42- Before-France

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUDAH dua minggu berlalu. Dua minggu berlalu semenjak pergaduhan terakhir mereka. Haidar langsung tidak berbicara dengan Ivan. Langsung tidak keluar perkataan yang tidak berkait dengan pelajaran Ivan daripada mulut Haidar.

Di waktu Ivan belajar Al Quran sahaja Haidar akan berkata-kata. Selain daripada itu? Tidak lagi. Nak melihat Ivan pun gadis itu tidak mahu. Dia kembali dingin seperti dulu. Memang sepatutnya begini, bukan? Siapa sahaja mahu berbaik-baik dengan penculik dan pengintipnya sendiri?

"Awak dah belajar satu surah baru hari ini. Surah Al-Ikhlas. Jika surah ini dibaca oleh awak, awak semacam telah membaca satu per tiga daripada seluruh Al Quran. Besar pahalanya. Saya harap awak boleh lancarkan lagi bacaan awak. Kalau rajin sikit, awak boleh buat research di Internet tentang surah ini". Terang Haidar dengan suaranya yang tidak bernada. Dingin dan tidak beremosi.

Ivan tidak berkata apa-apa. Matanya tidak dialihkan daripada terus memandang wanita di hadapannya itu meskipun Haidar tidak sekalipun memandang dirinya. Sejak daripada tadi, tertunduk sahaja kepala si gadis.

"Saya pergi dulu".

Haidar bangun dan membuka langkah untuk pergi daripada situ namun segala langkahnya terhenti dek kerana Ivan. Kata-kata Ivan.

"France. Allons en France. (France. Let's go to France)". Beku Haidar di tempatnya apabila telinga menangkap apa yang diperkatakan oleh lelaki yang masih duduk di kerusi meja makan itu. Kepalanya dibawa pusing menghadap Ivan.

"Apa yang awak mengarut ni?".

"Let's go to France. Balik sahaja daripada situ, aku akan lepaskan kau. Tiada lagi tempoh tiga bulan. We go to France for few days and as soon as we come back to Malaysia, I will let you go". Tawaran ini yang giat difikirkan oleh Ivan semalam. Dia takut kehilangan Haidar namun wanita itu memerlukan kebebasan. Jadi, ini sahaja lah pilihannya.

"Kenapa Perancis? Kenapa? Supaya awak boleh kurung saya lebih jauh daripada semua orang? Supaya awak boleh simpan saya untuk diri awak sendiri jauh daripada semua orang? Awak ingat saya boleh percaya akan kata-kata awak walaupun dengan tawaran itu? Selepas semua benda yang awak-".

"Aku nak melawat daddy. My late dad. For the last time. Aku dah bersedia, Zaheera. Aku dah bersedia nak kenal Tuhan kau dengan lebih lagi. Aku dah bersedia nak kenal agama kau dengan lebih lagi. I need to tell this to my dad. I need to talk to him for the last time. Dia mesti bangga dengan aku kan?". Ivan tertawa kecil di hujung katanya. Rindunya terhadap Mr. Grayson tatkala ini setinggi gunung.

Terpana Haidar dibuatnya.

"Kenapa saya? Saya bukan siapa-siapa. Saya bukan ahli keluarga awak".

'You are everything to me, Zaheera'. Sebaris ayat itu hanya mampu diungkapkan dalam hati kecilnya sahaja. Di dunia nyata, dia bangun daripada kerusinya dan tersenyum ke arah Haidar.

"Bagitahu aku kalau kau setuju. I will prepare everything".

🕊️

"HAIDAR! Mama rindu Haidar!". Puan Zulaikha memeluk kemas badan anaknya itu. Sungguh, mungkin sudah sebulan lebih dia tidak melihat anak gadisnya ini. Rindu sungguh Puan Zulaikha terhadap Haidar sehingga tidak terkira harinya.

"Haidar pun rindu mama...". Haidar cuba untuk menahan sebak. Badan Puan Zulaikha dipeluk kembali dan digosok perlahan. Rindunya terhadap si ibu amat menggunung. Sepanjang dia diculik, tiada sekali pun peluang yang diberikan oleh Ivan untuk dirinya pulang melawat ibu bapanya.

"Haidar rindu mama sangat-sangat...". Bicara Haidar lagi.

"Iya, sayang. Tak apa. Ini kan Haidar dah dapat tengok mama...". Puan Zulaikha melepaskan pelukannya lalu tersenyum manis ke arah Haidar. Kedua tangannya naik mengusap lembut kedua pipi anak gadisnya itu.

"Ini Haidar balik berapa lama?".

Untuk menjawab persoalan mamanya itu, Haidar berpaling ke tepi untuk melihat Ivan yang sedang berdiri tegak di situ. Matanya seakan meminta kepastian daripada Ivan akan jawapan yang bakal dia tuturkan ini.

"Haidar tak balik terus. Haidar balik sekejap aje ni. Haidar balik ni pun sebab nak minta izin mama dan papa".

"Minta izin apa tu, Haidar?". Tanya Puan Zulaikha.

"Haidar nak minta izin... I wanna ask your permission to go to France with my boss. It's a... a business trip". Haidar tidak gemar menipu tetapi dia terpaksa. Dia benci menipu. Tindakannya sekarang ini seolah-olah membuatkan dia berada di taraf yang sama seperti Ivan.

Taraf sebagai seorang penipu.

"Oh really?". Mendengarkan suara teruja Puan Zulaikha itu semakin membuatkan hati Haidar remuk.

"It will be a three days trip. I will pay for everything and... I will take care of your daughter". Ivan menayangkan senyum pahitnya seraya menuturkan kata itu.

"Haidar... mama izinkan!". Puan Zulaikha sekali lagi memeluk badan anak gadisnya. Semakin menambah torehan pada jiwa Haidar. Dia tahu, mamanya memang senang mempercayai mana-mana manusia. Macam sekarang... wanita tua itu langsung tidak bersyak wasangka pada Ivan. Langsung tidak bimbang anak gadisnya keluar berdua ke Perancis bersama seorang lelaki yang bukan mahram.

Jiwa Haidar semakin tertoreh kerana dia tahu...

...Puan Zulaikha tidak pernah berubah.

Tatkala badannya dipeluk oleh Puan Zulaikha, matanya yang terpejam itu mengalirkan airnya.

"You have fun there okay sweetheart? Bawa balik oleh-oleh untuk mama".

Haidar tidak menjawab sebaliknya dia hanya mengangguk. Air matanya masih tidak berhenti mengalir dan Ivan di situ hanya menyaksikan segalanya tanpa berkata apa kerana dia tahu, dia lah salah satu punca wanita itu bersedih tatkala ini. Dia lah punca segalanya.

🕊️

"HAIDAR! Mana Haidar pergi? Akak rindu Haidar tau!". Daneen yang sedang mendukung seorang bayi baru lahir itu cepat-cepat menghampiri Haidar dan Ivan yang baru sahaja masuk ke dalam kafe.

"Haidar ada misi rahsia. Akak buat apa dekat sini? Dengan baby ni. Akak patut duduk berpantang dekat rumah". Marah Haidar manja. Mana taknya, Daneen ini ada bayi kecil pun masih mahu masuk bekerja.

"Akak datang sekejap je ni. Nak tengok Yana. Lagipun, suami akak ada tu ha". Daneen menundingkan jarinya ke arah Daim yang sedang duduk di salah satu kerusi di dalam kafe itu bersama Dhamir. Daim kelihatannya mengangkat sebelah daripada tangannya sebagai tanda untuk menegur Ivan yang sedang berdiri tepat di samping Haidar.

"Ada je alasan akak kan?". Haidar tertawa di hujung katanya. Wajahnya ditundukkan sedikit untuk memandang bayi yang ada di dalam dukungan Daneen dengan lebih dekat.

"Comelnya baby. Nama apa ni, kak?". Soal Haidar.

"Dalila Awateef".

"Comelnya awak, Dalila... Haidar nak pegang pipi dia boleh, kak?".

Daneen mengangguk tanda dia mengizinkan majikannya itu untuk memegang pipi Dalila; bayi perempuannya.

Dia faham... Majikannya ini anak tunggal. Jarang nampak bayi. Ini dah ada depan mata, mesti lah gadis itu geram nak pegang-pegang. Jadi, Daneen izinkan saja la. Tak ada masalah pun bagi dirinya.

Haidar menekan-nekan lembut pipi gebu Dalila si bayi itu. Dah macam menekan doh roti. Lembut sangat!

Ivan pula sudah bergerak menghampiri Daim di hujung kafe. Dia berfikir, biarlah ditinggal sebentar Haidar berdua bersama pekerjanya itu. Dia tak mahu menjadi seolah-olah seperti tunggul kayu si pengganggu pula di situ.

"Daim". Tangannya dihulur lalu dengan serta-merta disambut oleh Daim.

Ivan kemudiannya mengambil tempat di hadapan Daim yang sedang meriba Dhamir itu.

"Ivan. How are things going?".

"Quite good. Aku dah apply membership dekat gym kawan kau tu. Been there few times". Ayat pertama itu jelas adalah sebuah penipuan. Ivan langsung tidak baik-baik saja di saat ini.

"The gym's good, right? Cuma tu la, tahan sikit la telinga kau dengan owner dia tu. Banyak cakap". Teringat pula Daim terhadap sahabat baiknya; Hyder Zafran.

"It's fine. Aku tak la bosan sangat kalau dah owner dia banyak cakap macam tu". Ucap Ivan sembari tertawa kecil. Sambil ketawa, sambil dia mengerling ke arah Haidar.

Dan Daim perasan akan hal itu.

"You like her?". Tanya Daim tanpa belok-belok lagi.

"I honestly don't know". Ivan tertawa pahit. Kalau dia suka akan Haidar sekalipun, apa boleh dia buat? Dia akan kehilangan gadis itu dalam masa seminggu sahaja lagi.

"Kalau suka, bagitahu. Bagitahu sebelum kau melepas, Ivan".

"Kau buat macam tu ke dekat isteri kau dulu?".

Daim dengan bangganya mengangguk.

"Jumpa sekali lepastu jumpa lagi sekali and then aku terus bagitahu dia yang aku sukakan dia". Daim bercerita seraya matanya memandang kasih ke arah si isteri.

"Lepastu terus kahwin?".

"Nope. She made me waited for her for like 11 years and I did. Aku tunggu dia selama hampir 11 tahun". Terkejut Ivan tatkala mendengar cerita ringkas Daim. Dia tidak percaya ada manusia sesetia itu. Yang sanggup menunggu pasangan kekasihnya dalam kurung waktu 11 tahun.

Bahkan ibu kandungnya juga tidak begitu...

"Why?".

"Because I love her and I can't love anyone else. Jadi, aku tunggu. I told myself that if she doesn't come back to me, then it's true that she isn't my lost piece of rib and I shall stay single for the rest of my life. But she did come back. It was worth the wait".

Ivan sekali lagi terpana. Begitu setianya lelaki di hadapannya ini.

"Luahkan je, Ivan. Itu yang aku nasihatkan".

🕊️

Daim ni, dalam buku orang pun dia green flag. Dalam buku sendiri apatah lagi, hm...

Kalau sayang-sayangku semua curious tentang Daim & Daneen, you guys can check out MR WAQEEL!
That is their own love story.
Dekat sini mereka berdua buat cameo je hehe :D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro