BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Mama cantik tak ? "

Dia berlari laju ke arah mamanya yang sedang menghidangkan makanan di meja makan. Tubuh si mama dipeluk erat dari belakang. Kertas lukisan yang mempunyai pelbagai contengan itu ditunjukkan kepada Datin Farah.

" Cantik sayang . Pandai Suha lukis " ubun-ubun Nur Nasuha diciumnya penuh kasih.

Nur Nasuha tergelak suka . Lukisan di angkat tinggi dan dia berlari mengelilingi ruang makan itu . Seolah-olah Datin Farah baru saja memberikan dia hadiah kerana berjaya menambat hati Datin Farah .

Tapi di sudut hati Datin Farah , dia berasa sayu mengenangkan anak nya itu . Nur Nasuha, berusia 23 tahun tapi pemikiran sama taraf dengan budak-budak kecil di luar sana . Dia mahu anaknya kembali normal sama seperti anak gadis lain di luar sana .

" Amboi gembiranya dia mama . Ada apa tu ? " tegur Nur Salwa turut gembira sama melihat gelagat si adik yang asyik berlari sana sini itu .

" Macam biasalah . Tak boleh orang puji lukisan dia , mulalah berlari sana sini " balas Datin Farah dengan senyuman tidak pernah pudar dari bibirnya .

Nur Salwa turut tersenyum sama . Dia suka melihat Nur Nasuha yang gembira dan sentiasa menceriakan suasana bahagia untuk mereka sekeluarga . Tidak ada tekanan dalam hidupnya. Namun Nur Salwa yakin adiknya akan kembali pulih seperti biasa .

" Adik sini ! Duduk dengan kakak ! " ajak Nur Salwa lalu kerusi kosong di sebelah ditepuk perlahan .

Mendengar suara ajakan dari Nur Salwa , dia berlari menuju ke sofa yang diduduki oleh si kakak . Dia melompat gembira .

" Mama nak ayam goreng dua ! " sempat dia membuat pesanan kepada Datin Farah yang tika itu ingin melangkah ke dapur .

Nur Salwa mengusap penuh sayang kepala si adik . Adik kesayangan dia . Lalu dia memimpin tangan Nur Nasuha ke ruangan makan . Mereka melabuh punggung sementara menunggu Datin Farah menyediakan makanan untuk mereka .

Mata dia bersinar apabila dua ketul ayam goreng peha sudah berada di dalam pinggan dia yang bergambar princess itu . Berwarna pink dan begitu juga dengan cawan minuman dia .

" Adik banyaknya ayam ! Abang nak satu boleh ? " seorang lelaki yang baru datang terus mencapai satu ayam goreng di dalam pinggan Nur Nasuha .

Maka bergemalah ruangan makan itu dengan suara tempikkan Nur Nasuha . Datin Farah sudah menjengil mata .

" Mama ! Ayam adik ! Abang ambil ! " raungnnya apabila ayam miliknya sudah digigit sedikit oleh lelaki muda itu .

Nur Nasuha sudah tercebik-cebik menahan airmata yang bakal jatuh tak lama lagi . Lelaki itu tertawa suka apabila dapat mengusik adiknya itu . Rasa seronok .

" Abang jangan lah usik adik macam tu ! " marah Nur Salwa seraya mencubit perlahan lengan lelaki itu . Geram ! Kasihan dia melihat adiknya yang tercebik-cebik itu .

Lelaki itu anak kedua dalam keluarga itu , Adrian Adham . Paling suka menyakat Nur Nasuha sehingga gadis itu menangis kerana diusik oleh Adrian Adham . Sampaikan mereka yang lain menjadi pening mahu melayan Adrian Adham yang versi nakal itu .

" Aloo ... dah nak nangis dah dia . Nah ambil balik .. " ayam itu kembali diletakkan ke dalam pinggan Nur Nasuha .

Adrian Adham mengambil tempat di sebelah Datin Farah . Tak lama itu , Dato' Farouk menyertai mereka semua . Nur Nasuha diam saja menjamah makanan dia .

" Adik nak ikut papa pergi kerja tak ? " tanya Dato' Farouk setelah semuanya selesai makan.

Kerja dia yang banyak di pejabat membuatkan dia mengambil keputusan mahu membawa Nur Nasuha bersama . Jika ada anak gadis nya itu , pasti tidak terlalu bosan . Lagi-lagi bila melayan kerenah Nur Nasuha yang bagai anak kecil itu .

" Nak ! Nak ! " terangguk-angguk Nur Nasuha apabila diajak oleh Dato' Farouk . Gembira bukan main lagi .

Datin Farah yang mendengar ajakkan suaminya mula berasa risau . Bukan apa , dia bimbang Nur Nasuha membuat hal sehingga menganggu kerja suaminya nanti .

" Tak mengacau awak buat kerja ke ? Suha ni buas orangnya . Buatnya dia kacau awak tak jadi kerja pula nanti ... " tegah Datin Farah . Risau mahu melepaskan anak gadisnya itu .

" Tak kacau lah. Kan ada bilik khas dia dalam pejabat saya tu . Lagi pun, abang bosan buat kerja sorang-sorang . Jadi abang nak bawa lah Suha ke sana " jelas Dato' Farouk tenang .

" Dah awak kata macam tu , saya ikutkan saja . Suha nanti naik atas mandi . Tunggu mama kalau nak pakai baju . Jangan nak pakai sendiri ... " pesan Datin Farah sebelum menghilang ke dapur .

Nur Nasuha sekelip mata saja hilang dari ruang makan . Dia berlari naik ke biliknya di tingkat dua itu . Nur Salwa hanya mengeleng kepala saja melihat keletah adik dia itu .

" Kamu Wawa ? Tak kerja ke ? " pelik Dato' Farouk melihat anak sulungnya yang nampak santai saja di meja makan itu .

" Kerja tapi masuk lewat sikit " balas Nur Salwa dalam nada tenang . Kerjaya dia sebagai seorang doktor bedah membuatkan dirinya agak sibuk .

Jika ada masa terluang bersama keluarga dia akan manfaatkan sebaik-sebaiknya . Susah dia untuk dapatkan masa seperti itu . Jika tidak , muka dia memang tak nampak dalam rumah itu . Hospital lah menjadi tempat dia bermalam dan merupakan rumah kedua buat dirinya .

♧♧♧

Nur Nasuha lincah menulis ABC pada buku-bukunya itu. Pensil ditekan mengikut titik-titik itu dan bersambung hingga menjadi huruf . Peralatan menulisnya habis bersepah hingga ke atas lantai . Tudung dia juga ikut sama senget sana sini .

Sesekali Dato' Farouk mengalihkan pandangan dia ke bilik yang direka khas untuk Nur Nasuha itu . Bilik yang bertemakan kanak-kanak dan berwarna ceria . Bimbang pula jika si anak membuat hal bukan-bukan tanpa pengawasan darinya .

Nur Nasuha tekun berwarna setiap lukisan pada buku kanak-kanak itu . Penuh dalam rak buku dengan buku-buku mewarna milik Nur Nasuha . Televisyen turut tersedia di dalam bilik itu .

Kalau bosan , Nur Nasuha akan menonton cerita kartun yang sudah tersedia di TV itu . Semuanya telah tersedia . Kasih sayang Dato' Farouk terhadap Nur Nasuha tiada tandingnya . Terlalu asyik mengelamun , dia dikejutkan dengan ketukan di pintu biliknya .

Dato' Farouk mengalihkan pandangan dia ke pintu biliknya . Seorang wanita yang bergaya seakan-akan model itu melangkah masuk ke dalam biliknya . Dia menghulurkan beberapa buah fail kepada Dato' Farouk .

" Pengurus projek nak Dato' tandatangan . Kalau boleh tengah hari ni semua dah siap " dia menghulur satu fail kepada atasan dia itu .

" Projek yang kat mana ni ? " soal Dato' Farouk terlebih dahulu . Sebelum dia turunkan tandatangan , dia akan bertanya terlebih dahulu . Sudah kebiasaan baginya .

" Projek di sabah Dato' ... " balas wanita itu pantas . Lima tahun dia bekerja di bawah Dato' Farouk dia sudah faham dengan tingkah laku bos dia itu .

Mata wanita itu terkalih ke arah bilik di sebelah bilik Dato' Farouk . Mata dia bersinar melihat Nur Nasuha yang berada di dalam bilik itu .

" Dato' bawa Suha ke ? " dia menyoal dengan wajah jelas terpancar keterujaan .

Vee , wanita cina yang setia bekerja sebagai PA dia . Seorang yang ceria dan bagus dalam pekerjaan dia . Membuatkan Dato' Farouk terus mengangkat Vee sebagai pembantu dia .

" Tak saya bawa isteri saya ... " balas Dato' Farouk sarkastik. Vee tergelak kecil bila teringatkan soalan bodoh dia tadi .

" Kamu nak bawa dia pergi jalan-jalan ke ? " soal Dato' Farouk . Dia sudah maklum dengan Vee itu .

Vee kalau berjumpa dengan Nur Nasuha , habis tempat dibawa Nur Nasuha menjelajah sehingga anaknya pulang dalam keadaan keletihan kemudian tertidur lena .

" Dato' ni macam tahu-tahu pula .. " Vee tersengih-sengih . Segan pula apabila Dato' Farouk mengetahui niat dia itu .

Dato' Farouk hanya tergelak saja . Kemudian dia mengangguk tanda membenarkan Vee membawa anaknya keluar bersama . Apalagi bersorak riang lah Vee kerana dapat membawa Nur Nasuha jalan-jalan di kota raya itu .

_________________

Mcm mana utk permulaan bab ni ?

Okay tak ? Atau mcm tak okay ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro