49- Had Never Been Loving

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

IVAN sedang mengacau air di dalam mug nya apabila dia mendengar kerusi meja makan di dapur rumah Puan Chua ditarik. Dia pasti, itu ialah ibunya. Dia menghentikan goyangan sudu di dalam mug kaca itu sebelum dia berpaling ke belakang.

"Kenapa mommy belum tidur?". Soal Ivan seraya dia berjalan ke arah meja makan dengan mug yang dibawa bersama. Lelaki itu lalu mengambil tempat di hadapan ibunya.

"Ivan okay?". Tidak menjawab soalan Ivan, sebaliknya Puan Chua mengajukan soalan lainnya buat anak terunanya itu.

"Je vais bien. Pourquoi demandez-vous? (I'm doing well. Why do you ask?)". Ivan menjawab dengan sedikit lambat. Sebenarnya, dia jauh daripada kata 'baik-baik saja'. Dia sedaya upaya cuba untuk tidak memikirkan pertemuan antara dirinya dan 'si dia' beberapa hari lepas.

"Daddy cakap dengan mommy tadi...".

"Dia cakap apa?". Sudah lima belas tahun berlalu semenjak ibu kandungnya menikahi Uncle Raymond, namun dia tetap juga tidak boleh menerima lelaki tua itu dalam kehidupannya. Oleh kerana itu lah, Ivan selalu sahaja dingin jika topik tentang Uncle Raymond dibuka oleh Puan Chua.

"You have some new investors. Siapa? Tak nak cerita dekat mommy?". Dengar sahaja soalan Puan Chua, Ivan sudah agak bahawa wanita separuh abad itu sudah tahu siapa salah seorang daripada investors yang dimaksudkan.

"Tengku Haiman. The politician".

"Ayah Haidar?".

Ivan membeku. Dia sendiri tidak mahu menyebut nama wanita itu akan tetapi ibunya terlebih dahulu menuturkannya. Ibunya yang membuka kembali kotak ingatannya terhadap wanita itu yang selama lima tahun ini, bersusah payah cuba untuk ditutupinya.

Seketika kemudian, Ivan mengangguk. Kopi di dalam mug dihirup  sekali. Air wajahnya berubah.

"Ivan tak okay ni. Cerita la dekat mommy. I'm here, Ivan. I'm always here". Puan Chua masih lagi memujuk seraya sebelah tangannya memegang lembut tangan Ivan. Mengusapnya perlahan.

"Dia dan Ivan dah tak contact lagi. Dah lima tahun. Lima tahun Ivan tak tengok dia. Lima tahun Ivan tak sebut nama dia. Lima tahun Ivan cuba untuk lupakan dia. It has been a long time and then I met her at the company a few days ago". Ivan ketawa pahit di hujung ayatnya.

Dia gagal.

Dia gagal untuk tidak memikirkan tentang wanita itu.

Ivan gagal.

Kerana tatkala ini, sebaris nama Haidar Zaheera sahaja lah yang ada di dalam minda dan hatinya.

"Kenapa? Ivan kan rapat dengan Haidar dulu...".

"Ivan dah janji dengan dia, mommy. Ivan dah janji dengan dia yang lepas sahaja Ivan betul-betul faham tentang Islam, Ivan akan berhenti hubungi dia lagi. Ivan dah janji dengan dia untuk buang segala memori Ivan tentang dia. Ivan buat, mommy. Ivan tunaikan janji Ivan. Tapi...". Kepala Ivan tertunduk. Genggamannya pada mug putih itu semakin ketat. Kata-katanya terhenti tatkala tanpa sedar, air matanya menitis setitis demi setitis ke dalam kopinya.

Puan Chua terpana melihat situasi itu. Belum pernah dia melihat anak lelakinya; Ivan menangis. Jarang sekali.

"...hati Ivan sakit, mommy. I have no idea why but it hurts so much. Selama lima tahun, Ivan paksa diri Ivan untuk lupakan dia tapi Ivan sakit, mommy. Ivan tak pernah rasa sakit macam ni".

Puan Chua mengeluh perlahan sebelum berkata,

"Tengok mommy sekejap, Ivan".

Ivan langsung sahaja mengangkat kepalanya. Puan Chua cuba untuk mengawal riak wajah terkejutnya tatkala melihat wajah Ivan yang sudah mulai kemerahan itu.

That's when she knew that her son has been through a lot throughout those five years...

"Ivan sayangkan dia? Ivan cintakan dia?".

Perlahan-lahan, Ivan mengangguk.

"Ivan tak pernah cintakan sesiapa selain mommy and daddy... Ivan keliru. Dia wanita pertama yang buat Ivan jatuh cinta, mommy. But now, I've lost her... I never had her. Ivan nak buat apa sekarang, mommy?". Pertama kali bagi Puan Chua menyaksikan Ivan sebegitu lemah di hadapannya.

🕊️

31 DISEMBER 20XX. Hari ini. Ivan berdiri di hadapan pintu pagar rumah Haidar. Di tangannya ada sejambangan bunga tulip putih yang ditengah-tengahnya ada diletakkan sebuah kotak baldu kecil berwarna biru. Di dalam kotak baldu itu ada sebentuk cincin berjenama Cartier. Dibelikan khas buat Haidar Zaheera. Ada juga sebuah beg kertas besar yang dipegang oleh Ivan.

Namun, dia pelik.

Mengapa di saat ini, ada beberapa kanopi besar di halaman rumah Haidar. Ada banyak kereta di hadapan rumah banglo itu dan tak lupa juga... ada begitu ramai manusia di kawasan perumahan Haidar.

Dia ketepikan semua pemikiran tidak elok yang bermain di otaknya ketika ini. Dia akan fokus dengan agendanya yang satu ini.

Ivan akan meluahkan perasaannya kepada Haidar setelah mendapatkan nasihat daripada ibunya kelmarin.

Ya, Ivan tidak lagi boleh menipu. Dia begitu mencintai wanita itu. Wanita bernama Haidar Zaheera.

Sebelum sempat dia melangkah ke dalam kawasan pagar rumah yang terbuka luas itu, Ivan dihampiri oleh Vanessa. Ya, adik tirinya sendiri. Terkejut bukan kepalang dibuatnya.

"Ven buat apa dekat sini?". Dengan serta-merta, Ivan bertanya. Pelik dia melihat Vanessa yang tiba-tiba sahaja ada di hadapannya. Lebih pelik lagi, perempuan itu memakai sepasang baju kurung berwarna biru muda.

"Abang...". Seru Vanessa dengan sayu apabila dia melihat jambangan bunga yang ada di dalam pelukan Ivan. Dia tahu mengapa Ivan ke sini. Oleh kerana itu lah, tepat pada masa yang diberi tahu oleh Puan Chua kelmarin, dia keluar untuk menemui abang tirinya di hadapan pintu pagar rumah sahabat baiknya. Pada hari ini. Saat ini.

"Ada majlis ke, Ven? Ven macam mana boleh ada dekat sini?". Tanya Ivan lagi. Dia semakin curiga apabila melihat Vanessa yang hanya membatu. Perasaan gelisahnya mulai membunga di hati.

"Ven minta maaf, abang. Ven minta maaf sebab tak bagitahu abang awal-awal". Mata Vanessa berair. Dia berasa bahawa dirinya telah mengkhianati lelaki itu. Seolah-olah dia memberikan penipuan terbesar buat lelaki itu.

"What are you talking about, Vanessa?". Ivan cuba untuk melihat situasi di belakang Vanessa, tepatnya di dalam rumah milik gadis kesayangannya; Haidar Zaheera.

"Abang...". Vanessa memegang bahu abang tirinya. Namun, ditepis kasar oleh Ivan.

"Let me go. I wanna see it myself".

Ivan menepis badan Vanessa ke tepi dengan lembut sebelum dia berjalan semakin maju ke hadapan sehingga dia sampai betul-betul di hadapan pintu masuk rumah itu lalu baru lah langkahnya terhenti.

Jambangan bunga tulip putih yang ada di tangannya tadi jatuh menyembah bumi. Cincin yang ada di dalam kotak baldu kecil itu turut terkeluar daripada tempatnya. Jatuh tepat di hadapan Ivan. Cuma beg kertas yang dipegang sahaja masih digenggam erat oleh Ivan.

Air matanya dengan serta-merta mengalir ke kedua belah pipinya.

Di hadapannya, Ivan melihat...

Haidar Zaheera yang dia sangkakan akan menjadi miliknya itu, berpakaian serba putih dan terlihat sangat cantik seakan bidadari, menyalami tangan seorang lelaki yang juga memakai baju melayu berona sama. Lelaki itu kemudiannya dilihat mencium lembut dahi Haidar.

Di saat itu, Ivan tahu...

Dia sudah terlewat. Terlewat hanya beberapa detik.

🕊️

Tadaa! Surprise!
Wop wop, jangan bebel. Jangan sedih dulu. Masih ada chapter terakhir (Chapter 50) dan chapter epilog sebelum cerita ini berakhir.

Saya boleh beri jaminan pada sayang-sayangku semua bahawa ending yang saya sudah tulis ialah ending terbaik untuk kedua-dua; Haidar dan Ivan.

Jangan drop dulu!
Teruskan membaca!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro