13 ♡ kahwin

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

13 ♡ kahwin

"JADI, boleh kau terima aku sekali lagi?"

Dan keesokan hari pun tiba. Aku terduduk menyandar pada dinding saat selesai menuruni tangga, terkejut apabila Maru tiba-tiba mendekatiku. Ya, aku sudah berubah menjadi manusia semula.

Entah alasan apa sumpahanku telah hilang.

"Apa... yang awak nak?" soalku kesal. Rasanya sudah lama tidak menggunakan bahasa manusia, terasa aneh bagiku.

Maru tatap tajam anak mataku buat aku tidak sengaja menelan liur.

"Dulu mahupun sekarang, kau tetap membisu sedangkan hakikatnya tak. Apa kau benci memanggil nama aku?"

Aku mengetap bibir. Waktu aku disumpah, aku kan hanya seekor kucing. Memang kucing dapat memanggil nama manusia dengan benar? Dulu katanya, aku memang pura-pura bisu. Itu kerana aku takut kepada manusia.

"Saya hanya kenangan yang pernah terlupakan awak, suatu hari nanti awak akan berpaling dan bersama perempuan lain," balasku seraya membalas tatapan mata biru milik Maru.

Kedua-dua pergelangan tanganku mula digenggam Maru kasar buat aku tidak sengaja meringis sakit. Tubuhku menggigil melihat betapa tajamnya Maru menatapku.

Aku harus terima, Maru akhirnya membenciku.

"Dengar." Terangkat keningku.

"Aku tak kisah apa yang kau katakan sebentar tadi, sekarang kau milik aku. Tiada siapa lagi yang dapat halang aku untuk bersama kau. Tiada siapa."

Tangannya yang tadi menggenggam kuat pergelangan tanganku mula dilonggarkan. Merah padam wajahku apabila Maru mula menyentuh kedua-dua pipiku.

"Kau tak tahu betapa aku tak menginginkan perkahwinan tu, tapi aku terpaksa menerima. Dulu kau dan aku tak boleh bersama disebabkan status kita berbeza, tetapi sekarang dunia dah berubah."

Bibirku ditatapnya.

"Aku berkata jujur, Hana. Dah lama aku tahan bagai orang gila, sampai aku sanggup hapuskan sesiapa yang cuba mendekati kau. Aku yang jahat, kerana cinta aku yang gila. Kita sama-sama gila."

Gila kerana cinta. Tiada lagi Hana-chan, hanya Hana. Aku tergamam mendengar kata-kata itu. Jadi ketika ada lelaki yang melamarku, Maru menghapuskannya? Seketika aku berasa takut setelah mendengarnya.

"Ke... kenapa? Sedangkan Elea baik dengan awak."

"Sekarang kau bahas perempuan yang pernah kau bunuh? Apa kau betul-betul serius?" Sinis Maru menyoalku buat aku tidak sedar menelan liur.

Tubuh Maru kutolak sekuat hati buat Maru terundur ke belakang.

Aku tidak mahu mendengarnya lagi. Hatiku berharap kalau Maru mengatakan 'benci' kepadaku.

"Kenapa... sumpahan saya hilang?" Aku menukar topik. Maru mula mengangkat kening.

"Sumpahan tu akan hilang kalau aku dah jelaskan perasaan aku. Maksudnya aku memang berkata jujur," jela Maru tanpa berbasa-basi.

Terkelu lidahku dibuatnya. Jadi Maru benar-benar mencintaiku? Lantas aku bangun lalu cuba melarikan diri, namun tiba-tiba Maru menarik pergelangan tanganku.

Menghalang aku pergi.

"Kau nak lari mana? Kita berdua belum selesai."

Ah, peduli apa aku!

"Saya terlupa... nak beli baju! Memandangkan saya dah jadi manusia sekarang, heheh," kataku cuba mencari alasan.

Seharusnya aku gembira kerana cintaku tidak bertepuk sebelah tangan, namun entah kenapa aku jadi takut dengan Maru. Terangkat sebelah kening Maru, tidak lama itu senyuman senget terukir di bibirnya.

Terjerit kecil aku apabila Maru menarik laju tubuhku mendekati tubuhnya. Automatik merona merah wajahku. Jarak kami berdua terlalu dekat.

"Kau ada duit? Sekarang pun kau pakai kemeja aku."

"Saya... boleh cari duit!"

"Macam mana?"

"Wajah saya boleh hasilkan duit!"

Tegang terus wajah Maru mendengarnya buat aku tidak sengaja cegukan. Kini Maru menarik tanganku buat aku cuba melepaskan diri, sakit. Sebenarnya Maru ada dendam apa dengan tanganku sampai menggenggam begitu kuat?

"Aku rasa aku kena percepatkan perkahwinan kita, senang sikit aku nak ikat kau."

"Kah... kahwin? Tipu, kan?"

Kenapa terlalu cepat begini? Aku kan baru sahaja lepas daripada sumpahan, biarlah aku bersenang-senang!

"Aku tak tipu, sayang. Kita akan berkahwin tak lama lagi," balasnya sambil menghadiahkan senyuman, aku meneguk liur.

Aku salah dengar, kan? Iya, kan?

Finished on Monday, 15 April 2024
Published on Saturday, 20 April 2024

610 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro