47- Thariq Ivan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AKU faham kalau kau nak dakwa aku atas semua kesalahan aku selama ini. Dakwa la. Aku terima". Ucapan pertama Ivan apabila dia menghantar Haidar betul-betul di hadapan pintu pagar rumah perempuan itu.

Ya, ini lah saatnya. Saat di mana dia perlu melepaskan Haidar. Saat di mana dia bakal kehilangan wanita itu. Saat di mana dia bakal berlakon seperti mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain selepas ini.

Haidar menggeleng perlahan.

"Saya tak akan dakwa awak. Tapi awak mesti tunaikan janji awak. Awak tak akan pernah muncul lagi di hadapan saya selepas ini. Awak tak akan sebut lagi nama saya. Awak tak akan ingat lagi tentang saya. Awak tak akan kenal lagi saya. Janji dengan saya semua itu dan saya tak akan dakwa awak". Bicara Haidar dengan tenang. Kedua tangannya erat menggengam sebuah beg kertas yang berisi sesuatu yang ingin dia berikan kepada Ivan sebentar sahaja lagi.

"Kalau itu permintaan kau, aku akan tunaikan. Aku nak berterima kasih dekat kau untuk selama ini. Terima kasih sebab dah ajarkan aku tentang Islam. Terima kasih sebab dah kenalkan aku dengan Tuhan kau. Terima kasih sebab bantu aku cari ketenangan jiwa yang selama ini aku tak pernah miliki. Terima kasih untuk semuanya, Zaheera".

'Zaheera'. Dia pasti rindu untuk menyebut nama itu selepas ini. Hati lelakinya menahan sebak. Di mulut sudah berjanji, di hati masih belum mahu melepas pergi.

"Saya doakan segala urusan awak dipermudahkan. Saya doakan awak akan selalu gapai ketenangan yang awak cari selama ini. Ini, ambil lah". Haidar menghulurkan beg kertas yang agak besar yang dipegang olehnya kepada Ivan.

"Apa ni, Zaheera?". Soal Ivan dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

"Di dalam beg kertas ini ada lukisan yang awak minta. Ikhlas saya berikan untuk awak. Ada juga Al Quran merah jambu yang awak pernah beri pada saya. Saya kembalikan semula kepada awak. Ambil lah".

"Aku tak boleh terima Al Quran tu, Zaheera. Aku dah beri pada kau. Aku-".

"Saya dah tanda beberapa surah lazim yang mudah untuk awak baca dan hafal. Kalau awak masih susah nak baca, awak boleh minta untuk Mak Ti ajarkan atau awak pasang saja bacaannya di YouTube". Beg kertas ditolakkan ke arah Ivan. Haidar betul-betul mahu lelaki itu menerima pemberiannya.

Ivan mengcapai beg kertas yang dihulurkan oleh Haidar dengan teragak-agak sebelum dia sendiri menghulurkan beg kertas yang dipegang olehnya kepada wanita itu.

"Zaheera... Aku pun ada sesuatu untuk kau".

"Hm?". Haidar mengcapai beg kertas yang dihulurkan oleh Ivan sebelum dia jenguk ke dalam.

Di dalam beg kertas pemberian Ivan itu ada sebuah crocheted croissant yang Haidar yakin ialah hasil tangan Ivan semasa hari terakhir mereka di Perancis tempoh hari.

"Kau tak suka tapi aku nak juga bagi kepada kau. Last one, I promise". Ivan tersenyum segaris. Namun entah mengapa, hatinya terasa seperti dirobek oleh pisau tak terwujudkan. Sakitnya hati Ivan tika ini tidak pernah dia rasakan sebelum ini.

"Terima kasih. Saya pergi dulu, Ivan. Assalamualaikum". Itu kata-kata terakhir Haidar sebelum wanita itu berlalu pergi begitu sahaja. Maka, tinggal lah Ivan di hadapan pintu pagar itu seorang diri.

Terpana Ivan di situ.

Mengapa sungguh cepat masa berlalu? Mengapa wanita itu terlalu cepat pergi? Terlalu benci kah Haidar pada dirinya?

Ivan mengeluh sebelum dia akhirnya masuk semula ke dalam kereta. Sempat dia bersandar di tempat duduk pemandu itu sambil merenung atap keretanya.

Sakit hatinya masih belum hilang. Seolah Haidar lah manusia yang memegang pisau untuk menoreh luka pada hati kecilnya.

Segala memori semenjak kali pertama pertemuannya dengan Haidar sehinggakan memori hari ini dia bersama wanita itu bermain di kepalanya seolah-olah seperti pita rakaman yang rosak. Ingin dia hentikan namun dia tidak mampu. Ingin dia buang daripada ingatannya namun dia tidak mampu. Ingin dia padam buat selamanya namun dia tidak mampu.

Dalam tak sedar, lelaki bernama Ivan Tyler Grayson itu mengalirkan air mata.

"Merde... (Shit...)".

Ivan tertawa kecil. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia sedang mengalirkan air mata kerana seorang wanita pada ketika ini.

"Ça fait mal... (It hurts...)".

Tawanya berganti esakan yang semakin perih. 

🕊️

Sebulan kemudian...

Jari telunjuknya diangkat ke udara di hadapan pegawai Jabatan Agama Islam itu.

"أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ".

Salah seorang pegawai di hadapan Ivan itu melafazkan kalimah itu untuk diikuti oleh Ivan.

"أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ".

Ivan mengikuti bacaan kalimah itu dengan lancar. Sudah semestinya lancar kerana dia sudah berlatih untuk melafazkan kalimah ini sejak daripada tiga minggu yang lalu.

"وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ".

"وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ".

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah". Pegawai itu melafazkan pula terjemahannya untuk diikuti oleh Ivan.

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah". Dan Ivan hanya mengikut sahaja. Ya, dia yakin.

"Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu ialah pesuruh Allah".

"Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu ialah pesuruh Allah".

Allhamdulillah.

Dengan rasminya, Ivan telah memeluk Islam. Buat pertama kalinya dalam hidup lelaki itu dia merasa setenang dan selega itu. Dia merasakan bahawa dirinya lebih dilindungi. Dia merasakan bahawa dirinya lebih selamat.

'Allah...'. Dia melafazkan nama suci itu menggunakan suara hatinya.

🕊️

PERKARA pertama yang dia lakukan selepas sahaja pulang daripada pejabat agama, dia terus menuju ke rumah Puan Chua.

"Mommy...".

"Ivan...".

Terus sahaja Puan Chua menarik anak lelakinya yang bersongkok elok itu untuk masuk ke dalam pelukannya. Bahagian badan Ivan digosok perlahan oleh Puan Chua. Wanita separuh abad itu turut mengalirkan air mata bahagia.

"I'm so proud of you, Ivan. I'm so so proud of my son". Ucap Puan Chua sambil menangis teresak-esak di bahu Ivan.

Tidak dapat tertahan lagi emosinya, Ivan juga turut mengalirkan air mata.

"Ivan rasa tenang, mommy. Ivan tak pernah rasa setenang ini. Ivan rasa bahagia, mommy". Ivan meluahkan kegembiraannya kepada Puan Chua. Suaranya yang tersekat-sekat itu tidak diendahkan.

"I know, Ivan. I know and I'm so happy to see it. I'm so proud of you. Mommy sangat bangga dengan Ivan". Puan Chua melepaskan pelukannya dan memegang kedua belah pipi Ivan. Mata anak terunanya itu ditatap lembut.

"Lepasni Ivan dah tak boleh nakal-nakal lagi ya? Ivan kena jadi anak yang baik. Ivan kena doakan mommy juga ya, sayang? Janji dengan mommy?". Puan Chua menggosok sisi kepala anak lelakinya itu.

Ivan mengangguk.

Puan Chua lalu mencium lembut dahi Ivan. Setelah itu, wajah Ivan dipandang lagi.

"Handsome nya anak mommy ni. Nama baru Ivan apa?". Soal Puan Chua dengan penuh keterujaan sembari dia mengusap kepala Ivan yang bersongkok itu.

"Kenapa? Kalau Ivan ada nama baru, mommy dah tak nak panggil Ivan 'Ivan' lagi dah?". Ivan bergurau.

"Ish! Mana ada". Puan Chua menepuk lembut sisi lengan lelaki itu.

"I changed from Ivan Tyler Grayson to Muhammad Thariq Ivan bin Abdullah. Masih ada 'Ivan'. Masih anak mommy".

"You will always be, Ivan. You will always be". Puan Chua memeluk Ivan buat kesekian kalinya.

🕊️

Emotional sikit chapter ni :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro