61

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ATAS nasihat Tok Mah, Zafran bermalam di rumah Tok Mah memandangkan hari pun sudah lewat untuk bermalam di hotel. Pada awalnya, Hannah membangkang keputusan Tok Mah namun dia hanya diam saja memandangkan dia pun sekadar menumpang teduh di rumah Tok Mah. Siapa la dia untuk menyekat orang lain?

Usai mandi, Hannah turun ke dapur untuk makan malam bersama Tok Mah. Nampak saja kelibat Zafran di dapur sedang berbual mesra dengan Tok Mah membuatkan Hannah berasa sebal. Dia rindukan lelaki itu tapi hati ini terlalu kecewa dan terluka mengatasi segalanya.

"Tok," seru Hannah. Dia melabuhkan punggung di sebelah Tok Mah. Tak sudi la dia untuk duduk bersebelahan Zafran buat masa ini.

Hannah cedok nasi ke dalam pinggannya dan Tok Mah. Dia langsung tidak melayani Zafran, malah dia anggap Zafran seperti tidak wujud di situ. Zafran sedar akan hal itu tak ambil hati malah mencedok nasi untuk dirinya.

Tok Mah yang memahami situasi di antara pasangan itu lebih memilih untuk diam. Tak mahu la dia masuk campur masalah orang lain. Masing-masing sudah dewasa dan matang untuk selesaikan masalah rumahtangga sendiri.

Zafran mengambil seekor ikan cencaru bakar lalu diletakkan di dalam pinggan Hannah. Sesaat Hannah mendengus perlahan. Namun, dia tak menolak sebab memang dia nak makan ikan tu pun.

"Zaf rancang duduk sini berapa lama?" tanya Tok Mah. Suasana di antara mereka terlalu hening, maka lebih dia buka satu topik perbualan.

Mata Zafran mengerling Hannah yang hanya makan sambil menundukkan kepala. Langsung tak sudi memandang wajahnya. "Err... tak pasti la, Tok. Selagi mana orang tu duduk sini, Zaf akan tinggal sini."

Tok Mah kerling Hannah di sebelahnya pula. Satu helaan nafas panjang dilepaskan. Hannah pula menahan rasa, lebih baik dia kunci mulut kerana Tok Mah ada di sini.

"Tok kena tanya dia la, bila dia nak balik?" sambung Zafran lagi.

"Hampa kena berbincang elok-elok, fikir tentang anak dalam kandungan tu juga."

Hannah berhenti dari mengunyah. Seleranya mati apabila mendengar perbualan dua orang manusia di situ. "Kenapa kena balik lepas dihalau?"

Sebaris ayat meniti di bibir Hannah membuatkan suasana kembali tegang. Hannah bangun dari duduk. Sisa makanan yang masih ada di dalam pinggannya masih banyak.

"Hannah."

"Habiskan makanan tu," ujar Tok Mah.

"Tak apa la, Tok. Hannah dah kenyang. Ikan ni, ambil la. Banyak lagi isinya. Hann nak naik berehat dalam bilik." Kemudian, Hannah mencuci pinggannya di singki.

Tanpa minum seteguk air, Hannah terus naik ke bilik. Zafran hanya memandang figura Hannah hilang dari pandangan. Satu helaan nafas berat dilepaskan.

"Zafran kena bawa bersabar, ya. Nak pujuk hati seorang perempuan ni bukan mudah, nak-nak lagi dia terluka. Tok doakan yang terbaik untuk hampa berdua."

Zafran mengangguk perlahan.

"Jangan pernah putus asa. Hannah tu rasanya dah tak marah, cuma biasa la, kan. Ni, nanti bawa makanan untuk dia... tak pernah dia makan sikit macam ni," tambah Tok Mah lagi.

"Baik, Tok. Terima kasih."





KEPALA disandarkan pada kepala katil sambil kaki melunjur. Perut yang besar diusap dengan penuh kasih sayang. Dapat dia merasakan tendangan kecil dari dalam membuatkan satu senyuman terbit di bibir Hannah.

"Anak mommy dah bangun, ya?" bisik Hannah.

Pintu bilik beradunya diketuk beberapa kali. Tanpa berlengah, Hannah beri keizinan untuk masuk. Dia cuma fikir mungkin Tok Mah mahu bawa makanan untuknya kerana orang tua itu tak jemu hidang dia makanan malah makan malam tadi pun dia makan sikit saja.

Namun, fikiran Hannah meleset sama sekali. Bayangan Zafran muncul bersama sepinggan nasi yang penuh dengan lauk di tangan dan segelas air. "Ni, I bawa makanan untuk you."

Hannah membuang pandang ke arah lain. Mulutnya dikunci.

Segelas air diletakkan di atas kabinet kecil yang terletak di sebelah katil. Punggung dilabuhkan di birai katil dekat dengan Hannah. "Tadi you makan sikit sangat, tu yang I bawakan nasi untuk you. Mesti you lapar, kan?"

"Nak I suap ke?" tanya Zafran. Sudu di dalam pinggan mula dipegang.

"Ada I suruh bawa makanan untuk I ke?" ujar Hannah.

Zafran kembali meletakkan sudu. "Sayang, I risaukan you."

Hannah mengeluh lemah. "Tak faham ke apa yang I cakap petang tadi? Bagi I ruang dan masa untuk fikir tentang kita."

"I faham, tapi sekarang ni I nak you makan. I tahu you bukan jenis makan sikit lagi-lagi you jenis makan banyak," pujuk Zafran lagi.

Sepasang mata Hannah mencerlung tajam kepada Zafran. "Sekarang ni you nak cakap I ni kuat makan ke?"

Jeda.

Memang fakta pun, kan? Zafran tak tahu nak balas apa.

"Hannah, I hormat permintaan you. Jadi, I tinggalkan makanan ni kat sini. Pastikan you makan sampai habis, nanti I datang balik ambil pinggan ni. Okey?" Tak mahu memburukkan lagi keadaan, Zafran mengalah saja dengan amarah Hannah.

Pinggan nasi tadi diletakkan atas kabinet kecil. Zafran mula bangun dan membuka langkah pergi ke arah pintu bilik yang terbuka luas. Namun, langkah Zafran mati apabila suara Hannah kembali berkumandang.

"I tak faham... kenapa you muncul tiba-tiba lepas apa yang jadi? Apa punca you datang cari I sampai ke sini? Haa... mesti Rania yang bagi tahu I kat sini, kan? Tapi, kenapa you cari isteri yang you telah ceraikan dan halau?"

Sepi.

"Macam mana you boleh berubah hati? Haritu masa you halau I, you kata you jijik nak tengok I dah. Sekarang ni apa? I ni patung ke? Tak ada hati dan perasaan? Yang you boleh buat main macam tu je?" kata Hannah lagi. Nada suaranya semakin tinggi.

Zafran menundukkan kepala. Berdiri kaku di tempatnya.

"Kenapa diam? Tengah fikir jawapan apa yang sesuai untuk bagi? I tanya you ni... apa punca you tiba-tiba cari I balik? Apa yang rasuk you tu? Perempuan kejam, jahat dan hina ni juga yang you cari!" Air mata Hannah mula berkumpul di tubir mata.

Tanpa menoleh, Zafran berkata. "Makan la nasi tu. I tak nak bayi dalam kandungan you tu lapar. Jaga kesihatan you, Hann." Kaki kembali mengorak langkah. Setiap persoalan yang dilemparkan oleh Hannah langsung tidak dijawab kerana dia tahu apa saja jawapan yang dia beri pasti Hannah tetap beremosi.

Satu dengusan kasar dilepaskan oleh Hannah apabila figura Zafran sudah hilang dari kamarnya. Dia masih tak berpuas hati apabila Zafran sengaja elak menjawab semua soalannya tadi.

Aroma lauk di dalam pinggan mula menarik perhatian Hannah. Walaupun masih berang dengan Zafran, tangannya tetap ambil pinggan di atas kabinet sebelum menjamah. Tak sampai sepuluh minit, nasi dan lauk di dalam pinggan itu licin walau sebutir nasi.

Zafran kata, dia akan datang untuk ambil pinggan ni semula, kan?

Hannah meletakkan kembali pinggan yang sudah kosong di atas kabinet lalu mengapai segelas air kosong. Dia teguk hingga titisan terakhir. Mulut dilap dengan tisu. Biarkan Zafran kutip pinggan dan gelas kosong itu, siapa suruh tawarkan diri tadi?

Dia bergerak sedikit untuk membaringkan tubuhnya dengan selesa di atas katil. Sambil mengusap perutnya, Hannah mengeluh panjang. Fikirannya mula menerawang memikirkan tentang hubungan di antara dia dan Zafran. Apa patut dia lakukan?

Sejujurnya, cinta dia terhadap Zafran tak pernah mati. Bukan mudah untuk buang perasaan yang telah bercambah sejak sekian lama. Tapi, setelah apa yang berlaku tempoh hari membuatkan Hannah ragu-ragu. Tipulah kalau dia tak rindukan Zafran, apabila Zafran muncul secara tiba-tiba membuatkan rindunya terlunas.

Kerana hati sangat terluka, perasaan dirobek tanpa belas kasihan membuatkan dia terpaksa layan Zafran dengan dingin. Apa yang membuatkan lelaki itu berubah hati? Sejauh manakah ketulusan luahan Zafran petang tadi? Hannah buntu.

"Apa patut mommy buat, sayang?" bisik Hannah.

Tangan mencapai telefon di sebelah sebelum membelek galeri. Gambar-gambar kenangan bersama Zafran dibelek buat entah kali ke berapa. Dia rindu akan memori itu. Pada saat dia bahagia bersama Zafran tanpa mengalir walau setitis air mata. Dia rindukan belaian dan kasih sayang yang Zafran curahkan kepadanya sebelum ini.

"Masih layak ke aku jadi isteri kau?" gumam Hannah sendirian.

Kolam air mata yang sudah penuh mula mengalir laju ke lekuk pipi. Pandangan Hannah mula kabur bersama esakan kecil. Dadanya terasa berat. Dia terlalu penat. Akhirnya, Hannah terlelap dalam tangisan.





KELOPAK mata terbuka luas apabila merasakan kakinya kekejangan. Suasana dalam bilik tidur suram berbekalkan cahaya lampu tidur yang terletak di sebelah katil. Sejak bila pula dia tertidur ni? Pinggan dan gelas yang kotor sudah tiada. Selimut yang menutupi hingga ke dadanya juga dipegang. Siapa...

Zafran ke?

Semua itu tak diendahkan Hannah kerana fokusnya sekarang ini ialah kaki dia mula berasa lenguh dan kejang. Sejak kebelakangan ini, dia kerap berasa sakit pada waktu tengah malam dan tidur. Kadangkala, dia biarkan ia reda sendiri, namun jika tidak tahan dia akan memanggil Tok Mah untuk membantunya.

Hannah meringis kesakitan. Sakit kejang malam ni sangat teruk. Dia tidak dapat menggerakkan kakinya, air mata mula mengalir laju. Perlahan, Hannah cuba menyandarkan tubuh pada kepala katil. Tangan mula membuka laci di kabinet bersebelahan katil untuk cari minyak angin. Tiada.

Kemudian, dia baru teringat Tok Mah simpan minyak angin itu di ruang tamu. Hannah hela nafas panjang. Dia perlu minta bantuan Tok Mah.

"Tok Mah!" seru Hannah.

Sepi. Biasa Tok Mah jenis cepat tersedar tapi beberapa kali dia seru, tiada bayang orang tua itu muncul.

"Tok..."

Hannah cuba mengurut kakinya sendiri namun disebabkan perutnya terlalu besar menjadikan ia satu halangan. Kaki cuba dilunjurkan dan diregangkan.

"Tok..."

Bunyi tombol pintu dipulas dan ditolak dari luar membuatkan Hannah menghela nafas lega. Fikir Tok Mah tak sedar langsung.

Di sebalik kesamaran, satu figura yang agak tinggi mula melangkah masuk dengan mata terpisat-pisat. Hannah membulatkan matanya apabila sedar itu bukan Tok Mah malah Zafran.

"Kenapa, Hann? Dari tadi I dengar you panggil Tok Mah. You nak air ke?" soal Zafran dengan suara garaunya.

Hannah ketap bibir.

"I buat you terbangun ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Hmm... ya."

Perasaan bersalah mula menyelubungi diri Hannah. Dia tiada niat untuk ganggu lena Zafran, dia cuma mahu minta tolong Tok Mah saja.

Zafran mula melabuhkan punggung di hujung kaki katil. Wajah Hannah diamati lama.

"Tok Mah tak sedar kut. You nak apa-apa ke? I boleh pergi ambilkan."

Air mata Hannah mengalir laju. Kakinya yang kejang itu sangat mencucuk membuatkan dia tak tahan lagi. Kalau Tok Mah tak sedar, macam mana dia mahu urut kakinya itu?

"Hann?"

Esakan kecil Hannah mula bergema di segenap ruang bilik itu. Zafran mula panik apabila Hannah tiba-tiba saja menangis. Dia mula beralih ke sisi Hannah.

"Hei, kenapa ni? Cuba cakap, you nak apa? Air? Makan?"

Gelengan yang diterima daripada Hannah membuatkan Zafran berkerut seribu. "Habis tu, you nak apa?"

Hannah merenung wajah Zafran yang masih menanti jawapan daripadanya. Perlu ke dia turunkan ego untuk malam ini saja?

"Zaf, kaki I cramp. Sakit sangat! I... I tak boleh gerakkan kaki."

Kening sebelah Zafran terangkat. Kejang?

"Biasanya Tok Mah tolong urutkan... bo... boleh you panggilkan Tok Mah? I tak tahan sakit dah ni." Semakin kuat esakan Hannah.

Zafran mula berasa risau. Selimut yang menutup separuh tubuh Hannah diselak hingga habis. "Mana minyak?" soal Zafran.

"Err... Tok Mah simpan kat ruang tamu."

Sekejap, figura Zafran lesap dari pandangan Hannah. Tak sampai seminit, lelaki itu muncul semula dengan satu botol minyak angin di tangan. Hannah memerhatikan setiap tingkah laku lelaki itu. Zafran panjat naik ke atas katil dan duduk di sebelah kakinya.

"You... nak urut ke?" tanya Hannah dengan muka polos dan basah dengan air mata.

Zafran membalas renungan Hannah. "Tak perlu la kejut Tok Mah, I kan ada. Biar I tolong urut you."

Tanpa sempat Hannah membalas kata, Zafran mula tarik gaun tidur Hannah sehingga menampakkan betis. Tangan mula mengurut kaki Hannah dengan perlahan dan lembut.

Hannah membatu di posisinya. Dulu, sebelum mereka bertengkar, Zafran rajin mengurut kakinya sebelum tidur. Siap sediakan susu kurma dan membelai perutnya. Memori manis mereka semakin lama semakin terlayar di fikiran Hannah. Dia terlalu rindukan momen itu.

Lama dia perhatikan setiap pergerakan Zafran. Jujur, dia mahu dakap tubuh itu namun dia tak mampu melakukan semua itu. Dia masih berasa ada jurang di antara mereka berdua walaupun Zafran kelihatan cuba memulihkan hubungan mereka.

Buat sekali lagi, air mata Hannah membanjiri wajahnya. Zafran sedar akan esakan kecil Hannah mula menoleh. Riak wajah risau terserlah. "Kenapa? You sakit kat mana lagi? Ke... I urut perlahan sangat?"

Hannah menggeleng.

"Kenapa menangis?"

Hannah menggeleng lagi.

Melihat Hannah seperti tidak mahu membuka mulut, Zafran biarkan saja. Urutan kaki Hannah diteruskan. "I akan urut you sampai you tertidur. Rehatkan diri."

Sepi di antara mereka.

"You tak jijik sentuh I?" Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar daripada mulut Hannah. Serta merta tangan Zafran berhenti mengurut. Keras disitu.

Emosi Hannah mula tak stabil gara-gara perasaan yang bercampur baur. Antara memori manis, kasih sayang, rindu dan cinta, kemudian perasaan kecewa, marah, sedih dan terluka.

"Hannah."

"You tak rasa benci ke bila you terpaksa urut kaki I tengah-tengah malam macam ni? Sudah la I ni perempuan yang kejam yang sakitkan arwah isteri you. Mana perasaan benci you?"

Zafran menyambung aktivitinya tanpa memandang Hannah.

"Sepanjang kita berpisah, I banyak fikirkan tentang you. Hidup I tak tentu arah, I tertanya-tanya kenapa you buat macam tu kat arwah. I tak tahu semuanya berpunca daripada I sendiri. Jujur sayang, tak pernah sehari pun I tak rindukan you. Tapi, I ego dan tipu diri sendiri." Suara Zafran mula memecahkan kesepian di antara mereka.

"Bila Rania terangkan segalanya tentang you... I sedar akan kekhilafan I sendiri. I sedar, sebenarnya you dah lama cintakan I cuma I terlalu buta untuk nampak semua tu. I fikir betul-betul, I renungkan segalanya dari awal hingga akhir. Halau dan buang you adalah satu kesilapan terbesar dalam hidup I. Walauapapun yang berlaku, arwah Rihanna tetap pergi dan dia mempunyai kesilapan tersendiri. I sepatutnya bersyukur yang I masih ada lagi seorang isteri yang cintakan I dengan sepenuh hati dan sanggup kandungkan anak I," sambung Zafran lagi.

Hannah membuang pandang ke arah lain.

Zafran kembali bersuara. "I tahu, kemunculan I terlalu mengejut untuk you terima semua ni. I takkan paksa you untuk terima I secara drastik, I akan berusaha untuk dapatkan hati dan cinta you semula, sayang. You boleh ambil sebanyak masa yang you nak, tapi jangan minta I jauhkan diri daripada you. I tak nak kehilangan you lagi."

Mereka saling berbalas pandangan. Lama. Zafran cuba mempamerkan perasaan kesal dan cintanya kepada Hannah. Manakala, Hannah pula berasa tersentuh dengan ungkapan Zafran bersama perasaan rindu. Namun, masing-masing kekal membisu. Lebih selesa membalas renungan.

"I cintakan you, Hannah Nadhirah."

Hati Hannah mula meronta dengan ayat keramat Zafran.

Tulus ke?






Hei, sorry lambat update.
Saya tukar plot akhir2, so tulis baru hehe <3

What do you think?
Bagi peluang kepada Zaf sekarang? HAHAHAH.
Hannah buntu gila ni.

Vote & Comments
Anyway, rasa macam nak tukar tajuk cerita ni. Dulu masa letak 'HANNAH NADHIRAH', sebab tak ada idea dulu hshs. Kalau jadi, i akan tukar. So, save la HN dalam library and reading list baik-baik <3


To be continued...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro