Pengenalan Halloween Vault 3D

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

 Vault 3D menyambut kedatangan anda!

Hai Wattpadders,

Kehidupan kita bukanlah selalunya berwarna-warni seperti pelangi. Tapi ia tidak bermaksud kita berhenti hidup, kan? Mari kita buat yang terbaik, jadi kita kini kembali dengan Halloween Vault 3D!
3D? Apa itu?
Dunia berversi 3D yang dinaik taraf pada tahun ini untuk menjalankan kepelbagaian aktiviti yang luar biasa khas untuk anda semua!
Ia sudah tiba masanya untuk anda melupakan segala keperitan hidup dengan berfikiran positif dan paling penting kreatif!

Tahun lalu, kita semua mempunyai masa yang seronok bersama dan tahun ini, kami mengharapkan lebih banyak keseronokan, interaksi dan keasyikan yang dipenuhi dengan engagement yang menggembirakan dengan 3D yang diperluas di Vault kami- Diverse, Dynamic dan Dauntless!

Kami membawa pelbagai aktiviti yang MENARIK termasuk prompt, scavenger hunt dan pelbagai lagi permainan yang menyeronokkan untuk SEPANJANG bulan OKTOBER.

Ya, anda telah baca dengan betul, bagi kali ketiga, anda akan meluangkan sebulan yang menyeramkan dengan kami! Dengar seperti menyeronokkan, bukan?

Sama ada anda seorang pembaca, penulis ataupun kedua-dua sekali, anda boleh menyertai semua program yang seronok yang akan dianjurkan oleh 38 profil Inggeris dikendalikan oleh Ambassadors, 16 profil Antarabangsa dan 12 profil Komuniti.

Lihatlah 16 profil Antarabangsa yang menarik, terutamanya jika anda fasih dalam bahasa Bahasa Melayu, Bahasa TurkiBahasa Belanda atau Bahasa Itali. Lihat profil-profil tersebut di bawah:

WattpadFantasiMY, WattpadRomantikaMY, WattpadFanFiksyenMY, AmbassadorsMY, WattpadSeramMY, WattpadFiksyenSainsMY, AmbassadorsNLWattpadRomantiekNLWattpadMysteryTRAmbassadorsITA, WattpadMisteroIT, WattpadBrividoIT, WattpadFanfictionIT, WattpadStoriedamoreITWattpadFantasyIT and AvventuraIT.

Halloween Vault 3D juga akan dianjurkan di 38 profil Inggeris ini dan pastikan anda sertai Vault mereka: TeenFiction, Horror, WattpadDisney, Beauty, lgbtq, Action, Crime, WattpadRiverdale, DystopianApocalypse, HighFantasy, BullyingPrevention, GothicLit, SecretTreasures, Kpop, Magic, WattpadVampires, StarwarsFans, MythandLegend, Fantasy, mystery, AmbassadorsUK, justwriteit, ChallengeCorner, FoodKart, ComeAndSitWithUs, Romance, WattpadSupernatural, WattpadFairytales, WattpadMilitaryFiction, WattpadTimeTravel, Adventure, BeyondSol, FreeThePOC, Paranormal, generalfiction, Fright, YA and PsychologicalNovel.

Dan tidak boleh dilupakan, bahagian lain dunia 3D kami, 12 profil Komuniti adalah: 

CommunityHub, HurricaneBC, WattRevenge, WattWitches, SeaOfPositivity, YAFantasy, YARomance, YAMystery, Watt-Art, TheWarriorGoddess, NARomance and TeamOfDreams.

Apa yang anda sebenarnya akan dapati dari Halloween Vault 3D

Prompt - Semua profil yang mengambil bahagian akan menawarkan sebuah cabaran menulis. Tidak kira di mana anda sertai, semua penyertaan akan masuk dalam satu kumpulan asalkan anda menggunakan borang penyertaan yang disediakan dalam setiap bab. Jadi, bersiaplah untuk bulan yang mendebarkan!

Scavenger Hunt - Sebahagian profil akan mempunyai permainan yang seronok bagi pembaca tegar kami di luar sana. Petunjuk yang diberikan akan membantu anda untuk mencari jawapan bagi hunt tersebut. Fikirkan petunjuk itu, pergi ke profil yang sesuai, cari melalui reading list mereka dan hantarkan tekaan anda melalui borang penyertaan yang disediakan di pusingan itu.

Diverse, Dynamic dan Dauntless - Bagi kali pertama, kami akan memberi anda peluang untuk mencipta cerita yang diverse, dynamic dan dauntless. Sangat mendebarkan, bukan?

PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN DAN TIDAK DILAKUKAN

► Sila hormat-menghormati antara pengguna. Mari kami kekalkan suasana yang seronok.

► Baca setiap prompt dengan sebaik mungkin. Anda tidak mahu merosakkan keseronokan untuk orang lain.

Hanya cerita dalam Bahasa Inggeris akan diterima melainkan anda menyertai Halloween Vault 3D dalam salah satu profil antarabangsa kami.

► Semua cerita mesti mematuhi Garis Panduan Kandungan Wattpad.

Cerita yang matang tidak dibenarkan. Ingat bahawa ini ialah profil komuniti, jadi pastikan perkara itu sesuai untuk semua pembaca melainkan prompt sesebuah profil membenarkan cerita yang matang.

► Seandainya anda ingin cerita anda dipertimbangkan untuk memenangi hadiah, gunakan borang penyertaan yang disediakan dalam bab berkepentingan.

Jangan letakkan tekaan anda untuk Scavenger Hunt di bahagian komen. Ini akan merosakkan keseronokan bagi peserta lain.

► Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk berkongsi pautan entri anda untuk prompt penulisan di bahagian komen tetapi pastikan anda juga menghantarnya melalui borang yang disediakan.

► Entri mesti berkaitan dengan prompt.

► Tag entri anda dengan #HalloweenVault3D dan #HV3D

► Bagi perhatian kepada tanda baca, ejaan dan tatabahasa. (Itu mempunyai kemampuan untuk membuat atau mematahkan penulisan anda)

►Had perkataan akan berbeza-beza bergantung pada setiap prompt. Pastikan anda mematuhi mereka.

► Semua karya mestilah asli. Kami mencari keseronokan yang unik.

► Kami sangat mengeshorkan anda untuk menambahkan buku ini dalam library anda untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang kemas kini nanti.


JADUAL

Tempoh: 1 Oktober hingga 30 Oktober

Entri: Borang penyertaan akan tutup pada November 7

Pengumuman terakhir: Disember 1

HADIAH

Peserta

Setiap peserta akan menerima pelekat Halloween Vault 3D yang anda boleh gunakan atas kulit buku dan anda juga boleh muat naik banner HV3D kami yang hebat ke profil anda untuk menyokong acara ini. 

Pelekat Peserta HV3D

Banner Peserta HV3D

Pemenang

Hadiah bagi pemenang prompt:

Satu pelekat

Di mana cerita anda akan berada adalah terpulang pada prompt dan profil tersebut. Dalam kebanyakan kes, cerita tersebut akan diletakkan dalam antologi dan/atau menerima shout-out. Dalam kes lain pula, cerita itu akan ditambahkan dalam Reading List profil tersebut.

Scavenger Hunt:

Semua orang yang berjaya mencari cerita yang betul berdasarkan petunjuk akan menerima satu pelekat Halloween 3D.

Kesemua scavenger yang berjaya akan menerima shout-out dalam bab pengumuman terakhir!


...


Adakah anda sangat ingin meneruskan perjalanan seram kami? Sekiranya ya...SEDIAKAN DIRI ANDA!


...

Akan datang adalah Soalan Lazim kami!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro