BAB 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nur Nasuha mengendap mama dia yang sedang memasak di dapur . Senyuman nakal terukir di bibir dia apabila dia mendapat satu idea . Kedua kaki dijengket dan perlahan-lahan dia menghampiri Datin Farah .

" Bahh ! " Bahu Datin Farah dipegang kuat lalu dengan suara yang kuat , dia menyergah Datin Farah .

Terkekeh-kekeh Nur Nasuha ketawa melihat wajah terkejut Datin Farah . Sampai terduduk dia kerana banyak ketawa . Datin Farah mengurut dada dia perlahan-lahan .

Bertuah punya anak ! Nasib baik dia tak melatah ! Kalau melatah entah apa yang akan keluar dari mulut dia ! Dengan perasaan geram , Datin Farah mencubit-cubit lengan si anak .

" Sakit ! Mama! Sakit ! " bersusah payah Nur Nasuha mengelak cubitan berbisa Datin Farah.

Nur Nasuha , satu hari tak mengacau Datin Farah memang tak sah ! Ada saja benda yang dibuatkan kalau bosan ! Di ruang tamu sudah bersepah dengan mainan-mainan milik gadis itu .

" Haa tahu sakit ! Kejutkan mama lagi ! Kalau mama pengsan tadi macam mana ? " Datin Farah bercekak pinggang . Sengaja dia tayang muka garang dia .

" Kak Wawa boleh rawat mama.. " Nur Nasuha tersengih menampakkan gigi dia . Bijak betul menjawab .

Datin Farah tersenyum juga akhirnya . Tak ada sesiapa dapat marah Nur Nasuha . Kerana gadis itu pandai mengambil hati dia . Dari nak marah terus tak jadi . Seketika dia kerut dahi , mengingati sesuatu .

Wajah yang mula pudar kembali digarangkan .

" Adik dah kemas belum mainan ? Kalau belum baik adik kemas sekarang ! Kalau tak mama tak nak goreng ayam untuk adik ! " ugut Datin Farah keras . Sengaja berkata begitu .

Kalau tidak ugut , tak ada makna nya si anak akan bergerak menuju ke ruang tamu . Mainan bersepah sana sini . Aih- nasib sayang .

Nur Nasuha mengeleng kepala dia . Dia berlari menuju ke ruang tamu . Mainan-mainan yang bersepah di masukkan ke dalam bakul yang sememangnya dikhaskan untuk mainan dia . Selesai saja berkemas , Nur Nasuha meniarap di atas karpet .

" Amboi! Baru kemas sikit dah penat " mengeleng kepala dia melihat perangai anak bongsu dia . Gelas susu diberikan kepada gadis itu .

Nur Nasuha mengangguk lemah . Mata dia fokus melihat kaca TV yang memaparkan astro ceria . Sesekali Nur Nasuha ketawa kecil melihat kartun larva itu .

" Minum susu ni sampai habis . Jangan nak mengelak . Allah nampak kalau adik tipu "

Datin Farah kembali ke dapur . Kan hangus pula ayam goreng di atas dapur itu . Nur Nasuha dengan malasnya bangun dan memegang gelas susu miliknya . Bibir dia mencebik . Dia tidak suka pun minum susu tetapi kerana paksaan dari si mama tercinta digagahkan jua dirinya .

" Tak suka lah ! " rungut dia . Tangan dia naik ke hidung dan dikepit ke hidung dia itu . Bau susu membuatkan tekak dia terasa mual . Nak muntah tetapi ditahan .

Sekelip mata saja air susu itu habis masuk ke dalam perut dia . Gelas di letakkan di atas meja . Nur Nasuha kembali berbaring . Asyik melayan cerita , mata dia perlahan-lahan tertutup .

Salam diberi oleh Adrian Adham yang baru saja pulang dari kerja . Mata dia terus menangkap tubuh si adik yang lena di hadapan TV yang terbuka itu .

" Lenanya dia tidur . Hehe ... " Dia tersenyum sinis . Tali leher dirungkai dan lengan baju kemeja dilipat hingga paras siku .

Sampai saja di hadapan Nur Nasuha , badan dia terus menghempap belakang Nur Nasuha yang meniarap itu . Apa lagi , terjaga terus Nur Nasuha apabila terasa badan dia memberat semacam .

Terpandang saja wajah nakal Adrian Adham membuatkan Nur Nasuha membuat muka tidak puas hati . Puas dia meronta-ronta ganas berharap agar si abang tidak lagi menghempap badan dia yang jauh lebih kecil itu . Sesak nafas apabila ditindih oleh badan besar Adrian Adham .

" Eii ! Turun lah ! " bersusah payah dia menolak-nolak badan tegap Adrian Adham . Tapi hasilnya nihil . Tidak bergerak langsung .

Dia pula yang lelah . Lemas . Tiada cara lain lagi-

" Huawaa .. mama ! " raung Nur Nasuha apabila Adrian Adham tidak mahu bangun dari tubuh dia .

Mata dia berair apabila Adrian Adham asyik mengetawakan dia . Datin Farah bergegas ke ruang tamu apabila terdengar tangisan dari Nur Nasuha . Terbuntang mata dia pada masa itu .

" Ya Allah ! Adham ! Bangun ! Kenapa buat adik macam tu ! Mama tak ajar kamu buli adik sampai macam tu sekali ! " belakang badan anak sulung dia dihentam dengan senduk kayu yang dibawa bersama .

Menjerit-jerit Adrian Adham apabila senduk kayu itu mendarat di tubuh dia . Sakit ! Laju saja dia mengelak serangan pantas dari Datin Farah .

" Kamu buat sekali lagi , patah tulang kamu mama kerjanya ! " ugut Datin Farah . Nafas dia turun naik kerana menahan marah . Perangai- tak matang langsung .

Adrian Adham mencebik bibir . Tangan dia mengosok-gosok badan dia yang terasa sengal itu . Boleh tahan kuat hentaman Datin Farah . Sampai merah lengan dia .

" Alaa .. ma ! Am saja je usik adik . Nak manja-manja sikit pun tak boleh " perlahan saja suara dia membela diri .

Nur Nasuha menarik muka . Bengang juga dia apabila diperlakukan sebegitu tadi . Rasa tak bernyawa . " Abang jahat ! Benci abang ! " Habis rambut dia dan baju menjadi kusut kerana bergelut dengan Adrian Adham .

" Benci-benci nanti cari abang juga ! Okay lah ma , Am masuk bilik dulu " Adriam Adham sempat menjelir lidah dia kepada Nur Nasuha .

" Dah besar pun perangai macam budak-budak ! " mengeleng Datin Farah . Pening dengan ragam anak-anak dia .

Nur Nasuha memandang saja mama dia . Tangan dia sudah memegang bantal busuk dia . Nak sambung tidur balik .

♧♧♧

Ryan Zafran meneguk air coke sehingga tinggal separuh . Kiri dan kanan dia diapit oleh pelayan wanita yang berpakaian seksi . Ryan Zafran tersenyum suka apabila seorang dari wanita itu meraba-raba badan dia .

" Ryan ! Darn it ! Dua sekali kau rembat ! " Syed Azrill terkekeh ketawa di sebelah Ryan Zafran .

Sudah nama pun Ryan Zafran . Buaya darat yang berjaya di abad ini . Sekali petik saja , dua sekaligus yang datang . Dia tidak meminta pun , tetapi dua perempuan itu sendiri yang datang padanya untuk dilayani . Ryan Zafran tidak menolah malah mengalu-alukan kedatangan mereka .

Syed Azrill pula bermesra dengan seorang pelayan wanita di sebelah dia . Sesekali dia melabuh ciuman di pipi wanita itu . Ryan Zafran tersenyum bangga apabila mendengar kata-kata sahabat dia itu .

" Well , ni Ryan lah ! Perempuan sekali petik je , memang akan datang dekat aku " ujar dia dalam nada bangga yang dibuat olehnya . Kening dijungkit tinggi .

Syed Azrill membuat muka dengan kenyataan yang keluar dari lelaki itu . Kalau bukan sebab Ryan Zafran itu berpoket tebal tak adanya perempuan nak menolak . Lainlah kalau Ryan Zafran tu tak ada duit . Zaman moden sebegini semua nak kejar duit saja !

" Erm.. baby why not kita masuk bilik ? Rimas lah kat sini " perempuan di sebelah kiri Ryan Zafran bersuara . Dia mula bertindak menggoda lelaki kacak itu .

" Sure , you nak ikut juga ke ? " Ryan Zafran memandang perempuan di sebelah dia . Nampak gaya macam dah mabuk .

Kepala terlentok sana sini . Ryan Zafran pula memang tidak sesekali sentuh air kencing syaitan itu . Kalau tahu dek , Puan Sri Ratna mahu dia kena halau terus . Tidak dapat dibayangkan .

Perempuan itu mengeleng perlahan . Biarlah rakan dia melayan . Perempuan itu tersenyum suka apabila Ryan Zafran mula merangkul pinggang dia . Bukan senang dia nak ajak Ryan Zafran . Selama ini lelaki itu datang ke club pun hanya sekadar ingin melepak .

Tidak melanggani mana-mana pelayan . Hanya berbual kosong saja bersama Syed Azrill . Tapi hari ini berbeza . Perempuan itu tersenyum suka . Sudah lama dia memerhati Ryan Zafran selama ini . Akhirnya , dapat juga dia bersama dengan lelaki itu .

Ryan Zafran tidak mahu menyewa bilik disitu , sebaliknya dia membawa wanita itu keluar . Dia mahu pulang ke rumah dia . Lebih selesa dan tidak menganggu pelanggan lain . Lagipun , bukan dia ingin 'bersama' dengan perempuan itu . Hanya untuk sekadar peneman tidur sahaja .

_______________________

Buat sekarang mcm mana ? Okay tak ?

Atau ada mcm merapu ? Or tak best ? 🤔🤔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro