13|🍀avoid

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

P/s: Yaya mintak untuk korang baca chap ini dengan sad song please. Suapaya dapat menghayati😂

Kini sudah lebih daripada seminggu sejak mereka bertiga pulang dari Pulau Jeju. Dan dalam masa itu jugalah Jihyo dengan bersusah payah menghindari diri daripada Jimin.

Dia buntu. Apakah perasaannya yang mencintai dua namja dalam satu masa itu adalah benar? Kenapa perasaan ini harus hadir? Kenapa? Kenapa dirinya?

Sejak kejadian di mana Jimin mengungkapkan perasaan secara tiba-tiba pada tempoh hari membuatkan Jihyo semakin tidak keruan. Tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Dia bagaikan tidak percaya apabila Jimin juga mmpunyai perasaan yang sama seperti dirinya.

Gembira. Dia memang gembira apabila Jimin mencintai dirinya namun dalam masa yang sama dia buntu. Apakah perasaan Jimin itu benar atau hanyalah tipu semata-mata.

Bagaimana seorang mahasiswa yang paling digilai ramai gadis memilih dirinya yang hanyalah sekecil kuman? Yang tidak memiliki sebarang daya tarikan. Dia takut jika Jimin hanya mahu mempermainkan perasaannya.

"Jihyo. Jihyo tunggu aku" tersentak Jihyo apabila Jimin dengan tiba-tiba menjerit memecahkan keheningan di kaki lima koridor universiti. Nasib sahaja tiada seorangpun di situ. Jihyo menoleh ke belakang apabila mendengar derapan kaki Jimin.

Jihyo dengan lajunya mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu berjumpa dengan Jimin buat masa sekarang. Tak, bukan sekarang. Jimin pula sudah mendengus kegeraman apabila Jihyo sekali lagi cuba untuk lari darinya.

Dia dengan cepatnya lari menuju ke arah Jihyo yang semakin menjauh.

"Jihyo!! Jakkaman. Song Jihyo!!" terus lengan kiri milik Jihyo direntap dengan kuat dari arah belakang. Habis terpusing Jihyo ke belakang dengan laju. Wajah Jihyo yang terkejut itu membuatkan dia semakin berang.

"Kau cuba lari dari aku ke Song Jihyo?!" mata bundar Jihyo yang bergetar hebat itu ditenung dengan tajam. Tangannya masih lagi menggenggam erat lengan kiri milik Jihyo. Sesungguhnya dia marah dengan tindakan Jihyo ini.

Dia tidak suka. Tidak suka apabila Jihyo cuba menjauhkan dirinya sedangkan Jihyo secara terang-terangan sudah mengetahui isi hatinya.

Jihyo pula sudah mati kata. Wajah berang Jimin itu membuatkan dia gugup. Tangan Jimin yang berada di lengannya itu cuba untuk dileraikan namun ia hanyalah perbuatan yang sia-sia.

"An--anniya. Saya cuma ras--- Apa yang awak buat ni Park Jimin?!" terkejut Jihyo apabila Jimin secara tiba-tiba menarik dirinya menuju ke suatu tempat.

Jimin hanya mengendahkan suara Jihyo dan makin melajukan langkahnya. Rintihan dan rengekan Jihyo tidak dipedulikan. Wajahnya tegang tanpa sebarang reaksi. Tangannya menggenggam erat lengan kiri Jihyo. Tanpa dirinya sedar, genggamannya itu membuatkan Jihyo kesakitan.

"Park Jimin lepaskan saya! Awak! Saya sakitlah! Lepaskan saya Park Jimin!" Jihyo meronta-ronta untuk dilepaskan. Sungguh lengannya terasa sakit yang amat sekarang. Genggaman Jimin terlalu kuat sehingga dia tidak mampu untuk meleraikannya.

Apabila sudah sampai di tempat yang dituju, Jimin dengan kasar menarik Jihyo masuk ke dalam lalu mengunci pintu dari dalam. Badan kecil milik Jihyo terus didorong ke dinding lalu mengunci badan itu dengan melekapkan kedua tapak tangannya di kedua-dua sisi badan Jihyo.

Jimin memandang tajam ke arah wajah Jihyo yang sedang terkejut dengan semua perkara yang terjadi sekarang. Nafasnya memberat seiring dengan perasaannya sekarang. Marah dan geram dengan Song Jihyo.

"Kenapa awak bawa saya ke studio tarian?" Jihyo menyoal apabila dia menyedari di mana keberadaan mereka sekarang. Di dalam sebuah studio tarian. Namun studio yang sudah lama tidak digunakan dan usang.

"Wae? Wae kau lari dari aku Song Jihyo?! WAE?!" jerit Jimin secara tiba-tiba tepat di hadapan wajah Jihyo membuatkan Jihyo ketakutan. Wajah berang milik Jimin pada ketika ini tidak pernah dia lihat lagi.

"Apa masalah awak Park Jimin?! Apa yang awak tak puas hati?!" walaupun dia agak gugup dengan Jimin sekarang ini. Namun dia juga geram apabila Jimin tidak tentu pasal mengamuk di hadapannya sekarang.

Jimin dengan lajunya merangkul pinggang ramping milik Jihyo dengan kasar lalu ditarik mendekat dengan badannya. Kini tiada jurang di antara badan mereka. Jihyo terkesima apabila Jimin dengan beraninya merangkul pinggangnya.

Tidak semena-mena, jantungnya berdegup dengan laju apabila tiada lagi jurang di antara mereka. Nafasnya memberat. Panahan tajam anak mata Jimin melemahkan kakinya. Dan perasaan itu juga dirasai oleh Jimin. Jantungnya juga berdegup kencang.

"Wae kau seksa hati aku Song Jihyo? Wae Song Jihyo wae?! Kenapa hindari aku adalah jalan yang kau pilih? Kenapa kau biarkan aku tergapai-gapai meraih cinta kau Song Jihyo?"

Jihyo terkesima apabila Jimin melekapkan dahinya dengan dahi miliknya. Namun apa yang lebih mengejutkan, nada suara Jimin. Tiada lagi nada suara yang dingin ataupun kasar. Yang ada pada ketika ini hanyalah nada suara yang lemah dan sedih. Yang tidak pernah Jihyo dengarkan sebelum ini.

"Jawab aku Song Jihyo. Wae kau hindari aku? Wae kau buat aku terseksa?" desak Jimin lalu mengeratkan lagi rangkulannya pada pinggang ramping Jihyo. Mata Jihyo yang gugup itu ditenung penuh sayang.

Dia tidak sanggup. Dia tidak sanggup untuk menahan rasa cinta ini lagi. Setelah bertahun-tahun lamanya, akhirnya dia dapat mendekati Jihyo. Dan ianya tentu sukar. Kerana Jimin tahu, Jihyo masih lagi cintakan si 'dia'.

Biarlah pada saat ini, dia runtuhkan tembok ego yang selama ini dibina kukuh. Hanya untuk cintanya. Hanya untuk Song Jihyo. Gadis yang telah mencuri hatinya.

"Park Jimin. Tolong beri saya masa. Awak tak faham dengan situasi saya sekarang " pujuk Jihyo lembut. Hatinya juga terseksa apabila melihat Jimin seperti ini. Mahu sahaja dia bilang yang dia juga mencintai namja ini.

Namun dia tidak punya kekuatan. Kekuatan untuk mencari perasaannya yang sebenar terhadap namja ini. Dia sedih apabila memikirkan cinta pertamanya. Namun, dia juga sedih apabila memikirkan perasaan cintanya terhadap Park Jimin. Ah gila.

Bagaiman dia boleh mencintai dua namja dalam satu masa?

Jimin mengeluh berat sebelum tangannya yang satu lagi naik mengusap pipi mulus Jihyo. Nafasnya kini tidak teratur. Rasa sesak di dada ini membunuhnya. Kenapa Song Jihyo? Kenapa?

"Apa yang aku tak faham Song Jihyo? Aku cintakan kau Song Jihyo. Aku cintakan kau. Setelah bertahun lamanya aku menanggung perasaan ini, akhirnya aku menguatkan diri untuk melafazkannya" wajah terkejut Jihyo itu diamati. Tangannya masih lagi tidak lepas dari memeluk pinggang dan mengusap pipi Jihyo.

Hanya untuk seketika, biarlah mereka berada dalam posisi ini.

"Tak Park Jimin. Awak tak faham. Awak tak faham dengan situasi saya" dengan segala kudratnya, dia menolak lembut kedua-dua tangan Jimin supaya menjauh. Kemudian badan Jimin di tolak lembut ke belakang. Tidak mahu berdiri terlalu dekat dengannya.

"Maafkan saya Park Jimin tapi saya belum bersedia. Tolong jangan ganggu saya lagi. Mianhe"

Sejurus Jihyo berkata begitu, dia terus pergi meninggalkan Jimin yang tercengang di tempatnya sendiri. Tanpa Jihyo sedar, air matanya mengalir di pipi. Sedih kerana terpaksa menyiksa kedua-dua perasaan.

Jimin pula hanya melihat pemergian Jihyo dengan ekor matanya sahaja. Ayat Jihyo masih lagi terngiang-ngiang di benak fikirannya. Apakah ini dimaksudkan dengan kesakitan yang tiada maknanya?

"Saranghae Jihyo-ya"




















[Jihyo's Apartment]

"Apa yang aku tak faham Song Jihyo? Aku cintakan kau Song Jihyo. Aku cintakan kau. Setelah bertahun lamanya aku menanggung perasaan ini, akhirnya aku menguatkan diri untuk melafazkannya"

Ayat yang mengatakan bahawa Jimin mencintainya masih lagi terngiang-ngiang di fikirannya. Jihyo mengeluh berat buat kesekian kalinya di atas sofa. Matanya memandang ke satu bingkai gambar yang terletak di sebelah televisyen.

"Ottokae? Saya masih cintakan awak Joshua. Tapi saya juga cintakan Park Jimin. Hahaha. Terukkan saya? Mencintai dua namja. Saya rindu awak Joshua. Saya perlukan awak sekarang--hiks--hiks"

(Flashback)

Joshua tersenyum manis apabila melihat Jihyo yang sedang khusyuk melukis. Wajah Jihyo yang comot akibat daripada cat air membuatkan Jihyo tampak lebih comel.

"Chagi-ya" panggil Joshua lalu berdiri betul-betul di sisi kanan Jihyo. Bahu Jihyo dipeluk lalu ditarik untuk berdiri.

"Awak--jakkaman. Saya tak habis melukis lagi" Jihyo cuba untuk duduk kembali namum Joshua menggunakan seluruh kekuatannya dan mengangkat Jihyo gaya bridal style.

"OMMA!!" akibat terlalu terkejut, Jihyo dengan drastiknya merangkul leher Joshua agar tidak terjatuh. Wajah Joshua ditenung geram. Dia tidak siap lagi dengan lukisannya. Manakala Joshua hanya tersenyum manis lalu membawa Jihyo ke ruang tamu.

Sesudah sampainya mereka di ruang tamu apartment Jihyo, Joshua membaringkan Jihyo ke atas sofa lalu tubuh kecil itu ditindih olehnya. Wajah cantik Jihyo ditenung dengan penuh perasaan cinta.

"Awak tak apa-apa? Waeyo?" ujar Jihyo lembut. Dia sedikit hairan dengan tindakan Joshua hari ini. Ada apa-apa yang berlakukah?

"Awak cintakan saya Song Jihyo?" Joshua mendekatkan wajahnya dengan wajah Jihyo lalu tangannya naik mengusap pipi Jihyo yang comot.

"Anniy. Saya bencikan awak. Benci sangat-sangat " jawab Jihyo lalu tergelak kecil. Gembira apabila melihat wajah Joshua yang tersenyum lebar itu.

"Arro. Dan saya juga cintakan awak Song Jihyo. Awak adalah cinta pertama dan cinta terakhir saya." kalini tangannya dialihkan untuk mengusap ubun-ubun kepala Jihyo.

"Janji dengan saya satu perkara" Joshua merenung wajah Jihyo dengan dalam. Sungguh dia terlalu cintakan gadis kecil ini. Hanya gadis ini.

Jihyo hanya diam menanti kata-kata Joshua yang seterusnya. Tangannya juga naik untuk bermain demgan anak rambut milik Joshua. Sesekali dia tersenyum manis apabila melihat wajah namja yang dicintainya.

"Jika ditakdirkan saya pergi tinggalkan awak, janji dengan saya yang awak akan mencari kebahagian yang lain."

Terus menghilang senyuman di wajah Jihyo apabila Joshua berkata begitu. Dengan cepatnya, dia menolak badan Joshua supaya bangun dari terus berada di atas badannya. Kemudian Jihyo duduk bersila di atas sofa tanpa memandang wajah Joshua.

"Apa maksud awak? Awak nak tinggalkan saya? Itu maksud awak Joshua?" Entah mengapa dia tiba-tiba berasa sebak. Tak dia tidak sanggup ditinggalkan. Bukan sekarang masanya

Joshua mengeluh berat sebelum kedua tangannya naik menekap di kedua-dua sisi kepala Jihyo. Kemudian, kepala Jihyo ditarik lembut agar dia dapat melihat wajah Jihyo. Dia senyum lemah apabila wajah sedih Jihyo sudah kelihatan.

"Bukan itu maksud saya. Kita tidak akan jangka perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Saya cuma mahu awak bersedia. Bersedia tinggalkan saya"

Akhirnya tumpah juga air mata Jihyo apabila mendengar kata-kata Joshua. Dia tidak sanggup. Dia tidak bersedia untuk kehilangan Joshua. Joshua adalah separuh hatinya.

Joshua terus menarik Jihyo masuk ke dalam pelukannya. Dia juga turut menumpahkan air matanya kerana gadis ini. Gadis yang paling dicintainya. Tidak berniat sama sekali untuk menyakitkan hati gadis ini.

"Please find your own happiness when I gone"

(Flashback end)

Setiap bait-bait kata Joshua pada hari itu masih lagi terdengar jelas di telinganya. Joshua, seorang namja yang pernah menjadi separuh hatinya. Yang membuatnya sentiasa tersenyum. Dan yang telah melukakan hatinya.

"Sampai-hiks-hati awak-hiks-Joshua. Hiks-hiks. Wae?hiks-hiks. Wae-awak-tinggalkan-saya?-hiks-hiks"

Jihyo memeluk kedua lutut lalu mukanya disembamkan di situ. Air matanya tidak henti-henti mengalir dengan deras. Sakit, sesak. Itulah yang dirasakan di hati Jihyo pada ketika ini.

Seandainya Joshua masih lagi di sini, dia pasti tidak akan ada namja lain yang boleh masuk ke dalam hatinya. Termasuklah Park Jimin. Namja yang telah masuk ke dalam hatinya sekarang. Yang telah membuatkan dirinya terseksa pada ketika ini.

Betapa sakitnya hati ini. Terasa sesak di dada yang membuatnya sukar untuk bernafas. Keliru dengan perasaan sendiri adalah perkara yang paling teruk. Tidak dapat melihat kebahagian yang ingin dikecapinya. Semua itu adalah perkara yang dialami oleh Song Jihyo pada ketika ini.

-I tried to forget you, but the harder I tried, the more I thought about you-

Vomment anda amat saya hargai🐼

P/s: sekarang korang semua dah tahu kan siapa namja Jihyo pada ketika dulu? Dah lega ke hati apabila dapat tahu siapa namja itu? Hahahaha...tapi macam mna pulak dgn 'hero' Jihyo? Insiden apa yg berlaku pada Jihyo? Korang x tahu lagi kan? Hahahahaha *evil laugh*😈😈...stay tune okay...muah💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro