17- Rage

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAIDAR terbangun dek kerana rasa sakit yang dia rasai setiap kali dia menggerak-gerakkan tangan kanannya. Lagi kasar dia menggerakkan tangan kanannya itu, lagi sakit sensasi pedih yang dirasai. Oleh kerana sudah tidak tertahan lagi dengan kesakitan yang dirasai, matanya dengan serta-merta dibuka.

Dia cuba untuk mengamati situasi di sekelilingnya. Dia cuba untuk mengingat kembali segala apa yang sudah terjadi semalam. Matanya melorot ke arah seluruh ruangan itu. Dia terjaga di dalam sebuah bilik tidur besar lengkap dengan katil bersaiz king yang sedang dia duduki sekarang, sebuah meja solek dan ada dua buah lagi pintu di dalam bilik itu yang Haidar tidak pasti pintu apa.

Kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit mencucuk itu cuba untuk dipegang olehnya menggunakan tangan kanan yang tadinya terasa pedih tetapi tidak boleh. Seakan ada yang menyekat tangannya. Apabila Haidar berpaling ke arah belakang, dia terkejut setelah melihat yang tangan kanannya sudah digari di kepala katil. Kawasan berhampiran pergelangan tangannya yang digari itu mulai mengeluarkan cecair merah berupa darah.

Dengan serta-merta Haidar mulai mengingati satu persatu memori tentang peristiwa semalam.

Benar!

Dia sudah diculik oleh Ivan! Lelaki yang pernah dianggap baik itu rupanya merupakan orang yang menculiknya.

Secara panik, Haidar cuba untuk melepaskan tangan kanannya itu daripada gari besi dengan bersungguh-sungguh sampaikan dia tidak perasan yang seorang wanita berpakaian seperti pembantu rumah telah masuk ke dalam bilik itu. Tanpa Haidar sedar, wanita itu berjalan ke arahnya lalu dulang yang dibawa diletakkan ke atas meja solek di tepi katil itu.

"Cik, saya ada bawakan makanan". Apabila wanita itu bersuara, baru lah Haidar tersedar akan kewujudannya. Dia lalu dengan serta-merta merayu kepada si pembantu rumah untuk dilepaskan.

"Tolong, tolong saya! Saya kena culik! Tolong buka gari saya!". Haidar menjerit meminta tolong kepada si pembantu rumah yang sudah mulai kelihatan seperti dia berada dalam kegelisahan itu. Barangkali bimbang jika tuannya mendengar perbualan ini.

"Cik makan ya?". Ujar si pembantu rumah dengan nada yang serba salah. Nak tolong, dia takut dia akan mendapat hukuman daripada Ivan. Tak nak tolong, dia kasihan akan gadis itu.

"Tolong lah saya cik! Cik tahu tak saya kena culik ni?!!". Haidar semakin terdesak. Tangan kanannya mulai digoyang-goyangkan dengan kasar membuatkan semakin banyak darah yang keluar daripada kawasan pergelangan tangan itu.

"Maafkan saya, cik. Saya keluar dulu". Tanpa aba-aba, terus si pembantu rumah keluar daripada bilik itu membuatkan Haidar bertempik seakan dia terkena histeria.

"TOLONG!! TOLONG!!!". Haidar terus dan terus meminta tolong namun gagal. Tiada siapa pun yang menyahut.

Jeritannya yang hanya kekal selama beberapa saat itu terhenti tatkala dia mendengar suara lelaki; si penculiknya itu kedengaran sedang bercakap dengan pembantu rumah tadi di luar bilik.

" What's wrong with her?". Ivan kedengaran bertanya.

"Maaf tuan, dia baru bangun".

Ringkas sahaja perbualan mereka berdua sebelum situasi kembali hening. Ivan kemudiannya memunculkan diri di dalam bilik itu lalu menutup dan mengunci pintu. Dia lantas berjalan mendekati Haidar yang sedang separuh terbaring di atas katil.

Haidar memandangnya dengan wajah yang bengis. Ivan pula seolah tidak terkesan sedikitpun. Dia mengambil kerusi yang ada di meja solek itu lalu duduk di samping katil. Dulang yang tadinya ada di atas meja solek kini ditatang oleh Ivan.

"Makan". Ivan menghulurkan dulang itu ke arah Haidar.

"TAK NAK!! LEPASKAN SAYA LAH!!!". Haidar menjerit kuat. Kedua tangannya semakin aktif memberontak. Tangan kiri sedang sedaya upaya untuk memukul Ivan manakala tangan kanan sudah terluka parah.

"AWAK NAK APA HA?!! LEPASKAN SAYA!". Jerit Haidar lagi dengan air mata yang semakin lebat mengalir.

"Stop hurting your wrist. Makan dulu. Nanti aku ubatkan tangan kanan kau". Ivan langsung tidak melayan jeritan Haidar, sebaliknya dia semakin menghalakan dulang yang berisi sepinggan nasi berlauk dan segelas air itu ke arah si gadis.

"Saya cakap, saya tak nak la!!". Dengan sepenuh tenaga, Haidar menggunakan tangan kirinya yang masih bebas untuk menolak dulang itu jatuh ke lantai.

Prangg!!

Pecah habis pinggan dan gelas kaca itu. Nasi, lauk dan air kosong habis tumpah bergelimpangan di atas lantai mozek bilik mewah itu. Kedua-dua daripada mereka kemudiannya terdiam buat seketika. Hanya bunyi tangisan Haidar yang kedengaran di dalam ruangan yang sunyi itu.

Ivan lalu membuka laci meja solek di samping katil kemudian sebuah kotak first aid kit dikeluarkan. Niatnya ingin merawat luka yang agak parah di sekitar tangan kanan Haidar. Kesan daripada geseran antara kulit sensitif wanita itu dengan gari yang agak tajam. Ivan berpindah duduk daripada atas kerusi ke birai katil. Betul-betul dekat dengan badan Haidar.

"Duduk diam. Aku nak ubatkan luka kau". Ivan mengambil kunci gari daripada poketnya lalu membuka gari yang membelenggu tangan kanan Haidar. Belum sempat dia nak sentuh kulit mulus tangan itu, Haidar mengelak terlebih dahulu.

"Jangan sentuh saya". Haidar memberi amaran.

"Give me your hand".

Haidar berdiam diri. Masih enggan ingin menyerahkan tangannya yang terluka parah itu kepada Ivan.

"Haidar Zaheera, give me your goddamn hand before I cuff the other one". Haidar semakin gerun dengan lelaki di hadapannya ini. Dia sedar bahawa lelaki ini langsung tidak sama dengan Ivan Tyler Grayson yang pernah dia kenali dahulu. Ivan Tyler Grayson yang dahulu murah dengan senyuman dan suka mengusik. Yang ini... aneh, seram dan mengelirukan.

Kerana takut dengan amaran Ivan dan rasa sakit yang semakin terasa di tangan kanannya, Haidar hulurkan juga tangan itu lalu dengan penuh kelembutan disambut oleh si jejaka. Ivan kemudiannya merawat luka di sekitar pergelangan tangan itu dengan penuh berhati-hati. Dimulakan dengan mencuci kemudian dibubuh ubat lalu dibalut. Semuanya dilakukan dengan penuh cermat. Seolah tangan Haidar  merupakan kaca berlabel 'fragile'.

"Kenapa awak culik saya?". Dalam kesunyian, Haidar bertanya.

Ivan hanya mendiamkan diri. Jejaka itu masih tekun membalut luka di pergelangan tangan bidadari di hadapannya ini.

"Saya ingat awak baik selama ni. Rupanya awak sama sahaja seperti Edrian. Saya benci awak, Ivan". Terasa hina dirinya disamakan dengan Edrian, tangannya berhenti membalut seketika.

"Jangan samakan aku dengan dia". Dengan kepala yang tertunduk, sedikitpun tidak memandang Haidar, Ivan berkata.

"Why not? Both of you are crazy!". Pekik Haidar membuatkan Ivan semakin kegeraman. Lelaki itu lalu melempar kotak first aid kit yang ada di atas katil ke dinding membuatkan Haidar terkejut besar.

"Aku tak sama dengan dia! Kau jangan sesekali nak letak aku satu tangga dengan jantan tak guna macam dia tu! Sekali lagi kau cakap macam tu, aku bunuh dia!". Ivan gila! Ivan sudah menggila! Betapa marahnya dia sehingga dia terlepaskan kata-kata itu. Kata-kata untuk membunuh si Edrian.

" Awak dah gila Ivan!!".

" MEMANG. MEMANG AKU DAH GILA! KAU LAH PENYEBABNYA, ZAHEERA!". Suara Ivan kuat menengking Haidar sehinggakan kalau rumah itu boleh bergegar dek kerana suara tengkingan Ivan, sudah pasti ianya akan bergegar.

Situasi kembali sunyi sejurus selepas itu.

Ivan mengeluh buat seketika sebelum dia berkata lagi,

" I have bodyguards around the house. Jangan cuba nak lari. Aku nak pergi kerja. Later I will ask the maid to send you another set of lunch". Kata Ivan dengan suaranya yang kembali melembut seraya menguncikan semula tangan kanan Haidar yang sudah sempurna dibalut pada gari besi di kepala katil.

"Jangan gerakkan tangan kau ni banyak sangat. Nanti berdarah lagi". Ivan berpesan.

"Aku pergi dulu, Zaheera". Dia lalu bangun daripada duduknya dan berlalu pergi, keluar daripada bilik. Pintu bilik ditutup lalu kedengaran ianya dikunci daripada luar.

🕊️

Very early update cuz I'm excited to finish this story hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro