Love Letter? Again? (8)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa sedang duduk termenung memandang luar tingkap. Hari ini guru yang mengajar kelasnya ada hal lain di luar sekolah. Walaupun sudah memberikan tugasan namun malangnya Gempa sudah membuat tugasan itu sebelum mereka bincang lagi.

Gempa melihat awan-awan yang bergerak di balik luar tingkap sana. Iris goldnya memantulkan awan-awan tersebut.

Gempa: Bosan...

Gempa meletakkan kepalanya di atas meja dan kedua belah tangannya melapik wajahnya.

Gempa: Mengantuk...

Gempa melihat jam tangannya. Masih belum tiba waktu rehat. Dia membuat keputusan untuk rehatkan mindanya yang sering kelelahan itu. Untung hari ini tiada sebarang perjumpaan antara ketua-ketua dan barisan pentadbir. Jadi dia boleh rehat 'lebih'.
.

.

.

Dalam lebih kurang 1 jam berlalu, Gempa tersedar dari tidurnya. Kelihatan kelasnya semakin kosong dan tinggal beberapa orang pelajar.

Gempa: Waktu rehat?

Gempa melirik jam tangannya. Ya, sudah tiba waktu rehat. Masih awal dan Gempa dapat memastikannya lagi apabila melihat beberapa sekumpulan gadis dan beberapa orang budak lelaki sedang menikmati bekal makanan mereka yang dibawa dari rumah untuk dimakan di kelas itu.

Gempa juga membawanya. Sudah biasa jika Gempa membawa bekal bersamanya. Hal ini disebabkan oleh jadual harian persekolahannya yang tidak menentu.

Oleh kerana Gempa sudah 2 tahun menjadi ketua pelajar, dia sering wajib hadir ke mana-mana perjumpaan yang ada walaupun waktu itu jadual pembelajarannya ada.

Namun Gempa bukan seorang yang sering memandang remeh akan semua perkara. Jika dia tertinggal, dia akan segera balik dan ulang kaji pembelajaran walaupun pada hari itu dia tiada dalam kelas. Jika tidak faham, Gempa akan segera berjumpa cikgu subjeknya pada hari sekolah. Jika waktu cuti pula, Gempa akan mesej cikgunya supaya sebarang maklumat penting tidak ditinggalkan.

Sungguh hebat.

Namun setiap kelebihan pasti ada kelemahan. Oleh disebabkan terlalu penat bekerja dan kadang-kadang harus berjaga malam untuk menyiapkan laporan dan kerja rumah, Gempa sering menghidap insomnia dan pastinya keesokkan harinya dia akan mengantuk dan tertidur di dalam kelas.

Namun orang sekeliling Gempa tidak kisah jika dia tertidur. Malah mereka membenarkan Gempa ke bilik rehat untuk merehatkan dirinya walaupun Gempa sering menolak. Hal ini kerana mereka faham apa yang dilalui oleh Gempa. Dan bagi mereka, segala yang Gempa lakukan sudah cukup hebat.

Back to the story, Gempa memeriksa laci mejanya. Di situ dia menyimpan bekal makanannya.

Gempa: Ah, jumpa. Eh?

Gempa merasakan seolah ada sesuatu seperti kertas di atas plastik bentonya. Lalu dengan penarasan Gempa mengambilnya dan melihat, sekeping kad yang isinya ada surat. Kad berwarna merah muda dan terdapat nama Gempa yang ditulis dengan warna emas.

Gempa: Tulisan ni...Halilintar punya kan?

Hanya sekali imbas. Gempa sudah dapat mengenal pasti tulisan seme-nya. Tambahan pula dengan keyakinannya bahawa takkan ada orang lain yang akan buat kerja pelik macam ni selain Hali. Paling teruk pun semua kembar elementnya.

Semua tak boleh pakai. :v //jangan marah

Gempa mendesah lelah.

"Berapa kali aku nak pesan? Tak payah bazir duit untuk...-"

Gempa terhenti dari berkata-kata di dalam hatinya. Mengingat beberapa hari yang lalu teruk Hali jadinya disebabkan Gempa.

...

Gempa menghela nafas lelah. Kali ini apa kata cuba baca pula? Mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Hali?

Gempa membuka perlahan-lahan balutan kad tersebut. Di dalamnya, terdapat lipatan sekeping kertas berwarna kuning keemasan.

Gabungan warna merah dan kuning. Sama seperti warna tema mereka berdua.

Gempa mengambil kertas tersebut lalu membukanya. Oh, ada ayat pembuka kata. Terdetik hati Gempa ingin membacanya. Walaupun yang awal sebelum ini dia masih belum lihat isinya.

Kini iris gold Gempa fokus pada ayat yang tertulis di kertas itu.

Dari jauh termenungkan dikau,
Memandang suasana indah berseri.
Hati ini sering tertanya,
Apakah aku masih ada peluang diberi.
Diriku hanyalah milik dikau,
Gempa Lyubov' ku, nama diberi.

"Eehh...pandai pula berpantun."

Gempa sweatdrop dalam ketawa.janggalnya. Entah kenapa dia tak rasa yang ayat pantun Hali itu tidak menambat hatinya langsung. Malah terasa nak tergelak pula jadinya.

Namun Gempa membatalkan niatnya itu terdahulu. Dia sambung baca bahagian seterusnya.

Salam daripada pengisi surat ini.
Sering memandang engkau bukan selalu.
Tapi kau yang buat aku sering terpaku.
Gempa, sesungguhnya setiap perasaan aku tak mampu ungkapkan dengan kata-kata.
Sebaliknya aku ingin lakukannya melalui perbuatan.

Kadang aku selalu ego.
Aku sanggup bergaduh dan berselisih faham dengan kau walaupun saat itu aku perlukan kau.
Namun kau hebat, Gempa.
Memahami diri aku dan perasaan aku.

Gempa, adakah aku sering hina di hadapan kau?
Adakah aku ini seperti orang yang tidak berguna?
Adakah aku ini... tidak layak untuk kau?

Aku mohon kau mengatakannya 'TIDAK", Gempa.
Aku mahu bersama kau.
Tapi aku malu.
Kenapa?
Aku tak tahu harus katakannya.

Gempa, izinkan aku untuk sering buat hati kau berdebar.
Izinkan aku menunjukkan sifat sebenar aku kepada kau.
Izinkan aku memiliki kau.
Izinkan aku...ke hati kau.

Aku sedar aku tidak semanis Thorn yang hebat dalam menarik perhatian dan kasih sayang kau.
Tapi aku tidak mahu kau anggap aku seperti anak kau.

Aku sedar aku tidak sehebat Solar yang hanya dengan perbuatan sahaja kau sudah tertarik untuk memandangnya.
Tetapi aku tidak mahu hipokrit. Aku mahu kau pandang aku seperti kau pandang orang yang kau sayang.

Dan aku sedar aku bukan Taufan yang mampu ceriakan suasana hati kau. Yang mudah menambat hati kau.
Tapi aku bukan seperti itu, Gem.
Aku mahu kau mengenali aku sepertimana kau kenal aku.

Gem, hina kah aku di mata kau?
Sehingga setiap perkara yang aku lakukan untuk menarik perhatian kau, pastinya kau akan marah dan menjauh.

Maafkan aku, Gem.
Aku tahu aku tidak layak untuk kau.
Tapi....

Gempa membaca perenggan terakhir.

Dia terdetik apabila membaca perenggan terakhir itu.

"Sampai macam ni sekali?"

Gempa menghela nafas. Dia memandang ke luar tingkap. Menenangkan fikirannya yang sudah macam-macam memikirkan setiap isi surat tersebut.

"....Halilintar..."

Tuk! Tuk!

???: Aku ada pesanan tugasan kerja dari cikgu korang.

Kedengaran suara seseorang dari pintu kelas itu. Dan juga suara pelajar yang mula berbisik dan ada yang seperti bunyinya kagum. Gempa terdetik untuk memandang orang tersebut.

Gempa: ...

Hali: Aku letak dekat sini. Pastikan korang dapatkan kertas ni setiap seorang-..

Hali terhenti dari berkata-kata sebaik sahaja irisnya menangkap wajah seseorang. Gempa. Mereka berdua saling memandang iris masing-masing. Dia melihat di tangan Gempa.

"Surat tu..."

Hali menghela nafas lalu segera mengalihkan pandangannya. Dia segera berjalan keluar dari kelas tersebut.

Gempa: A-ah! Halilintar, kejap!!

Gempa segera mengambil keluar bekal makanannya dari bawah meja dan berlari mengejar Hali yang semakin menjauh dari kelas mereka.
.

.

.

Gempa: Halilintar!

Hali berhenti dari langkah jalannya. Cuma kali itu dia berhenti. Walaupun sebelum ini sering mendengar panggilan Gempa dari belakang namun tidak dipedulikannya. Hali menoleh.

Hali: Hn.

Gempa: Hahh..hahh...k-kau ke yang bagi-

Hali: Ya.

Gempa: ...

Hali: ...kalau takde apa-apa aku nak pergi ke café.

Gempa: S-sekejap!

Gempa menarik lengan baju Hali perlahan membuatkan Hali berhenti sekali lagi. Hali kembali menoleh.

Hali: Apa?

Gempa: Tidak. Jawapan aku tidak.

Hali: ...

Gempa: ...

Hali memandang Gempa lama. Dia cuba mentafsirkan kata-kata Gempa tadi. Tidak? Apa maksudnya? Lalu Hali mula teringatkan sesuatu. Lantas wajahnya kemerahan.

Gempa: Aku tak pernah anggap kau macam tu. Maaf, tapi aku tak berani berkata jujur dekat kau.

Hali: Kau ni tsundere macam aku juga ke?

Gempa: Urgh...setiap orang mesti ada ego dia sendirilah... /////// (blush)

Hali: Oh? Baru aku teringat, orang yang ego ni... setiap apa yang dia katakan, itu bermakna dia menipu. Kan?

Gempa: Eh?

Hali: Jadi... yang sebelum ni kau marah dan kata macam-macam dekat aku...kau tipulah, ya? Sebenarnya...kau suka? (smirk)

Gempa: E-eh?! (max blush) T-Tak!! Mana ada!! A-aku-! Mmh?! (shock)

Tanpa amaran dari author, tiba-tiba sahaja Hali menyerang bibir lembut Gempa. Wajah Gempa merah dalam terkejutnya. Namun ciuman itu hanya seketika. Hali menariknya kembali.

Hali: Kau masih benci?

Gempa: A-a-a.....nnghhh...!!!

Gempa menggaru-garu kepalanya serabut. Wajahnya terlalu merah dan hatinya terlalu kuat berdebar sehingga dia tidak mampu mengatakan apa-apa.

Hali: Pfft-! Ok..aku nak pergi rehat.

Hali memusingkan badannya untuk beredar, namun sekali lagi dia merasakan lengan bajunya ditarik.

Gempa: ...r-r-rehat...dengan...a-aku... ///////

Hali: .... (blush) Ok. ////

Mereka berdua berjalan bersama menuju ke tangga untuk makan bento yang dibawa oleh Gempa. Sambil dalam perjalanan mereka.menuju ke kawasan date mereka, Gempa bertanyakan Hali sesuatu.

Gempa: Uuhh...Halilintar.

Hali: Hn?

Gempa: ....mmm.... kau memang suka ke katakan ayat tu untuk memastikan aku?

Hali: Ayat mana?

Gempa: Di bahagian terakhir.

Hali: ...oh. Uuhh...aku sebenarnya tak biasa katakannya. Jadi aku buat keputusan untuk menulisnya. Kenapa? Tak ok ke ayat aku? Aku minta rujukan dari Solar dan Taufan sebenarnya... //////

Gempa: Pfft-! Sampai macam tu?

Hali: Aku mana pandai karang ayat.. ////// Lebih-lebih lagi kalau nak tambat hati orang tu. (jeling Gempa)

Gempa memandang pandangan Hali. Dan kemudian dia tersenyum. Gempa menukarkan pegangan tangannya yang memegang bento ke tangan kanan dan tangan kirinya mencapai tangan kanan Hali.

Hali tersedar yang Gempa sedang memegang tangannya. Dan Hali meraut tangan Gempa dan menarik Gempa lebih dekat sewaktu mereka berjalan. Di sekeliling mereka sudah kurang orang jadi bolehlah buat macam tu.

Gempa: Ini sudah cukup memastikan persoalan kau tu?

Hali: Lebih dari cukup...

Gempa: Halilintar...

Hali: Hn?

Gempa: Aku suka ayat terakhir tu. (senyum)

Hali memandang senyuman manis Gempa. Berdebar jantungnya memandang wajah Gempa yang sering orang katakan pastinya ikhlas dari setiap raut wajahnya.

Hali tersenyum dan memandang ke hadapan. Mereka semakin hampir di tempat mereka sering bersama.

Hali: Baguslah... (senyum)

~˚00o00˚~

Aku sanggup lakukan semua itu hanya untuk kau, Gempa.
Aku sanggup dibenci.
Kerana aku...
Sangat Sukakan Kau.

~˚00o00˚~




==============
Ani: Kebahagiaan~ QwQ

Zie: (menangis) QAQ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro