25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ZAFIRAH tersenyum girang saat kedua kakinya menjejak di taman tema Disneyland California Adventure yang terletak di kota Anaheim. "Haih, gembira nampak," ujar Hannah kepada Zafirah.

"Mestilah, Kak Hann. Irah dah lama nak datang sini tau."

Terjongket kening Hannah. "Bukan Irah pernah pergi Disneyland ke sebelum ni? Dah lupa ke?"

Zafirah senyum lalu menggelengkan kepala, "Irah tak lupa. Memang Irah pernah pergi Disneyland tapi tu kat Jepun. Kali ni kat California tau." Hannah membulatkan mulutnya berbentuk huruf 'O' kemudian Rania pula menyampuk, "Bukan sama je ke?"

"Orang yang datang sini semata-mata nak rasa nikmat keseronokan tu mesti nampak semua Disneyland tu sama tapi kalau datang dengan ada basic knowledge pasti teruja gila. Kak Nia tahu tentang latar belakang Disneyland California Adventure ni?" Pantas Rania menggelengkan kepala dengan perlahan.

"Ini Disneyland pertama wujud walaupun Disneyland kat sini tak sebesar macam di Jepun tapi ia juga mempunyai pelbagai tarikan. Dulu masa awal pembukaan taman tema ni pengunjung yang datang hanya sedikit berbanding angka yang dijangkakan sebab masa tu kurang tarikan untuk kanak-kanak. Selepas lima tahun pelbagai baikpulih dilakukan dan akhirnya taman tema ni menarik ramai pengunjung. Sekarang Disneyland California Adventure ni dikendalikan oleh Disneyland Resort."

"Ohhh okey akak faham," balas Rania.

Hannah yang menjilat sebatang aiskrim hanya menadah telinga mendengar sejarah Disneyland yang diterangkan oleh Zafirah. "Tapi mana Irah tahu semua ni? Irah buat research ke sebelum datang sini?"

Zafirah ketawa kecil, "Apalah Kak Rania ni. Kan ada brosure yang dia bagi ni. Irah baca apa yang dia tulis kat situ je. Hahahahaha."

"Eeee Irah! Kenakan akak eh?" Rania mula mengejar Zafirah yang sudah berlari anak di taman tema disitu. Hannah tersengih lebar melihat aksi kanak-kanak rakannya dan Zafirah. Matanya mula memandang sekeliling mencari figura Zafran sudah tiada. Keningnya bertaut apabila sedar kelibat Rihanna turut tiada dengan mereka.

Hannah mendengus kasar lalu cuba menelefon lelaki itu namun panggilannya tidak dijawab. Baru saja dia mahu mencari Zafran namun dihalang oleh Rania dan Zafirah, "Jom naik Incredicoaster!"

"Tapi..."

"Eh, mana Abang Zaf?"

Melihat Hannah sudah berubah riak terus Rania menyiku lengan Zafirah lalu mereka menarik Hannah untuk berhibur di taman tema, "Kita datang nak have fun kan? Lupakan diorang kejap tau. Jom!" Hannah reda apabila kedua-dua tangannya ditarik oleh dua orang manusia yang sudah berubah seperti kanak-kanak sejak tiba di taman tema Disneyland California Adventure ini.

Tiket untuk naik rollercoaster dibeli di kaunter lalu mereka beratur menunggu giliran untuk nikmati permainan pertama mereka disini. Tiba saja giliran mereka bertiga Rania sudah bersiap sedia dengan kameranya untuk mula merakam. Bila rollercoaster yang dinaiki mula bergerak perlahan dan semakin lama semakin laju membuatkan semua penumpang disitu mula menjerit keseronokan. Hannah? Gadis itu cuba menikmati keseronokan namun senyumannya mula pudar apabila matanya tertancap ke arah hadapan di mana ada satu pasangan yang dikenali bergembira.

Lengan lelaki itu yang melingkar di bahu gadis bertudung itu membuatkan hati Hannah menggelegak bagai mahu memuntahkan cecair lava. Bagaimana mereka berdua boleh menaiki rollercoaster sama dengan mereka bertiga?

"Arghhh!" Jeritan Zafirah di sebelah menyedarkan Hannah ke reality lalu satu senyuman palsu diukir buat gadis muda itu. Buku limanya digenggam erat.

"Hann! Senyum!"

Senyuman palsu diberikan sekali lagi.


ZAFRAN mencuit lengan gadis yang setia berjalan seiring dengannya bersama satu senyuman manis. "Ya, Zaf?" Lunak sekali suara Rihanna menyapa gegendang telinga Zafran. Perlahan dia membisik sesuatu, "I'm sorry."

Berlapis-lapis dahi Rihanna, "For what?"

"About yesterday. Saya tahu saya pinggirkan awak seharian semalam. Awak tahu kan yang Hannah tu sahabat baik saya? Kita orang dah terbiasa luangkan masa bersama, lagipun dia tak tahu tentang hubungan kita ni. I hope you understand, Ri," ujar Zafran dengan perlahan agar gadis yang dia cintai itu memahami keadaannya.

Rihanna simpul senyum, "Saya faham, Zaf. Saya tahu awak dengan Hannah tu sekadar kawan je, jadi buat apa saya nak risaukan? Awak hanya cintakan saya seorang je kan?" Mata merenung sepasang milik Zafran dengan bersinar. Tolong beri dia bahagia walau sesaat tanpa Hannah.

Anggukan dari Zafran membuatkan Rihanna bersorak dalam hati, "Thank you. Saya sayang awak, Zaf. Saya harap hubungan kita ni akan kekal selamanya..." Zafran menunduk sedikit mencari wajah Rihanna lalu berkata, "Saya janji dengan awak Ri, saya akan jadikan awak isteri saya yang sah. Hanya awak seorang." Mungkin hubungan ini terlalu awal bagi Zafran namun dia tidak peduli kerana cinta dia pada gadis bernama Rihanna ini semakin mendalam.

"Saya nak kita pakai headband tu." Jarinya menunjuk ke arah kedai yang menjual cenderamata dan headband yang menarik. "Anything for you, dear." Terus Zafran menarik lengan Rihanna yang berlapik menuju ke arah kedai itu.

Pelbagai cenderamata tersusun di rak dan tergantung namun hanya satu saja yang menarik perhatian Rihanna iaitu headband. Benda ini adalah salah satu wajib apabila mengunjung di Disneyland. Headband yang berbentuk Mickey and Minnie Mouse menjadi pilihan Rihanna apabila ia kelihatan sangat comel di matanya.

"Zaf."

"Yes?"

Rihanna merapati Zafran lalu memakaikan headband Mickey di kepala lelaki itu dengan sengihan melebar. "Aww, comelnya!" Zafran melihat pantulan dirinya melalui cermin lalu ketawa kecil, "Oh, come on! I'm not cute but I'm handsome, okay?"

"Hahaha whatever. For me, you look so cute with that headband."

Usai saja membayar barang yang dibeli Zafran membawa Rihanna ke Indrecoaster iaitu salah satu permainan yang paling menarik pelancong disini dengan penuh jeritan keseronokan, Rollercoaster. Di atas sana mereka menjerit dan tanpa Zafran sedar Rihanna memeluk lengan Zafran dengan erat.

Selepas itu, Rihanna mengajak Zafran ke photo booth untuk menangkap gambar bersama-sama. Pelbagai pose dibuat dengan editing Walt Disney. Baik saja Zafran membayar kepada pekerja disitu, Rihanna terus mengambil gambar-gambar mereka dari tangan Zafran.

"Ini untuk awak." Beberapa keping gambar diberi kepada lelaki yang berdiri di sebelahnya lalu baki gambar yang lain dia simpan.

"Selebihnya, saya simpan. Awak jangan hilangkan gambar ni tau. Ini memori pertama antara kita berdua."

"Macam mana kalau ia hilang?"

"Nanti awak akan kehilangan saya juga."

Dengar saja jawapan itu, Zafran terus berdiri berhadapan dengan Rihanna, "No. I promise that I'll keep this photo forever. You won't leave me, right?" Rihanna menghadiahkan senyuman manis buat Zafran, "I won't."

SEKARANG mereka bertiga berada di depan sebuah kafe kecil yang menjual Pineapple Dole Whip, Ronto-Less Garden Wrap dan banyak lagi. Selepas membuat pembayaran mereka bertiga duduk di sebuah meja untuk mengisi perut sebentar. Hannah membetulkan headband bercorak tanduk di kepalanya.

"Mana Abang Zaf pergi eh?"

"Entah. Cuba Irah call dia," ujar Rania.

Hannah mengunyah makanan di dalam mulut sambil mata tidak lepas memandang sekeliling. Kadang bibirnya tersenyum tanpa dia sedar melihat pelbagai ragam manusia di sekeliling. Namun, apabila matanya tertancap ke suatu arah air mukanya mula berubah menjadi bengs.

Sekali lagi adegan dua orang itu membuatkan hatinya berkocak hebat lebih-lebih lagi melihat perempuan yang cuba merampas lelaki pujaan hatinya itu berada sangat rapat dan bergelak tawa. "Kau gembira?" gumam Hannah perlahan.

"Hah? Apa kau cakap, Hann?"

"Nothing."

"Abang Zaf tak jawablah. Ish, mana dia pergi dengan perempuan tu?"

"Tak perlu cari atau call. Diorang ada kat situ." Hannah berkata seraya menyedut air minumannya sehingga titisan terakhir. Rania melihat wajah sahabat baiknya yang langsung tidak berperasaan dengan lama. Namun, dia tahu hati Hannah bergelora dan ada satu takungan air mata berkumpul di sebalik tubir mata itu.

Zafirah mengangkat kepala cuba mencari kelibat abangnya, kemudian dia memanggil Zafran, "Abang!" Terkedek-kedek Zafirah berlari ke arah abangnya dengan Rihanna.

Rania memeluk bahu Hannah dengan erat sambil menarik kepala sahabat baiknya itu melabuhkan pada bahu kanannya, "Aku tahu kau kuat, Hann. Kalau kau nak nangis, belum tiba masanya lagi. Tapi, kalau kau nak balas perbuatan Rihanna... aku sentiasa ada untuk sokong kau. Bila ada kat sini... aku rasa kau sesuai dengan satu watak ni."

Hannah menyimpul senyum, "Aku tahu." mereka berdua berbalas pandangan lalu Hannah melentokkan kembali kepalanya pada bahu Rania.

"Maleficent." Serentak mereka berkata lalu ketawa bersama.

"Smirk, evil, tidak berperasaan."

"Dari mulia kepada kejam."

"Kak Hann! Kak Nia!"

Rania mengerling Zafirah sekilas lalu kemudian dia membisik sesuatu di telinga Hannah membuatkan gadis itu tersenyum lebar. Mereka berdua mendekati Zafirah dengan Zafran dan Rihanna. Pancaindera Hannah disapa dengan headband telinga Mickey and Minnie Mouse yang terletak elok di kedua-dua kepala Zafran dan Rihanna. Hannah merapati ke sisi kanan Zafran lalu dengan perlahan dia menarik lengan kanan lelaki itu agar jauh dari Rihanna.

"Kenapa, Hann?"

Hannah senyum lebar, "Zaf, jom kita pergi photo booth sebelum main game lain." Melihat Zafran teragak-agak mahu bersetuju terus Hannah menarik lengan Zafran menuju ke tempat photo booth Walt Disney.

"Welcome to photo pass Walt Disney. You may look the package to purchase it." Seorang pekerja perempuan disitu menunjuk package yang disediakan untuk pengujung ke sini. Baru saja Hannah mahu memilih pekerja tersebut kembali bersuara, "You come again, Mister? Just now you came with your girlfriend, right?"

Terkedu Hannah seketika mendengarkan kata-kata dari pekerja itu lalu melihat riak wajah Zafran yang sudah berubah. "Kau ada datang ke tadi?"

"Err..."

"Yeah, he was."

Tahulah Hannah siapa gerangan gadis yang datang bersama Zafran sebelum dia tadi. Entah mengapa, hatinya kembali sakit sangat. Mood nak bergambar terus hilang lalu Hannah melangkah keluar dari situ meninggalkan Zafran terpinga-pinga sendirian. Rania yang baru sahaja mahu masuk ke photo booth terus ditarik Hannah.

"Kita main game lain."

"Eh, tapi... tapi bukan ke kau nak bergambar tadi?"

"Rania."

"Okey, jom."


Maybe this will last update Hanah Nadhirah from me. I’m so sorry. Apa-apa nanti I will inform you all.

Doakam yang baik-baik for Hannah Nadhirah. I need your support for this story. Thank you for your pray.

- Aisywa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro