06|🍀surprise

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Ting~Tong

"Jakkaman" Jihyo dengan pantas berlari anak menuju ke pintu rumahnya untuk membuka pintu

Siapa pula yang mengganggu waktu berbahagianya sekarang? Nak kata Mingyu, sudah pasti Mingyu akan redah sahaja memandangkan dia tahu password rumahnya

"Nae?.. Dugusae--..Park Jimin?!" terbuntang mata Jihyo apabila Jimin sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang mendatar

Terus jantung milik Jihyo memainkan peranan apabila melihat wajah namja yang dicintainya. Pandangan tajam milik Jimin itu membuatkan dia gugup

"Bersiap sekarang. Aku nak kau ikut aku pergi mall" Jimin memandang mata bundar milik Jihyo buat seketika sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain

"Keundae..waeyo? Otto--"

"Aku bagi kau 10 minit untuk bersiap. Aku tunggu bawah" kemudian terus Jimin pergi meninggalkan Jihyo dalam keadaan terpinga-pinga

Terkelip-kelip mata Jihyo melihat perilaku Jimin itu. Adakah dia sedang bermimpi atau apa sekarang? Jimin mengajaknya untuk keluar? Apa yang mamat dingin tu mimpi semalam?

"Ottokae? Dia tahu apartment aku?"


















Suasana yang agak kekok itu membuatkan Jihyo mengeluh berat. Sesekali dia mencuri-curi pandang wajah sisi milik Jimin yang dingin itu. Handsome

Sudah hampir sejam mereka berada dalam mall ini, tetapi satu kedai pun mereka belum kunjungi lagi. Apa yang dicari Jimin sekarang ini?

"Park Jimin " Jimin hanya mendiamkan diri sambil matanya meliar mencari sesuatu. Apa yang dicari sebenarnya?

Jihyo yang tahu dengan perangai Jimin itu, sedikitpun tidak terasa malah dia yakin yang sebenarnya Jimin menunggu agar dirinya menyambung ayatnya

"Apa yang Park Jimin cari sebenarnya? Boleh tak awak bagitahu saya"

"Diam dan percepatkan langkah kaki kau" tergaman Jihyo dibuatnya apabila Jimin berjalan pergi meninggalkan dirinya yang terkulat-kulat ini. Terus langkah kakinya terhenti

"Ish..tak padan dengan pendek, jalan mengalahkan Lee KwangSoo" sempat lagi Jihyo menampar angin seolah-olah dia menampar wajah Jimin. Mujur saja tika ini tiada orang lagi di sekelilingnya kerana masih awal lagi

"Yang kau terkulat-kulat dekat sana buat apa?!! Cepatlah!!" jeritan tiba-tiba Jimin itu menyebabkan Jihyo tersentak. Tak sedar yang Jimin sudah jauh meninggalkannya

"Tunggu saya!!" terus Jihyo berlari ke arah Jimin yang sedang berdiri di hadapan sebuah kedai

Kedai alatan melukis?

"Apa yang awak buat dekat depan kedai alatan melukis? Awak nak melukis?"

"Jangan jadi bengap. Harini kau beli sahaja barang keperluan kau untuk assignment kita. Aku belanja" kata Jimin berseloroh

"Yeh?!..tapi saya dah ada peralatan dekat rumah.. Buat apa saya beli yang lain?"

"Peralatan kau semuanya dah buruk. Aku taknak kau hasilkan lukisan yang tak berkualiti dan aku taknak aku hasilkan gambar yang tak cantik"

Jimin terus masuk ke dalam kedai tanpa mendengar kata putus dari Jihyo? Tergamam jihyo dibuatnya apabila melihat reaksi selamba Jimin

"Dia nak cakap yang lukisan aku buruk ke? Heol..."


















[Park Jimin pov]

"Aigoo...penatnya" aku berbaring dengan mendepakan kedua-dua tanganku. Harini memang merupakan hari yang memenatkan

Tiba-tiba Jungkook terus merempuh ke dalam bilikku tanpa mengetuk pintu. Aku tak kesah memandangkan kami semua sudah biasa

Dia kemudian duduk di hujung kaki aku lalu mengelus jari kakiku dengan manja diserikan dengan senyuman menggodanya.

Tak berjaya menggoda aku lansung malah aku rasa mahu menampar mukanya itu. Apa yang tak kena pulak dengan rakan aku ni?

Atau syaitan mana pula yang rasuk arnab aku ni?

"Kau dah lama hidup ke arnab?" suara dingin aku jelas kedengaran di setiap ruangan bilik itu

Jungkook makin melebarkan senyumannya lalu makin galak mengelus jari kaki milikku. Dasar arnab betul!!

Buk!!

"Arkk!! Sakitlah jeman!!" rasakan tendangan sulung aku. Kan dah bergolek kau dekat lantai. Cari pasal lagi dengan aku

Jungkook terkinjal-kinjal cuba untuk berdiri sambil memandang aku dengan tajam. Well, ada aku kesah?

"Kau keluar dengan siapa tadi?" Jungkook tiba-tiba menyoal setelah dia duduk di sebelahku. Aku memandang wajahnya sebelum memejamkan mataku

"Chingu"

"Chingu? Tch.." terus terbuka mata aku apabila mendengar Jungkook berdecit sinis. Wajah Jungkook yang sedang tersenyum sinis itu membuatkan dahi aku berkerut. Aku ada buat lawak ke?

"Sejak bila kau ada chingu Jimin? Chingu kau cuma Bts, tak ada orang lain" tergamam aku dibuatnya apabila mendengar kenyataan daripada Jungkook.

"Dan kalau kau cakap yang kau keluar dengan Bts yang lain, kau tipu. Jin, Taehyung dengan aku ada dekat rumah. Namjoon balik rumah family dia, Jhope pergi tengok wayang dengan adik dia, Yoongi? Yoongi pergi latihan basketball "

Jungkook terus-terusan memandang wajah aku dengan pandangan yang tajam. Apa aku patut jawab?

"Yang kau sibuk nak tahu aku pergi mana ni kenapa? Tak ada kain sendiri ke nak dijaga? Sibuk nak jaga kain orang je tahu" aku melarikan pandangan anak mataku arah skrin telefon

Cuba untuk mengelak darinya

"Suka hati kaula pendek. Tapi aku yakin yang ada benda kau sorokkan dari kami semua" terus Jungkook keluar dari bilik aku

Aku dibuat bungkam sendirian. Apa yang patut aku lakukan?




















[Kim Mingyu pov]

Aku hanya memerhati wajah Jihyo yang dari tadi asyik tersenyum seorang diri. Dan punca penyakit gila dia ini adalah kerana Park Jimin

Namja yang amat dicintainya

"Sudah-sudahlah cutie pie..dari masa aku sampai petang tadi sampailah sekarang kau asyik tersenyum sorang-sorang" dia kemudian memandang aku dengan senyuman yang masih lagi menghiasi di bibirnya sebelum menyandarkan dirinya di badanku

Dia terus memeluk pinggangku membuatkan aku tersenyum kecil sebelum membalas kembali pelukannya. Rambutnya aku usap dengan penuh kasih sayang

"Gyu-ah..walaupun dia bercakap agak kasar dengan aku tapi aku bahagia sebab akhirnya aku boleh selalu dekat dengan dia"

"Hahahagagahahaah!!"Tergelak besar aku apabila mendengar kata-katanya. Apa tak kena dengan kawan aku ini?

Jihyo pula terus memandang wajah aku dengan kerutan di dahi. Mukanya seakan-akan tidak berpuasa hati dengan reaksi yang baru diterimanya mungkin?

"Wae?"

"Sah kau ni dah sakit otak teruk sangat..aku tak pernah jumpa orang yang bahagia dilayan dengan kasar. Aku patut hantar kau pergi hospital men-- ..Argghh!!"

Terus aku mengusap pinggangku apabila ada sepasang tangan 'ketam' selamat mencubit di bahagian tersebut. Muka Jihyo sudah dipasang dengan ekspresi merajuk

"Tak baiklah kau ni Gyu..aku cuma happy sebab aku dapat luangkan masa aku dengan dia..kau sebagai sahabat aku yang paling baik, kau patut support aku"

Aku terus menarik badannya lalu kudakap dengan erat. Rambutnya yang berbau strawberry itu amat menyenangkan aku

"No matter what you're doing.. Im always behind you..because you are my one and only bestfriend"

"Gomawo Gyu-ah..aku bersyukur sangat sebab dapat sahabat yang baik macam kau..saranghae"

Suaranya yang dibuat comel itu berjaya membuatkan aku ketawa bahagia. Inilah perkara yang paling aku suka dengan dirinya. Seorang yang amat manja

"Nado saranghae.. So tonight im going to sleep at your house" Jihyo hanya mengangguk kepalanya sambil tangannya masih tidak lepas dari memeluk pinggangku

"Aku dah kemaskan bilik untuk kau memandangkan kau dah lama tak teman aku tidur.."

"Great.."

-Im always behind you-

Vomment🐰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro