34- Ayat Ke-8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

FIKIRAN Ivan berserabut. Segala benda dia terpaksa fikirkan. Tiada lagi perasaan tenang yang sesekali datang menjengah. Dia berjalan mundar-mandir di hadapan biliknya sambil memikirkan bermacam perkara.

"Maybe you should send him to the church more often, Carrisa. He's getting to be a bit like his father now".

Kata-kata Uncle Raymond itu seumpama kaset rosak yang berulang-ulang kali bermain di kepalanya membuatkan Ivan terasa seperti sudah menjadi seorang orang gila.

Mengapa Uncle Raymond berkata sebegitu tentang dirinya dan mendiang ayahnya? Kerana dulu, Mr Grayson memang dikenali dengan perwatakan yang sangat tegas dan kelihatan seperti ganas. Tapi yang orang lain tidak tahu, Mr Grayson adalah seorang figura ayah yang sangat baik terhadap Ivan. Sebab itu lah, selepas perginya Mr Grayson dan Puan Chua berkahwin lagi, Ivan seolah tidak boleh menerima takdir meskipun sudah sepuluh tahun berlalu. Everybody moved on but he's still at the restaurant...

Hilangnya Mr Grayson membuatkan dia hilang arah tuju dalam hidup. Hidupnya tunggang langgang. Ada agama seperti tiada agama. Tiada petunjuk untuk ke mana harus dia pergi atau apa yang harus dia lakukan.

Ah! Dia serabut!

Rambutnya diserabaikan lalu dia terduduk di atas lantai di hadapan pintu biliknya itu. Dia marah. Dia tidak tenang. Dia perlukan bacaan ayat-ayat itu.

Tiba-tiba dengan kuasa Yang Maha Esa, sayup-sayup kedengaran di tingkat tiga rumah itu suara Haidar membaca ayat-ayat Al Quran lagi. Bacaan yang dinantikan oleh Ivan. Dengan serta-merta degupan jantung Ivan kembali normal. Kepalanya diangkat lalu dia memandang ke hadapan.

Dengan automatiknya, dia bangun berdiri dan kakinya melangkah menuruni tangga untuk mengikuti bunyi bacaan itu. Semakin turun dan semakin turun. Jalan dan semakin berjalan. Sehingga lah Ivan sampai di tempat yang selalu dia duduki setiap malam sebelum tidur.

Di hadapan pintu bilik Haidar.

Kedengaran Haidar membaca sebuah surah yang baru. Yang tidak pernah didengari oleh Ivan. Bukan Ar Rahman, bukan Al Mulk dan bukan juga Al Fatihah. Ya, itu tiga surah yang diketahui namanya dan diingati cara bacaannya oleh Ivan.

Sampai lah hati Ivan seakan dijentik tatkala dia mendengar ayat ke-8 surah yang dibaca oleh Haidar itu.

Ayat ke-8 daripada Surah Taha yang bermaksud,
'Allah-there is no god ˹worthy of worship˺ except Him. He has the Most Beautiful Names'.

Terasa hatinya disentuh dengan ayat itu, Ivan maju ke hadapan lalu memulas tombol pintu bilik Haidar itu. Terhenti bacaan si gadis. Ivan memandang tepat ke arah si gadis itu dengan pandangan sayu dan deruan nafasnya yang berat. Haidar pula melihatnya dengan pandangan yang sayu. Haidar tahu, ada sesuatu yang tidak kena dengan Ivan.

He seems lost.

Again.

"Mengaji, aku nak dengar". Bicaranya dengan lembut. Dia betul-betul memerlukan Haidar untuk membacakan ayat-ayat yang mampu menenangkan dirinya itu.

"Macam mana saya nak mengaji kalau tangan saya kena gari ni?". Haidar membalas dengan nada yang sama. Sungguh, susah. Dia nak capai Al Qurannya yang berada di atas meja lampu itu pun payah dengan tangan yang bergari ini. Tambahan pula dia hanya menghafal surah Taha itu sampai ayat ke-8 sahaja.

Ivan lalu menghampiri Haidar dan membuka gari di tangan kanan gadis itu. Dia lalu duduk di kerusi meja solek bersebelahan dengan katil Haidar. Haidar menjauhkan sedikit jaraknya dengan Ivan.

"Kenapa?".

Ivan menggeleng.

"I don't know. Kepala aku berserabut. Aku perlukan bantuan Dia. Aku perlu dengar ayat-ayat Dia. Aku nak rasa ketenangan itu balik, Zaheera. Tolong sambung bacaan kau. I'm begging you".

"Saya ajar awak baca nak?". Ivan mengangkat kepalanya apabila disoal sebegitu oleh Haidar. Terkejut dia.

"Aku tak pandai, Zaheera. Satu apa pun aku tak tahu".

"Saya ajar, Ivan. Saya akan ajar awak baca ayat-ayat yang awak suka dengar ni. Jadi, nanti kalau awak rasa tak tenang, awak dah boleh baca sendiri. Tak perlu tunggu saya lagi. Jangan risau, saya ajar awak surah yang senang dulu. Surah Al Fatihah. Sebagai permulaan untuk awak. Nak?". Haidar mencapai Al Quran yang terletak elok di meja lampu itu lalu bangun daripada katilnya.

" Jom? Tak elok duduk berdua dalam bilik macam ni. Kita belajar sama-sama dekat dapur, okay? Ada Mak Ti boleh tolong tengok-tengokkan sekali".

🕊

MAK TI duduk bersebelahan dengan Haidar. Menemani gadis itu mengajari Ivan surah pertamanya. Surah Al Fatihah.

"Bismilah...". Haidar baca terlebih dahulu, Ivan ikut kemudian.

"Bis-mil-lah...".

"...hirrahma...".

"...hirah-ma".

"nirrahim...".

"nir-ra-him...".

Haidar tersenyum manis tatkala ayat pertama surah itu berjaya dituturkan oleh Ivan biarpun bacaannya masih tersekat-sekat. Tidak mengapa, Ivan! Baby steps!

"Ini ayat pertama surah Al Fatihah... Maksudnya, 'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang'. Haritu awak ingat kan yang saya pernah cakap Dia tu Maha Pemurah?". Haidar bertanya dan Ivan mengangguk.

"Ini lah buktinya".

"Dia... Dia Maha Penyayang juga? Maknanya, Dia sayang aku ke, Zaheera?". Kalini Ivan bertanya dan Haidar mengangguk.

"Tapi aku tak pernah kenal Dia...".

"What are you doing now? Awak kan tengah belajar dengan saya untuk mengenali Dia. Ilmu saya tak la setinggi sesiapa yang mempunyai kelayakan di luar sana tentang agama tapi untuk mengajar awak sikit-sikit, saya boleh. Surah yang senang-senang, saya boleh tolong ajar awak baca. Dia sayang awak, Ivan. Dia sayang semua hamba-Nya".

🕊

"ZAHEERA... Aku nak tanya sikit boleh?". Ivan yang tadinya kelihatan sibuk berusaha untuk membaca surah Al Fatihah dengan lancar itu kini berhenti seketika untuk menanyakan sesuatu kepada Haidar. Gadis yang kininya sedang membantu Mak Ti menyediakan minum malam buat mereka bertiga itu.

" Tanya la. Kalau saya mampu jawab, saya akan jawab". Balas Haidar tanpa sedikitpun berpaling ke arah Ivan. Tangannya lincah mengacau air teh panas yang baru sahaja dibuat. Mak Ti di sebelah hanya mendiamkan diri sambil menggoreng cucur udang. Tidak ingin dia masuk campur hal anak-anak muda berdua ini.

"How did you know that guy? Raymond".

Terus terhenti dentingan sudu di dinding kaca teko putih itu. Kepala Haidar tertunduk. Dia tak sangka yang Ivan masih lagi tidak berpuas hati dengan topik ini. Ivan masih lagi ingin mengorek rahsia silamnya sedangkan sedikit pun Haidar tidak mahu membiarkannya bocor jika boleh.

"Kenapa awak nak tahu?".

"Sebab aku tiada naluri macam kau. Aku tak boleh nak tahu apa yang kau rasa macam mana kau tahu apa yang aku rasa. Kau tahu semua masalah aku sedangkan aku langsung tak tahu apa-apa tentang kau. I know Raymond knew you from the past. Perhaps, he might be one of your problem sources".

Haidar mengeluh lalu berpaling ke arah Ivan.

"Awak culik saya supaya saya boleh tolong awak untuk mencari diri awak yang hilang itu kembali dan saya bersetuju untuk tolong awak supaya awak tak akan apa-apakan keluarga saya, supaya awak kembali menemui diri awak. Saya yang tolong awak bukan awak yang tolong saya. Jadi saya rasa, awak tak perlu tahu masalah saya, Ivan. Tak penting. Hubungan kita tak lama pun. Tiga bulan sahaja dan selepas itu kita akan berkelakuan seperti kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain kan? Itu janji awak kan? Tak perlu rasanya awak tahu setiap masalah saya, Ivan".

Ivan mengeluh.

Susah betul buat diri seorang Haidar Zaheera untuk berkongsi masalah dengan Ivan. Well what do you expect, Ivan? You kidnapped her! Kau ugut untuk bunuh keluarga dia kalau dia larikan diri! Kau ingat semudah itu untuk dia maafkan kau dan mesra dengan kau?

"Aku minta maaf".

"Untuk apa?".

Terlalu banyak kesalahan Ivan terhadap Haidar sehinggakan Haidar keliru di atas kesalahan yang manakah yang Ivan sedang meminta maaf itu.

🕊️

Nangis tak tu?
(Sebab saya nangis huhu)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro