SEPERATING CLASSES?! NOOOO!! (3)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pengetua: Baiklah, memandangkan kamu semua bakal meninggalkan sekolah ini pada tahun hadapan dan ini merupakan tahun terakhir kamu semua, jadi kamu semua wajib memilih 3 teras yang ingin kamu pelajari agar kamu dapat sambung terus di universiti kelak.

Pengetua berucap di atas pentas di dalam dewan sebaik sahaja perhimpunan ke-2 bermula.

Perhimpunan ke-2 ialah perhimpunan di mana semua students tahun akhir sekolah itu harus berkumpul dan menanda atau memilih untuk mengambil course yang ingin disambung nanti. Kebiasaannya ia terhad kepada 3 pilihan di dalam 25 course. Jadi pelajar bebas untuk memilihnya.

Sebaik sahaja pengetua habis berucap, Gempa melihat senarai subjek yang menarik hatinya.

Gempa: ...perakaunan, perniagaan...hmm... susah ni.

Solar: Gem! (sergah)

Gempa: OpocotSolarmelatah! Eh? Hmm..kau rupanya..kenapa Solar?

Solar: Kau dah decide ke apa teras utama kau?

Gempa: Mm...tak lagi. Susah lah.

Solar: Hahaa~ aku tahu kenapa. Mesti kau susah sebab semua subjek kau dapat score tinggi kan?

Gempa: Lebih kuranglah. Dah exam tahun lepas aku dapat straight A. Macam mana nak pilih. Aku sendiri tanya cikgu, tapi mereka pun tak tahu aku sesuai masuk teras apa.

Solar: Kau minat subjek apa?

Gempa membuat pose berfikir sambil mencubit dagunya. Ligat dia berfikir sebelum dia mengeluh kesal.

Gempa: Hhahh...semua aku suka.

Solar menggaru kepalanya yang tak gatal. Susah kalau macam ni. Dah lah bijak semua, semua subjek pun minat. Limited subjek yang boleh diambil pun 3 saja.

Hali dan Ais yang kebetulan melihat mereka berdua sedang rancak bebual pun turut join duo terpandai di kalangan mereka ber-7 itu.

Hali: Woi, kot ya pun nak berbual dengan Gempa pun jauh-jauh lah sikit.

Solar: Eleh, tu pun nak jeles. 😑

Gempa: Sudah, sudah. Jangan nak cetuskan pergaduhan pula dekat sini. Ha, korang berdua dah pilih ke nak ambil teras utama apa?

Hali: ...lebih kuranglah.. 😓

Gempa menatap Hali dengan pandangan 'what?'. Hali kan bijak Math dan Fizik. Kenapa tak ambil saja subjek 2 tu?

Gempa: Kau ada masalah ke nak pilih?

Hali: ...mungkin? 😓

Gempa: Kenapa? Kau tak nak sambung Math dan Fizik ke?

Hali: Aku malas nak libatkan diri dalam pejabat memanjang. Duduk atas kerusi, menaip, baca data tu semua. Bosan lah.

Solar: Eleh, tu yang dalam Kimi Ni Todoke elok-elok je kau jadi CEO.

Hali: Hey, hey. Cerita luar jangan bawa masuk okay? 😑

Gempa menggeleng kepala melihat telatah duo terkuat di dalam kembar 7 itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Ais yang sedang berdiri di sebelah Solar dengan muka poker face nya. Macam biasa. Mengantuklah tu.

Gempa: Ais? Kau dah pilih teras utama kau?

Ais hanya menggangguk kecil membalas.

Gempa: Kau pilih apa?

Ais: ...Aqua Marine.

Gem&Sol: SERIUS AH?! (surprise) 😲

Ais sekali lagi menggangguk kecil menjawab pertanyaan Gempa dan Solar yang sedang terkejut itu. Solar memandang Ais dengan tatapan tak percaya manakala Gempa melihat dengan wajah yang teruja.

Gempa: Hebatlah kau Ais! Kenapa kau pilih yang tu?

Ais: ...sebab aku boleh tidur dengan haiwan tu semua.

Solar: Tapi...kan kau pilih Aqua. Kiranya kau layan haiwan laut sajalah kan?

Ais menggangguk kecil. Haih, berat mulut sungguh budak ni nak jawab! Aku yang taip ni pun rasa menyampah! 😂

Solar: ..jadi?

Gempa: Uuhh...aku rasa Ais nak main dengan hidupan laut tu. Kau kan pandai berenang?

Ais mengangguk kecil...lagi. Tidak lama selepas itu dia menguap kecil dan matanya mula kuyu nak tidur.

Gempa: Kenapa kau pilih teras tu Ais? Maksud aku...kau kan bijak Biologi, Math dan Inggeris.

Ais: Entah. Aku tepuk dada tanya selera. Lagipun memang dah lama aku nak ambil bidang ni.

Gempa: Dah lama?

Ais: (angguk) Masa kita berdua ke taman waktu kecil tu.

Gempa cuba mengingat kembali apa yang dimaksudkan Ais. Mungkin perkara itu sedikit sebanyak dapat membantunya memilih bidang untuk teras utama Gempa.

Dan seketika kemudian, Gempa tersenyum.

Gempa: Ok, dah ingat. Aku rasa...aku dah tahu apa aku nak pilih. Aku nak pergi daftar. Korang dah siap daftar?

Trio Cool tersebut menanggukkan kepala mereka. Gempa menangguk faham sebelum dia beredar dari tempat itu.

Solar memandang ke arah Hali yang sedari tadi saja mendiamkan diri memandang Gempa yang sudah berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.

Solar: ...kalau kau nak tanya pergi lah tanya. Jangan termenung saja, Papa.

Hali: (shock) Woi! Jangan panggil aku macam tu kat kawasan ramai macam nilah! //////

Ais: Suka cakap.

Hali: Mana ada! By the way, kau ambil teras utama apa Solar?

Solar: Kimia, Biologi dan Fizik. Aku nak jadi prof.

Hali: Ceh, tak habis-habis nak hadap makmal dia tu.

Solar: (grin) Ckh, itu perkara biasa~

Hali hanya menggeleng kepala sebelum dia beredar dari tempat Ais dan Solar berada. Dia berjalan di dalam kelompok orang ramai sambil iris rubynya masih ligat memandang ke arah kertas borang yang menyenaraikan 25 senarai teras yang boleh dipilih oleh pelajar.

Hali sudah memilih 3 teras, Prinsip Akaun, Ketenteraan, Matematik.

Dan sekarang, hanya tinggal memilih teras utama di dalam 3 senarai tersebut.

"Kalau aku ambil Math, mesti takkan sama dengan Gempa. Dia mesti tak nak susahkan diri dia hadap Math selalu. Yelah, walaupun dia dapat A, dia dah lama struggle dalam subjek tu. Kalau Akaun...hmm..."

Hali menghentikan langkah perjalanannya. Dia merenung lama 3 senarai tersebut.

"...aku kena pilih teras yang aku sendiri suka. Hhh..."

Hali mengusap wajahnya kuat. Geram pula nak pilih teras untuk diri sendiri ni.

Dan iris ruby Hali tertumpu pada 1 pilihan yang Hali pilih dari 3 pilihan itu.

"...aku akan ambil ni. Mungkin akan berpisah lama dengan Gempa, tapi ini yang aku mampu buat...selamat tinggal, Lyubov."

Lalu Hali mengeluarkan pen nya dan menulis di atas teras utama. Dia sudah yakin dan tekad dengan pilihannya. Semoga saja pilihannya itu tidak akan membawa kepada penyesalah ke atasnya.

Dan teras utama yang dipilih ialah..

Tentera.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pengetua: Baiklah, kamu semua sudah pilih teras masing-masing?

Students: Sudah!

Pengetua: Cikgu tahu, kamu semua sudah menghantarkan borang yang diberikan kepada guru kelas kamu. Dan cikgu harap segala pilihan yang kamu pilih ada pilihan untuk diri kamu dan masa depan kamu sendiri. Jangan libatkan sesiapa pun di dalam pilihan kehidupan kamu semua. Pilihlah kerana kamu tahu itu yang kamu mampu lakukan. Bukan kerana orang lain yang meminta untuk kamu lakukan.

Hali mendengar ucapan pengetua itu. Kata-kata itu sedikit sebanyak membakarkan dirinya untuk terus tekad dengan pilihannya. Dan dia tidak rasa sedikit penyesalan.

Pengetua: Memandangkan ada bahagian teras utama, pilihan teras utama itulah yang akan menjadi jadual utama di dalam jadual pembelajaran kamu. Jadi 2 teras yang lebih itu ialah teras sampingan namun masih dititik beratkan. Melalui teras utama itulah kamu akan sentiasa duduk di dalam kelas itu. Dan 2 teras lagi kamu akan berganjak dan menukar kelas buat sementara waktu. Iaitu menumpang kelas yang ada di dalam pilihan kamu.

Kesemua pelajar diam seribu bahasa. Tak faham sebenarnya apa yang dikatakan oleh pengetua. Gempa yang ada di sebelah pengetua pun diam sambil sweatdrop. Walaupun dia faham tapi dia tahu ada yang tak faham di bawah pentas sana.

Jadi dengan baik hati yang tiba-tiba Gempa meminta mikrofon dari pengetua lalu membantu menerangkan maksud pengetua tadi.

Gempa: Uuhh..macam ni. Teras utama yang korang pilih tu ialah kelas yang akan korang sentiasa ada di dalam jadual pembelajaran. Manakala 2 teras lagi, korang kena ke kelas yang korang ambil tu sendiri. Macam contoh, teras utama korang ialah seni. Korang akan duduk di kelas seni sepanjang hari. Dan 2 teras lagi sebagai contoh ialah katering dan drama. Korang akan keluar dari kelas teras utama buat sementara waktu dan pergi ke kelas 2 teras tersebut mengikut jadual yang telah disusun. Mmm...semua faham?

Students: Ooohh! Baru fahaaamm!!

Para pelajar menepuk tangan dan bersorak di atas pertolongan Gempa. Mujur ada Gempa. Baru mereka faham apa yang dimaksudkan pengetua tadi.

Gempa memberikan semula mikrofon tadi kepada pengetua dan mengucapkan terima kasih kepada beliau. Manakala Pengetua membalas terima kasih Gempa kerana sudi menerangkan maksud penyampaian pengetua tadi.

Pengetua: Terima kasih, presiden pelajar. Ha, kalau masih ada yang tak faham kamu semua boleh rujuk kepada guru masing-masing. Dan sekarang. Kamu semua boleh bersurai dan menuju ke kelas masing-masing. Jangan risau, semua 25 teras ada di 2 blok bangunan yang ada berdekatan padang sekolah kita. Harap kamu semua dapat menempuh sesi pembelajaran kamu semua dengan baik. Itu saja, sekian terima kasih.

Maka bersurai semua pelajar dari dewan tersebut di dalam barisan. Seorang demi seorang keluar dari pintu utama dewan dengan keadaan beratur dengan tertib. Fuh! Cayalah sekolah ni. Students semua berdisiplin!

Gempa berjalan turun dari pentas dan keluar dari dewan. Kebetulan dia ternampak Hali yang sedang duduk di pondok kecil di taman sekolah, Gempa datang menegurnya.

Gempa: Halilintar. Kau tak masuk kelas lagi?

Hali: (toleh) Hn. Nantilah.

Gempa masuk ke dalam pondok tersebut lalu duduk bertentangan dengan Hali. Dia menatap Hali hairan.

Gempa: ...kau...ada masalah, ya?

Hali memandang Gempa.

Hali: Masalah apa?

Gempa: Taklah. Mana tahu kau ada masalah. Kalau ada, aku sudi dengar.

Hali mendesah kecewa. Dia menyandarkan dirinya di tiang pondok kecil tersebut.

Hali: Takde.

Gempa: Betul ni?

Hali: Hn.

Gempa: ...ok.

Baru sahaja Gempa mahu bangun dari duduknya Hali memandang ke arah Gempa kembali.

Hali: Apa teras utama kau?

Gempa: ...kenapa?

Hali: Jawab.

Gempa: Uuhh...aku rasa kita berbeza.

Hali mengerutkan dahinya. Dia melihat Gempa yang sedang menggaru tengkuknya. Gempa sudah berpeluh dingin sambil mengalihkan eye contact dari Hali.

Hali: Kenapa kau tak nak jawab.

Gempa: ...takda apa. Eh, aku dah lambat ni. Pergi dulu.

Dan belum sempat Hali menahan Gempa, dia sudah berlari keluar dari pondok kecil tersebut dan meninggalkan Hali. Hali hanya diam tidak bergerak sebelum dia membungkukkan dirinya sambil mencengkam kuat kertas salinan borang yang di tangannya.

Hali: ..aku dah agak. Apa boleh buat. Nampaknya kami memang takkan bersama selama 1 tahun ni.

Hali bangun dari duduknya lalu beredar untuk menuju ke kelas teras utamanya iaitu kelas Ketenteraan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gempa berjalan menuju ke kelas teras utamanya. Dia sambil-sambil itu melihat di luar tingkap di sepanjang perjalanan itu. Matanya sayu memandang di luar tingkap itu.

"Kenapa aku tak bagitahu dia saja? Mesti dia akan tahu juga tak lama selepas itu.."

Gempa menghela nafas sedih. Dia memandang ke arah kertas yang dipegangnya. Kertas salinan borang ambilan teras. Dia menggenggam kuat sebaik sahaja dia melihat teras utama yang diambilnya.

Prinsip Akaun.

Manakala di tempat Hali, dia membuka pintu kelasnya lalu melihat beberapa orang pelajar yang dia kenali dan bakinya yang dia tidak kenal. Semua pelajar memandangnya takut.

Cikgu: Halilintar. Kamu boleh dipersilakan masuk.

Hali hanya diam sambil melangkah masuk. Di dalam fikirannya, sama seperti apa yang Gempa sedang fikirkan sekarang.

HaliGem: Selamat tinggal...Gempa/Halilintar.





===========
Blaze: Huk! Huk! Tergamak Ani dan Zie lakukan semua ini kepada shippers HaliGem! 😭

Ani: Uuhh...sabar Blaze.

Blaze: Mana boleh! Korang dah pisahkan Mama dan Papa kami. Mereka tu...- sangat sempurna bersamaaaaa!! 😭

Taufan: Wuhuhu~ dah lah kami takde pun dalam chapter kali niii...! 😭

Thorn: Kami ni tak penting dah keeee?? 😭

Ani: Melampau betul drama korang ni. 😑

Zie: Bertenang korang bertiga. Kami kena fokuskan dahulu untuk HaliGem. Nanti akan ada part korang bertiga. Penting!

Trio: Hah?! Betul ni?!

Zie: Yep!

Taufan: Bila tuuuu?? 😆

Ani: Nantilah! Ha, kalau nak tahu kita habiskan dulu drama tak berbayar HaliGem ni!

Trio: Jangan lupa untuk vote dan komen! Terbaik~! Byeeee!! 😆 😆 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro