7 ♡ pengakhiran tak bahagia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

7 ♡ pengakhiran tak bahagia

SEHARUSNYA aku sedar, tindakanku bakal mengubah segalanya. Aku mulai berfikiran tidak waras, memasuki istana dengan menyamar menjadi seorang dayang.

Wajah Eleanora, isteri Darcy ditatapku benci. Aku membencinya. Dia tidur nyenyak atas katil empuk, bahkan dia boleh tidur bersama Darcy setiap hari. Dia merampas milikku. Kalau sahaja tiada dia, pada akhirnya Darcy akan melihatku.

Aku yang seharusnya berada di dalam istana ini, bersama Darcy yang aku cintai sepenuh hati.

Tanganku menggigil mengacukan mata pisau ke arah jantung Eleanora. Air liur ditelanku berkali-kali. Aku harus membunuhnya dengan cepat agar Darcy tidak menyedari perbuatanku.

Selamat tinggal, Eleanora. Aku tidak kisah kau baik atau jahat, kau mencintai Darcy mahupun tidak, asalkan kau lenyap, semuanya akan baik-baik sahaja!

Demi memiliki cintaku, jika harus mengotori tanganku dengan darah, aku sanggup.

Shrak! Shrak! Shrak!

Tanpa sedar aku tersenyum menyeringai. Eleanora kelihatan sakit-sakit tatkala jantungnya kutusuk dengan pisau. Aku telah melenyapkan Eleanora, ini bukan suatu dosa, kan? Aku melakukan ini demi mengambil milikku semula.

Dialah perampas! Dia rampas segalanya daripadaku!

Aku membencinya, sungguh.

"Apa yang kau buat?" Ternaik-naik kedua bahuku. Senyumanku mulai lebar.

Saat-saat yang aku nantikan. Darcy yang menatapku tajam buat jantungku semakin berdebar kencang. Lantas aku berlari lalu memeluknya erat. Ah, kini tiada siapa yang dapat menghalangi kami berdua.

Darcy seutuhnya milikku.

"Darcy! Eh..." Belum lama aku memeluk tubuhnya, Darcy menolakku hingga aku jatuh ke lantai. Aku tergamam.

Kenapa? Bukankah Darcy tidak mencintai isterinya? Apa perbuatanku salah? Sebenarnya kenapa? Darcy menghampiri Eleanora yang sudah sekarat, tinggal beberapa saat sahaja dia bakal mengakhiri nafas.

Lagi sekali aku ditinggalkan seperti ini. Bawah bibir diketapku. Pisau yang berada di tanganku mula ditatapku. Tanpa ragu-ragu aku mulai melukai tanganku sendiri dengan pisau.

"Ah... argh!" Aku melukai tanganku agar Darcy melihatku.

Pemandangan yang aku lihat terlalu menyakitkan. Aku melihat Darcy yang memeluk isterinya yang sudah nyawa-nyawa ikan. Rasa sakit di tanganku tidak terasa lagi. Darcy tidak mempedulikan aku terluka ataupun tidak.

Jadi kenapa? Kenapa Darcy tidak mahu melihatku? Aku juga kesakitan. Kenapa Darcy? Kalau aku tidak dapat memiliki Darcy, orang lain juga tidak boleh. Jika harus membunuh Darcy agar tiada siapa dapat memilikinya, aku akan melakukannya.

"Kenapa kau buat macam ni, Yana? Apa yang kau fikirkan?" soal Darcy sambil menatapku yang masih menggenggam pisau.

Tanganku yang terluka, tidak dihiraukan Darcy. Ternyata begini rasanya sakit diabaikan, amat sakit. Aku pasti terlahir untuk menjadi antagonist. Semakin aku ingin memiliki Darcy, Darcy semakin jauh.

Aku ingin memilikinya. Apa aku tidak layak? Apa cintaku tidak cukup kuat?

Nah... dengarkanlah.

"Kerana cinta. Saya cintakan awak, saya terus cintakan awak, dari dulu sampai sekarang saya cintakan awak, bahkan saat ni saya masih cintakan awak, awak cinta pertama dan saya pasti awaklah cinta terakhir. Cinta saya, kekasih saya, nyawa saya ialah awak Darcy."

"Saya membayangkan jutaan kali awak menerima cinta saya."

Kisah cinta bertepuk sebelah tanganku amat menyedihkan.

"Hentikan Yana. Jika kau benar-benar cintakan aku, seharusnya kau terima Elea sebagai isteri aku," ujar Darcy masih mendukung tubuh Eleanora. Isterinya mati di tanganku.

Darcy tidak terlihat begitu sedih, lebih kepada kesal. Bawah bibir digigitku, aku sering tertanya-tanya. Kenapa aku tidak berhak bahagia? Aku juga ingin dicintai oleh lelaki yang selama ini bertakhta di hatiku.

Apa keinginanku berlebihan?

"Hati saya sakit, sakit sangat. Awak yang bukan milik saya."

Kutahu menangis tiada gunanya. Kerana itulah... Darcy, menghilanglah daripada tatapan mataku. Jika aku melihatmu, aku kan jadi sering berdebar-debar dan melakukan hal-hal tidak waras lainnya. Kehadiran Darcy buat aku semakin menderita.

Maaf, kerana aku begitu serakah.

"Kenapa pada akhirnya saya tetap tak nak awak dimiliki orang lain? Darcy... cinta saya selamanya."

"Argh! Yana... hah..." Shrak! Turun naik nafasku, aku menusuk jantung Darcy. Darcy yang meraung kesakitan, jatuh menyembah lantai menahan sakit yang teramat.

Aku membunuh... lelaki yang aku cintai. Kerana aku tidak mahu dia dimiliki oleh siapapun. Melihatnya yang kesakitan, tanganku menggeletar ingin menyentuh wajah Darcy. Tanpa sedar air mataku mengalir laju melihatnya tercungap-cungap mencari nafas.

Untuk kali terakhir, aku ingin menyentuh wajah Darcy.

Cintaku yang menyakitkan. Pengakhiran yang tidak membahagiakan.

"Kenapa... Yana?" Dia sempat menyoalku buat mataku berkaca-kaca teruk. Kabur pandanganku kerana air mata.

Aku bahkan menulis kisah di mana lelaki yang aku cintai mati pada hari yang sama dengan perempuan yang aku benci. Akhirnya tinggal aku seorang.

Aku menyedihkan.

"Aku... aku menyumpah kau Yana. Saat tu tiba, jangan lupa aku. Aku akan... je... jelaskan semuanya."

"Perasaan... aku."

Tubuhku diam tidak berkutik. Tiada suara, tiada nafas, bahkan bunyi degupan jantung daripada Darcy. Bibirku menggigil serta jantung berdegup laju. Sampai akhir nafas pun, Darcy tetap menyelamatkan aku.

Dia menyumpahku agar aku tidak ditangkap. Kenapa?

Hari di mana Darcy mati di tanganku, aku mengeluarkan tangisanku. Air mataku bercampur dengan darah mereka berdua. Hidupku kini seorang diri, di dunia yang penuh dengan manusia mengerikan. Entah berapa tahun aku terus menunggu, menunggu dan menunggu.

Akhirnya aku bertemu denganmu.

Finished on Saturday, 30 March 2024
Published on

808 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro