14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I'm not juliet lover of heart romeo

KAIN diperah dalam bekas sederhana besar lalu mengelap wajah yang masih lena di atas katil. Sudah hampir tiga hari, tubuh itu tidak bergerak malah langsung tiada tanda-tanda untuk bangun.

Hannah sambung mengelap tangan Zafran sehingga ke atas bahu. Sudah menjadi rutinnya mengelap tubuh Zafran apabila keluarga Zafran tidak dapat menemaninya di hospital. Kemudian, kain itu diletakkan semula ke dalam bekas dan membuang air itu di dalam tandas. Wajahnya dibasuh dengan air bersih. Selesai mengelap wajahnya, kakinya melangkah lalu duduk di atas kerusi.

"Aku rindu kau, Zaf. Bila kau nak sedar?"

Keluhan dilepaskan perlahan. Hal ehwal syarikatnya sudah tidak diambil peduli. Semuanya diserahkan kepada pembantunya dan pekerjanya yang bertanggungjawab serta berdedikasi.

"Maafkan aku. Aku tak dapat jadi perempuan yang baik untuk kau. Aku dah mungkir janji aku. Maafkan aku, Zaf. Aku buat semua ini untuk kebaikan kau." Hannah berkata sambil menitiskan air mara. Kepalanya ligat berfikir apa yang sudah berlaku selama tiga hari ini.

Punggungnya dilabuhkan atas kerusi di kawasan ruang menunggu. Telefonnya dibuka dan mencari nombor telefon pembantunya.

"Hello, Erica."

"Yes, Miss?"

"I want you buy 48% shares from TnT Company in Malaysia. And please, take over all their tender with other companies. Get it?"

"Yeah, i get it. But, why so sudden, Miss?" Erica terasa aneh apabila disuruh beli saham dari syarikat TnT dan rampas tender mereka.

"Just do it. Don't ask why. After you done, get their financial statements and e-mail it to me as soon as possible." Usai berkata dan membincangkan perkara penting, talian dimatikan oleh Hannah. Senyuman sinis mula terbit di wajahnya yang suci.

"Aku akan pastikan perbuatan dia dibalas dengan setimpal. Semua ni tak cukup lagi Zaf. Selagi setiap nafas dia di muka bumi ini hanya untuk mencintai kau, selagi itu aku akan buat dia menderita. Aku buat semua ni demi kau, Zaf. Aku cintakan kau. Hahahaha kelakar, kan? Tapi itulah yang sebenarnya. Aku cinta dan sayangkan kau dari kita kecil lagi. Cuma aku bodoh dan malu untuk luahkan semua ini. Aku pendam dan biarkan hati aku disakiti apabila cinta aku tidak tercapai. Zaf, i miss you. I miss our old us. I miss our memories." Hannah menangis lalu kepalanya diletakkan atas lengan Zafran.

Tidak lama kemudian, dengkuran halus kedengaran. Hannah terlena di atas dada Zafran yang masih kaku tidak sedarkan dirinya. Semuanya indah di alam mimpi, seakan penderitaan tidak pernah dialami. Hannah bahagia bersama Zafran tetapi... hanya di alam mimpi. Itu semua mainan syaitan belaka.

Tanpa sesiapa sedari mahupun Hannah, jari Zafran mula bergerak sedikit. Dahinya berkerut namun masih tidak sedar. Zafran seakan-akan menyedari kehadiran Hannah disisinya. Sahabat baiknya yang sentiasa menemani dia. Hannah Nadhirah.

***

PUAN Qeyla yang sedang duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu termenung memikirkan sesuatu. Zafirah yang baru sahaja mahu masuk ke dapur untuk mengambil minuman agar dapat melegakan tekaknya yang haus terbantut apabila melihat mamanya termenung seorang diri seakan memikirkan sesuatu. Zafirah mendekati Puan Qeyla dan melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Qeyla tanpa Puan Qeyla sedari.

"Mama kenapa ni? Mama fikirkan apa?"

Puan Qeyla melepaskan keluhan kecil. Kepalanya sakit memikirkan apa yang terjadi. Baru sebentar tadi keluarga Rihanna menelefonnya meminta agar tidak membawa kes ini berlarutan sehingga ke naik turun mahkamah. Tetapi, dia ialah mama kepada Zafran Anaqi, ibu mana yang tidak terluka melihat keadaan anaknya terlantar atas katil hospital kaku dan tidak sedar? Dengan senang lenang, keluarga Rihanna minta bantuannya agar tidak mengambil kes ini dengan serius. Mereka fikir nyawa Zafran tu murah ke?

"Mama..."

"Haih... mama sakit kepala la fikirkan semua ni. Tadi, keluarga Rihanna telefon mama minta mama jangan bawa kes ni berlarutan sebab takut terkesan kepada imej syarikatnya. Mama haih..." Puan Qeyla memicit pelipisnya yang terasa berdenyut.

Zafirah memeluk bahu Puan Qeyla seerat yang mungkin. Kejamnya keluarga Rihanna, sudahlah bersalah namun minta perkara sebegini pula. Ini kalau Kak Hannah tahu, habis dikerjakan olehnya.

Semalam baru sahaja Zafirah dapat meluangkan masa dengan Hannah di hospital sendirian. Zafirah berterus terang menyoal siapa Rihanna dalam hidup Abang Zafran dan Kak Hannah. Jawapannya yang diberi oleh Hannah membuatkan hatinya turut terbakar dan seakan lava menggelegak mengenangkan apa yang Rihanna telah melakukan terhadap abang dan kakak kesayangannya. Rihanna tidak boleh senang terlepas begitu sahaja.

"Ma, kita jangan bagi muka kat mereka. Nanti habis dipijaknya kita dengan mereka. Mereka fikir imej syarikat mereka sahaja, habistu Abang Zaf? Mereka tak fikir? Abang Zaf sedang bertarung nyawa tau sekarang ni. Entah hidup entah mati kelak. Dengan senang lenang saja mereka minta bantuan mama? Mereka tak ada harga diri ke, ma?" ujar Zafirah dengan nada geram.

"Tak baik cakap macam tu, Irah."

"Inilah mama. Baik sangat. Esok lusa Abang Zaf mati, mama juga yang meratap. Masa tulah mama cari mereka semua untuk pulangkan Abang Zaf semula. Mama jangan buat keputusan yang buat mama menyesal di kemudian hari. Mama jangan buat keputusan dengan sifat simpati mama. Kita pun kena fikir hidup kita dan Abang Zaf." Usai berkata terus Zafirah mengangkat punggungnya dan berlalu pergi masuk ke dapur.

Air mata mula menitis dari tubir mata Puan Qeyla. Kata-kata anak gadisnya ada benar juga. Kita masih tidak tahu perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang. Bagaimana kalau Zafran meninggal dunia? Dia juga akan berasa bersalah disebabkan membantu pembunuh anaknya sendiri. Puan Qeyla terus menelefon suaminya, Encik Zulfan.

"Assalamualaikum, bang."

"Waalaikumsalam, sayang. Ada apa ni?"

"Failkan saman dan bawa kes ke pihak mahkamah andai keluarga Rihanna tidak memberi respon. Qey tak nak anak kita yang sedang bertarung nyawa di hospital pergi begitu sahaja. Mereka harus dapat balasan yang setimpal, bang. Qey nak Zaf kembali ke pangkuan Qey seperti dulu. Abang tolong buat semua ni demi anak kita..." Sayu sahaja suara Puan Qeyla mengatakan keputusannya.

"Betul ni? Abang ikutkan saja keputusan, sayang. Jika begitu, abang akan failkan saman dan buat tindakan seterusnya mengikut undang-undang negara kita. Jangan risau, abang akan upah peguam yang terbaik jika kes ini berlarutan ke mahkamah." Encik Zulfan membalas dengan tenang. Mungkin inilah yang terbaik buat anak lelakinya.

Talian panggilan mereka dimatikan setelah berbual perkara itu. Dengan segera Encik Zulfan menyuruh pembantunya mrmbuat tindakan terhadap keluarga Rihanna.

***

"WHAT?!"

Terkejut Hannah apabila mendengar kata-kata dari Zafirah. Keluarga Rihanna yang meminta bantuan Puan Qeyla agar tidak mengambil tindakan undang-undang semalam.

"Irah, serius ke ni?"

"Serius, Kak. Mama sampai dapat tekanan fikir tentang itu. Irah dah cakap kat mama jangan ikutkan sangat cakap mereka risau nanti berlagak pijak kita pula. Mereka fikir mereka siapa? Dah buat anak orang kemalangan, senang sahaja mahu larikan diri." Zafirah meluahkan rasa geramnya kepada Hannah.

Hannah mendiamkan dirinya untuk menghadam kata-kata Zafirah. Sungguh dia tidak sangka Rihanna akan bertindak sebegini walaupun setelah diberi amaran. Macam mana dia boleh berani? Keluarga Rihanna pun satu, tidak takutkah dengan Hannah Nadhirah? Salah satu jutawan Malaysia dan tokoh wanita terunggul dalam perniagaan. Nampaknya, dia harus merancang sesuatu untuk buat Rihanna jatuh tersungkur di hadapannya sehingga tidak boleh bangkit lagi.

"Kak? Kak Hannah?" Petikan jari di hadapannya buat Hannah tersedar dari lamunannya.

"Ya?"

"Kak Hannah okey ke? Jadi, macam mana ni kak? Melampaulah diorang tu." Rungut Zafirah apabila mengenangkan semula tindakan keluarga Rihanna.

"Don't worry, i'll make them suffer until they can't live in this world anymore." Kata-kata Hannah menggerunkan Zafirah.

"Irah takut ke? Hahaha akak gurau jelah. Tengoklah apa akak akan buat nanti. Melampau pula diorang ni." Sambung Hannah apabila sedar riak wajah Zafirah berubah. Zafirah hanya senyum nipis sahaja. Dia akan sokong segala tindakan Hannah cuma kadangkala Hannah ni akan kejam dengan orang yang menyakiti dirinya dan orang di sekelilingnya.

Pernah Zafirah pulang dari kampus dan mengadu kepada Hannah bahawa ada sekumpulan gadis diva menghinanya dan membuat fitnah terhadapnya di kampus. Keesokkan harinya, Hannah datang ke kampus dan simbah air kolam tasik kepada sekumpulan gadis diva sambil memberi amaran. Selepas kejadian itu, wajah sekumpulan gadis diva itu tidak kelihatan di hadapan Zafirah lagi. The power of Kak Hannah!











To be continued...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro