34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"NOW."

Lelaki berpakaian serba hitam itu mematikan talian lalu membawa satu sampul berwarna coklat masuk ke dalam Syarikat TnT. Sebaik sahaja sampai di kaunter receiptionist, "Ada penghantaran untuk Cik Nur Rihanna Aulia." Sampul itu diberi kepada staf disitu.

"Okey, terima kasih. Nanti saya serahkan kepada setiausahanya." Lelaki itu pergi tanpa membalas sebarang kata. Tidak lama kemudian, setiausaha kepada Rihanna turun mendapatkan sampul itu setelah diberitahu oleh staf di kaunter tersebut.

Dia menaiki lif dan mengetuk pintu bilik bosnya sebelum masuk. "Cik Rihanna. Ada penghantaran untuk Cik."

"Okay, thanks." Sampul itu diambil lalu dikoyak bahagian atas. Tangannya menarik keluar isi di dalam sampul bersama kerutan di dahi.

Sebaik sahaja matanya menangkap tiga perkataan iaitu DNA Test Report yang tertulis pada kertas itu terus Rihanna membelek. Satu persatu butir maklumat yang tertulis diteliti dengan baik. "The alleged father is excluded as the biological father of the tested child. Based on the testing results obtained from analyses of the DNA loci listed, the probability of paternity is 0.0001%."

Selepas membaca ayat tersebut Rihanna menekup mulutnya kerana tidak percaya kebenaran yang terhidang di hadapannya. "Ya Allah... siapa aku? Kenapa DNA aku tak sama dengan ayah?" Air matanya gugur.

"Ni semua tipu kan?"

Dia bukan anak kandung ayahnya? Jadi, siapa ibu bapanya yang sebenar?



HATINYA berasa tidak enak secara tiba-tiba kemudian dia mendekati suaminya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. "Abang."

"Hmm?"

"Abang tak risau ke? Anak kita nak kahwin dan macam mana abang nak jadi wali dia? Dia bukannya anak kandung kita. Langsung tiada pertalian dengan abang pun," luah Puan Zahira.

Encik Khalish meletakkan surat khabar itu ke atas meja seraya mengeluh perlahan, "Lambat laun dia akan tahu juga, Zah. Dah tiba masanya untuk dia tahu siapa dia dan kita bukan ibu bapa kandungnya. Tentang wali tu Zah jangan risau, ya? Abang akan minta hakim walikan anak kita tu nanti."

"Tapi... macam mana kalau Rihanna tu tak boleh terima semua ni? Zah takut dia akan lari dari kita."

"Jangan cakap macam tu. InsyaAllah, tak ada benda buruk akan jadi. Lagipun, anak awak dah kahwin pun," pujuk Encik Khalish dengan lembut. Walaupun dia tidak berapa setuju dengan perkahwinan anaknya itu tetapi mahua tau tidak dia terpaksa menurut kehendak Rihanna.

Prang!

Tertoleh kepala Puan Zahira dan Encik Khalish ke arah pintu utama. Pasu bunga jatuh pecah dan figura anaknya kelihatan dengan riak terkejut. "Rihanna."

"Jadi selama ni... ayah dan ibu bukan ibu dan ayah kandung Ri yang sebenar? Kenapa sekarang? Kenapa sekarang semuanya terbongkar? Siapa ibu dan ayah kandung Ri? Hah?" Rihanna jatuh terjelepok ke atas lantai dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi.

"Ya Allah, Ri..." Puan Zahira menerpa ke arah anak angkatnya itu.

"Kenapa ibu tipu Ri selama ni?!" Rihanna menepis tangan Puan Zahira yang cuba membantunya bangun. "Ayah pun penipu! Siapa Ri ni sebenarnya? Siapa?!"

Encik Khalish mendekati anaknya yang dijaga sejak kecil itu, "Maafkan ayah sebab rahsiakan semua ni. Lagipun, ini yang terbaik untuk kamu. Kami berdua jaga Ri dengan baik sejak Ri kecil lagi."

"Tapi ayah tipu. Kenapa tak bagitahu Ri?"

Puan Zahira terus memeluk tubuh anaknya, "Maafkan ibu. Ri tetap anak ibu dan ayah walau apapun yang berlaku. Ri masih anak kami, sayang." Rihanna membalas pelukan ibunya dengan erat. Dia bukan marah ibu dan ayahnya kerana statusnya namun dia kecewa dengan kenyataan yang diterima hari ini. Dia hanya anak angkat...

"Papa minta maaf, ya?"

Rihanna mengangguk. Siapa dia untuk menghakimi mereka yang telah membesarkan dirinya sejak kecil? Siapa dia untuk memarahi ibu dan ayahnya yang menjaga dengan baik dan lembut?


Okey, bab seterusnya kena sediakan tisu...
Huwarghh 😭

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro