digenggam dan ditarik, menghadap empunya suara yang sayu tadi. Walaupun wajah mereka berdua sama, tetapi wajah yang biasanya ceria dan santai seakan angin sepoi-sepoi bahasa kini berwajah serius dan marah. Marah akan pelbagai perkara terutamanya sekarang.

Sebelum dia membuka mulut dan marah lebih lagi, bunyi hentakan sekeliling mula menguasai kawasan mereka berdua. Gempa mula mengerang kesakitan. Sakit yang begitu terasa sehingga ke tulang rusuk.

Sangat menyakitkan.

" Gempa... "

Tidak tahan melihat wajah Gempa seperti itu, dia menolak Gempa ke tepi tanpa belah kasihan. Dia mula bersiap sedia untuk mengambil alih..

" ..jangan...Taufan... "

Taufan memandang Gempa yang seperti sekarat pada bila-bila masa. Dia mendekati Gempa semula. Betulkan posisi Gempa supaya duduk dengan elok. Gempa mencapai tangan milik Taufan. Menggenggam tangan pemilik kuasa angin itu.

" berikan la kepercayaan kau pada aku Gempa! Aku boleh buat!! "

Taufan merayu pada Gempa. Sudah lama Taufan tahan perasaannya supaya mendengar kata-kata Gempa. Tetapi kali ini, Taufan tidak mahu berdiam diri lagi. Dia mahu berjuang sama-sama dengan element lain! Ini demi dirinya juga supaya lebih kuat dan boleh berjuang bersama-sama element lain!

Masih lagi berdiam di saat akhir. Soalan Yaya di luar diabaikan seketika. Ying cuba melindungi mereka berdua daripada diserang musuh. Gopal cuba pertahankan diri dan kawannya dengan menukarkan peluru sekelilingnya dengan makanan.

" Solar, uhuk.. kau pergi handle dulu.. "

" Gempa!! "

Taufan membantah habis-habisan. Tetapi dia tidak menghalang Solar mengambil alih tubuh Boboiboy yang asli. Segera Solar menjalankan tugasnya dengan baik. Menyerang musuh dengan pedang solar miliknya.

" Gempa... Gempa! Lepaskanlah aku! Aku nak berjuang sama-sama! "

Gempa masih berdiam. Melihat situasi Solar berjaya mengalahkan semua pengawal, Gempa sedikit tersenyum. Tetapi apakan daya, musuh juga tidak mahu duduk diam. Dia mengeluarkan serangan terakhir beliau, mengeluarkan raksasa yang besar seakan labah-labah(🤣 memang labah² pun).

Mereka semua terperangkap pada jaring tersebut, membuatkan mereka sekarang tersekat. Gempa sedikit cemas melihat keadaan mereka semua.

"Gempa tolong beri aku peluang!! "

Setelah beberapa kali berfikir, Gempa memandang Halilintar dan Ais yang siap sedia di sana. Ada juga Blaze, Solar, dan Duri melihat ke arah mereka berdua. Mereka semua bersedia mendengar arahan daripada Gempa. Di saat gentir ini, Gempa sahaja yang mampu berfikir rasional.

" .. baiklah, kau kena pergi dengan Halilintar dan Ais. Aku serahkan tugas lepas ni pada korang bertiga " kata Gempa mutlak.

Setelah Gempa selesai berkata-kata, Gempa terus sahaja tidak sedarkan diri. Taufan segera mengambil alih daripada Solar. Mereka bertiga pun keluar dan menyerang sang lelabah. Tetapi musuh terlalu kuat.

Taufan mengelak semua cairan racun lelabah dan selamatkan KuPuteri. Walaupun Taufan di situ, KuPuteri adalah pemilik asal kuasa Taufan. Karantular masih lagi menyerang keadaan di situ. Ais dan Halilintar menyerang raksasa itu sehabis mungkin.

" macam mana tuanku kurung dia dulu? " Taufan mula mencari solusi

" aku kalahkan dia dengan menggunakan kuasa beliung! " balas KuPuteri

Taufan terkejut mendengarnya, "Kuasa beliung? " Taufan seperti teragak, tetapi masa mendesak dia, " Jadi... saya kena berikan kuasa beliung pada tuanku! "

Wajah KuPuteri begitu sedih dan pucat, " Dah tak sempat. Pindahan kuasa beliung akan memakan masa yang lama "

Taufan semakin terkejut dengan jawapan KuPuteri. Belum sempat dia menjawab, Halilintar terhempas di dinding berdekatan dengan Taufan berdiri.

" Halilintar!!! "

Dalam masa yang sama, Ais juga diserang. Taufan melihat Halilintar dan Ais dalam kesusahan! Dia segera memanggil kembali bergabung dengannya.

" Fikir betul-betul Taufan "

Seketika suara Gempa terdengar di telinganya.

" Kena fikir keselamatan orang lain supaya diaorang selamat " suara Gempa yang mementingkan oramg lain tetapi tidak memikirkan keselamatan dirinya sendiri.

" serang musuh secepat mungkin, supaya semuanya cepat selesai! " senyuman Gempa begitu meyakinkan di ingatannya membuatkan dia yakin dengan keputusan itu.

Taufan bertindak seperti Gempa katakan padanya sebelum ini. Peramos terkejut dengan tindakan Taufan menyebabkan dia terlepas cokmar cahaya itu. Kawan-kawannya bersorak dengan tindakan luar biasa Taufan. Tetapi wajah Peramos begitu pucat membuatkan Taufan terasa seperti perkara buruk bakal belaku.

" ...Tanpa cokmar cahaya, tiada apa yang dapat menghalang karantular dari mengganas! "

Taufan.. menyesal..

Semua perkara yang terjadi berlaku begitu cepat. Taufan tidak mampu berfikir lagi. Semuanya terasa begitu gelap dan terlalu pantas untuk dia proses apa yang terjadi pada dirinya.

" Taufan... "

Suara lembut Gempa kedengaran. Membuat dia kembali kepada dunia asal dia berada. Kuasa yang membuatkan dia tidak mampu mengawal diri. Suara KuPuteri kedengaran di kepalanya. Tetapi belum mampu tenangkan dia.

" lepaskan kuasa tu Taufan... "

Suara itu begitu lembut. Taufan dapat melihat senyuman lembut itu memanggil dengan suara itu. Sangat menyenangkan walaupun hanya membayangkannya.

Dan akhirnya semuanya berakhir begitu sahaja.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
END
Taufan x Gempa

Done one haha.
Spoiler Boboiboy musim 2
Dari isu 14 guys

JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro