1 / Meeting

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I love you dangerously.



"Let's end our marriage." Tanpa berfikir panjang. Lelaki itu terus bersetuju. Senyuman nipis mula terukir di bibirnya.

5 tahun. 5 tahun mereka menjalinkan perkahwinan. Sempurna, tiada cacat cela. Mereka menjalankan kehidupan perkahwinan dengan sempurna.

Lebih dari 20 tahun mereka mengenali satu sama lain. Sejak mereka berusia 10 tahun lagi dan menjadi kawan baik untuk waktu yang lama sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Namun kenapa? Kenapa selepas 5 tahun, wanita itu mengungkapkan hasrat untuk berpisah?

Secara jujurnya, walaupun kedua-dua mereka bersetuju untuk berkahwin. Namun kedua-dua mereka langsung tidak memiliki rasa suka atau cinta melebih dari seorang kawan.

Keputusan yang dibuat hanyalah kerana bagi mereka, perkahwinan yang terjalin hanyalah atas dasar ingin membalas budi atas satu sama lain.

"Kalau itu keputusan you.. I lepaskan you dengan rela. Mungkin dengan menggekalkan status kawan lebih baik?" Ujarnya dengan suara yang lembut, langsung tidak berasa kecewa mahupun marah dengan keputusan yang dibuat oleh wanita yang berada di hadapannya.

Wanita itu mengetap bibir. Dia sedaya upaya menahan diri dari melepaskan mutiara yang sedang bertakung di matanya.

Suasana menjadi sepi dan cukup janggal. Lelaki itu memeriksa telefonnya sebaik sahaja dia menerima satu panggilan.

"Tessa.. I got to go. I ada meeting kejap lagi. You nak I hantar you balik atau?" Tessa menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

"No need, Tae. I boleh balik naik Grab."

Kim Taehyung mengangguk perlahan. "I'm so sorry.." Ujarnya perlahan. Taehyung mula melangkah kaki untuk meninggalkan Tessa sendirian di restoran tersebut. Namun langkahnya terhenti. Dia menoleh semula ke arah isterinya ; atau tidak lama lagi gelaran itu akan kembali bertukar sebagai 'kawan baik'.

"Tessa Oh." Tessa menatap tepat ke arah sepasang mata milik Taehyung.

"Why are we willing to accept the happiness that love cause and not the pain that comes with it? The world need to maintain its balance."

———

Knock Knock.

"Miss Oh."

Tiada respond.

"Miss Oh!" Bahunya dicuit dan itu membuatkan dia tersedar dari lena. Dia menoleh ke arah figura yang mengejutkannya itu.

"Aaa, Irene. Maaf, saya tertidur." Dia tersenyum lembut ke arah pelajar bernama Irene itu. Irene melihat ke arah lecturer muda itu dengan wajah yang risau.

"Are you okay, Miss Oh?? Your face nampak pucat gila." Tessa menggeleng kecil.

"I'm okay, sweetie. Maybe, I penat sikit sebab semalam I marking kertas sampai pukul 2 pagi. By the way, kenapa you nak jumpa I?"

No cap, tapi memang benar. Dia menanda kertas assignment milik pelajarnya sehingga pukul 2 pagi. Dan selepas siap menanda, dia tidak boleh untuk tidur akibat caffeine yang diambilnya terlalu banyak.

Sejak dia berpisah dengan bekas suaminya, tiada lagi orang yang sering mengingatkan untuk tidak mengambil caffeine yang berlebihnya.

Tsk. Benda yang lepas jangan dikenang!

"Here.. my draft." Irene menghulurkan draft film yang diminta oleh Tessa minggu lepas. Tessa mengangguk sambil tersenyum.

"Good. You always hantar before dateline."

"Thank you, Miss Oh. Saya minta diri dulu." Irene menunduk sedikit tubuhnya tanda hormat kepada Lecture muda itu.

Sedang Tessa memeriksa draf milik Irene, telefon pintarnya berbunyi. Dia melihat pesanan yang dihantar oleh sahabatnya, atau lebih tepat.. bekas suaminya.

Taetae : Let's lunch together.

Taetae : You don't have to spend a penny, I am buying you food.

Oh great. Free stuff is my favorite btw.
Sent location pls.

Taetae : I ambil you kat college around 2:30 pm.

Okay, Tae.  See ya

Taetae : ❤️

Walaupun sudah bergelar bekas suami isteri, namun hubungan sahabat mereka berdua masih kuat. Tessa mengerling ke arah jam tangannya.

Pukul 11:45 am. Kelas seterusnya bermula pukul 12 tengah hari. Tessa mula mengemas barang miliknya dan melangkah menuju ke kelas yang bakal diajar olehnya sebentar lagi.

———

Jungkook melangkah ke arah dewan kuliah dengan malas. Siapa sahaja yang tak malas kalau sekejap lagi kau bakal belajar subjek History?

Geez. Jangan tanya kenapa dia mengambil subjek tersebut sebagai subjek tambahan. Dia terpaksa demi memenuhi kelayakannya.

Kalau ikutkan hati, dia ingin ponteng sahaja kelas hari ini seperti kelas-kelas sebelum ini. Tapi dia terpaksa juga untuk hadirkan diri kerana dia telah menerima amaran dari pihak atasan jikalau dia ponteng lagi, dia bakal dibuang.

Nak tak nak, dia kena datang juga. Sayang kalau dia kena buang sekarang sebab dia sudah berada di tahun yang terakhir.

Sebaik sahaja dia melangkah, semua mata memandang ke arahnya. Kedengaran beberapa gadis menegurnya dengan nada yang agak.. menggeletis.

Jungkook hanya melayankan sahaja. Dia melambai ke arah sekumpulan gadis yang boleh dikatakan peminat-peminatnya.

Bukan nak riak, tapi begitulah. Jeon Jungkook, 24 tahun, athletic boy, best boy, popular, handsome, hot body, smart (even selalu ponteng tapi pointer selalu tinggi), cute as hell, sing well, good in everything especially good in bed— okay cukup. Terlalu banyak perkataan yang diingin ditulis namun cukuplah nanti riak pula.

Punggungnya dilabuhkan di sebelah Jimin. Dia masih lagi 'flirt' bersama dengan gadis-gadis tersebut.

"Kau mimpi basah ke semalam?" Jungkook menoleh ke arah sahabatnya itu dengan pandangan jijik.

"Kau apahal?" Dia melepaskan beg galasnya dan mengeluarkan buku rujukan serta buku catatannya.

Jimin memandangnya atas bawah. Dia kemudian membetulkan cermin matanya yang mula jatuh ke batang hidung.

"Sejak bila pula kau tahu jalan nak pergi kelas ni? Kau demam ke?" Jungkook menepis tangan milik Jimin yang ingin diletakkan di atas dahinya.

"Terpaksa bodoh. Botak tu memang cari peluang nak buang aku." Kata Jungkook sambil meletakkan kepalanya diatas meja ; bersiap sedia untuk masuk ke alam mimpi kembali.

Botak yang dimaksudkan olehnya adalah lecturer yang bakal mengajarnya subjek history sekejap sahaja lagi.

Dari hari pertama dia berada di college ini, dia memang anti gila dengan lecture botak itu. Ada sahaja perkara yang ingin dikenakan kepadanya. Dan itu juga boleh jadi salah satu alasan kenapa dia malas nak masuk kelas.

"Mr. Kim dah lama pindah siot. Kau baru keluar gua ke?" Mata milik Jungkook kembali terbuka luas. Dia memandang ke arah Jimin dengan pandangan bersinar.

"Serius lah?"

"Kau nampak macam aku main-main ke?"

Jungkook bersorak teruja. Finally!

"Okay then, siapa yang ganti—"

"Sorry I'm late!" Satu suara datang dari pintu masuk dewan kuliah menarik perhatian Jungkook. Suara yang tidak pernah didengari olehnya.

Sekujur tubuh wanita yang mengenakan pakaian smart formal bertie hitam serta messy bun itu membuatkan Jungkook tersenyum nakal.

"Never know we have a hot lecturer in this college."

———-

"Okay class, any question? Please raise your hand." Tessa meletakkan marker di dalam kotak pensil miliknya dan memandang ke arah pelajar-pelajar yang duduk dihadapannya.

Satu senyuman manis terukir diwajahnya.

"No miss."

Tessa mengangguk perlahan. "Okay good then. So—" kata-katanya dipotong oleh seseorang.

"Miss!" Tessa memandang tepat ke arah seorang pelajar lelaki yang mengenakan jacket baseball berwarna hitam, piercing di mata, bibir serta telinga. Sumpah, pelajar lelaki tersebut kelihatan terlalu... hot.

Damn.

Tessa mengerutkan dahi untuk seketika. Dia tidak pernah melihat pelajar tersebut di dalam kelasnya sebelum ini.

Tessa memeluk tubuh dan menyadarkan punggungnya di meja.

"Any questions..."

"Jeon Jungkook." Tessa mengangguk perlahan. Aaa, pelajar yang selalu ponteng kelasnya itu rupanya. Jadi, beginilah wajahnya. Dia sering kali tertanya-tanya bagaimana wajah pelajar yang sering tidak hadir ke kelas yang diajar olehnya.

"Okay, Jeon Jungkook. Ada apa-apa soalan?"

Pelajar lelaki itu mengangguk laju. Dia kelihatan nekad. Seperti ingin menanyakan soalan yang agak susah untuk dijawab.

"Okay, let me straight to the point and no belok belok." Jungkook menarik nafas sedalamnya. Jimin disebelahnya mula gelabah. Tak pernah-pernah mamatnya nak tanya soalan. Dah kenapa pula hari ini nak tanya soalan bagai?

Jangan-jangan...

"Are you still... virgin?"

Wait.. WAIT WHAT?

- T B C -

Hello? Okay ke chapter 1 ni? 🥺 janganlah jadi silent readers huhu🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro