51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

JARI jemari mengetuk permukaan meja berkali-kali. Fikirannya melayang memikirkan rancangan yang telah diaturkan. Hannah pernah berkata dulu untuk menggoda Rihanna kemudian dia boleh balas dendam. Akan tetapi dia tidak mampu menggoda pembunuh adiknya sendiri. Iqbal mengeluh lemah.

    Goda?

    Kerusi di bertentangan dengan Iqbal diseret lalu diduduki oleh seseorang. Rihanna.

    "Nak apa?" soal Rihanna tanpa sebarang sapaan.

    Iqbal senyap sebentar sambil merenung wajah Rihanna yang memakai cermin mata hitam. "Kenapa pakai cermin mata hitam tu?"

    "Bukan urusan kau. Cepatlah cakap, nak apa?"

    "Kau bahagia?" Tiba-tiba soalan itu terpacul di bibir Iqbal.

    "Huh?"

    Iqbal senyum sinis. "Kau bahagia ke sekarang?"

    "Aku dah ada suami, mestilah aku bahagia," jawab Rihanna.

    "Macam mana dengan madu kau? Kau bahagia ke lepas dia jadi isteri kedua suami kau?" tanya Iqbal lagi. Sengaja dia mahu tahu perasaan Rihanna tika ini. Masih bahagiakah? Bukannya dia tidak tahu bahawa Hannah takkan lepaskan sebarang peluang untuk mendapatkan perhatian Zafran. Pasti Rihanna berasa sengsara.

    "Aku bahagia ke tak, bukan urusan kau." Rihanna bertentang mata dengan Iqbal. Berani.

    "Aku ada."

    Rihanna mengerutkan kening. "Apa kau merepek ni?'

    "Aku ada untuk bahagiakan kau," kata Iqbal mendatar. Sungguh, hati dia tak ikhlas menyatakan ayat itu.

    Rihanna terkedu. Wajah Iqbal diamati dengan lama. Ikhlaskah lelaki itu? Bukan lelaki itu benci dengan dirinya tapi... kenapa tiba-tiba berubah?

    "Aku tak perlukan kau. Kalau kau tak ada benda penting nak cakap, aku balik." Rihanna berdiri lalu berpaling dari menghadap Iqbal.

    "Macam mana kalau aku cakap yang aku suka kau?"

    Kaki Rihanna terpasak di lantai kafe. Kata-kata Iqbal yang berlalu tadi benar-benar membuat dia kaku. Apa maksud lelaki itu? Lelaki itu mempunyai perasaan terhadapnya? Perlahan-lahan Rihanna memusingkan tubuhnya. "Aku isteri orang."

    "Tapi kau tak bahagia."

    Rihanna genggam penumbuknya, "Kau siapa nak cakap aku tak bahagia? Aku bahagia!" Beberapa pelanggan mula memandang ke arah mereka berdua.

    Iqbal berdiri lalu merapati tubuh Rihanna. "Kalau kau bahagia..." Jari jemarinya mengusap lembut pipi Rihanna. "Kenapa suami kau layan madu kau lebih dari kau? Kenapa kau tak dapat kasih sayang yang cukup dari suami kau? Rihanna... Rihanna..."

    Rihanna menepis tangan Iqbal.

    "Kau tak perlu sibuk."

    Iqbal tersengih. "Kau tak ada anak sebab kau takut rahsia kau terbongkar dengan suami kau, tapi aku tahu semuanya. Aku boleh bagi kau anak dan kepuasan yang kau pendam selama ni," bisik Iqbal dengan penuh lembut dan menggoda.

    "Kau tak cemburu ke tengok madu kau bahagia dengan Zafran." Mata Iqbal mengerling wajah Rihanna yang sudah berubah riak. "Kau boleh layan aku macam mana kau layan lelaki lain dulu."

    Rihanna menolak tubuh Iqbal lalu melangkah pergi.

    Iqbal senyum sinis. Kau tetap akan jatuh dalam genggaman aku, Rihanna.




BUKA sahaja pintu utama banglo milik Zafran itu pandangannya terhidang dengan aksi mesra Hannah dengan Zafran di ruang tamu. Hannah ketawa mengekek bila Zafran menggeletek pinggangnya.

    "Hahahaha gelilah. Bae..."

    "Ahhh... siapa suruh kacau I tadi kan? Nah, rasakan!" Zafran semakin galak menggeletek pinggang Hannah lalu wajah Hannah digomol dengan geram. Tadi elok saja dia menonton drama bersiri kemudian Hannah datang dan menganggu fokusnya.

    "Hahahahah Zaf! Sumpah geli!"

    Rihanna menundukkan kepalanya.
    "Kau bahagia?"

    "Macam mana dengan madu kau? Kau bahagia ke lepas dia jadi isteri kedua suami kau?"

    Rihanna menggelengkan kepala beberapa kali cuba menghilangkan kata-kata Iqbal yang terngiang-ngiang di telinganya. Dia bahagia.
    "Arghh! Hahahaha gelilah! Stop it!"

    "Kiss me first!" ucap Zafran.

    Hannah yang tidak mampu menahan kegelian terus menghadiahkan satu kucupan pada pipi suaminya. "Not there, here." Zafran memuncungkan bibir agar Hannah mengucup disitu.

    Hannah sengih lebar lalu bibirnya dirapatkan dengan bibir Zafran. Baru sahaja bibir mungilnya menyentuh bibir Zafran, tiba-tiba bunyi pasu bunga pecah memeranjatkan mereka berdua.

    "Sorry, saya tak sengaja terlanggar," ucap Rihanna sambil melutut untuk mengutip serpihan kaca yang berteraburan.

    Zafran terus duduk tegak dan membetulkan bajunya. Hannah turut duduk dari pembaringannya. "Baru balik?"Tegur Zafran.

    "Ha'ah. Malam ni saya masakkan untuk awak."

    Hannah jeling Rihanna. "It's okay, I dah beli ayam untuk masak chicken chop. Lagipun tekak I rasa nak makan chicken chop je hari ni."

    "Ohh hmm tapi saya..."

    "You tak makan? You masak untuk diri you jelah. I masak untuk I dengan Zaf," pintas Hannah laju.

    Rihanna mengangguk perlahan. "Saya masuk bilik dululah." Tidak mampu melawan dengan Hannah, maka dia mengalah saja.




RIHANNA menghela nafas sambil terduduk di atas lantai dan bersandar di tepi katil. Lututnya dirapatkan pada dada lalu dipeluk. Aksi mesra Hannah dan Zafran masih berlegar-legar di kepalanya.

    "Kau bahagia?"

    Rihanna pejam matanya erat. Bahagia ke dia?

    Sengaja dia melanggar pasu bunga di ruang tamu untuk menyedarkan pasangan itu dengan kehadirannya di situ. Dia tidak mampu melihat dengan lebih lama lagi. Kemudian, ketika makan malam, Hannah kelihatan sengaja menyakiti dirinya dengan saling suap menyuap chicken chop dengan Zafran.

    "Macam mana dengan madu kau? Kau bahagia ke lepas dia jadi isteri kedua suami kau?"

    "Arghhh!" jerit Rihanna sambil menyembamkan wajahnya ke lutut.

    "Aku tak bahagia sejak Hannah muncul," luah Rihanna sendirian.

    Dia seolah kehilangan Zafran dan bagai halimunan di rumah ini.

    "Kau tak cemburu ke tengok madu kau bahagia dengan Zafran?" Suara Iqbal kembali terngiang-ngiang di telinganya. Air mata Rihanna mengalir laju dari tubir mata.

    Cemburu.

    "Macam mana kalau aku cakap yang aku sukakan kau?"

    Sejauh manakah kebenaran luahan Iqbal?




Nak tanya, agak-agak story ni mampu capai 100k reads dalam 1-2 minggu ni? HSHSHS huwargh.

Sure ke Iqbal suka Rihanna? Tapi, dia sendiri kata dia tak ikhlas. Tapi, macam mana kalau....

Vote and comments!





To be continued...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro