BAB 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Syed Azrill memandang sahaja Nur Salwa yang bercakap - cakap dengan dua orang nurse . Dia bersandar di katil dengan kedua tangan diletakkan di belakang kepala . Tidak dihiraukan badan dia yang berbalut itu . Mata dia fokus pada gadis itu saja . Mata dia mula membayangkan sesuatu . Bagaimana agaknya kalau mereka berkahwin ? Bahagiakah ?

Nur Salwa tersenyum kepada dua orang nurse itu . Setelah kelibat dua orang nurse itu pergi , dia memusingkan badan dia ke belakang . Berkerut dahi dia melihat Syed Azrill yang tersenyum sendiri . Mata pula memandang ke aranya . Nur Salwa mendekati Syed Azrill .

Naik segan dia kerana mata lelaki itu tidak terkalih langsung darinya . Sampai saja di hadapan lelaki itu dia berdehem sedikit kuat . Namun lelaki itu tetap sama . Kaku tidak bergerak . Nur Salwa menguatkan lagi suaranya . Tetap sama . Hanya satu cara saja --

PAK !

Syed Azrill tersedar dari lamunan nakal dia . Entah macam mana dia boleh menerawang ke arah itu ! Otak dia dah tercemar agaknya ! Tangan kanan dia naik mengosok dahinya yang terasa sakit .

" Aduh ! " Syed Azrill mengerutkan mukanya apabila dia merasakan sakit di tepi dahinya . Nur Salwa tersenyum sinis .

Puas hati kerana dapat mengetuk dahi lelaki itu dengan pen di tangan dia . Tanpa apa - apa mahu pun rasa bersalah , dia membelek badan lelaki itu . Kemudian tangan dia melihat pula air yang tergantung di tepinya . Begitulah rutin dia apabila datang ke bilik yang menempatkan Syed Azrill .

" Kesihatan encik semakin membaik . Jika tak ada apa - apa , esok encik boleh keluar " Nur Salwa berkata tanpa memandang Syed Azrill . Dia lincah menulis sesuatu di atas fail yang dipegang olehnya .

" Asal kau ketuk kepala aku hah ? " keras suaranya menyoal Nur Salwa . Ada juga dia ngap orang di depan dia ini . Kalau dia tak sakit memang ada yang hilang harta nanti .

" Saja " Syed Azrill mengetap gigi mendengar balasan selamba doktor wanita itu . Dah lah buat muka tak bersalah . Syed Azrill merenung Nur Salwa tajam . Setajamnya .

" Kau ! Aish ! " Syed Azrill tidak jadi mahu memarahi wanita itu apabila seseorang merempuh kuat masuk ke dalam biliknya .

" Woo .. woo .. sorry " Ryan Zafran tersengih bersalah apabila menyendiri Syed Azrill bukan keseorangan . Kedua tangan dia diangkat tinggi .

" Aku tunggu luar dulu . Sorry ganggu momen korang " sempat dia melemparkan senyuman nakal kepada Syed Azrill . Pintu wad kembali ditutup Ryan Zafran .

" Tak guna punya kawan ! " maki Syed Azrill perlahan . Kalau datang perangai tiga suku Ryan Zafran , memang dia sendiri akan rasa mahu maki ' maki lelaki itu sampai ke esok .

Nur Salwa menayangkan wajah tenang saja . Dalam hati dia sudah memarahi lelaki tadi . Suka - suki saja masuk ke dalam bilik ini . Sedangkan dia sudah gantung perkataan NO ENTRY ! Buta agaknya ! Dia kurang selesa jika ada orang lain ketika dia sedang melakukan pemeriksaan terhadap pesakitnya .

" Why yoy hurt me , girl ? Kau sedar tak aku ni siapa ? Disebabkan layanan kau tadi , aku boleh saman kau sebab sakitkan pesakit kau ni ! " serius Syed Azrill bersuara . Mahu tengok reaksi wanita itu bagaimana .

" Maaf encik , tapi saya terpaksa lakukan itu sebab encik tak habis - habis tenung saya . Tahu lah saya cantik " dihujung ayat Nur Salwa tersenyum bangga . Perasan kejap ! Tak salah kan ?

Syed Azrill membuat muka menyampah . Dalam diam dia tersenyum . Perempuan ni memang tak berubah . " Perasan ! " ejeknya lalu membaringkan dirinya .

" Apa - apa jelah . Kerja saya dah siap . Bye ! " Nur Salwa melangkah meninggalkan Syed Azrill . Tapi langkah dia terhenti apabila dia terdengar sesuatu yang tidak dijangka keluar dari mulut lelaki itu .

" Syed Adam , it's he your boyfriend ? "

Nur Salwa mengetap bibirnya . Nama itu -- tidak semena - menanya airmata dia tumpah . Namun tiada esakan kedengaran . Hanya airmata saja . Nama yang menjadi penguat dia hingga kini .

" Wawa sayang , kalau dah berjaya nanti jangan lupakan Adam tau ! Ingat yang Adam selalu ada dengan Wawa . Jangan pernah padam nama Syed Adam sebab Adam sentiasa bersama dengan Nur Salwa "

Kata - kata itu kemas dalam ingatakan dia . Tidak pernah dia lupakan lelaki itu walaupun dia telah pergi buat selama - lamanya . Tanpa membalas apa - apa , Nur Salwa keluar dari bilik itu .

Ryan Zafran yang bersandar di tepi pintu hairan melihat doktor wanita itu melangkah dalam keadaan tergesa - gesa . Mata dia sempat menangkap sesuatu -- airmata ! Dia berdiri tegak dan memulas tombol pintu wad yang menempatkan Syed Azrill .

Kelihatan wajah sahabatnya murung . Tiada langsung senyuman di bibir lelaki itu . Ryan Zafran menepuk perlahan bahu Syed Azrill . Mereka berpandangan .

" Kau buat apa pada doktor tu ? Aku nampak dia macam menangis .. " perlahan saja dia bertanya . Dia berpeluk tubuh menantikan jawapan daripada Syed Azrill .

Syed Azrill tersenyum nipis . " Aku sebut nama arwah Adam tadi .. " perlahan saja dia berkata . Dia juga rindukan kembar dia itu .

Ryan Zafran mengangguk kepala . Seketika itu dia tercengang . Dia memandang Syed Azrill dengan wajah meminta penjelasan . " Is she Wawa ? Adam's girl ? " soalnya tidak percaya .

Lambat - lambat Syed Azrill mengangguk . Memang mereka bertiga rapat . Rapat sejak kecil lagi . Ke mana saja pasti bertiga . Tapi kini mereka hanya berdua . Tiada lagi tiga .

" But how ? " Ryan Zafran mula keliru . Kenapa selama ini dia tidak mengecam bahawa Nur Salwa itu gadis yang dicintai oleh Adam . Lelaki yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri .

" Aku baru tahu dua hari lepas . Aku teringat yang Adam ada sebut nama dia .. " jelas Syed Azrill . Dia meraup kasar rambutnya . Rasa bersalah menyelubung dirinya . " Aku sebut nama Adam tadi and you know .. " Syed Azrill memandang Ryan Zafran . Berharap sahabat dia faham apa yang ingin dia sampaikan .

" Patutlah dia menangis tadi . But I don't expect yang dia girl Adam yang kita cari selama ni . Dekat betul .. " Ryan Zafran ketawa . Bagi menghilangkan rasa terkejutnya .

" Indeed " balas Syed Azrill . Jelas dia bersalah . Bersalah kerana membuatkan wanita itu menjatuhkan airmata .

" Jadi kau nak buat apa sekarang ni ? " Ryan Zafran memandang sahabat dia . Pasti Syed Azrill mempunyai rancangan dia sendiri .

Ryan Zafran cukup kenal Syed Azrill . Lelaki itu nampak saja dingin tapi bila dia inginkan sesuatu pasti lelaki itu akan dapatkan dengan pelbagai cara . Tak kira cara halus atau kasar ! Dia pasti akan dapatkan haknya ! Ryan Zafran cukup faham dengan prinsip hidup sahabatnya itu .

" Make her mine ! "

Ryan Zafran tersenyum sinis . Dia tahu itu jawapan yang cukup bagus . Syed Azrill , dia tenang pada luaran tapi dalaman dia umpama binatang buas . Satu yang dia pasti , Nur Salwa memang tidak dapat larikan diri daripada Syed Azrill .

Once he get someone ,
Claim as his girl ,
No one can escape from him .
Cause what he want .. he will get it .

Syed Azrill seorang lelaki yang susah untuk dijangka begitu juga dengan Ryan Zafran . Tapi Ryan Zafran lagi menakutkan daripada Syed Azrill . Sememangnya mereka cukup digeruni dalam kalangan mafia dan gengster di luar sana .





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro