Chapter 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MATANYA cuba dibuka luas. Suasana yang sunyi dan siling yang putih membuat dia sedar di mana dia sekarang. Perlahan-lahan dia duduk dari pembaringan.

Kemudian, matanya terbuntang luas apabila teringatkan kedua mama dan papanya. “Mama! Papa!”

Kelam kabut Laura mahu turun dari katil dan pintu bilik ditempatkannya ditolak dari luar. Maya.

“Laura? Kau dah sedar?” Maya terus merempuh ke arahnya.

“Eh, kau nak pergi mana ni?” tanya Maya dengan riak risau.

“Mama dan papa aku...” Baru saja Laura mahu memakai selipar, tubuhnya dihalang oleh Maya.

Maya menggeleng. “Kau kena rehat sekarang ni, Laura. Keadaan kau lemah.”

“No, Maya! Keadaan aku langsung tak penting sekarang ni. Mama dan papa aku... diorang... kemalangan! Kau nak aku duduk sini macam tak ada apa-apa yang berlaku? Mama dan papa aku... they need me!” Pantas tubuh Maya ditolak kasar. Baru dia mahu mencapai tombol pintu, Doktor Irsyad muncul.

“Cik Laura nak pergi mana?” tanya Doktor Irsyad lembut.

Laura mencerlung ke arah Doktor Irsyad, “Mama dan papa saya... diorang okey kan? Diorang dah sedar kan? Diorang...”

“Cik Laura kena rehat.”

“Answer me, Doctor! Saya ni tak penting! Saya sakit atau tidak, itu semua tak penting sekarang ni. Mama dan papa saya lebih penting!” Laura bengang. Mengapa semua orang mahu dia berehat? Dia dah cukup rehat. Dan, dia mahu bertemu dengan Puan Maria dan Encik Yasser.

Malas mahu menghadap Maya dan Doktor Irsyad, dia buka langkah besar.

“Your parents...”

Kedua kaki Laura kaku dan tidak bergerak. Menanti kata-kata Doktor Irsyad seterusnya.

“Laura... saya sepatutnya bagitahu semalam tapi keadaan awak tak mengizinkan saya.”

Jeda.

“Mereka mungkin tak akan sedar seketika atau beberapa tempoh masa yang tak pasti. Pendek kata, koma.”

Laura jatuh terduduk di hadapan pintu. Maya terus menerpa ke arahnya dan memeluk tubuh Laura. Erat.

Laura jatuh ke dalam pelukan kawan baiknya. Dia menghamburkan tangisannya disitu. “Ma... Maya...”

“Mama dan papa aku...”

“Maya, pastikan dia makan dan rehat secukupnya.”

Maya memandang Doktor Irsyad merangkap abang sepupunya. “Okey, Abang Syad.”

“Nak jumpa mama dan papa,” rengek Laura.

“Lepas kau sihat, kau jumpa. Okey?”

“No! Aku nak jumpa sekarang! Laura cuba bangun dan gagahkan dirinya. Baru selangkah.”

“Are you lost your mind, Laura Audrey?! Nak jumpa parents awak dalam keadaan macam ni? Apa, awak ingat lepas awak jumpa diorang akan bangun dan peluk awak? Get some rest!” Doktor Irsyad menempik. Geram dengan kedegilan Laura.

Laura senyum sinis.

“Yes, i'm crazy. Saya gila, sebab mama dan papa saya kemalangan! Mereka koma. Saya gila! Saya gila! Pernah ke awak rasa di tempat saya, Doktor? Pernah ke parents awak kemalangan? You know what...”

Laura merapati Irsyad.

“Kalau diorang mati, saya juga mati. I have nobody else if they leave me alone in this cruel world!” Bisiknya dengan air mata berjuraian.

“Yes, saya tak pernah rasa. Tapi, saya dah jumpa ramai pesakit dan mangsa kemalangan. Apa keluarga mangsa kena buat ialah kena kekal kuat dan tabah. Ini semua dugaan dari Tuhan untuk kita.”

Kini, Irsyad pula semakin merapati tubuhnya dengan Laura.

“And, you... Listen to me. Clearly. Stop making any nonsense and go get some rest. Then, you may to visit your parents. Saya takkan benarkan awak pergi jumpa parents awak kalau keadaan awak masih sama macam ni.”

“Abang Syad!”

Laura mengancingkan giginya. Bibirnya diketap geram. Tiba-tiba matanya mula berpinar. Dunianya seakan berubah berpusing. Akhir sekali, dia rebah dan sekali lagi Irsyad menyambutnya.

+++

SELEPAS menceritakan apa yang berlaku kepada kawan baiknya. Irsyad menghela nafas panjang. What the hectic week!

Macam-macam berlaku sepanjang minggu ini. Paling teruk, mangsa kemalangan dua hari yang lepas. “Tapi, aku kasihan juga kat perempuan tu.”

Irsyad memandang rakannya yang hanya senyap. Rakannya itu sememangnya pendiam, bila bersuara... pemuh dengan lantang, ayat yang matang dan kadang kala agak sinis atau sarkastik.

“Kalau Encik Yasser dan Puan Maria tak ada, dia dah tak ada sesiapa kat dunia ni lagi. Kau tahu, saudara mara diorang mana datang jenguk. Diorang dah lama sisihkan keluarga kecil ni,” luah Irsyad. Terlalu simpati akan gadis muda sebaya adik sepupunya itu.

“Macam mana kau tahu?” suara garau rakannya itu menyoal.

Irsyad menarik senyum dengan lebar. “Well, aku ada adik sepupu. Maya tu kawan baik Laura. So, she knows everything so well. Agak-agak kau la kan, keluarga yang sisihkan dia ni akan rampas harta tak kalau apa-apa jadi? Alaa yang biasa orang perempuan tengok drama tu.”

Rakannya itu hanya angkat bahu. Dunia ini terlalu kejam kerana banyak manusia bertopengkan syaitan. Tiada siapa tahu isi hati manusia yang sebenar kecuali Dia Yang Maha Esa.

“Where is she?”

“Kena tahan wad lagi. Walaupun keadaan dia dah agak pulih cuma still lemah lagi. Yalah, siapa je tak terkejut parents accident. Haih...” jawab Irsyad.

Tanpa sebarang kata, rakannya terus berdiri dan keluar dari situ. Irsyad menggeleng perlahan.

+++

HANYA dinding kaca ini memisahkan dia dengan kedua mama dan papanya. Dia merenung lama ke arah dua tubuh yang kaku di atas katil. Berselirat wayar dicucuk, namun keadaan masih sama.

Tangannya melekap pada kaca itu. “Mama...”

Air matanya tidak pernah kering. Sentiasa merembes keluar walaupun telah dipujuk oleh Maya dan keluarga Maya serta Irsyad dengan beberapa jururawat di hospital ini.

“Mama... tolong bangun. Laura janji, Laura takkan nakal lagi. Laura janji takkan buli Lilo lagi. Laura akan buang semua cicak yang Laura guna untuk usik Lilo tu. Mama... please... wake up.” Tiada balasan, bahkan langsung sepi.

Kini, dia memandang tubuh Encik Yasser pula. “Papa...”

“Laura takkan paksa papa lepas ni untuk kerjaya cita-cita Laura. Laura, akan kerja dengan mama kat butik macam papa suruh. Laura akan sentiasa bancuh kopi kegemaran papa tu. Papa dah janji kan nak bawa Laura dengan mama pergi bercuti di Starlight Hills? Papa kena bangun... sebab... sebab Laura rindu papa.” Akhirnya, Laura terduduk di lantai.

Lututnya ditarik rapat ke dada. Dia mengonggoi disitu. “Jangan tinggalkan Laura seorang diri. Laura takut...”

“Papa cakap dunia luar terlalu bahaya untuk Laura, jadi papa dengan mama kena bangun dan sentiasa lindungi Laura. Laura takut...” Mukanya terlalu sembab kerana banyak menangis.

“Laura akan jadi anak yang baik. I’m promise. I won’t be a naughty girl after this.” Di situ dia menangis semahu-mahunya.

“Laura! Kat sini kau rupanya. Merata aku cari kau Laura.” Maya berlari ke arah Laura.

Laura berdiri kemudian menarik baju Maya dengan kuat. “Mama dan papa aku akan bangun kan, Maya? Diorang cuma penat je kan? Papa aku tu kuat bekerja tau Maya, sebab tu dia nak rehat. Mama pula selalu busy jat butik. Maya...”

Maya tidak tahan melihat kawan baiknya sebegini. “Laura...”

“Maya, diorang akan bangun kan? Papa dan mama aku akan bangun nanti dan peluk aku macam selalu kan?”

Tanpa berkata apa-apa Maya terus memeluk tubuh Laura. “InsyaAllah, Laura. Diorang akan sihat macam dulu.”

Laura senyum perit.

“Mama dan papa aku cuma perluman rehat lama sikit je kan?”

Maya mengangguk. Perit. Kedua orang tua Maya meminta dia jaga Laura kerana Encik Yasser dan Puan Maria kawan baik kepada ibu bapa Maya.

Tanpa Laura sedar, setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh seseorang. Aura dinginnya. Dengusan halus dihela.

“Laura Audrey.”



Saya tahu saya jahat sebab lambat update. HAHAHAHA.

Okay ke story The Noble Princess ni?







To be continued...






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro