01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❁ I'm not a cinderella waiting for the prince charming ❁


SENYUMAN manis terbit di wajah seorang gadis yang melangkah masuk ke sebuah restoran. Figura lelaki merangkap sahabat baiknya dipandang dari jauh.

Apabila sudah perasan ketibaannya, lelaki itu melambai tangan dengan sengihan yang sungguh menawan.

Hannah mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu.

"Dah lama tak jumpa."

"Yeah, kita semakin busy dengan life sendiri kan?" Zafran membalas sambil memanggil pelayan.

Pelayan tiba dengan buku menu lalu mengambil pesanan Hannah dan Zafran. Setelah itu, pelayan itu minta diri. Hannah merenung Zafran, rindunya tak terkata.

"Kau apa khabar?" soal Hannah.

"Macam ni jelah aku. Alhamdulillah sihat dan makin kacak!"

"Eww, masuk bakul angkat sendiri nampak!" Hannah buat muka loya apabila Zafran memuji dirinya sendiri. Tawa Zafran pecah.

"Kau?"

Hannah memandang Zafran dengan kening berjungkit.

"Kenapa dengan aku?"

"Kau macam mana sekarang? Dah ada cinta hati ke?" Terjungkit-jungkit kening Zafran bersama senyuman nakal mengusik Hannah.

"Tak ada masa! Siapalah nak dekat aku ni? Dahlah tak cantik, tak comel... hmm."

"Elehhh, kau bukan tak cantik tapi sengaja tak nak disayangi. Lagipun kalau tak ada siapa nak kau, aku ada apa? Aku kan kawan kau." Zafran senyum dengan manis.

Hannah tersenyum. Ahh, tergoda!

"Alaa, kau kawan aje. Nanti kau dah kahwin dengan perempuan mana tah, kau lupakan aku juga." Hannah memuncung.

Zafran tersengih memandang wajah bersih Hannah. Hannah... Hannah...

"Chill la! Aku sentiasa ada dengan kau even aku dah ada cucu ke apa. Kita kan kawan dari kecil. Apalah kau ni. Kita kan geng ZXH." ZXH itu bermaksud ZafranXHannah.

"Betul?"

"Betul la, babe."

"Kau akan sentiasaaaaaaa ada dengan aku?"

"Always."

"Thank you, Zaf. Ni buat aku makin sayang dekat kau ni." Hannah berkata lalu pesanan mereka sudah tiba.

Mereka berbual santai sambil makan dan mencuit memori zaman kanak-kanak mereka yang penuh dengan memori manis.

"Hann."

Hannah mengangkat kepala memandang Zafran yang memanggil namanya.

"Petang ni, jom."

"Pergi mana?"

Senyuman misteri Zafran mula terlorek di wajahnya. Hannah yang seakan faham turut tersenyum.

"Kau kalah, kau kena belanja aku shopping. Deal?" Hannah menunjung jari kelinkingnya.

"Kalau kau pula kalah, kau kena teman aku tengok bola kat mamak malam ni. Deal?"

"Okay, deal!" Jari kelingking mereka bertaut tanda persetujuan sudah termeterai.


***


GOL!

Hannah menjerit kegirangan apabila bola sudah masuk jaring dan gol!

"Yuhuuu!"

Hannah melompat girang di hadapan Zafran sambil mengejek. Zafran mendengus kasar. Tak boleh jadi!

"Kau main tipu!" Zafran membentak.

Hannah berlari ke arah Zafran lalu tampar Zafran perlahan.

"Alololo kasihan baby i ni... kalah, ya? Comelnyaaaaa!" Hannah mencubit kedua-dua pipi Zafran sehingga merah.

Zafran memuncung. Dia tak pernah kalah main bola keranjang dengan Hannah tapi kali ni dia kalah.

"Main tipu!" kata Zafran lagi. Hannah ketawa bahagia bukan kerana apa cuma Zafran seperti kanak-kanak yang tidak dapat menerima kekalahan.

"Comelnya. Pipi merah ni kenapa? Nak cendol?" usik Hannah lagi.

"Hannnnnnn!"

"Ya, sayangggg?" Ketawa Hannah semakin kuat apabila melihat Zafran seperti mahu meletup.

"Kita lawan lagi! Tak kira!" Zafran mengambil bola yang sudah tergolek di kakinya.

Hannah tersenyum.

"Okey, jom!" Hannah terus merampas bola dari Zafran dan membaling bola ke arah jaring tetapi dengan pantas Zafran menepis dari tepi.

Zafran menghentak bola ke lantai berkali-kali dengan senyuman sinis ke arah Hannah. Hannah pula dengan berlagak ketawa perlahan lalu berlari mendapatkan bola itu.

Zafran cuba mengelak dari dirampas oleh Hannah. Hannah menepis bola dari tangan Zafran lalu ingin mendapatkan bola yang sudah jatuh tergolek. Zafran yang tidak mahu Hannah mengambil bola terus menangkap tubuh Hannah dari belakang dan mereka tidak imbang lalu jatuh.

Hannah terjatuh atas tubuh tegap Zafran. Zafran mengaduh sedikit. Tangan Zafran masih memeluk tubuh Hannah dan dua minit mereka seperti itu.

Hannah terus bangkit dan mengambil bola. Zafran yang tidak putus asa berlari dapatkan bola dan gol!

Sekali lagi Zafran masukkan bola dalam jaring apabila Hannah terlepas pandang. Hannah tersenyum apabila melihat Zafran gembira kerana menang.

"Wuuu aku menang!" jerit Zafran.

"Yeah, kau menang," kata Hannah perlahan lalu meneguk air mineral dengan rakus.

Zafran duduk di sebelah Hannah dan turut minum air mineral agar dahaganya hilang.

Hannah toleh ke arah Zafra apabila terasa diperhatikan.

"What?"

"Mamak."

"Yalahhhhh." Terpaksa tanpa rela. Hannah bukan apa, dia okey lepak mamak cuma tengok bola? Tak syok langsung.

"Macam ni la Hann yang aku kenal!" Zafran memeluk kepala Hannah dan menyiku kepala Hannah.

"Aduh! Sakitlah, Zaf!"

Zafran terus berlari. Hannah yang berang terus mengejar Zafran untuk membalas semula perbuatan Zafran.

Gembira. Itu yang dirasakan oleh Hannah. Meluangkan masa bersama Zafran adalah detik yang paling indah.



***





BUNYI orang jerit apabila bola sudah masuk gol membingitkan suasana di kedai mamak. Buat kali kedua puluh lapan Hannah melentokkan kepalanya pada bahu Zafran. Sungguh, dia bosan.

Jam sudah menunjuk 12 tengah malam tapi bola masih belum tamat. Hannah menggaru pipinya yang tidak gatal.

Apabila Zafran bangun sebab mahu jerit gol, kepala Hannah terjatuh dan Hannah duduk tegak semula.

"Weh! Gol! Hahaha aku dah kata tak ada siapa boleh kalahkan Liverpool." Zafran bersorak sambil menepuk meja.

"Zafffff."

"Hah?" Zafran masih menonton bola sepak.

"Aku bosan."

Sepi. Tiada respon dari Zafran. Hannah yang melihat Zafran sudah berada dalam dunia bola sepaknya.

Topi dibetulkan, Hannah memusingkan topinya dengan rambut panjangnya yang diikat satu.

"Zafran Anaqi."

"Ya?"

"Bosan."

"Japlah. Lagi sikit je ni. Jap, eh."

"Argh! Sikit lagi!" Suara Zafran sudah tenggelam. Hannah yang tidak dapat tahan terus terlena atas meja.

Setelah sejam Hannah tertidur...

"Hah, jomlah balik!" ajak Zafran sambil minum teh tariknya.

"Hann?" Zafran menoleh ke sebelah kanan. Terlihat Hannah sudah lena dibuai mimpi.

Zafran tersenyum nipis. Wajah Hannah direnung dalam lalu senyuman nakal mula terlorek.

"Hannah Nadhirah."

Hannah masih kaku.

Jari telunjuk Zafran mencuit pinggang Hannah. Masih kaku.

"Boom!" jerit Zafran sambil memukul bahu Hannah kuat.

"Oi! Boom! Kuat kau!" Hannah melatah akibat terkejut. Tawa Zafran mula kedengaran.

"Zafran!"

"Ya, babe?"

Buk!

Satu tumbukan padu singgap di dada Zafran. Auch.

"Aduhhhh!" Zafran menggosok dadanya yang sakit akibat tumbukan dari Hannah.

"Kacau aku lagi!" Hannah menjeling tajam lalu minum milo aisnya.

"Mana ada aku kacau."

"Habistu apa?"

"Aku cuma nak kejut kau. Nak ajak kau balik. Ni kau tumbuk aku apasal?" omel Zafran.

"Kejut aku? Kepala otak kau la. Sengaja buat aku sakit jantung kan? Eeee geramnya aku! Bagitahu Mama Qeyla."

Zafran terus sengih.

"Alolo baby Hann, janganlah bagitahu mama. Kau kan comel? Baik pula tu. Nanti aku belanja kau makan, nak?"

Hannah sembunyi senyum. Tahu takut apabila sebut nama Mama Qeyla merangkap mama Zafran.

"Nak bagitahu juga!"

"Alaaa, Hann! Aku janji aku belanja kau makan. Tak kira kau nak makan kat mana sekalipun."

"Janji?"

"Janji!"

Hannah senyum jahat.

"Aku nak makan kat atas kapal. Okey? Tak sabarnya. Mesti best kan?"

Ternganga mulut Zafran.

"Kau fikir aku nak bawa kau pergi date ke makan atas kapal?"

"Why not? Aku kan baby kesayangan kau." Hannah menjeling manja. Zafran sudah buat aksi loya.

"Yeay! Makan atas kapal! Yuhu!" Hannah berlari ke kereta.

Zafran berdecit. Tak guna dia kenakan aku.

"Hannah, tunggulah kejap!" Zafran mengambil kunci keretanya.

Hannah sudah menanti Zafran di parkir kereta. Tiba-tiba terasa sunyi lain macam. Yalah, kereta Zafran sahaja yang parkir di kawasan yang sunyi dan gelap ini.

Hannah menggosok tangannya perlahan. Mana Zafran ni?

Bulu roma Hannah mula menegak. Hannah sudah rasa lain macam apabila terdengar bunyi nyalakan anjing.

"Zafran!" Hannah menjerit nama Zafran. Menyesal pula berlari ke kereta terlebih dahulu.

Bunyi tapak kaki, membuatkan Hannah ingin menoleh ke belakang.

Satu.

Dua.

Tiga...

"Bahhh!"

"Arghhhhhhh!" Hannah menutup wajahnya.

"Hahahahahahaha."

Perlahan-lahan Hannah melihat empunya tawa itu. Zafran Anaqi.

"Zafran!"

"Terkejut tak?"

"Eee geramnya aku!" Hannah bertindak dengan mencubit lengan Zafran berkali-kali sehinggalah masuk dalam kereta.

Zafran hanya ketawa dan ketawa. Langsung tidak sakit dengan cubitan Hannah.















To be continued...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro