63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KAKI dihentakkan beberapa kali sebelum naik anak tangga lalu masuk ke dalam rumah dengan muka masam mencuka. Tok Mah yang baru saja melewati ruang tamu pelik melihat seraut wajah Hannah yang masam itu. Ni tak lain tak bukan gaduh dengan Zafran lagi.

Sejak hubungan Hannah dan Zafran semakin pulih, kerap pula mereka berdua bergaduh manja. Selalunya Hannah la kerana kadang-kadang apa yang dia inginkan sukar untuk ditunaikan oleh Zafran. Membuatkan Hannah kerap merajuk.

"Hannah," seru Zafran.

Hannah buat tak endah sambil menonton drama yang tersiar di sebalik kaca televisyen. Tok Mah pula beri isyarat mata kepada Zafran.

"Kenapa dengan Hannah tu?" bisik Tok Mah.

Zafran garu tengkuknya yang tak gatal. "Dia nak saya bawa dia naik basikal keliling kampung, tapi... mana boleh Tok. Perut dia tu dah besar macam nak meletup, berat pula tu saya nak kayuh."

Tok Mah ketawa kecil. Rasa lucu pula apabila dengar keluhan Zafran.

"Nasib hang la, Zaf."

"Tolong la saya Tok. Buntu dah ni. Puas pujuk tadi."

Tok Mah hanya tersenyum saja sebelum menyeru Hannah. "Hannah, sini dengan Tok."

"Tak nak. Mesti Zaf rasuah Tok untuk pujuk kan? Tak nak. Hann nak naik basikal juga!" tegas Hannah berkata.

Tok Mah memandang Zafran yang sudah basah dengan peluh.

"Tak baik cakap macam tu. Hannah nak makan apa malam ni?"

"Ikan pari masak asam pedas," jawab Hannah dengan nada lembut.

"Tok boleh masakkan, tapi hang kena dengar cakap Zaf, ya?"

Hannah mendengus kecil. "Dah agak dah! Tok..." Terus Hannah memeluk tubuh tua Tok Mah, sambil tu sempat dia menolak Zafran agar menjauhi mereka berdua.

"Nak naik basikal kejap je. Lepas ni tak boleh naik dah, pastu nak balik KL. Bila Hann dapat naik lagi kan? Tok tak kasihankan Hann ke?" Sengaja Hannah buat ayat sedih sambil mengerdipkan mata beberapa kali. Raih simpati.

"Sebab Tok kasihan la, Tok tak bagi hang naik basikal. Apa-apa jadi nanti lagu mana? Lagipun, nanti kat KL lepas habis pantang, hang nak naik basikal banyak kali tu... pergilah," bebel Tok Mah.

Semakin panjang muncung Hannah. "Tak nak kat KL! Nak kat sini, sekarang juga."

"Hannah."

"Tok tak tahu nak cakap apa dah, Zaf... Hang urus la hal laki bini sendiri. Tok nak pi bagi ayam makan sat." Kali ni, awal sangat Tok Mah mengalah. Tak mahu terlibat dah dengan perbalahan antara pasangan suami isteri itu.

Lesap saja figura Tok Mah, Zafran menarik bahu Hannah ke dalam pelukan. Hannah meronta minta dilepaskan namun tetap kalah jua.

"Sudah la merajuk tu. Bukannya I tak nak bawa you, tapi bahaya tau. Macam mana you nak duduk atas besi tu? Nanti punggung sakit, macam mana?" pujuk Zafran.

Hannah menjuihkan bibir. "Cakap jela yang you tak larat nak kayuh!"

"Tu memang la."

"Zaf!!!"

Zafran mengoyak sengih. "I gurau jela."

"Not funny at all! Indirectly you cakap I gemuk!" marah Hannah.

Zafran ketap bibir. "Sorry. Tapi sayang, I serius ni tak bagi you naik basikal. You tak nak benda lain ke?"

Lama Hannah diam seakan memikirkan sesuatu. Kemudian, dia memandang Zafran bersama satu senyuman yang agak misteri membuatkan Zafran telan liur yang terasa kesat.

"Hann?"

"I nak baring kat tengah-tengah sawah!"





PAKAIAN yang sudah siap dilipat terus dimasukkan ke dalam bagasi. Beberapa barang peribadinya yang lain turut dikemas. Almari kayu yang sudah berusia 15 tahun masih utuh itu sudah kosong. Barang-barang di atas meja solek juga sudah tiada seperti keadaan awal-awal Hannah pindah masuk ke rumah Tok Mah ini.

Nafas dihela panjang. Perlahan, dia bangun dan berdiri di tepi jendela bilik mengamati pemandangan indah di kampung ini buat kali terakhir. Sejujurnya, sejak Rania bawa dia ke sini... Hannah menemui sesuatu yang terasa kosong dalam hatinya yang di kala ribut.

Damai.

Kemudian, kakinya membawa langkah keluar dari rumah dan menuju ke pangkin. Tempat yang dia selalu berehat dan menenangkan jiwa. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup rambutnya sedikit.

"Ya Allah, terima kasih... sebab bawa aku ke tempat ini," bisik Hannah. Terasa sebak di dada apabila dia harus pulang ke Kuala Lumpur sekejap lagi bersama Zafran.

Satu usapan bahu menyentakkan lamunan Hannah ke realiti. "Kat sini rupanya, puas cari tadi."

Hannah sekadar senyum nipis. "Kenapa?"

"Dah siap semua barang? I nak masukkan dalam kereta kejap lagi," ujar Zafran.

"Dah."

"Kenapa ni, hmm?"

Hannah berkerut. "Kenapa... apa?"

"Muka tu... kurang manis. You fikirkan apa?" tanya Zafran sambil menyelitkan helaian rambut Hannah ke belakang telinga.

"I... rasa sedih nak tinggalkan tempat ni. Sejak I datang sini, I rasa tenang je. Tempat yang betul-betul buat segala ribut dan kekusutan jiwa dan fikiran I hilang. Nanti mesti I rindu masakan Tok Mah, bebelan dia." Hujung ayat, Hannah ketawa kecil.

Siapa sangka, hanya untuk beberapa seketika dia berteduh di rumah Tok Mah cukup untuk dia meraih momen terindah. Kasih sayang yang Tok Mah berikan cukup buat dia rasa terbuai.

Zafran memeluk bahu Hannah. Erat.

"I pun akan rindu kampung ni," kata Zafran membuatkan kening Hannah bertaut.

"Kenapa?"

"Sebab, kat sinilah I jadikan you isteri I semula. Kat sini juga, I pujuk you dan..." Tangan Hannah diraih sebelum digenggam.

Hannah menoleh mencari seraut wajah kacak Zafran.

"Kita mulakan kisah kita yang baru."

"Cringe!" omel Hannah.

"Hei, you cakap apa?"

"Cringe, cringe, cringe!" Tawa semakin kuat apabila melihat wajah Zafran sudah berkerut.

Zafran ambil peluang. Chup!

Terhenti tawa Hannah. Matanya membulat sambil berbalas pandangan Zafran. "Aa... apaa you ni? Kalau Tok Mah nampak macam mana?"

"Tok Mah tak hairan pun, lagipun dia dah biasa."

"Hesy! Malas nak layan ulat bulu!" Hannah terus bangkit dan membuka langkah.

Zafran hanya ketawa lepas melihat gelagat isterinya. Wajah Hannah yang kemerahan dengan membawa perut yang besar tu kelihatan comel sekali.





AIR jernih yang bertakung di kolam mata mula berlinang laju mengalir ke lekuk pipi. Semakin lama ia merembes laju dan membasahi wajah bersih Hannah.

"Hang teriak pasaipa?"

"Huwarghhh, Tok Mah! Tak nak balik! Nak duduk sini." Tubuh tua Tok Mah dipeluk erat oleh Hannah.

Tok Mah hanya tersenyum lebar sambil membalas pelukan Hannah. Belakang tubuh Hannah diusap dengan penuh kasih sayang. Dia sudah menganggap Hannah seperti cucu kandungnya sendiri. Pertama kali Hannah jejakkan kaki di kampung, hidup Tok Mah mula riuh rendah dengan kehadiran Hannah.

"Siapa nak teman Tok Mah nanti?" rengek Hannah.

"Sebelum hang datang sini pun, Tok sorang je Hannah."

Zafran hanya menjadi memerhati saja. Sengaja dia membiarkan Hannah dan Tok Mah saling berpelukan sebelum berpisah.

"Jaga diri, jaga bayi dalam perut tu elok-elok. Dah pantang nanti, kena jaga makan minum. Tak boleh buat aktiviti lasak macam hang selalu buat. Ingat Tok tak tahu yang kelmarin hang pi main kat sawah?"

Bibir Hannah terkatup rapat. Pelukan dileraikan.

"Tok pun, jaga diri. Apa-apa nanti, Tok call la Hann."

Tok Mah mengangguk sebelum mengusap perut Hannah dengan lembut. "Jaga bayi ni baik-baik, Hannah. Sampai KL nanti, kirim salam kat mama dan papa hang. Ingat apa yang Tok pesan semalam, minta ampun dengan depa."

"Baik, Tok."

Zafran menghampiri Hannah. "Jom, sayang. Risau nanti lewat sampai KL."

Hannah peluk Tok Mah buat kali terakhir. "InsyaAllah, Hann datang lagi." Kemudian, dia mencium tangan lalu naik berlaga pipi dengan Tok Mah.

Zafran pula hanya senyum dengan Tok Mah. "Terima kasih sebab jaga Hannah. Kami pergi dulu, Tok." Sempat Zafran menyelit beberapa helai not RM50 di tangan Tok Mah.

"Jaga Hannah baik-baik, Zaf. Orang perempuan ni, hatinya lembut."

Zafran mengangguk.

"Assalamualaikum."

Hannah melambai tangan apabila kereta mula bergerak. Air mata kembali merembes laju.

Zafran yang sedang memandu hanya menoleh sekilas sebelum mengenggam erat tangan isterinya lalu dibawa ke bibir.

Setelah hampir sejam perjalanan, Zafran melihat Hannah mula melentokkan kepala. Perlahan, dia menarik kepala Hannah agar bersandar pada bahunya.

"Tidur, Hann. Dah sampai nanti, I kejut."

"Zaf."

"Ya?"

"Agak-agak mama dan papa marahkan I ke?"

"You rasa?"

Hannah menghela nafas panjang. "I rasa papa mesti bebel kat I sebab bawa diri dan tak jawab call diorang. I rasa bersalah sangat."

"InsyaAllah, diorang tak marahkan you. Malah, I rasa diorang akan halau I nanti." Zafran ketawa halus.

Buk!

Satu tumbukan kecil tepat pada perut Zafran. Hannah jeling lelaki tu dengan tajam. "Memang patut pun! Kalau I kena marah, you kena lebih teruk."

"Sakitlah, Hann."

"Sakit lagi hati I masa you buang I..." Sedar akan keterlanjuran kata, Hannah angkat kepala dari terus bersandar.

Senyuman di bibir Zafran kian pudar.

"I..."

"Tak apalah, betul apa yang you cakap. Hmm... you tidurlah."

Hannah mengetap bibir.





Sabar tau.
Kita kena buat diorang tak tenang lagi.
HAHSHAHSHHA

Nak terus ending atau hmm sakit lagi?




To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro