39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TIDAK berkerlip matanya merenung seorang gadis yang semakin anggun di hadapannya kini. Hannah yang sedang mengunyah suapan kek keju terasa direnung lalu mengangkat kepalanya dan menghadiahkan satu senyuman buat lelaki itu.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

Zafran koyak senyum, "Aku rindu kau."

Luahan rindu daripada Zafran membuatkan hati Hannah mula menggelupur cair. "Rindu? Kenapa nak rindukan aku? Kau kan dah ada isteri." Sengaja Hannah berkata sedemikian mahu melihat sejauh mana rindu lelaki itu terhadapnya.

"Kau dan Rihanna adalah dua orang yang berbeza. Walaupun Rihanna isteri aku, kau masih kawan aku, Hann. Aku simpan kau dalam hati aku juga." Jawapan Zafran membuat Hannah tersenyum paksa. Dia tidak mahu Rihanna ada dalam hati lelaki itu. Hanya dia seorang saja boleh bertakhta di hati Zafran.

"Aku dah ada kat depan mata kau sekarang kan? So, tak perlulah nak rindu sangat. Bukannya lama pun aku pergi."

"Tak lama? Tiga tahun kau pergi tanpa sebarang khabar pun. Kau tukar nombor telefon and kau langsung tak call parents kau atau orang sekeliling kau. Kitaorang risau sangat kat kau tapi kau anggap pemergian kau selama tiga tahun ni hanya sekejap?" Zafran tidak berpuas hati.

Hannah ketawa kecil, "Yang kau nak emo sangat ni kenapa? Zaf, aku pergi pun bukannya tak bagitahu sesiapa. Aku bagitahu kan? Chill la. Kalau kau tak suka aku balik sini, kau cakap jelah terus terang. Aku pun takkan datang sini tanpa sebab." Geram dengan lelaki itu yang tiba-tiba sahaja mahu memarahinya. Dia datang bertemu Zafran hari ini kerana rindu lelaki itu dan ini ke maksud kerinduan Zafran sebentar tadi?

Zafran menarik nafas lalu meraup wajahnya. "Sorry kalau kau terasa tadi. Aku bukan apa, aku cuma risaukan kau. Aku tak tahu kau sakit ke apa sebab tu aku risau sangat kat kau."

"Okey, aku faham. Aku minta maaf sebab buat kau risaukan aku. Sorry."

Tangan angkat sedikit lalu pelayan kafe menghampiri meja mereka. "Give me two slices red velvet cheesecake and one beef lasagna." Pelayan itu berlalu pergi setelah mengambil pesanan dari Zafran.

"Siapa yang nak makan?" tanya Hannah.

"Kau."

"What?!"

"Aku belanja kau makan hari ni sempena kau dah balik. Aku tengok kau makin kurus juga so makan sepuasnya hari ni okey?" jawab Zafran bersahaja.

Hannah ternganga, "Kau gila ke? Nanti berat badan aku naik macam mana? Dahlah cheesecake pula tu." Dia baru hendak diet memandangkan sepanjang tiga tahun ini dia jarang menjaga pemakanan dan hari ini Zafran teramat baik sehingga belanja tiga potong kek keju! Macam mana nak kurus?

Zafran ketawa besar, "Ahh yang penting kau kena habiskan. Aku nak tengok kau makan depan mata aku." Hannia senyum lalu menggeleng kepala perlahan.

"Apa-apa jelah, Zaf." Dia redha.

"Kau semakin cantik." Lama mereka berdiam diri namun tiga perkataan itu meluncur keluar dari mulut Zafran. Hannah jumud.

Makanan yang dipesan oleh Zafran mula dihidang oleh pelayan kafe tadi. "Mana lagi cantik, aku ke wife kau?"

"No comment."

"Alaaa tak payah nak jadi artis sangatlah. Cakap jelah yang wife kau tu lagi cantik. Kan?" Dalam diam Hannah berasa sakit hati.

Zafran hanya simpul senyum sahaja.

Hannah mula menjamah lasagna dengan perlahan sambil berbual dengan lelaki itu. Tiga tahun tidak bersua muka membuatkan perbualan mereka bagai tidak berpenghujung. Ada sahaja bahan untuk dijadikan bualan antara mereka.

"Zaf, aku nak tanya sikit boleh?

"Apa?"

"Kau dah ada anak?" soal Hannah walaupun dia tahu kebenarannya.

Zafran menggeleng kepala. "Kenapa? Tiga tahun kut kahwin takkan tak ada anak? Pelik."

"Belum ada rezeki," bohong Zafran. Dia tidak mahu hal privasi antara dia dengan Rihanna diketahui oleh orang lain. Biarlah mereka berdua sahaja yang selesaikan.

Hannah mencebik bibirnya. Ceh! Tak ada rezeki ke perempuan tu yang takut kantoi?

"Yalah tu."

Zafran hanya senyum sahaja lalu mengubah topik perbualan, "Kau pula, tiga tahun menghilangkan diri takkan tak ada boyfriend?" Soalan itu membuatkan Hannah tersentak. Boyfriend? Tiada gunanya dia mencari teman lelaki sedangkan hatinya masih memuja lelaki di hadapannya kini.

"Kau mengarut apa ni?"

"Hann, kau dah nak masuk 29 tahun tau bukannya 19. Umur macam ni kau tak rasa nak kahwin ke? Carilah someone yang boleh jaga kau dan sentiasa ada dengan kau. You need to marry with someone." Zafran cuba memberi nasihat kepada Hannah namun lain penerimaan gadis itu.

Garpu diletakkan lalu tangannya mencapai satu tisu dan mengelap bibirnya. "Kau tak perlu nak nasihatkan aku pasal ni. Kahwin ataupun tak itu urusan aku. Lagipun, aku pernah kalah dalam percintaan."

"Hann..." Sungguh Zafran tidak pernah tahu bahawa gadis itu pernah mencintai seseorang dan patah hati. Mengapa Hannah langsung tidak pernah bercerita kepadanya?

"Aku balik dulu. Thanks for today." Tergesa-gesa Hannah bangun dan berlalu pergi tanpa mempedulikan laungan Zafran. Dia tidak betah lagi duduk bersama dengan Zafran. Hatinya semakin sakit apabila teringat kekalahannya tiga tahun yang lalu.

Di dalam kereta, Hannah mengenggam kuat stereng kereta lalu mengetuk beberapa kali, "Arghhh!"

"Aku akan pastikan kau milik aku Zaf." Dia berjanji.



BAKUL baju kotor diangkat untuk mencuci di mesin basuh namun langkahnya terhenti di hadapan meja solek apabila bunyi notifikasi masuk dari telefon suaminya. Rihanna meletakkan kembali baku baju itu ke atas lantai lalu mencapai telefon milik Zafran.

Matanya sempat menjeling ke arah tandas untuk memastikan suaminya masih tengah mandi. Rihanna mencuri baca notifikasi mesej Whatsapp. Sebaik sahaja nama Hannah tertera jantungnya terus berdegup laju. Baru dia hendak baca isi mesej itu tiba-tiba pintu tandas dibuka. Kelam kabut Rihanna meletakkan telefon suaminya di atas meja semula sebelum melakukan aktivitinya.

Zafran langsung tidak sedar kemudian mencapai telefon pintarnya. Sebelum Rihanna menutup pintu sempat dia melihat satu senyuman terukir pada bibir suaminya itu. Dalam diam hatinya menggerutu memarahi Hannah yang sengaja menghantar mesej kepada suaminya.

Kakinya terus mengorak langkah ke mesin basuh. Selesai sahaja mengemas rumah, Rihanna naik ke bilik untuk mengajak suaminya makan tengah hari di luar memandangkan hujung minggu ini dia terasa malas untuk memasak. Dia mengintai Zafran yang sedang bersandar pada kepala katil dengan mata yang tidak lepas merenung skrin telefon bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Abang."

Senyap.

"Awak."

Zafran masih tidak dengar panggilan isterinya. Rihanna mengeluh perlahan. "Zaf," panggil Rihanna dan kali ini dia berdiri di tepi katil. "Hah?"

"Jom kita lunch kat luar hari ni."

Tiada respon dari Zafran membuatkan Rihanna geram kerana lelaki itu tidak berhenti bermain dengan telefon. Apa yang penting sangat telefon itu darinya? "Zaf."

"Ya? Eh, tengah hari ni awak makan seorang eh? Saya nak keluar kejap dengan kawan." Zafran terus bangkit kemudian menukar pakaiannya kepada kasual tanpa memandang ke arah isterinya yang terpinga-pinga.

"Kawan? Siapa?"

Senyuman manis dihadiahkan buat Rihanna, "Dengan Hannah. Dia dah balik after three years."

Rupanya Zafran sudah tahu kepulangan Hannah. "Ohh... saya nak ikut."

"Sorry, saya dah janji dengan dia keluar berdua je. Awak okey kan?"

Rihanna menunduk. Dia agak terasa apabila suaminya tidak membenarkan dia ikut sama. Hati isteri mana tidak risau apabila sang suami mahu keluar berdua dengan perempuan?

"Saya pergi dulu," kata Zafran kemudian terus berlalu keluar dari bilik tanpa memandang ke arah Rihanna atau lebih tepat memujuk. Dia sudah terlambat untuk bertemu dengan Hannah.

Sebaik sahaja bunyi enjin kereta Zafran berderum keluar dari perkarangan rumah Rihanna terduduk atas katil. Kehadiran Hannah sudah menunjukkan bahawa gadis itu tidak bermain dengan kata-katanya tempoh hari. Ya. Hannah kembali untuk dapatkan Zafran semula. Apa yang dia harus lakukan sekarang?



Nanti raya mungkin tak ada update tau.
Saya risau, takdan nak buka Wattpad. Kalau ada, adalah.

Nak double update ke hari ni? Komen sini >>

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro