10|🍀awkward

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi sudah menjelma. Cahaya matahari terus menyinari bumi sambil ditemani dengan langit biru yang terbentang luas di atas permukaan bumi dan keindahan ini disaksikan oleh Song Jihyo

Song Jihyo tersenyum manis sambil memerhati suasana indah yang terbentang di hadapan matanya. Pagi-pagi lagi dia sudah bangun untuk melihat matahari bangkit. Dan sekarang dia sedang berada di cafe yang berada di dalam hotel yang mereka duduki

Jihyo menghirup mocha yang masih suam itu sambil matanya tidak lekang melihat sketchbook yang berada di hadapannya. Kemudian, dia memegang sebatang pensil sebelum melukis sesuatu

"Cantiknya pemandangan dekat sini. Kalaulah aku boleh datang sini dengan si 'dia' " Jihyo tersenyum kecil sebelum menyambung kembali lukisannya

"Kau buat apa dekat sini?" terkejut Jihyo apabila mendengar suara kasar menegurnya. Dia terus mengangkat kepalanya dan memandang ke arah gerangan tersebut

"Park Jimin?" Jimin terus duduk berhadapan dengan Jihyo. Sketchbook milik Jihyo dirampas lalu dibelek dengan wajah yang mendatar

Song Jihyo pada mulanya terkejut dengan kelakuan Jimin namun dia tersenyum kecil dalam diam. Wajah Jimin pada waktu pagi diamati dengan lembut. Kacak tanpa sebarang calar

"Ini ke lukisan yang kau lukis untuk assignment kita?" tanya Jimin tiba-tiba

"Anniyo..itu cuma sketchbook biasa. Sebagai hobi" terang Jihyo dengan lembut. Debaran jantungnya menggila apabila Jimin tak putus-putus memandangnya dengan wajah yang dingin

Walaupun dari luaran dia nampak tenang tapi percayalah dia seperti mahu lari daripada Jimin sekarang ini. Perasaan gemuruh dan kekok menyelubungi dirinya ketika ini

"Jadi bila kau nak mula melukis?"

Jihyo hanya menggelengkan kepalanya. Sejujurnya, dia tidak tahu hendak lukis apa. Walaupun sekarang alam semula jadi terbentang luas di hadapan matanya, dia masih lagi buntu hendak melukis apa

"Siapkan diri kau. Lepasni ikut aku" arah Jimin dengan memulangkan semula sketchbook milik Jihyo. Jihyo menyambut sketchbook dengan wajah yang kebingungan

"Kita nak pergi mana?"

"Tempat yang cantik supaya kau boleh melukis" jawab Jimin lalu segera berdiri. Wajah Jihyo dipandang sekilas sebelum memasukkan tangannya ke dalam poket seluar

"Mingyu?"

Tiba-tiba Jihyo dapat melihat Jimin mengetap rahangnya kuat. Wajahnya juga tegang. Untuk seketika, Jihyo berasa gerun dengan pandangan mata Jimin pada tika itu. Dia ada salah cakapkah?

Apabila Jimin melihat wajah Jihyo yang seakan ketakutan, dia cuba untuk mengawal riak wajahnya. Dia terus memandang wajah Jihyo dengan pandangan yang dingin

"Benda ini antara kita berdua. Tak ada kena-mengena dengan kawan kau. Tunggu aku dekat lobi nanti" seusai berkata begitu, Jimin terus pergi meninggalkan Jihyo dengan mata Jihyo yang terkelip-kelip

Jihyo mengeluh berat sebelum mengambil sketchbook yang dipegang Jimin sebentar tadi. Dia membelek setiap lukisan sebelum tangannya berhenti di sebuah lukisan. Tanpa sedar, dirinya tersenyum kecil dalam diam. Lukisan itu diusap dengan lembut bagai melepaskan rindu

"Saya rindu awak"













"Ishh..kat mana pulak Jimin letak game controller ni? Aku nak main ps4 pun tak senang" bebel Jhope sambil dia membuka laci milik Jimin satu-persatu

Apabila dia membuka laci yang terakhir, dia melihat ada sebuah kotak sederhana besar berwarna merah. Laju tangannya mencapai kotak itu sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi milik Jimin

Jhope terus membuka kotak tersebut dan terdapat beberapa keping gambar mereka. Dia tersenyum manis sambil membelek satu-persatu gambar mereka.

"Heol..banyaknya gambar yang kau ambik Park Pendek" Jhope tergelak sambil terus melihat gambar mereka

Tiba-tiba Jhope berhenti ketawa. Tangannya turut berhenti dari terus bergerak. Matanya terbuntang luas, rahangnya juga sudah jatuh seperti skru sudah tercabut. Gambar yang berada di depan matanya sekarang amat mengejutkan dirinya

"Eo? Song Jihyo?!" dia dengan kelam-kabut terus melihat lagi gambar itu dan terdapat beberapa keping lagi gambar milik Jihyo

Jhope menutup mulut tidak percaya. Gambar Jihyo yang jelas diambil secara senyap itu diperhati dengan mata yang terbuntang luas. Sungguh dia tidak menjangkakan ini

"Jimin suka Jihyo?" gumamnya sendiri

Perasaan terkejut tadi beransur hilang dan digantikan dengan senyuman seperti kera mendapat bunga. Dia membelek gambar Song Jihyo sambil tersenyum besar

" Pandai anak Park ambil gambar Jihyo senyap-senyap.. Kau suka Jihyo rupanya" Jhope menyusun kembali gambar-gambar tersebut sambil dirinya tersenyum kecil

Gambar-gambar itu disimpan di dalam kotak lalu kotak tersebut diletakkan di tempat asalnya. Niatnya yang ingin mencari game controller tadi terus hilang.

"Patutlah kau pilih Jihyo jadi partner kau. Rupanya ini sebabnya. Pura-pura menyampah konon"

"JUNG HOSEOK!! NEO EODIGA?!"

Jhope yang mendengar suara Jungkook terus keluar daripada bilik Jimin. Kelihatan Jungkook sudah berada di hadapan bilik Jimin. Sejak bila pula Jungkook berada di sini?

"Kau dah berapa lama dekat sini?" tanya Jhope. Takut juga kalau-kalau Jungkook terdengar apa yang dia bebelkan tadi dalam bilik Jimin

"Aku baru sampai sini sebab nak cari kau. Jumpa tak game controller?" Jungkook mnjeling sekilas tangan Jhope dan ternyata kosong. Dia menjeling Jhope tajam sebelum menunjal kepala Jhope sedikit kasar

"Arkk.. Wae?!" bengang Jhope dibuatnya. Apa salahnya sehingga dia diperlaku sebegini? Tak pasal-pasal dahinya yang tidak bersalah ini menjadi mangsa

"Aku suruh kau cari game controller bukannya pecah masuk bilik Jimin. Mentang-mentang Jimin tak ada, suka hati kau saja masuk bilik dia" bebel Jungkook sambil bercekak pinggang. Lagaknya saling tak tumpah seperti seorang bapa yang sedang memarahi anaknya yang mendapat keputusan teruk dalam peperiksaan

"Excuse me. I did. Aku cari dalam bilik Jimin sebab bilik dia sorang sahaja yang aku belum selongkar. Kau jangan suka-suki nak tuduh aku" balas Jhope geram

Jungkook hanya menjelirkan lidahnya lalu turun ke bawah untuk sambung bermain ps4. Jhope yang sedang kepanasan itu hanya dibiarkan begitu sahaja. Cemberut habis wajah Jhope apabila Jungkook berlalu pergi dengan begitu sahaja tanpa meminta maafi

Kebetulan Yoongi yang lalu di situ untuk menuruni tangga terus berhenti di hadapan Jhope sambil memeluk tubuh. Wajah Jhope yang masam itu dipandang dengan bersahaja

"Kau dah kenapa? Dah tak sayang muka kau yang buruk ni ke? Dah buruk jangan ditambah lagi buruknya" kata Yoongi bersahaja tanpa memikirkan perasaan Jhope yang sudah dilanda ombak itu

Kemudian Yoongi terus berlalu pergi meninggalkan Jhope seperti Jungkook. Jhope memandang pemergian Yoongi dengan panahan mata yang tajam sambil lalu menyepak angin bagaikan dia menyepak punggung Yoongi

"Apa yang tak kena dengan aku harini?!!!"






















Song Jihyo kadangkala menjeling ke arah Jimin dalam diam. Pemandangan yang terbentang di sebalik cermin kereta sewaan mereka itu menjadi singgahan mata Jihyo

Jimin yang berada di sebelah Jihyo hanya fokus dengan pemanduan tanpa mengeluarkan bunyi. Bahkan, bunyi radio juga tidak kedengaran kerana mereka tidak menghidupkannya. Namun, Jihyo yang berada di sebelah Jimin pada ketika ini sungguh tidak selesa

Suasana yang senyap ini membuatkan dia ingin melompat keluar dari kereta sewaan mereka. Dia hanya memandang ke arah luar sambil bermain dengan jarinya sendiri. Tetapi dia mempunyai satu persoalan dan ianya asyik berputar-putar di minda Jihyo

Bibir Jihyo kadangkala menggumam untuk bertanyakan soalan namun pantas ditarik semula kerana perasaan gugup di dalam dirinya. Wajah Jimin yang serius ketika memandu itu hanya diperhati dengan senyap

"Kau nak tanya apa Song Jihyo?" pertanyaan Jimin yang tiba-tiba menyentakkan Jihyo. Dia memandang ke arah Jimin dengan mata yang membular. Bingung seketika

Sebenarnya Jimin dari tadi lagi sudah perasan yang Jihyo seperti ingin menanyakan soalan. Pada mulanya, dia hanya ingin biarkan begitu sahaja namun melihatkan lagak Jihyo yang seperti perompak membuatkan dia tidak dapat menahan sabar

"Awak kata nak bawa saya ke tempat untuk saya melukis tapi tadi awak message saya supaya jangan bawa alatan saya. Sekarang kita berdua nak pergi mana?"

Akhirnya terlepas juga segala persoalan yang bermain di fikirannya. Sejurus dia naik ke dalam biliknya tadi, dia mendapat message daripada Jimin supaya tinggalkan segala alatan untuk melukis tetapi Jimin masih lagi tetap mahu keluar dan membawa Jihyo bersama

Jimin memandang sekilas ke arah Jihyo "Aku nak kau teman aku pergi siar-siar dekat sini"

Jawapan bersahaja daripada Jimin membuatkan Jihyo terkesima. Jihyo dibuat bungkam seketika. Apa maksud Jimin?

"Apa maksud awak? Kalau awak tak jadi nak buat kerja kita, wae awak kena bawak saya?" tanya Jihyo agak tidak berpuas hati dengan pernyataan Jimin

"Aku nak tengok-tengok kawasan sekeliling. Semalam kau dah keluar dengan tiang lampu kau tu jadi aku nak kau tunjukkan tempat yang kau dah pergi semalam" jawab Jimin tanpa memandang wajah Jihyo



















"Ni adalah tempat yang paling saya suka" Jihyo tersenyum manis sambil memandang kawasan yang paling diminati itu

Jimin yang berada di belakang Jihyo memandang sekilas di hadapan Jihyo sebelum berjalan dengan perlahan menuju ke sisi Jihyo

Jihyo tersenyum manis melihat pemandangan yang sedang terbentang luas di hadapan matanya sekarang. Dia melabuhkan punggungnya di salah satu bangku sambil matanya tak lepas dari melihat tempat yang disukainya

Jimin juga turut melabuhkan punggungnya di sebelah Jihyo sambil memerhati kawasa sekeliling.Pemandangan yang cantik ini membuatkan dia berasa tenang buat seketika

Halla Mountain yang terletak di Jeju Island menjadi pilihan Jihyo. Memang tidak dinafikan, dengan bunga-bungaan yang berwarna unggu ini membuatkan kawasan ini lebih menarik. Dan suasana yang aman tanpa bunyi enjin kenderaan membuatkan tempat ini bagaikan di syurga

Jihyo hanya tersenyum manis sambil melihat kawasan ini dan itu membuatkan suasana di antara mereka jeda buat seketika. Tanpa Jihyo sedari, Jimin setia memerhati wajah sisi miliknya sambil tersenyum kecil dan perkara ini hanya disedari oleh Jimin sendiri

"Awak tahu tak setiap orang yang hadir dalam hidup kita mempunyai makna yang tersendiri" kata Jihyo dengan tiba-tiba namun matanya masih lagi setia menikmati pemandangan

"Maksud kau?"

Jihyo terus memandang ke arah Jimin. Dia tersenyum kecil ke arah Jimin. Wajah Jimin yang sedingin ais membuatkan Jihyo tenang namun dalam pada masa yang sama dia berasa gembira kerana dia dapat bersama-sama Jimin

"Kesemua orang yang hadir dalam hidup kita bukanlah secara kebetulan tapi mempunyai maksud yang tersendiri. Sama ada dari aspek positif atau negatif" jawap Jihyo secara lembut

Jimin memandang wajah sisi Jihyo dengan lembut. Dia tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan tanda bersetuju dengan pernyataan Jihyo

"Sekarang aku tahu sebab apa"

"Eo?" Jihyo memandang Jimin dengan wajah yang keliru. Apa yang baru dikatakan Jimin sebentar tadi?

Mereka bertatapan mata buat masa yang agak lama. Jihyo memandang ke arah Jimin dengan penuh tanda tanya manakala Jimin memandang Jihyo dengan penuh lembut. Tiada lagi wajahnya yang selalu dingin dengan gadis-gadis lain

"Sekarang aku tahu kenapa kau hadir dalam hidup aku"

Dup Dap!! Dup Dap!!

Suara lembut dan raut wajah lembut milik jimin membuatkan jantung Jihyo berdegup dengan kencang. Dia melihat Jimin dengan matanya yang bergetar secara halus

Apa yang dimaksudkan Jimin?

-You're the most beautiful things in my life-

Vomment🐰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro