Penampilan Anak kucing Halloween 🐈

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

  ❦͜͡❀✧══════•❁❀❁•══════✧❦͜͡❀

"Zexra! Cepat sikit nanti kita terlepas perayaan halloween!" jerit Ash dari bawah dan menunju ke muka pintu rumah sambil menoleh sekejap ke tingkat atas memanggil anak buahnya.

Sepi.

"Dia dah mula buat trick-or-treating ke?" sambung Ash lagi. Tiada balasan. Ash memulas tombol pintu rumah dan dia terkejut melihat beberapa ekor kucing berada di hadapan rumahnya.

"Comelnya! Kucing siapa ni? Banyak gila! Mana pula budak Zexra ni," gumam Ash perlahan.

Seekor daripada kucing itu terus datang ke arah Ash dan menarik kuat pakaian gadis itu. Terkejut Ash dibuatnya. Pantas Ash menarik merentap kembali dan berlari masuk ke dalam rumah semula. Baru dia ingin melangkah satu suara mematikan langkahnya.

Zexra?

"Zexra?" soal Ash dengan dahi berkerut. Anak kucing itu mengangguk sedikit kepala.

"Tolong kami, Ash. Kami adalah kanak-kanak yang telah berubah menjadi seekor kucing oleh seseorang," ujar Zexra dengan nada sedih.

Ash memegang kepala. "Macam mana aku nak tolong? Siapa punya angkara?" tanya Ash pada Zexra. Zexra dan kawan-kawannya berlari ke suatu tempat. Ash mengejar dari belakang.

Dari jauh terlihat sebuah rumah yang cukup Ash kenali. Ash memandang ke arah Zexra dan yang lain.

'Ini rumah cikgu Kevin. Kenapa Zexra bawa aku ke sini?' bisik Ash dalam hati.

Perlahan dia menghampiri rumah itu. Dia cuba mengintai melalui lubang-lubang kecil. Bau hapak mula menerobos ke dalam saluran pernafasannya. Matanya dikecilkan dan dia memberi tumpuan sepenuhnya. Dia terkejut apabila terlihat lebih banyak kucing-kucing di dalam rumah itu.

Pantas dia menolak daun pintu rumah cikgu Kevin dengan perasaan marah. Semakin kuat bau kucing serta najisnya. Dia mencari cikgu Kevin tetapi masih tidak dia temui.
Debaran di dada Ash semakin kemuncak apabila dia berdiri di bilik terakhir. Tombol pintu dipulas dan ditolak perlahan. Terus semerbak bau wangian menusuk ke dalam hidung.

Ash tergamam.

Pelbagai botol-botol kaca berwarna warni yang terisi cecair memenuhi ruang bilik itu. Sehingga pandangan matanya jatuh pada dua orang kanak-kanak yang sudah terikat di atas kerusi dengan mata dan mulut ditutup. Tampak cikgu Kevin sedang asyik membuat campuran minyak wangi kemudian dia sembur pada seorang kanak-kanak yang kemudian berubah menjadi seekor kucing.

"Ci... cikgu Kevin! Apa telah cikgu lakukan pada semua kanak-kanak di sini sehingga menjadi kucing?" marah Ash. Turun naik nafasnya.

"Jika kanak-kanak hidup kemudian ada pihak yang tidak bertanggungjawab menculik dan menjual organ-organ dalaman kanak-kanak, disisih dan dibuang."

Jeda.

"Lebih baik mereka menjadi seekor kucing. Comel pula tu," ujar cikgu Kevin dan tertawa kecil.

"Ini bukan jalan yang terbaik cikgu Kevin. Ada di antara mereka masih boleh hidup membesar seperti kanak-kanak lain!"

"Mereka juga tidak dapat ganti semula nyawa anak cikgu. Anak cikgu seorang budak yang baik. Apa salah dia?" ujar cikgu Kevin penuh emosi.

"Cikgu... saya akan bantu cikgu untuk mendapatkan hak keadilan tetapi tolong kembalikan mereka semua pada asal kembali. Saya merayu pada cikgu, kasihanlah pada ibu bapa mereka."

Akhirnya cikgu Kevin akur dan mengembalikan kanak-kanak tersebut kepada asal.

"Tetapi ada bayarannya..." cikgu Kevin tersenyum sinis.

"Cikgu!"

****

Bilangan patah perkataan: 499

WattpadFiksyenSainsMY

#HalloweenVault3D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro