Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HAIDAR! Cepat lah, nanti lambat nak teman papa pergi exhibition tu!". Pekik Puan Zulaikha daripada anak tangga paling bawah di rumah itu untuk memanggil anaknya yang sedang bersiap. Mereka rancang ingin pergi ke sebuah pameran model kereta baharu yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat pengeluaran kereta terbesar di Malaysia; Steer X.

Puan Zulaikha hanya ada seorang anak iaitu Haidar. Satu-satu anaknya dan pewaris tunggal kepada keluarga Tengku Haiman; suaminya. Ya, mereka boleh dikategorikan sebagai keluarga yang berada. Tengku Haiman iaitu ayah kepada Haidar adalah seorang ahli politik manakala Puan Zulaikha merupakan seorang suri rumah biasa tetapi gemar menyertai kelab mak-mak berada.

"Ya, mama. Haidar nak turun lah ni. Dah siap dah ni". Haidar melangkah turun dengan perlahan daripada anak tangga teratas itu lalu menghayunkan kakinya ke arah Puan Zulaikha.

Sampai sahaja di hadapan Puan Zulaikha, ibu kandungnya itu terus menilik Haidar daripada atas ke bawah. Atas ke bawah. Lepastu dia mengeluh kecil.

"Sampai bila Haidar nak pakai macam ni? Tak rimas ke?". Pakaian yang dimaksudkan oleh Puan Zulaikha ialah sehelai abaya labuh dan sehelai tudung yang menutupi seluruh dadanya sehingga hampir mencecah ke bahagian perut. Haidar nampak sangat ayu dengan persalinan berona ungu lembut itu.

" Sampai bila-bila, mama. Ini kan tuntutan daripada Allah. Mana mungkin Haidar akan berhenti buat semua ni hanya sebab Haidar rasa tak selesa atau panas. Mama jangan risau, Haidar dah biasa. Haidar selesa aje". Haidar senyum manis ke arah ibu kandungnya itu.

Dia faham. Ibu dan bapanya kurang ilmu agama. Dalam keluarga ni, hanya Haidar seorang sahaja yang pandai serba sedikit tentang ilmu agama Islam. Dia sahaja yang pandai baca Al Quran dengan sempurna. Dia sahaja yang solat cukup lima waktu dalam rumah itu. Dia sahaja. Haidar sahaja.

"Itu ajela jawapan Haidar kan? Mama kesian tengok Haidar pakai macam ni. Takut rimas aje". Bicara Puan Zulaikha lagi seraya membaiki rambutnya yang tampak sedikit merah itu. Barangkali sudah diwarna.

"Tak rimas, mama. Haidar okay. Mama jangan risau, ya?". Haidar tersenyum manis lagi sambil menyarungkan sepasang handsocks ke tangannya. Risau jika lengan abaya jatuh melorot nanti.

"Hm, iya la...".

"Entahnya kamu tu, Zulaikha. Anak kita nak pakai macam tu, biarkan ajela dia. Jangan nak marah". Tiba-tiba sahaja Tengku Haiman muncul di sebalik dinding dapur itu. Mungkin tadi dia pergi minum air.

"Saya tak marah lah, bang. Saya tanya aje". Puan Zulaikha menayangkan muka cemberutnya.

"Tanya tu, biar lah berpada-pada. Risau terguris hati anak kita nanti". Tengku Haiman berpesan seraya memakai jam tangan berjenama Rolex nya itu.

"Papa... Haidar tak terasa pun la...". Haidar menghampiri ayah kandungnya itu lalu memeluk erat lengan si tua.

"Papa jangan lah marah mama". Kata Haidar lagi. Suaranya selembut baldu. Ini lah suara yang tidak pernah sedikit pun menaiki oktafnya tatkala Haidar berbicara dengan kedua orang tuanya. Sekurang-kurangnya, tidak lagi seperti dahulu kala.

"Papa tak marah. Papa pesan".

"Yela, papa". Sahut Puan Zulaikha.

Haidar hanya mampu tertawa kecil. Dia bahagia dengan keluarga dia sekarang.

Haidar Zaheera

-ber'title'kan 'Tengku'
-dia perempuan tau
-berumur 25 tahun
-ada kedai kek/kafe sendiri
-lemah lembut dan baik hati
-she cherishes Islam as much as she cherishes herself

🕊

"AKU akan jadi patung beruang gergasi tu". Semua staf nya yang ada di dalam ruangan bilik mesyuarat itu terkedu mendengar pengakuan daripada Ivan. Ivan nak jadi patung beruang? C.E.O mereka ni dah kena sampuk ke apa?

"Bos, bos okay ke ni? Tak demam ke?". Tangan pembantu peribadinya yang bernama Eric Liu atau lebih mesra dipanggil Eric itu naik menyentuh dahi Ivan. Nama aje keturunan Cina, cakap Mandarin pun tak pandai. Literally, Eric langsung tak ada slang Cina tu. Memang dia berketurunan Cina, tapi sejak lahir lagi dia dibesarkan di rumah anak yatim kanak-kanak melayu.

"Tak".

"Dahtu kenapa?". Eric bertanya lagi. Dalam banyak-banyak orang, rasanya lengchai ni seorang je kut yang berani tanya banyak soalan macam ni dekat Ivan.

"I wanna try doing new thing. Can't I?".

"Eh, can can. Of course, can. Kami lagi suka kalau bos yang jadi patung beruang gergasi tu. Sebabnya, dah tiada siapa yang nak jadi, bos. Pening saya cari orang tadi". Laju sahaja Eric mengangguk. Suka sangat bahagian kerjanya sudah selesai. Bahagian di mana dia perlu mencari orang yang sanggup untuk berpanas-panasan dalam kostum patung beruang merah jambu ketika pameran kereta itu nanti.

"Tapi... Macam tak logik pulak...". Bicara salah seorang lagi pekerja yang ada di dalam ruangan bilik mesyuarat itu membuatkan Ivan memandang tajam ke arah pekerja lelaki itu.

Telan air liur berpasir dibuatnya si pekerja. Gerun dengan Ivan.

"Huh?". Soal Ivan. Tak berbunyi kuat pun namun cukup untuk membuat pekerja itu faham.

"Maksud saya... Nanti ka-kalau orang tahu itu bos, rosak lah imej--". Tergagap-gagap dibuatnya. Berpeluh dingin sudah dahi lelaki itu.

"Apa? Rosak imej saya kenapa?". Ivan menyoal lagi.

"Yela kan... Takut... Takut orang bercakap buruk--".

"Awak nak dengar cakap orang aje ke? Cakap saya ni awak tak nak dengar? Bila saya cakap saya nak jadi patung beruang tu, bermakna saya nak jadi. Awak nak bantah lagi? Kalau macam tu...".

"Tak bos, tak. Bos boleh proceed dengan idea tu". Lelaki itu ketakutan seperti nyawanya sudah seperti telur dihujung tanduk. Betul-betul takut dibuang kerja.

"Okay, good. Eric, awak dah boleh siap-siap kan kostum tu. Nanti malam saya akan pickup dekat rumah awak sebelum pergi ke pameran tu".

Laju Eric mengangguk.

Ivan Tyler Grayson

-C.E.O kepada syarikat Steer X (syarikat automobil)
-tipikal hero dingin
-berumur 30 tahun
-hanya ada seorang ibu sebagai ahli keluarga kandung
-obsesif (he's a red flag)
-beragama Kristian tetapi sedang berada dalam kecelaruan agama

🕊

HAIDAR sedang duduk bersahaja di atas bangku yang ada di luar bangunan tempat di mana sebuah pameran kereta sedang berlangsung itu, menunggu mama dan papanya bersembang dengan rakan-rakan perniagaan di dalam sana. Haidar meminta izin mamanya untuk tunggu di luar kerana dia malas nak bersesak-sesak.

Sedang Haidar menggumam beberapa lirik lagu secara perlahan, tiba-tiba dia terasa tempat duduk di sebelahnya tadi yang kosong, sudah terisi. Macam ada bayang besar yang menutupi kecerahan cahaya yang tadinya menyuluhi kegelapan malam di sisi Haidar itu tadi.

Dan bila gadis itu berpaling, dia terlihat sebuah figura yang memakai kostum patung beruang gergasi berwarna merah jambu sedang memandang ke arahnya. Tepat. Hampir sahaja tercabut jantung Haidar dek kerana terkejut tadi.

Kedudukan mereka sudah jauh, namun Haidar jarakkan lagi.

"Awak siapa? Kenapa pandang saya macam tu?". Soal Haidar.

Tiada jawapan.

Sebaliknya, 'patung beruang' itu hanya menggosok-gosok perutnya. Menandakan yang dia sedang lapar.

"Oh, awak lapar? Hm...". Mata Haidar turun kepada sebuah pastri yang dipegang olehnya. Lebih tepat lagi sebuah? sekeping? sebutir? croissant. Croissant berperisa coklat.

Terus 'patung beruang' itu tunding jari dia ke arah makanan yang dipegang oleh Haidar itu.

" Awak nak ni? Tapi saya dah cubit. Saya dah makan separuh". Bicara Haidar dengan penuh lembut.

'Patung beruang' itu mengangguk dengan laju.

"Hm, okay. Nah...". Haidar tersenyum sambil menghulurkan croissant itu ke arah si dia. Membuatkan 'patung beruang' itu bertepuk tangan. Suka sangat dia dapat makanan.

"Nama awak siap--".

"Haidar! Jom balik, sayang!". Belum sempat Haidar nak berkenalan dengan manusia di sebalik kostum patung beruang itu, mamanya sudah memanggil. Mungkin Puan Zulaikha sudah puas bersembang dengan teman-temannya itu.

"Saya balik dulu tau awak. Assalamualaikum". Haidar tersenyum sekali lagi sebelum terus bergegas ke arah Puan Zulaikha dan Tengku Haiman.

Meninggalkan Ivan tersenyum-senyum sendiri di sebalik kostumnya itu.

"Haidar... Macam nama lelaki...". Dia menyebut perlahan nama gadis itu seraya merenung croissant yang ada di tangannya itu.

🕊

Hello sayang-sayangku, I came back with my new story.

Terima kasih untuk 1.7k followers <3 Setiap satu daripada sayang-sayangku sangat saya hargai. Selamat membaca dan
sampai jumpa sayang-sayangku semua!


(p/s: Ini ialah cerita yang di REPUBLISHED. Beberapa bab yang terawal mungkin telah dibaca oleh sesetengah daripada kalian semua hehe)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro