45- France III (The Tulips)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Flashback...

"AKU kat mana ni, Ven?". Haidar menyoal Vanessa dengan suara lemahnya sebaik sahaja dia terjaga. Dia agak terkejut apabila dia buka-buka sahaja matanya, dia terlihat badannya sudah berselirat dengan wayar, kepalanya berbalut tebal dan lehernya dipakaikan cast.

"Apa... apa dah jadi, Ven?". Soal Haidar lagi apabila Vanessa sedari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.

"Kau kemalangan. Kau kemalangan waktu kau dalam perjalanan balik rumah daripada kelab semalam...". Jujur Vanessa berkata kerana itu lah sebenarnya yang berlaku.

Semalam, Haidar memandu dalam keadaan separa mabuk. Dia memandu ke rumah dalam keadaan yang agak tergesa-gesa kerana dia ingin lari daripada Uncle Raymond dan Edrian yang terus-terus sahaja mengganggunya di kelab malam pada waktu itu.

Kereta dipandu agak laju oleh Haidar dah tahu-tahu, dia sudah terjaga di katil hospital.

"Mama papa aku mana, Ven?".

"Mama papa kau ada di Jerman. Outstation. Baru semalam pergi. Mereka tak dapat nak datang. Jadi, mereka suruh aku yang datang jaga kau". Jawab Vanessa dengan riak wajah yang sugul. Dia tahu Haidar pasti akan sedih tatkala mendapat berita bahawa ibu bapanya lebih mementingkan kerja berbanding anak mereka sendiri.

"Mereka tak sayang aku ke, Ven?". Kata Haidar bersama air mata yang mengalir melalui dua matanya yang lebam dan bengkak itu.

"Jangan cakap macam tu, Haidar... Aku yakin nanti mereka datang. Kau jangan sedih-sedih, ya? Sekarang, kau kena banyak rehat. Atau kau nak aku panggilkan doktor?".

Haidar menggeleng. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa di saat ini kecuali Vanessa. Dia kecewa. Dia kecewa dengan ibu bapanya dan dia kecewa dengan dirinya sendiri.

Namun, Haidar tahu... Pokok pangkal masalah ini ialah dirinya sendiri. Tiada siapa yang patut dia persalahkan kecuali dirinya sendiri. Not even her parents.

"Atau kau nak air? Tapi aku tak pasti kau boleh minum air ke tak. Boleh aje kan?". Terasa bodoh pula Vanessa apabila dirinya mengajukan soalan itu.

Haidar tetap sahaja menggeleng. Matanya dialihkan ke arah meja kecil yang berada di hujung wad itu. Di atas meja itu ada sebuah Al Quran dan satu set kain sembahyang bersama sehelai sejadah. Seolah-olah semuanya lengkap buat Haidar.

Haidar mengelap air matanya sebelum mulutnya kembali dibuka untuk bertanya sesuatu kepada Vanessa.

"Ven...".

"Yes, yes? Kau nak apa-apa ke?". Vanessa sedia membantu!

"Tu...". Jari Haidar ditundingkan ke arah meja kecil itu.

"...aku punya kan?".

"Haah. Aku yang bawakan daripada rumah kau. Aku minta pembantu rumah kau yang ambilkan lepastu aku bawa ke sini sebab aku fikir benda-benda tu penting untuk kau kan? Aku takut kau nak guna, sebab itu aku bawa". Terang Vanessa seraya dia tersengih-sengih. Dia tidak tahu kegunaan Al Quran dan kain sembahyang itu buat Haidar namun dia dapat rasakan bahawa semua itu penting buat kawan baiknya.

"Aku dah lama tak solat, Ven...". Haidar mulai menangis lagi. Dia sedar, begitu banyak dosanya dengan Sang Pencipta.

"Aku dah lama sangat tak sentuh Quran...". Semakin lama, semakin lebat tangisan Haidar.

"Kau pernah cakap dekat aku, selagi kau hidup... Tuhan kau akan ampunkan dosa kau kalau kau bertaubat kan?". Ya. Kata-kata itu pernah Haidar ucapkan dengan begitu angkuh pada Vanessa pada dahulu kala.

"Kau solat lah balik. Kau mengaji balik. Aku tahu Tuhan kau tengah tunggu kau tu". Vanessa berkata seraya mengusap lembut tangan Haidar.

End flashback...

"Aku tak pernah tahu pun Ven pernah buat semua tu. Aku tak pernah tahu pun yang dia berkawan dengan kau". Ivan memberi komen sebaik sahaja cerita Haidar selesai seraya mereka berdua berjalan di khalayak orang ramai di Saint-Marc itu.

Saint-Marc adalah sebuah pasar yang terletak di daerah Rouen, Perancis. Ya, ini lah tempat yang Ivan berniat untuk membawa Haidar pergi 'dating' seperti yang dibicarakan tadi.

"Sebab selepas sahaja saya keluar daripada hospital tu, saya tukar nombor telefon saya. I cut off everyone from my life. Hidup saya selepas itu hanya lah agama saya dan mama papa. Saya tolak semua orang yang cuba untuk berkawan dengan saya termasuk Vanessa. I think she took it to the heart, that's why she never talked about me with you. Kalau kawan saya cut off saya, saya pun akan lakukan benda yang sama. Saya faham dia". Terang Haidar lagi seraya dia berhenti di salah satu gerai di Saint-Marc itu untuk melihat bunga-bunga segar yang dijual di situ.

"Dia pernah bercakap tentang kau dekat aku sekali tapi dia tak pernah sebut nama". Tambah Ivan.

"Itu mungkin selepas saya jumpa semula dengan dia after a few years".

"So you guys are friends again?".

Haidar mengangguk. Tangannya mencapai sekuntum bunga tulip berwarna putih lalu dibawa ke hidung untuk dihidu.

Ivan yang perasan akan hal itu melorek senyum kecilnya.

"Monsieur, combien pour un bouquet de tulipes? (Sir, how much for a bouquet of tulips?)". Soal Ivan kepada lelaki tua si penjaga kedai bunga.

"Tu veux acheter pour ta copine? (Do you want to buy for your girlfriend?)". Soal lelaki penjual sambil tersenyum dan melihat ke arah Haidar yang sedang ralit melihat bunga-bungaan di kedainya.

"Ce n'est pas ma petite amie mais oui, je veux l'acheter pour elle (She's not my girlfriend but yes I want to buy it for her)". Ivan menggaru-garu lehernya yang tidak gatal itu. Malu pula dirinya apabila si tuan kedai menyangkakan bahawa Haidar itu ialah teman wanitanya.

Lelaki penjual itu tidak menjawab sebaliknya dia mencapai beberapa kuntum tulip segar berwarna putih dan terus sahaja dibungkus olehnya membentuk sebuah jambangan tulip yang sangat cantik.

Jambangan itu lalu dihulurkan kepada Ivan. Keliru Ivan dibuatnya.

"Prends ça gratuitement. Avouez vos sentiments (Take this for free. Confess your feelings)".

Ivan yang terpinga-pinga itu hanya menyambut sahaja pemberian si tuan kedai seraya kata terima kasih diucapkan dalam bahasa Perancis.

"Merci, monsieur (Thank you, sir)".

"De rien. Soyez heureux ensemble! (It was nothing. Be happy together!)".

Ivan menayangkan senyum manis kepada si tuan kedai sebelum dia bergerak ke arah Haidar yang berdiri di hujung gerai bunga. Agak jauh daripadanya.

Ivan berdehem sekali sebelum memanggil nama si gadis.

"Zaheera".

"Hm?". Haidar berpaling ke belakang memandang Ivan yang sedang memegang jambangan besar bunga tulip itu. Pelik si gadis dibuatnya.

"Ni...".

"Ni apa?".

Beberapa kali juga Ivan membaiki suaranya dengan berdehem untuk menghilangkan perasaan gementar.

"Pak cik tu bagi percuma. Ambil lah". Ivan menghulurkan jambangan bunga tulip itu kepada Haidar.

"Betul ke pak cik tu bagi percuma?".

Ivan berpaling ke arah si tuan kedai dan tuan kedai itu mengenyitkan sebelah matanya kepada Ivan. Bertambah malu Ivan dibuatnya.

"Y-ya. Betul. Ambil la".

"Kenapa awak tiba-tiba saja gagap ni? Awak okay ke tidak?". Tanya Haidar seraya kedua tangannya mencapai jambangan bunga itu. Jambangan itu dibawa ke dalam pelukannya sembari hidungnya mencium aroma bunga-bungaan si tulip putih.

"Okay. Aku okay. Dah, jom? Kita pergi tengok pasar seni dia". Ajak Ivan lalu dia berjalan terlebih dahulu ke hadapan sedangkan Haidar masih terpatung di situ.

"Zaheera, jom...". Panggil Ivan.

"O...kay...". Haidar yang masih kepelikan dengan tingkah Ivan itu terus mengikut langkah si lelaki. Takut-takut dia ditinggal sesat di situ seorang diri.

🕊️

Another update for today sebab saya nak cepat-cepat habiskan cerita ni hehe :D

Tinggal lagi 5 bab sebelum cerita ini tamat (+1 epilog).
Cerita ini akan tamat pada bab yang ke-50.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro