54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini Rihanna pulang awal kerana dia mahu memasak untuk suaminya. Dia mahu berbaik semula dengan Zafran tentang tempoh hari. Dengan itu dia sudah beli semua bahan masakan lauk kegemaran suaminya itu.

Selepas berperang hampir sejam di dapur, akhirnya beberapa hidangan sudah siap seperti ayam masak merah, sambal udang dan sup sayur. Apron dibuka lalu disidaikan sebelum membancuh air sirap pula.

Baru saja dia mahu keluar dari ruang dapur dia sudah dapat mendengar suara Zafran dan Hannah.

"Sabar, bae."

"Macam mana I nak sabar?" balas Zafran sambil menahan dirinya dari melampiaskan amarahnya terhadap Hannah.

"Dah balik? Abang, Hannah." Rihanna menyapa bersama senyuman lebar. Dia cuba lagak ceria untuk suaminya.

"Perempuan jalang!" jerit Zafran lalu meluru ke arah Rihanna.

Pang!

Mata Hannah terpejam mendengar bunyi tamparan itu lalu dia buka matanya perlahan-lahan sebelum melihat Rihanna sudah jatuh terduduk. Di tepi bibir Rihanna sudah mengalir satu cecair berwarna merah pekat. Darah.

"Ab... abang..."

"Kau jangan panggil aku 'abang' la! Aku jijik dengar. Apa lagi yang kau nak hah? Apa tak cukup ke kahwin dengan aku?" tengking Zafran.

Hannah pula memegang perutnya yang agak memboyot sebelum mendekati Zafran. Dia harus mula berlakon. "Bae... bawa bertenang."

Zafran menoleh ke arah Hannah lalu menarik tangan Hannah agar duduk di sofa. "Sit here, love. You need some rest." Sempat dia mengucup ubun-ubun Hannah.

Rihanna berdiri dengan air mata, "Kenapa abang tampar saya?"

Zafran senyum sinis, "Kau tak payah nak berlakon suci depan aku lagi. Perempuan sundal macam kau tak layak jadi isteri aku la!"

"Apa awak cakap ni? Saya tak faham."

Zafran mendengus lalu memandang tajam ke arah Rihanna, "Selama ni aku cuba faham kau dan cuba bersabar tapi ini yang kau buat kat belakang aku? Kau menyundal dengan jantan lain... berzina!"

Rihanna terkejut.

"Patutlah kau tak nak mengandung rupa-rupanya kau sibuk nak menyundal dengan jantan lain. Eh, aku tak faham dengan perempuan macam kau ni, pakai tudung apa semua tapi sebenarnya... pelacur!"

"Abang!"

Hannah di atas sofa hanya senyum senget menyaksikan perbalahan antara Zafran dengan Rihanna. Sudah lama dia menantikan detik ini.

"Apa? Terkejut sebab rahsia kau dah terbongkar? Kau ada HIV sebab tu kau tak nak tidur dengan aku dan lagi satu kau tak nak rahsia kau ni terbongkar kan? Tapi kau lupa... tak selamanya rahsia akan kekal jadi rahsia," ujar Zafran dengan wajah bengis.

"Macam mana abang..."

Zafran mencampak beberapa keping gambar seksi Rihanna dan yang terakhir gambar Rihanna tidur dengan seorang lelaki. Iqbal. Serta, dia mencampak maklumat kesihatan Rihanna yang menghidapi HIV.

"Pelacur," ucap Zafran dengan penuh kebencian.

Rihanna terduduk melihat semua gambar tersebut. Kemudian, dia merangkak ke arah Zafran lalu melutut. "Abang, ni semua salah faham je. Saya boleh terangkan. Abang... tu semua rancangan Hannah. Kau kan Hannah buat semua ni? Tiba-tiba sahaja mata Rihanna beralih ke arah Hannah.

Zafran menarik rambut Rihanna, "Kau jangan nak salahkan orang lain dalam hal ni. Memang jelas dalam semua gambar tu kau kan? Aku tak sangka selama ni aku kahwin dengan seorang pelacur. Jijik!"

"Mana aku nak letak muka aku sekarang ni? Semua ni dah sampai ke tangan family aku dan family kau! Aku tak sangka, family kau pun tak tahu yang anak diorang ni buat benda paling keji di dunia."

"Abang... tu semua kisah silam saya. Saya tak buat dah semua tu. Maafkan saya..."

"Kisah silam? Habis tu, gambar kau dengan lelaki yang kau baru tidur beberapa hari yang lepas tu apa? Kalau dah pelacur... selamanya tetap pelacur."

Semakin kuat tangisan Rihanna bila dicaci sedemikian oleh suami yang dia cintakan. "Sa... saya ikhlas cintakan awak."

"Kau tak payah sembang cinta dengan aku sekarang. Aku takkan terima pelacur jadi isteri aku. Sekarang ni..." Zafran menunduk lalu mencengkam dagu Rihanna.

"Aku nak kau kemas semua barang kau dan berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus!"

Rihanna memeluk kaki Zafran, "Tak nak. Saya tak nak pergi. Zaf... maafkan saya. Tu semua kesilapan saya. Demi Allah, saya cintakan awak."

Pang!

"Aku bagi kau masa setengah jam untuk kau bungkus barang kau sebelum aku sendiri heret kau keluar dari rumah aku." Tangan Rihanna di kakinya ditolak dengan kasar sebelum melangkah ke arah Hannah.

"Jom, masuk bilik." Dengan berhati-hati dia memimpin Hannah menaiki tangga. Tangisan Rihanna yang berlagu langsung tidak dipedulikan. Hatinya benar-benar sakit.




PERLAHAN dan lembut saja Hannah mengusap lengan suaminya.

"Are you okay?" tanya Hannah lembut kepada Zafran yang termenung di balkoni.

"Tak sangka dia macam tu," balas Zafran perlahan.

Hannah hanya senyap lalu menarik Zafran ke dalam dakapannya. Belakang tubuh Zafran ditepuk perlahan seperti memujuk. "I want you to forget everything about her for a while. I am here for you, bae. Baby pun ada teman daddy dia nangis macam budak-budak."

Zafran senyum nipis mendengar kata-kata Hannah.

"Daddy jangan marah sangat, takut baby dengar daddy mengamuk tadi. Macam mana kalau mommy terberanak awal?" tambah Hannah lagi.

Zafran ketawa kecil, "Oh god, love! You are so adorable! Baby takut ke daddy mengamuk tadi, hmm?"

"Hehehehe."

Zafran mengeratkan pelukan itu. Angin malam menemani mereka dengan damai. "You akan buat apa dengan Rihanna?" tanya Hannah dengan berhati-hati.

Satu helaan nafas dilepaskan, "I don't know and I don't want to talk about her right now." Zafran menjawab dan dia berharap Hannah tidak akan menyebut nama Rihanna lagi buat masa ini. Hatinya masih membengkak.

Bagaimana tidak mengamuk bila Puan Qeyla menelefonnya petang tadi dan bertanya perihal Rihanna kerana keluarganya juga menerima sampul yang sama. Dia masih tidak percaya, Rihanna yang dia sayang selama ini... pelacur.

"Okey. I am sorry," ucap Hannah.

"It's okay. Malam ni you craving apa-apa tak?"

Hannah sengih, "I craving you."





First of all, saya nak cakap yang HANNAH NADHIRAH ni versi unedited. Yang penulisan saya beberapa tahun lepas. Saya belum edit dan kemaskan. Tapi, saya publish dulu semua yang TAK EDIT ni kat wattpad sebab dah lama sangat berhabuk. (p/s: banyak kali dah bagitahu sebelum comeback kat wattpad but im understand some of you from tiktok, its okayyy!)

Bila rajin saya sampai, saya edit kat ms word dan share dengan korang lagi. Ingat tau ni versi belum edit. Versi lama. Sebab tu kalau perasan ada bab yang pendek la apa :)

Saya completely copy&paste dari ms word je ni. Ending semua dah ada. Tinggal dalam 10 bab macam tu je.

I'm sorry kalau HN banyak sangat flaws di mata awak. I'm sorry kalau storyline HN tak menepati citarasa awak. You can step back.

So, rahsia RIHANNA dah kantoi. Dia pun dah dihalau oleh Zafran. Hannah suka lettewww. Tapi jangan korang lupa prolog HN *smirk

Vote & Comments
*saya suka je korang spam komen. saya baca dan like hehe <3




To be continued...










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro