03|🍀jealous

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada malam itu Jimin hanya duduk di dalam biliknya. Sejak kejadian tengah hari tadi di cafe terus membuatkan mood Jimin hilang

Jimin yang pada ketika itu sedang terbaring di atas katil hanya mengeluh berat. Tangan yang berada di atas dahinya terus dialihkan

Dia sebenarnya rasa bersalah sebab tindak tanduknya pada ahli Bts pada tengah hari tadi. Dia cuma tidak dapat mengawal perasaannya. Perasaan benci

Tok tok!!

"Jimin aku masuk tau"

Apabila melihatkan tiada tanda-tanda, Jin terus masuk ke dalam bilik Jimin. Dia tersenyum kecil apabila melihat Jimin yang sedang termenung di atas katil itu.

Dia yakin yang Jimin pasti sedar akan kehadirannya

Jin terus mengorak langkah ke arah katil Jimin lalu direbahkan tubuhnya di sebelah Jimin. Jimin mengesotkan badannya ke tepi sedikit bagi memberi ruang buat Jin

"Neo kwenchana?"

Jimin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Jin hanya mengeluh kecil. Kalau Jimin tidak bercakap, maknanya pasti ada benda yang tidak kena.

Dia bukannya baru sehari dua berkenalan dengan Jimin

"Kau tahu kan yang kau tak boleh tipu kami semua? Kitorang ada salah cakap ke tadi?"

"Aku okey je. Korang tak perlu risau pasal aku"

Jimin hanya memandang siling biliknya. Namun dia tahu yang Jin sedang merenungnya dengan dalam. Amat dalam

"Jakkaman..Omo!! Jangan-jangan kau jealous sebab tadi kitorang cakap yang Jihyo dengan Mingyu serasi?!!"

Wajah Jin sudah terkejut. Tangannya terus menutup mulutnya yang telah melopong. Dia dengan mata yang membulat memandang wajah Jimin

"Jangan nak mengarut.. Aku cuma stress sebab dapat new assignment. Bukannya pasal diorang dua tadi"

Jimin menjeling tajam wajah Jin. Jin ini kalau tidak berfikir yang bukan-bukan, mesti tidak sah. Tak ada perkara lainkah yang ingin dikatakan?

"Eleh~..dah jealous tu cakap sahaja"

"YAH!!"

Jin menyeringai suka melihat reaksi Jimin. Dia dengan cepat bangun dari katil Jimin lalu menuju ke pintu bilik tersebut.

Sebelum pergi sempat lagi dia menghadiahkan sebuah senyuman miang kepada Jimin
















Angin sejuk yang menyapa telinga Song Jihyo membuatkan gadis itu menggeliat kecil. Dia mengusap telinganya itu dengan lembut dengan keadaan mata masih lagi tertutup

Tiba-tiba 'angin' itu menjadi semakin kuat, dan ini membuatkan lena Jihyo terganggu

Dia dengan geram membuka matanya dan mencerlung tajam orang yang berada di hadapannya

"Yah Kim Mingyu!!..janganlah kacau aku"

Kemudian Jihyo terus membalutkan dirinya di dalam selimut semula. Mingyu yang memerhati hanya tergelak sebelum menarik semula selimut itu membuatkan Jihyo merengus kasar

"Wake up cutie pie..It's already morning"

Rambut Jihyo yang sedikit serabai itu diusap. Wajah Jihyo yang masih menahan kantuk dalam diri, ditenung lembut

"Bagi aku 10 minit lagi..aku masih mengantuk"

"No..nanti kita sampai lambat la..kau nak ke kena denda dengan Mr.Lee?..hmm?"

Apabila nama Mr.Lee meniti dbibir Mingyu, Jihyo dengan pantasnya bangun dari pembaringan lalu terus berlari ke bilik air dengan laju meninggalkan Mingyu dalam keadaan terpinga-pinga

"Heol"
















[Song Jihyo pov]

Suasana yang sunyi disepanjang koridor loker membuatkan aku kebingungan. Kenapa aku tidak nampak seorang pun di sini?

Kemudian aku terus mengerling jam tanganku. Jam 10.30 pagi. Patutlah, mestilah mereka semua sudah berada dalam dewan masing-masing

Apabila tiba di hadapan loker milikku, aku terus membuka lalu meletakkan beberapa barang yang tidak diperlukan. Kemudian aku mencapai pula bahan bacaan yang lain

"Sayang~"

Berkerut dahi aku apabila mendengar suara yang terlalu gedik di telingaku. Dia dah kenapa? Kena sampuk dengan hantu ke buat suara macam tu?

Disebabkan aku ingin tahu. Aku membuat keputusan untuk melihat. Aku dengan perlahan-lahan menutup kembali pintu loker lalu cuba mencari dari manakah datangnya suara itu

"You ni..janganlah sombong sangat~"

Suara itu aku dapat mendengarnya di sebalik lorong kecil yang berhampiran dengan kawasan loker ini. Entah mengapa aku ingin melihat gerangan orang tersebut

Aku terus mengintai disebalik dinding, namun disaat mataku melihat adegan didepan mata

Mataku membulat dan bergetar. Aku dapat rasakan air panas mula bertakung di empangan mataku..Ji..Jimin?

Dapat aku lihat Park Jimin dan seorang gadis sedang berciuman dengan keadaan Jimin disandarkan di dinding. Gadis itu mencium Park Jimin dengan agresifnya

Tak semena-mena air mataku jatuh menggelongsor di pipi. Ya tuhan sakitnya hati aku. Aku menerkup mulutku sambil mengundur perlahan-lahan

Terus aku berlari meninggalkan Park Jimin bersama gadis itu. Air mataku semakin menjadi-jadi. Sakitnya hati aku melihat itu semua











Aku tak sepatutnya tengok


















[Park Jimin pov]

Buk!!

Aku melepaskan amarahku pada tong sampah yang kosong itu. Rambutku terus dikuak ke belakang dengan kasar

Berani yeoja gila tu cium aku?!!

"Dia fikir dia itu siapa?!! Argghh shit!!"

"Yah Jimin!!"

Saat telingaku menangkap suara Yoongi,aku terus memandang ke belakang. Yoongi sedang berjalan demgan tenang ke arahku

Aku terus duduk dengan kasar di atas bangku yang terdapat di rooftop. Suasana yang sunyi masih tidak mampu menyejukkan hati aku yang sedang membara.

Yoongi terus mengambil tempat di sebelahku "Perkara yang lepas biarkan berlalu.. Kau mengamuk macam inipun tak mampu membetulkan keadaan"

Tenang sahaja suara Yoongi di pendengaranku. Aku yakin yang dia nampak adegan antara aku dan juga yeoja tidak guna itu

"Dan bukan hanya aku seorang sahaja yang nampak"

Terus aku memandang wajah Yoongi beserta dengan kerutan di dahi. Maksudnya ada orang lain yang nampak kejadian itu juga? Tapi macam mana dia boleh baca fikiran aku?

"Dugu?"

"Seorang gadis yang baik betul-betul mencintai kau" setelah itu dengan selamba dia berjalan pergi meninggalkan aku yang dalam kekeliruan

"Siapa pun kau"






"Jangan pernah berharap"











"Kerana aku mencintai gadis lain"



























[Kim Mingyu pov]

Aku hanya memerhati wajah Jihyo yang sayu itu. Sejak daripada kejadian yang tidak sengaja ditonton olehnya membuatkan Jihyo saling tak ubah seperti mayat hidup

Apabila ditanya, hanya kepala yang memberi reaksi. Apabila diajak bergurau,hanya mata yang memerhati tanpa perasaan

Jujur aku katakan, aku memang tidak suka dengan keadaan Jihyo sekarang

Suasana dewan kuliah yang sunyi ini membolehkan Jihyo mengumpul air di empangannya. Aku terus menarik Jihyo ke dalam dakapanku. Mukanya aku daratkan di dada bidangku

Setelah itu, air mata yang ditahan Jihyo telahpun pecah membasahi pipi mulusnya dan bajuku. Aku mengusap puncak kepalanya dengan lembut

"Sudahlah cutie pie, kau hanya menyeksa diri kau sendiri"

Semakin kuat tangisan Jihyo. Aku hanya mampu mengeluh kasar. Kemudian dia tiba-tiba meleraikan pelukan lalu memandangku

Dengan mata yang berair, pipi dan juga hidung yang kemerahan. Memang tidak dinafikan Jihyo terlalu comel jika menangis

"Hiks..hiks..aku..cintakan..hiks..dia"

"Yeah I know about that..but, does he knows?"

Kata-kata aku membuatkan Jihyo berhenti menangis. Dia memandang wajah aku sebelum digelengkan kepalanya

Aishh..

"Look..you a young lady..and you should know how to settle this problems.."

"Tapi aku takut..aku takut dia akan tolak cin--"

"Kau tak pernah cuba Jihyo..macam mana yang kau tahu dia akan tolak cinta kau? Kalaupun dia tak terima cinta kau,atleast dia tahu perasaan sebenar kau terhadap dia"

-should I make a move?-

Vomment🐰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro