27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PENGHORMATAN yang diterima dari staf syarikat keluarga Zafran membuatkan Hannah tidak lokek dengan senyuman. Lif dinaiki lalu menekan punat yang menuju ke aras pejabat Zafran dengan berhemah.

Ting!

Pintu lif terbuka luas lalu Hannah menggerakkan kakinya melangkah dengan perlahan sehinggalah langkahnya berakhir di hadapan meja sekretari Zafran. "Zaf ada?" Elfi yang baru saja mahu menyelak helaian kertas terus berdiri dan menunduk dengan hormat.

"Err... ada. Tapi, sekarang ni dia ada tetamu di dalam," ujar Elfi.

Hannah senyum nipis, "Okey faham. Siapa?" Elfi ragu-ragu untuk memberitahu gerangan yang berada di dalam bilik bosnya sekarang. Entah apa reaksi Hannah nanti pun dia tidak dapat meneka.

"Elfi?" Melihat Elfi teragak-agak membuatkan Hannah berasa curiga. Elfi mengangkat kepala memandang Hannah dengan senyuman terpaksa, "Cik Rihanna dari Syarikat TnT," jawab sekretari Zafran dengan terketar-ketar.

Hannah mengherotkan senyuman lalu ketawa kecil yang kedengaran begitu sinis, "Saya rasa Syarikat TnT tiada apa-apa kerjasama dalam mana-mana projek dengan syarikat ini, kan? Atau saya terlepas sesuatu?" Hannah mendekatkan wajahnya dengan Elfi yang hanya menjarakkan meja alah meja.

"Tak. Saya tak tahu apa urusan Cik Rihanna datang berjumpa dengan Encik Zafran. Tapi, memang sejak kebelakangan ni dia selalu datang ke sini berjumpa dengan bos bila ada masa." Elfi berkata sambil melarikan matanya ke arah lain kerana kututnya kini bergetar menghadap Hannah.

"Okay, I got it."

"Cik Hannah nak saya inform bos ke yang Cik Hannah nak jumpa dengan dia?"

"No need. Saya akan tunggu disitu. Bila perempuan tu dah pergi baru saya masuk." Elfi mengangguk faham lalu matanya menghantar pemergian Hannah yang mula melangkah ke arah satu ruangan menunggu.



RIHANNA ketawa kecil mendengar cerita Zafran tentang peristiwa mereka berkumpul pada zaman university dulu. Indahnya apabila dapat menggamit kenangan lalu dengan gelak tawa menghiasi bersama. Telefonnya bergetar menanda satu mesej baru masuk. Rihanna menyeluk tangannya ke dalam beg tangan lalu mengeluarkan telefonnya. Satu mesej dari pembantunya bahawa ada ayahnya mencari dirinya di syarikat.

"Zaf, saya kena balik ofis. Ayah cari saya."

Zafran tersenyum lebar bersama anggukan kepala, "Alright, nanti kirim salam kat bakal ayah mertua saya." Permintaan Zafran membuatkan Rihanna tersipu malu bersama pipi yang mula berbahang, "Awak ni..."

"Hahahaha what? Pergilah, nanti saya call awak."

"Okay bye."

Rihanna memulas tombol pintu untuk berlalu namun usikan Zafran sekali lagi membuatkan hatinya bergetar hebat. "Bye, dear." Tanpa berpaling Rihanna terus pergi. Zafran melepaskan tawanya melihat Rihanna yang sudah gelabah.

Dapat Rihanna dengar jelas tawa Zafran namun dia cuba meredakan getaran di hatinya lalu membuka langkah dengan perlahan. Dia terlalu jatuh cinta dengan lelaki bernama Zafran Anaqi. Bolehkah dia mahu lelaki itu hanya hak miliknya saja? Rihanna senyum sendirian tanpa sedar ada mata yang memerhati.

"Happy nampak."

Kaki Rihanna mula pegun di tempat yang dia berdiri apabila satu suara yang amat dikenali menerjah masuk ke dalam corong telinganya. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala mencari pemilik suara itu dengan terketar-ketar. "Han... Hannah."

Hannah senyum senget namun hanya sekejap apabila wajahnya mula bertukar bengis, Lengan Rihanna ditarik kasar menuju ke tandas dan apabila memastikan hanya mereka saja disitu Hannah menolak Rihanna ke singki. Rihanna yang tidak sempat mengelak pinggangnya terlanggar bucu singki. "Aduh!"

"Nur Rihanna Aulia Binti Khalish." Nama penuh Rihanna meniti di bibir Hannah dengan dingin. Rihanna membalas renungan Hannah yang tajam itu.

"Wow! Dah pandai bertentang mata dengan aku." Terus Rihanna menundukkan kepalanya dari terus menerus berbalas renungan dengan perempuan gila itu. "Awak nak apa lagi, Hannah?"

"Kenapa tanya soalan bodoh ni?" Soalan dibalas dengan soalan atau lebih tepat satu sindiran. Hannah senyum sinis lalu merapati Rihanna yang menjarakkan mereka seinci saja lagi. Hannah mencengkam dagu Rihanna agar bertentang mata empat dengannya, "Kau dengar sini baik-baik. Selama ni aku dah cukup bagi kau amaran dan layanan yang baik. Apa yang kau dapat sebelum ni tak kejam lagi, aku boleh... jatuhkan kau dalam sekelip mata je Rihanna. Sekelip. Mata. Kau fikir lepas balik dari bercuti tu kau boleh terlepas dari aku?"

Hannah menggelengkan kepala perlahan, "Never. Kau tak akan dapat lari dari aku, Rihanna. Kau lupa ke yang aku sedang mencengkam diri dan hidup kau sekarang ni? Jangan terlalu gembira perempuan! Nanti kau sendiri yang akan menangis air mata darah."

Rihanna meringis kesakitan apabila kuku tajam Hannah mula mencucuk ppinya hingga mengalirkan darah disitu seperti sebelum ini. "Hannah, sakit..."

"Sakit? Kat mana? Sini?" Hannah menguatkan lagi cengkamannya membuatkan Rihanna menjerit kesakitan. Hannah senyum herot dengan penuh sinis. "Diam!"

"Kau ingat aku tak tahu apa kau buat dengan Zaf? Kau ingat aku ni bodoh untuk nilai apa yang berada depan mata aku? Rihanna... Rihanna..." Hannah melepaskan cengkamannya bersama gelengan kecil. Rihanna memegang lukanya dengan air mata yang mengalir. Hannah dipandang sekilas lalu kembali menunduk.

"Apa amaran aku sebelum ni tak cukup ke untuk kau? Kau nak aku buat apa lagi supaya aku dapat hentikan apa yang kau tengah buat sekarang ni? Apa?!" Pandangan membunuh Hannah menusuk sepasang mata milik Rihanna. Sabarnya telah hilang.

Rihanna menarik nafas lalu hembus sebelum berkata, "Hannah, hentikan semua ni. Saya penat, Hannah. Saya cintakan Zaf dan saya tak tahan dengan perbuatan awak terhadap saya. Tolonglah, Hannah..."

Hannah ketawa semakin lama semakin kuat dan agak sinis. "Kau buat lawak apa ni, bodoh? Kau ni kelakar juga kan? Aku? Hentikan semua ni?" Tawa Hannah kembali membingitkan suasana tandas yang sunyi itu.

Lalu tawa Hannah mati bersama wajah bengis. "Aku tak akan hentikan selagi kau tak hentikan apa yang kau sedang buat, Rihanna! Kau jangan ingat aku main-main dengan amaran aku sebelum ini... aku boleh bertindak dengan lebih agresif dari apa yang kau bayangkan atau langsung yang tak terbayang oleh kau."

"Apa lagi yang awak nak buat?"

"Jangan tanya kalau kau tak nak sakit. Tapi, kau dah tanya kan? Paling teruk, aku akan bunuh kau dengan cara paling halus sampai tak sedar yang ajal kau dah tiba masa tu, Rihanna. Kau tak akan sedar yang kau semakin menderita dengan seksaan demi seksaan yang aku akan berikan nanti."

"Cukup, Hannah," rayu Rihanna perlahan hingga jatuh terduduk.

Rihanna yang sudah meratap terduduk itu dipandang dengan penuh kebencian, "Cukuplah untuk kau berangan nak berkahwin dengan Zafran. Tak malu ke? Orang tua Zaf pun tak akan bagi kau restu... jadi lebih baik kau berundur sebelum disakiti dengan lebih kejam, Rihanna."

"Saya... tak akan mengalah. Sssaya... akan cuba tambat hati keluarga Zaf."

Hannah yang baru saja hendak membelakangi Rihanna ketawa besar. Rihanna kembali berdiri berhadapan dengan perempuan sihir yang membuat dia menderita. "Hahahaha tambat hati keluarga Zaf? Aduhai, kau mesti dah gila kan? Kau makan apa ni sampai ada niat nak buat tu?" Senak perut Hannah dibuatnya apabila ketawa terlalu banyak.

"Saya serius Hannah. Saya cuba buat semua demi cinta saya pada Zaf."

Buk!

Bukan tamparan seperti biasa tetapi satu tumbukan kemas menghinggap rahang Rihanna sehingga darah terpercik keluar dari mulut dan dia terjatuh ke belakang. Entah mengapa saat ini apabila Rihanna meringis kesakitan sambil memandang Hannah yang mencerlung tajam berasa ada satu aura hitam keluar dari Hannah. Gerun. Kejam. Atau lebih tepat... evil.

"Han..."

"Tu baru sekali, Nur Rihanna Aulia. Jangan cabar amarah aku! Saat ini kau akan tengok betapa kejamnya aku selagi kau tak mengakhiri hubungan kau dengan Zafran. Ingat tu!" tengking Hannah lalu kakinya menendang kaki Rihanna dan dipijak dengan kasut tumit tinggi miliknya.

Hannah mendengus geram lalu melangkah pergi meninggalkan Rihanna yang terbaring dengan darah. Biar dia mati. Itu lebih baik, bukan?

DI dalam kereta dia melihat kesan lebam akibat tumbukan Hannah di dalam tandas setengah jam yang lalu. Air mata mula mengalir laju membuatkan dia mahu melepaskan tangisan sekali lagi. Sakit... Mengapa Hannah berbuat dia sedemikian? Apa salahnya untuk mencintai Zafran?

Telefon yang berdering di atas dashboard dicapai lalu nama ayahnya terpapar di skrin, "Waalaikumsalam, ayah." Suaranya cuba dikawal agar kesakitannya tidak dapat dihidu oleh Encik Khalish.

"Kamu ke mana? Ayah nak jumpa sekarang," ujar Encik Khalish bernada tegas. Rihanna melihat pantulan di cermin kereta, tak mungkin dia akan bertemu dengan ayahnya bersama lebam ini. Pasti pelbagai soalan meluncur keluar dari mulut ayahnya yang buat dia berasa rimas.

"Rihanna!"

"Maaf, ayah. Ri ada hal sekarang ni. Kita jumpa kat rumah je malam nanti boleh?"

Satu helaan kasar dari Encik Khalish memberitahu Rihanna bahawa ayahnya sedang marah tika ini namun dia tiada pilihan lain. "Ayah..."

"Jumpa kat rumah. Jangan ada alasan lain pula nanti."

"Baa..." Teett! Talian sudah dimatikan oleh Encik Khalish tanpa sempat membalas sebarang kata membuatkan Rihanna mengeluh lalu menyandarkan dahinya pada stereng kereta. Tampaknya, buat masa ini dia terpaksa mengelak dari bertemu dengan Zafran kerana kesan lebam di rahangnya.

Selepas lima belas minit merehatkan diri, Rihanna mula memandu kereta untuk ke klinik kemudian dia akan kembali berehat di rumah. Dia terlalu lemah saat ini. Tumbukan Hannah benar-benar membuatkan mukanya berasa sakit dan darah yang terpercik keluar tadi cukup menakutkan dirinya.

Namun, kata-kata Hannah kembal terngiang di telinganya membuat fokusnya terganggu ketika memandu. Hannah sudah tidak normal... dia semakin gila. Satu perkataan yang meniti di bbir Hannah cukup menggerunkan.

"Aku akan bunuh kau."

Rihanna membrek secara tiba-tiba lalu memejamkan matanya dengan erat. Kereta yang berada di belakang mula hon sekuat mungkin gara-gara aksi dia secara tiba-tiba. Rihanna masih kekal beku di tempat duduknya lalu selepas berasa lega dia kembali memandu. Apa yang patut dia lakukan sekarang?



BEBERAPA das tumbukan diberi kepada punching bag yang sedia tergnatung di hadapannya. Matanya tidak lepas mensasarkan sasaran lalu lepaskan penumbuk sekali lagi. Peluh merenik membasahi seluruh tubuhnya langsung tidak diendahkan.

Buk!

Buk!

Dadanya berombak kasar lalu punggung menghempas lantai dan satu botol mineral diambil dengan kasar. Air mineral diteguk sehingga ke titisan yang terakhir. Peristiwa di tandas syarikat Zafran cukup membuat dia semakin gila.

Ketawa sinis terlepas dari bibirnya apabila teringat kata-kata cinta yang terluah dari Rihanna. "Cinta? Apa kau tahu tentang cinta, bodoh? Kau langsung tidak layak dengan cinta," gumam Hannah sendirian.

"Arghhh!" jerit Hannah mengejutkan beberapa ahli gim yang lain di sekitarnya.

"Hey Hann, what's wrong? Are you okay?" tegur Aaron salah seorang pelatih gim disitu. Sejak awal tadi dia perasan Hannah seakan melepaskan perasaan di punching bag namun dia tidak berani menegur. Tapi, apabila mendengar jeritan gadis itu membuatkan dia dekati untuk bertanya.

Hannah mendengus perlahan, "I'm fine." Aaron mengambil tempat di sebelah kanan Hannah dengan secebis senyuman, "If you need someone to lend shoulder and ears for you... I'm here. Don't keep it by yourself, it's not good for you."

Hannah kekal sepi di tempatnya sambil merenung ke suatu arah tanpa mempedulikan kehadiran Aaron disisinya. Aaron menghela nafas melihat kebisuan gadis itu, "Look Hann, maybe I'm not your bestfriend or what because we just friend at this gym. But, I want you to know... sometimes you can share with me your problems if you want. Actually, I'm a good listener too." Wajah Hannah dari tepi dipandang dengan lembut.

Sepi.

"Hann, okay I'm sorry if I disturbing you. Maybe I'm not the person who can be your friend because I'm Chinese, right? But, that's all are not important if we are friend," ujar Aaron lagi.

Hannah bangkit lalu kembali menyambung aktivitinya yang tergendala sebentar tadi dengan wajah dingin sedinginnya. Aaron turut berdiri lalu mengeluh, "I go first, anything just call me."

"Aaron."

Baru mara setapak ke hadapan Aaron berpaling apabila namanya dipanggil dengan perlahan. Satu senyuman manis terbit pada bibirnya sambil membalas pandangan Hannah, "Yes." Satu dengusan kecil keluar dari bibir Hannah lalu dia memeluk punching bag yang tergantung di siling.

"What will you do if someone try to take your love from you? What will you do if they don't even care about your feelings, love and your warning?" tanya Hannah tanpa nada. Dia mahu tahu apa jawapan lelaki itu.

Aaron senyum pahit, "I can't do anything, Hann. If they try to take my girl from me and she also choose them than me... who am I to stop their love? That's all are destiny, Hann. If he are really your destiny, you'll marry him even something try to stop your love. How about you?"

Hannah ketawa kecil namun kedengaran agak sinis di telinga Aaron sehingga membuatkan lelaki itu menjongketkan keningnya ke atas. "Oh god, I'm not like you Aaron. Even we're not close enough but you know me, right? I will do anything to get what I want especially my love." Aaron mengangguk faham dengan kata-kata Hannah. Benar, walaupun mereka tidak rapat namun dia tahu sedikit tentang gadis itu. Bercita-cita tinggi dan dia akan dapatkan semua kemahuannya walau apa cara sekalipun.

"I know you, Hann. But Hann, if one day you must let it go when you can't stand it anymore. You'll get new love and maybe you'll be more happy."

"Thank you, Aaron."

Aaron senyum lebar, "Small matter. Anything you can call me and you know where to find me, right?" Hannah mengangguk laju dengan senyuman manis. Aaron renung lama wajah itu dan jantungnya bagai berirama laju.





Done update!
So far so good, huh?
Cuba komen kat bawah.
Nak tahu still berminat ke nak tengok kekejaman Hannah Nadhirah?





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro