RomanX Festival 💕 (11)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa: Ha'chi!

Di pagi hari kedua dan terakhir sekolah, kelihatan Gempa berjalan ke kawasan sekolah menuju ke bangunan kelasnya dalam keadaan lemah longlai.

Hari ini dia datang awal lagi berbanding orang lain dan kelihatan hanya seorang dua sahaja pelajar yang baru datang ke sekolah tersebut. Jam juga baru sahaja menunjukkan 6.30 pagi.

"Urgh...kepala aku berdenyut kuat. Aku harap sempat bertahan sebelum festival berakhir."

Gempa terus kuatkan dirinya dan memaksakan dirinya untuk menuju ke pejabatnya untuk memulakan hari terakhir festival sekolah tersebut. Tidak sedar dirinya diekori oleh seseorang dan sedang mengintainya di sebalik pagar sekolah.
.

.

.

Jam 7.30 pagi

Yaya: Gempa, ni jadual sempena festival hari ini. Jam 8 pagi nanti kau kena berikan ucapan selepas pengetua ya?

Gempa: Ah? Uuhh...ok Yaya.

Gempa memberikan senyumannya kepada Yaya. Kini Gempa sedang merehatkan dirinya di pejabatnya. Dia sedang terbaring di atas kerusi sofa yang empuk.

Yaya memandang Gempa pelik. Kemudian dia menghampiri Gempa.

Yaya: Kau ok? Kau demam ke?

Gempa: Tak. Aku ok.

Gempa tersenyum paksa. Tak mahu Yaya terlalu mengesyakinya.

Yaya hanya memandang Gempa curiga. Namun dia hanya menghela nafas dan tersenyum. Dia tahu Gempa menipu, tetapi jika itu yang Gempa mahukan, dia ikutkan sahaja. Yaya mengangguk faham lalu dia meminta diri untuk beredar dari situ.

Gempa memejamkan matanya. Entah kenapa hari ini dia merasakan kepalanya sungguh berat dan berdenyut kuat sekali. Matanya juga perit apabila dipejam. Seolah terdapat baraan api di kelopak matanya yang menjadikan matanya panas apabila dipejam.

Gempa: Urgh...aku perlukan ubat.

.

.

.

Pengetua: Terima kasih buat pengecara majlis. Selamat sejahtera kepada guru-guru dan anak-anak cikgu sekalian. Syukur kerana hari ini diramalkan cerah dan kita dapat menjalani aktiviti hari terakhir kita iaitu Hari Koperasi Peringkat Sekolah. Saya harap murid-murid dapat menikmati hari ini dengan cerianya.

Di dalam dewan yang besar itu, seluruh dewan dipenuhi oleh warga sekolah menengah tinggi sekolah itu. Turut serta para guru dan pembimbing sekolah yang menjadi tulang belakang sekolah tersebut.

Dalam satu barisan murid sekolah menengah tinggi di tahun akhir, di jurusan ketenteraan, kelihatan Hali sedang duduk bersama rakan sekelasnya dan sedang memandang di atas pentas. Lebih tepatnya pada Gempa.

"Apsal wajah dia pucat semacam aku tengok?"

Perasaan ingin tahu Hali mula berkobar. Memandang wajah sayu Gempa. Bibirnya pucat dan matanya kuyu.

"Dia demam?"

Hali semakin mendapat kepastian tentang hal itu apabila memandang iris gold Gempa. Irisnya tiada sinar seperti biasa. Dari situlah Hali yakin, Gempa kurang sihat pada hari itu.

Pengetua: Sekian daripada saya, terima kasih.

Dan lamunan Hali terhenti apabila mendengar tepukan gemuruh daripada pengetua sekolahnya. Dia melihat pengetua sedang berjalan menghampiri kawasan Majlis Perwakilan Pelajar dan bersalaman dengan ketuanya iaitu Gempa.

Gempa mencuba sedaya upaya untuk menyorokkan demamnya di pandangan orang ramai namun ia tidak berjaya sama sekali kepada Hali. Terima kasih untuk kelebihan hubungan mereka yang menggunakan 'eye contact' sebagai perantaraan segalanya.

Gempa berjalan seiringan dengan ucapan dari pengaraca majlis iaitu Ani dan Harru. Nampaknya mereka berdua tidak perasan akan kesihatan Gempa pada hari itu.

Gempa: Ukhm...terima kasih kepada pengacara majlis. Ani dan Harru. Saya... gembira kerana hari ini kita dapat melangsungkan festival hari terakhir kita setelah kelmarin kita... meraikan festival sukan. Saya juga harap, kawan-kawan dan para guru sihat sejahtera belaka.

Gempa tersenyum memaksakan dirinya supaya dia lebih fokus dalam memberi ucapan. Manakala Hali dari bawah sudah menggenggam erat kedua tangannya menahan geram dan amarah apabila melihat situasi yang sedang dialami oleh Gempa di atas pentas.

"Apsal kau perasan kuat sangat?! Kalau dah lemah tu jatuh sajalah!"

Hali mendengus kesal. Mungkin itu yang dimahukan oleh Gempa. Sekiranya Gempa sendiri membuat keputusan sebegitu, Hali harus berdiam diri. Melainkan ia melampau.

Gempa: Cough! Ekhem! Uhh...saya amat berterima kasih kepada yang telah berusaha kuat dalam menjayakan hari ini. Semoga hari ini dijalankan dengan baik seperti kelmarin. Sekian dari saya, terima kasih.

Dan ucapan Gempa diakhiri dengan tepukan gemuruh oleh warga dewan di dalamnya.

Dan apabila berakhirnya ucapan Gempa, pengacara majlis iaitu Ani dan Harru meneruskan majlis dengan memulakan sesi penyampaian hadiah yang diiringin oleh pengetua.

Dalam pada itu, Hali mengambil keputusan untuk segera keluar dari dewan itu dan menuju ke belakang tabir pentas.

.
.
.

Hali: Psst! Oi, Ani!

Ani terdengar suara bisikkan memanggilnya. Dia menoleh mencari kelibat yang memanggilnya. Dia pusing ke belakang dan terpandang Hali sedang mengintai di balik pintu. Ni nak mencuri ke apa?

Ani: Apa?

Hali: Panggilkan Gempa.

Ani: Eh? Mana boleh! Mama dekat atas pentas lah!

Hali: Panggil sajalah! Anak durhaka ni!

Ani: Cis! Hmm..yelah!

Dan Ani menoleh kembali. Dia memegang mikrofon dan mulakan ucapan.

Ani: Maaf kerana mengganggu, perhatian kepada ketua pelajar, sila ke bawah pentas sekarang juga.

Dan apabila panggilan dikeluarkan, Gempa mula rasa tidak sedap badan.

"Alamak... ada orang tahu ke aku demam hari ni?"

Lalu tanpa duduk lama, Gempa segera bangun lalu turun dari pentas melalui tangga. Gempa berjalan menghampiri Ani.

Gempa: Kenapa Ani?

Ani: Mama, Papa panggil.

Gempa: Hah?! Halilintar!?

Dengan cepat Gempa menutup mulutnya. Alamak! Ada orang pandang dia lah! Gempa segera berlari keluar dari belakang tabir pentas dan keluar dari dewan. Dia mencari-cari kelibat Halilintar dan ternyata Hali sedang bersandar pada tiang dewan.

Gempa berjalan dalam keadaan kelelahan. Huh..agak penat hari ini.

Gempa: Halilintar?

Hali menoleh. Dia melihat Gempa sedang berjalan menghampirinya. Namun langkahnya membuatkan Halilintar tahu, Gempa berada dalam keadaan lemah pada waktu itu.

Gempa berdiri di hadapan Hali.

Gempa: Kenapa?

Hali: ...kau demam, kan?

Hali memasangkan wajah seriusnya. Tidak mahu membelit-belitkan cerita, dia terus berterus-terang.

Dan hal itu telah membuatkan Gempa terkejut.

Gempa: K-kau tahu...?

Hali: Aku dah selalu lah perhatikan kau. Kau nak sorok pun aku dah tahu. Ni...dah makan ubat ke belum?

Gempa: Dah. Nanti eloklah.

Hali: Dah tidur?

Gempa mengangguk.

Hali: Makan?

Gempa diam. Alamak. Yang tu perlu ke? Melihat reaksi Gempa sahaja Hali sudah tahu. Aduh...parah budak ni.

Hali: Jom aku bawa kau ke café.

Gempa: Eh, tapi saya masih perlu-

Hali: Ikut aku atau aku heret kau masuk dalam dewan balik dalam aku dukung kau macam pengantin?

Hali memberikan death glare kepada Gempa. Cukup dengan ugutan itu sahaja boleh membuatkan Gempa harus bersetujut. Gempa mesti terima. Kerana dia lemah waktu itu. Jadi tak boleh membantah cakap suami- eh? :v

Dan Hali mengheret Gempa untuk menuju ke café berdekatan dewan.

.

.

.

Thorn: Waaahh~!! Cantiknya pokok ni!! Solar! Solar! Tengok ni!

Thorn dengan penuh teruja sambil mengheret lengan baju Solar untuk melihat pelbagai jenis tumbuhan kacukan yang diciptakan oleh kelas jurusan Biologi.

Dan kebetulan mereka sama tema dengan apa yang Solar inginkan. Solar ingin mengkaji di setiap sel stoma yang ada di dalam tumbuhan kacukan, jadi dia mengikuti Thorn bersama.

Tapi tak tahu pula sampau kena heret ke hulu ke hilir macam ni pula.

Thorn: Solar, tengok! Pokok ni bunga dia kecillah! Thorn selalu tengok bunga dia besar!

Solar: Lain pokok kot?

Thorn: Mana ada! Pokok ni Thorn ada tanam tau dekat belakang rumah. Solar! Thorn nak beli boleh??

Solar memandang ke arah Thorn lalu dia tersenyum. Dia mengusap kepala Thorn sambil mengangguk.

Solar: Baiklah, Solar belanja ya?

Thorn: Yay!! Sayang Solar!

Solar menerima pelukan erat daripada Thorn. Lalu Solar menepuk kepala Thorn sambil tersenyum.

"Tapi...ada ke orang jual pokok di hari koperasi sekolah ni?"

Solar terfikir sedemikian. Entah apa yang author makan hari ni sampai tiba-tiba muncul topik beli pokok.

.

.

.

Blaze: Mari~!! Mari~!! Beli bolaaaa~!!

Dari jauh kedengaran suara nyaring Blaze dari gerai menjual bola yang berbagai jenis. Blaze sedang ditugaskan untuk menjaga kedai tersebut sehingga shiftnya ditukarkan semula.

Ais yang kebetulan lalu memandang Blaze yang tengah teruja terpekik menjual bola.

Ais berjalan mendekati gerai tersebut.

Ais: Bola saja ke yang dijual?

Blaze mengangguk teruja.

Ais: Kau tak dijual?

Blaze: Not available dude. :v

Ais: Bosanlah semua bola ni...

Blaze: Oi, oi! Cakap elok-elok sikit ekk? Ha, kau kena tengok bola ni! Panpakapan~!! Bola Polar Bear!

Blaze menjulang tinggi sebuah bola berbulu putih bersaiz sederhana di udara. Ais memandang bola itu pelik.

Ais: Mana polar bearnya?

Blaze: Hehe~ tengok ni! Awalnya kan bola? Tapi bila kau lambung ke udara- hup!!

Blaze melambung tinggi bola tersebut dan dalam keadaan berpusing, tiba-tiba bentuk yang bulat berbulu putih menjadi semakin bujur. Blaze menangkap kembali bola tersebut yang kini sudah berubah menjadi polar bear.

Blaze: Jang~!! Keluar polar bear! Amacam?? (wink)

Ais: Woah... OAO ✨

Ais memandang segala aksi hebat itu dengan wajah yang teruja dan bersinar. Tak pernah dia tengok bola yang begitu menarik!!

Ais: Nak~ aku nak beli~

Dengan menghulurkan kedua belah tangannya ke depan dan disertakan wajah yang berpipi chubby, Ais meminta kerjasama oleh Blaze.

Blaze: Hahaahah! Ok! Memandangkan kau pelanggan pertama kami, aku belanja kau ya?

Ais: Waah~ Maciiih~

Dengan teruja dalam muka datarnya Ais menerima bola berbulu putih tadi. Blaze hanya tersengih sambil ketawa bangga. Keduanya tersenyum-senyum.

.

.

.

Di sisi lain pula, kelihatan Taufan sedang berjalan tanpa hala tuju sambil memandang sekelilingnya.

"Banyaknya barang dan makanan... nak beli ke tak ni..?"

Desis hati Taufan. Dan secara tidak sengaja dia terlanggar belakang badan seseorang membuatkan orang yang dilanggar itu terdorong ke hadapan.

Taufan: Eh, sorry!! Maaf saya tak nampak- Fang?

Fang menoleh ke belakang. Melihat Taufan yang memasang wajah terkejut. Fang yang sedang makan donut lobak merah kesayangannya terus berhenti dan menatap Taufan sambil tersenyum canggung.

Fang: Hey! Uuhh...sorang saja ke?

Taufan: Mestilah sorang. Aku single lagi kot!

Fang: Ceh, cakap macam nak aku couple dengan kau je.

Taufan: Hahaha! Kalau Fang yang minta aku on je!

Fang: (blush) K-karutlah kau!

Taufan terus tertawa. Kemudian dia menepuk bahu Fang lembut. Yang ditepuk hanya terkaget kecil.

Taufan: Jom teman aku beli barang?

Fang: Ish! Tak nak lah aku! Tak pasal-pasal habis duit nanti.

Taufan: Oh? Hmm...kalau macam tu. Ha! Kita main basketball dekat gelanggang basket nak? Aku pun tak rancang nak beli apa pun!

Fang tersenyum senang. Tak tahu sama ada kerana Taufan ajak main basketball atau dapat meluangkan masa bersama yang bertanya. Fang hanya mengangguk setuju.

Taufan tersenyum.

Taufan: Ok! Jom kita ke gelanggang!

Fang: Eh, tapi sebelum tu.

Fang mengelap kedua tangannya dengan sapu tangan purplenya lalu menyimpan kembali. Fang menyuakan tangannya ke arah Taufan. Taufan memandang pelik.

Fang: Jalan pegang tangan?

Taufan: Pfft- hahaahha! Kelakar lah kau ni Fang! Ok jom ke sana sambil pegang tangan~!

Taufan memegang tangan Fang lalu menarik tangan si landak ungu. Mereka berdua bersama menuju ke arah gelanggang basketball untuk bermain bola basket.

.

.

.

Ying: Yaya, macam mana dengan baju saya? Ada baik ka?

Yaya menoleh dan melihat baju yang dipakai oleh Ying. Baju bunny butler. Nampak cool gitew~ Yaya pun pakai baju yang sama.

Yaya: Cantiklah Ying! Sesuai dengan kau! Memang arnab adalah haiwan yang sesuai untuk kau, Ying.

Ying: Haiya jangan puji lebih-lebih maa...malu saya! Yaya pun cantik lo pakai baju tu!

Yaya: Heheh! Terima kasih Ying!

Dan duo Y itu tertawa bersama. Seketika kemudian, terdengar suara Gopal dari arah belakang mereka berdua.

Gopal: Dey, Gempa! Cepatlah keluar!

Gempa: (di sebalik pintu) Tak nak..! Aku malulah!!

Yaya dan Ying menoleh memandang Gopal yang tangan kirinya mencekak pinggang manakala tangan kanannya sedang memegang kamera. Untung Gopal. Tak payah pakai baju pelik-pelik hari itu kerana dia ditugaskan sebagai fotografer sekolah.

Duo Y itu berjalan menghampiri Gopal.

Yaya: Kenapa ni Gopal?

Gopal: Kau tengok kawan baik kau ni! Degil betul nak keluar dari bilik persalinan pakaian ni! Puas aku pujuk.

Ying: Haiya, Gempa! Buat apa lu malu-malu? Kita bukannya jalan keliling sekolah maa! Hanya jadi maid dan butler di café kelas kita saja!

Gempa: Malulah Ying!! Aku pakai baju maid kot!!

Gempa masih di balik pintu. Tidak mahu menyuakan mukanya yang kemerahan itu. Ketiga sahabat itu saling berpandangan. Namun seketika kemudian Gopal mendapat idea jahat.

Gopal membisik dekat Yaya.

Gopal: (bisik) Dhey, Yaya. Kau pergi apungkan Gempa dengan kuasa graviti kau tu!

Yaya: Eh? Mana boleh! Nanti dia marah aku macam mana?

Ying: Haiya, kalau lu tak buat, macam mana kita nak buat bisnes hari ini!

Gopal: Ha'a! Cuba bayangkan takde siapa nak beli biskut kau dekat café tu nanti? Kan rugi!

Yaya diam untuk berfikir sejenak. Namun kemudian dia menggangguk setuju.

Yaya: Baiklah. Maafkan aku Gempa~ ini demi biskut tercinta~!! APUNGAN GRAVITI!

Dengan sekali arahan, Yaya menentukan targetnya lalu tepat kena pada Gempa. Gempa yang merasakan diri sedang terapung mula panik dari dalan bilik.

Gempa: Eh? Eh?! Apa semua ni?!!

Dan dengan perlahan Gempa keluar dari bilik tersebut dalam keadaan baju neko maid.

Gempa: T-turunkan aku!! ///////

Ying: Waaah~!! Banyak comel!!

Yaya: Ha'alah! Gempa ni sesuai betul jadi perempuan!

Gempa cuba mengabaikan segala pujian itu. Dia mencuba untuk menutup kain skirt maid tersebut yang dia takut akan terselak di udara itu kerana dia terapung.

Gopal pula? Sudah lama tangkap gambar Gempa secara terus menerus.

Gopal: Hehe! Ni kalau masuk pertandingan ratu cantik peringkat sekolah ni konfem menang!

Gempa: D-delete gambar tu Gopal! Yaya! Turunkan akuuu!! >///////<

Yaya: Eh? Hehehe...maaf.

Yaya pun mendaratkan Gempa di atas lantai. Gempa cuba membetulkan baju maidnya. Di tangan kirinya sedang memegang dulang makanan.

Yaya: Comellah kau Gempa! Nak dibandingkan yang baju butler ni, kau lebih elok pakai baju maid ni!

Ying: Ya loh! Mesti bisnes kita laku hari ni!

Gopal memandang Gempa lama. Mengimbas kembali sewaktu sesi pemilihan sama ada pihak perempuan dan lelaki harus pakai baju mana untuk serve pelanggan nanti.

Dan paling sadis, Gempa harus menjadi model. Kerana ramai yang undi dia untuk jadi model. Dan untung Gopal sempat menangkap gambar sewaktu Gempa memakai 2 kostum itu.

Gempa: Eish! Sudahlah! Jom kita buka café cepat

Duo Y hanya mengangguk lalu mereka ber-4 mula berjalan seringian dan masuk ke dalam kelas mereka yang telah diubah suai menjadi sebuah café.

.
.
.

Jam tengah hari, café kelas tersebut pun membukakan pintu dan menerima para pelanggan. Baru awal 30 minit, sudah banyak pelanggan yang mereka terima.

DuoY: Selamat datang ke café kami! Kami berharap agar anda semua dapat menerima layanan yang terbaik di sini!

Duo Y sebagai penyambut pelanggan, dan yang lain mula memulakan kerja mereka untuk melayan pelanggan. Gempa sedang membawa dulang yang diisi beberapa manisan dan air dengan cermat. Wajahnya masih kemerahan kerana melihat orang sekeliling sedang memandangnya.

"Habislah aku...!! Mana nak letak muka lepasni?! Kang orang kata apa pula nanti? Ketua Pelajar pakai costume pelik! AAAAAAAA!!!"

Gempa menangis dalam hatinya penuh sengsara. Mengabaikan orang sekeliling. Inilah nasib yang harus diterima Gempa dan takkan dilupakan sampai bila-bila.

Yaya: Eh? Blaze! Ais! Selamat datang!

Blaze: Hi, Yaya! Ying! Hali pun ada lah dekat belakang ni.

Yaya mengintai di belakang Blaze. Betullah Hali ada. Yaya segera mengintai di dalam kelas. Kelibat Gempa takde! Dan Yaya mendapat 1 idea.

Yaya: Uuhh... korang masuklah! Nanti aku suruh maid special ni untuk layan korang ya?

Ais: Eh? Tapi kami tak buat tempahan pun.

Ying: Haiya, ikut sajalah! Anggap saja Yaya sama saya belanja ya? Ini juga special buat Hali maa...

Hali: Hah? Aku?

Yaya dan Ying saling bertatapan dan mereka tertawa kecil bersama. Mereka berdua mempersilakan 3 kembar itu masuk ke dalam café tersebut.

Dan dengan tanpa ragu-ragu mereka bertiga masuk. Mata Blaze dan Ais sudah teruja memandang kawasan dalam café tersebut. Cantik susunan dan warnanya!

Yaya berjalan menghampiri mereka.

Yaya: Korang duduk di meja hujung tu. Di situ privasi sikit. Aku pergi panggilkan maid special korang ya?

Ketiganya mengangguk sahaja. Mengikut arahan dari Yaya, mereka pun duduk di meja yang berada sedikit penjuru dan berdekatan dengan tingkap kelas.

Ais: Hmm...agak-agak siapalah maid special tu?

Blaze: Agak-agak comel tak?

Ais: Entah.

.
.
.

Yaya: Gempa?

Gempa: Hn? Ya, Yaya?

Gempa sedang memakai kembali telinga neko yang baru sahaja dibukanya beberapa minit tadi. Nampaknya shift Gempa bermula kembali.

Yaya berjalan mendekati Gempa sambil tersenyum.

Yaya: Kau diupah untuk layan seorang pelanggan ni secara special.

Gempa: Pelanggan? Eh, bila masa kita ada special bagai ni?

Yaya: Hihi~ ia secret lah! Eh, cepat! Kau kena layan dia tau! (tolak Gempa)

Gempa: Eh! Eh! Tapi dia siapa? Kat mana??

Yaya: Dia dekat meja dekat penjuru tu! Cari yang iris merah dan kau kena terima apa yang dia nak! Ok?

Yaya terus menolak keluar Gempa sehingga Gempa tiba di pertengahan kelas. Yaya kemudian beredar meninggalkan Gempa sendirian. Gempa hanya memandang belakang Yaya dengan pelik.

Dan Gempa teruskan berjalan ke hadapan menuju ke destinasi yang dikatakan oleh Yaya. Sementara itu di dalam fikirannya sedang ligat berfikir segala kata-kata Yaya tadi.

"Hmm...Yaya kata, aku kena layan seorang je. Habistu kalau ramai macam mana? Aku tengok takde pun orang yang duduk seorang diri dalam kelas ni. Dia ada ajak kawan ke? Eh, kejap! Kalau dia lelaki macam mana?! Perempuan?! Alamaaaaakkk!! Apa pula nasib aku dapat kali ni! Baru nak baik demam dah sakit kepala pikir! Ugh...tenang Gempa! Kau kena tahu dulu siapa yang kau nak layan tu. Yaya kata..."

Iris ruby itu tertangkap seseorang yang sedang berjalan semakin hampir. Dia tahu wajah itu. Tetapi kenapa orang itu tidak pandang ke hadapan?

"Iris merah. Iris merah...siapa ya? Hmm....ah, lupakan. Aku kena habiskan kerja ni dulu!"

Gempa mendongak. Dan ternyata dia sudah tiba. Dan eh, kenapa sunyi.

Blaze: ...G-Gempa?! 😲

Ais: Ho boi... 😐

Gempa: E-Eh?! Blaze?! Ais!?

Gempa terkaku seketika. Nampaknya di sebelah satu lagi ada seseorang sedang duduk. Dan dari ekor mata Gempa sudah tahu...orang itu.

Gempa: H-Halilintar...?

Gempa menoleh ke sisinya. Hali sedang duduk sambil memandangnya dengan dingin.

Hali: Hn.

Gempa: Aaaa...uhh...umm..k-korang nak pesan apa-apa?

Blaze: Jap! Gempa, kau pakai baju maid?!

Gempa hanya diam sambil tersenyum canggung.

"Tamatlah riwayat akuuuu~"

Blaze: Cute nya!

Ais: Comel juga kau pakai baju ni.

Gempa: Eh..?

Blaze: Betullah! Eh, aku ingatkan perempuan mana tadi yang datang. Mama~! Rambut dah panjang rupanya!

Gempa: Aa? Uhhmm...m-mungkin? Uhh...korang nak pesan apa-apa?

Blaze: Nak cookies!

Ais: Aiskrim~

Gempa: Ok! Umm.. (toleh) Halilintar?

Hali memandang Gempa lama. Iris rubynya masih melihat setiap bentuk tubuh Gempa.

Hali: Tak sangka. Muat juga kau pakai baju ni, ya?

Gempa: I-ini saiz baju XL...

Hali: Iyeke?

Hali bangun dari duduknya. Dia berjalan ke belakang Gempa lalu menarik sedikit kolar belakang baju Gempa. Di situ terdapat saiz baju yang dipakai Gempa.

Hali: (smirk) L. Heh, boleh tahan body kau, ya?

Gempa: H-Halilintar...kita dekat kawasan orang ni. (blush)

Blaze: Ekhem! Ok...uuuhh..korang berdua boleh settlekan masalah korang dekat luar ya? Aku dan Ais nak makan ni.

Gempa menutup wajahnya yang mula kemerahan. Hali memandang Gempa lama. Seketika kemudian, Hali menggenggam tangan Gempa.

Gempa: Eh?! H-Halilintar! K-k-kejap!!

Tanpa menghiraukan panggilan Gempa, dia menarik Gempa keluar dari kelas tersebut dan mereka menuju ke belakang sekolah. Lebih tepat, di tempat mereka berdua sentiasa lepak. Di sebuah taman yang hanya ketua pelajar sahaja dibenarkan masuk. Also mana-mana jawatan yang tertinggi.

.
.
.

Gempa: Halilintar! Kenapa kau bawa aku ke sini??

Hali: Saja?

Gempa: Tolonglah Halilintar. Kalau kau saja nak main-main macam ni, kau membuang masa aku!

Hali: Kau semakin cepat marah sekarang ni semenjak peristiwa amnesia hari tu. Kau kenapa?

Gempa: ...takde apa.

Gempa memusingkan badannya dan mahu beredar. Namun Hali meneruskan kata-katanya.

Hali: Mengaku sajalah kau masih marahkan aku, Gempa!

Gempa menghentikan langkah kakinya. Kedua tangannya digenggam kuat.

Gempa: Please, Halilintar. Kau jangan ungkit benda tu.

Hali: Macam mana tidak!? Gempa, aku dah berkali minta maaf kan?!

Gempa: Kau ingat minta maaf saja boleh isi balik air mata aku ke?! Sepanjang hari tu aku menangis ada kau kisah?!

Hali: Kau tengah marah kan waktu tu??

Gempa: Dan sekarang? Aku tak marah ke?! Halilintar, kalau kau masih nak hubungan kita berjalan dengan baik, kau jangan sebut peristiwa tu!

Hali: Tapi itu salah aku Gempa!

Gempa: Tahu pun! Mujurlah kau dah sedar diri tu! Kau tengok ni!

Gempa mencabut rantai yang ada cincin tergantung di rantai tersebut dengan kuat. Gempa menyuakan rantai itu kepada Hali.

Gempa: Macam ni, macam inilah kau cabut rantai ni dari leher aku! Lepastu apa?! Kau tinggalkan aku! Aku nangis! Yes, aku nangis! Lepastu kau sempat lagi acah kata aku ni menangis air mata palsu!!

Hali: ...

Gempa: Berapa banyak baldi kau nak aku curah air mata baru kau puas hati hah?!

Hali: Gempa, aku nak minta-

Gempa: Sudahlah! Kau tahu, dari aku buang masa layan kau, baik aku naik atas, buat kerja aku! Terima kasih sajalah untuk segala perkara baik kau dah buat dekat aku!

Dan sebaik sahaja kata-kata itu habis. Gempa melemparkan rantai tadi ke tanah dengan sekuat hati. Dia juga turut membiarkan telinga neko yang dipakainya itu jatuh.

Gempa berlari meninggalkan Hali sendirian setelah sekian lama ingin melempiaskan kata-kata dingin itu tadi.

Sudah lama..sangat lama.

4 bulan yang lalu, segala kenangan itu bangkit kembali di fikiran mereka berdua.

Hali merebahkan diri dengan duduk di atas tanah. Dia membenamkan wajahnya di kedua lututnya. Irisnya termenungkan rantai yang sedang bersinar di atas tanah itu.

Manakala Gempa. Dia mengabaikan orang yang memandangnya. Biarkan juga setiap aliran air mata itu mengalir keluar. Akhirnya Gempa masuk ke dalam tandas dan mencuci wajahnya berkali-kali. Gempa menatap wajahnya yang sedang menangis.

Gempa: Tak guna...












============
Ani: Ops! Jadi sedih pula kan? :v

Zie: Apa yang sudah kita buat dekat ship kita Ani? QwQ

Ani: Tak tahu kak.. :'D Nak tahu? Ani buat cerita ni sebaik sahaja terbangun dari mimpi ngeri. Mimpi tu adalah Papa Hali terkejut dan marah selepas tengok adengan dalam Boboiboy The Movie 2 yang mana Ais bergabung kuasa dengan Gempa.

Zie: Eh..habistu apa jadi?

Ani: Papa ikat Mama. Dia lepaskan segala amarahnya dengan melakukan- nngh!! (kena tutup mulut)

Taufan: (tutup mulut Ani) Abaikan yang ni! Terus sokong kami ya?? Byeee!! ^^'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro