38- "Itu Bezanya..."

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

USAI berbuka puasa sebentar tadi, Haidar mengambil keputusan untuk mengemas bilik melukisnya yang masih berantakkan itu. Terima kasih la kepada Dinda kerana disebabkan ulahnya, Haidar yang perlu mengemas semua ini. Tapi, dia tak mahu mengeluh kerana bilik ini merupakan 'hadiah' daripada Ivan buat dirinya. Jadi, sudah menjadi satu kewajipannya untuk memastikan bilik ini bersih dan kemas sentiasa.

Sedang Haidar mengangkat kanvas-kanvas yang sudah rosak itu untuk dibawa keluar dan dibuang, perutnya terasa seperti memulas, tekaknya loya semacam. Entah kenapa. Oleh kerana itu, dia berhenti seketika. Kepalanya yang juga berasa sedikit pusing itu dipegang.

Sebenarnya, selepas daripada berbuka tadi lagi Haidar berasa tidak enak badan. Rasa macam nak muntah dan pengsan. Namun, dia tahan. Mungkin ini hanya lah efek daripada berpuasa seharian. Mungkin...

Baru sahaja dia ingin bangun dan menyambung kerjanya, ada suara garau yang menegur.

"Let me take the canvases out". Suara Ivan kedengaran. Niat Ivan baik. Dia hanya ingin membantu Haidar mengemas bilik itu kerana dia turut perasan akan Haidar yang sedari tadi berjalan terhuyung-hayang macam nak pengsan. Ivan risau.

"Tak apa, saya boleh buat sendiri". Haidar menolak.

"I know but I wanna help".

Malas nak bergaduh mulut dengan Ivan, Haidar akhirnya keluar daripada bilik itu dan membiarkan Ivan pula yang masuk. Dia melihat bagaimana satu-persatu daripada kanvas-kanvas dan lukisan-lukisan yang telah rosak itu diangkat keluar oleh Ivan lalu diletakkan tersandar pada dinding luar bilik itu.

"Terima kasih".

"Sama-sama, Zaheera". Ucapan terima kasihnya dibalas dengan sebaris ayat pendek itu dengan kosong pakej senyuman. Rasa-rasanya sebab Ivan memang manusia yang jenis susah mahu tersenyum sekarang. Entah kenapa. Kalau dengan Haidar pun jarang, apatah lagi dengan orang lain. Kan?

Makin lama Haidar memerhatikan Ivan, makin loya dan pening dia dibuatnya. Dia betul-betul rasa macam nak pengsan saat ini. Entah kenapa.

Ivan yang sudah semestinya perasan akan hal itu berhenti buat seketika sebelum mengelap peluhnya dan bertanya,

"Kau okay?".

Haidar angguk. Nak bersuara pun dia tidak larat.

'Ya Allah, apa dah jadi dekat aku ni?'. Monolog Haidar dalam hatinya. Dia risau tentang dirinya namun dia juga tidak mahu terlihat lemah di hadapan Ivan.

"You look like you don't, Zaheera". Kini Ivan pula bertukar menjadi risau. Tadi dah risau, sekarang makin risau. Dia takut terjadi apa-apa pada gadisnya ini. Eh, gadisnya?

"Ivan... Saya--". Belum sempat Haidar mahu menghabiskan kata-katanya, matanya terkatup terlebih dahulu. Badannya jatuh rebah ke lantai menghasilkan bunyi yang kuat.

Dia...

pengsan.

"ZAHEERA!". Ivan yang panik itu terus pergi mendapatkan Haidar. Kepala wanita itu dipangku tatkala dia melihat mulut Haidar yang mulai mengeluarkan buih-buih putih dan kedua tangan wanita itu menggeletar hebat.

"Please... Zaheera, stay with me...". Dalam kepanikan hebat Ivan itu, dia mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket seluar lalu menelefon 999 untuk mendapatkan bantuan ambulans.

Dalam masa yang sama...

Seseorang kelihatan sedang membawa beg balik kampungnya dan mulai berjalan keluar daripada rumah itu tatkala Ivan sedang kepanikan menunggu ambulans. Dia berjalan perlahan-lahan bersama begnya lalu berjaya keluar melalui pintu utama rumah itu.

Sempat dia kerling ke arah Haidar yang umpama nyawanya sudah berada di hujung tanduk itu sebelum berkata,

"Padan muka kau berdua. Seorang mati, seorang lagi meroyan". Dia tertawa jahat lalu berlalu pergi daripada situ dan berniat untuk tidak pernah kembali lagi.

🕊

BADAN lemah Haidar yang terbaring di atas katil hospital itu dipandang oleh Ivan. Dia yang setia menunggu gadis itu sejak daripada tadi. Sedikit pun tidak bergerak daripada tempat duduknya. He refused to leave his Zaheera alone.

"Ivan...". Suara itu tiba-tiba sahaja berbunyi membuatkan fokus Ivan dengan serta-merta tertumpu kepada Haidar walaupun sedari tadi memang dia hanya menilik wajah wanita itu sahaja.

"Zaheera. Zaheera, kau dah sedar? Zaheera... Aku-- aku minta maaf... Aku tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Sumpah ak-".

"Jadi apa? Kenapa dengan saya?". Haidar memotong percakapan Ivan. Dia sendiri keliru dengan keadaannya yang sekarang ini. Wanita itu hanya mengingati momen di mana dia pengsan di rumah Ivan dan tahu-tahu, buka sahaja matanya, lelaki itu sudah setia menunggunya di sisi katil hospital.

Tindakan Ivan yang tiba-tiba sahaja meminta maaf ini semakin membuatkan Haidar keliru. Apakah yang sudah terjadi sebenarnya?

"We were cleaning your painting room just now when you suddenly fainted. I was so scared. Aku takut sangat, Zaheera. Aku takut jadi apa-apa dekat kau. Then, I brought you to the hospital and doktor tu cakap kau keracunan makanan". Makin berkerut dahi Haidar apabila mendengarkan penjelasan Ivan itu. Dia keracunan makanan? Jarang sekali baginya untuk keracunan makanan.

"Keracunan makanan? Kenapa? Maksud saya, macam mana saya boleh keracunan makanan? Benda terakhir yang saya makan--". Kata-kata Haidar terpotong dek akal fikirannya sendiri. Dia seolah-olah baru mengingati semula punca dia keracunan makanan.

Benda terakhir yang dia makan ialah...

"... lauk berbuka saya. Saya makan lauk berbuka yang Dinda hidangkan".

Riak wajah Ivan yang kelihatan sedikit mendung tadi berubah menjadi serius kembali. Telinganya cukup berdesing tatkala mendengar pernyataan yang keluar daripada mulut Haidar itu.

Ivan sudah agak!

Keracunan makanan yang Haidar alami pasti melibatkan salah seorang tukang masak di rumahnya itu kerana Haidar memang tidak makan makanan luar. Jadi, samaada Mak Ti, Seri atau Dinda sahaja yang boleh masakkan Haidar makanannya.

"Dinda? Kau makan makanan yang Dinda hidangkan?". Tanya Ivan untuk kepastian.

"Dia minta maaf dengan saya sebelum waktu berbuka tadi dan dia masakkan saya makanan berbuka. Saya fikir... Saya fikir dia ikhlas".

"Kau percayakan dia, Zaheera?". Soal Ivan dengan nadanya yang sedikit tegas. Tiada langsung niatnya untuk memarahi Haidar namun dia hanya sedikit geram dengan situasi sekarang. Situasi Haidar yang senang-senang sahaja mempercayai wanita kejam bernama Dinda itu.

"Kalau saya boleh percayakan awak dulu, kenapa saya tak boleh percayakan dia?".

"It's not the same, Zaheera! Perempuan tu jah--". Suara Ivan naik seoktaf.

"Jahat? Awak nak cakap Dinda tu jahat? Bagaimana pula dengan awak, Ivan? Awak tak jahat ke? Ivan... Semua orang dalam rumah tu... semua saya tak boleh letak kepercayaan saya pada mereka termasuk awak. Saya tak boleh nak percayakan siapa-siapa yang ada dalam rumah tu. So, when someone came apologising... awak rasa apa yang saya akan buat? It made me build up my trust towards her even when it was just a little bit". Jangan tanya mengapa ini yang Haidar tuturkan. Dia sendiri tertanya-tanya betulkah apa yang dia katakan ini. Dia sendiri keliru.

"What about me? I came and did the same thing. I apologised. Kenapa kau tak mahu percayakan aku lagi?". Ivan memandang Haidar dengan pandangan matanya yang redup.

"Because you lied to me once. Awak dah dapat kepercayaan saya dulu tapi awak hancurkannya dengan buat benda bodoh macam ni. You had it once and you broke it while Dinda had none before this. So, I gave her a chance. Itu beza awak dan dia, Ivan".

Ivan tersentap.

Semua yang Haidar tuturkan itu benar belaka.

🕊️

Tadaa!
Ini lah konflik kedua!
Ringan-ringan je takpe kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro