II - f i v e

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Maaf atas kelewatan dan kehambaran.
Huhu
Have fun reading

now on air : maniac

|| chapter 5

Huh.

Sudah entah berapa juta kali keluhan berat meniti dibibirnya. Pandangan dibuang ke arah matahari yang sedang terbenam di balik bukit.

Keindahan permandangan matahari di ufuk barat itu mengingatkannya pada Adalyn yang gemar memerhatikan keindahan ciptaan Tuhan itu.

Jungkook tersenyum pahit.

"Semoga kau bahagia dengan Darren, Ad."

Kotak cincin dalam genggamannya kembali disimpan di dalam poket. Jungkook turun dari bonet kereta dan berjalan ke pintu. Dia terpandang sebuah kafe yang terletak berhampiran.

Tangan diseluk ke dalam poket jaket hitam yang dipakai, Jungkook melangkah ke dalam kafe dan melihat kawasan sekeliling. Ada orang, cuma tak ramai.

"Welcome..!"

Seorang gadis bermata hijau menegur sambil berjalan mendekati Jungkook. Senyuman gadis itu dibalas kekok. "Have a sit." Dia melabuhkan punggung dan segera melarikan anak mata. "Umm.. Nak minum apa?"

"Iced latte, please." Gadis itu mengangguk sekilas dan kembali ke dapur untuk menyiapkan pesanan. Hiasan dalam kafe itu menarik perhatian Jungkook. Vintage, nampak klasik.

Matanya bersatu dengan renungan si gadis tadi. Gadis itu terpana dan terus melarikan diri. Uih, kantoi ah usha.

"Apa hal budak tu.." Jungkook tertawa halus seraya mengeluarkan telefonnya yang bergetar di dalam poket.

Jimin Pendek
accept || decline

"Kook, kau kat mana?! Mahu luruh jantung aku tengok kau takde dalam bilik kau!"
"Aku keluar kejap je. Takyahlah gelabah sangat macam aku kena culik."
"Aku nak guna kereta, gila! Kau ni kacaulah!"
"Pergilah panggil grab. Aduh. Dahlah, bye."
"Eh eh, woi!-"

Panggilan dari Jimin ditamatkan. Jungkook tersengih puas membuli Jimin sebegitu semasa mereka masih berada di Berlin. Alah, bukan selalu.

Yelah tu bukan selalu, Kook.

"Ini lattenya." Cawan berisi latte sejuk diletakkan dihadapan Jungkook. Jejaka itu mengangguk dan langsung tak memandang gadis yang menghantar minumannya.

Dan gadis itu hanya terkebil-kebil ditepi meja seakan menunggu sesuatu keluar dari bibir Jungkook.

Keningnya terangkat, Jungkook memandang gadis itu memohon penjelasan. Dah kenapa tetiba nak berdiri tepi meja orang pulak ni?

"Apa?" Soal Jungkook dengan nada annoyed. Gadis itu mengerutkan dahi, tangannya diangkat meminta sesuatu. "Duitnya, encik. 1 Euro." Balasnya sambil menjeling.

Eh eh kau.

"Lain kali cakap. Bukannya berdiri kat situ macam tunggul." Sempat pesanan pedas dititip bersama dengan satu not euro yang diletakkan di atas tangan gadis itu. Gadis itu tergelak kecil, namun bernada sinis.

Amboi nak lawan nampak.

"Sudahlah. Muka je handsome, tapi poyo."

Jungkook menggetap gigi memandang figura gadis yang baru sahaja cakap dia poyo sebentar tadi berjalan dengan selamba ke kaunter. Mereka berbalas jelingan sesaat sebelum gadis itu bergegas ke dapur apabila namanya dilaung.

"Sophia! Tolong ni, kat dapur!"
"Coming, mom!"

"Sophia.." Nama gadis itu disebut perlahan. Jungkook tersenyum, dagu ditongkat. Matanya galak menanti kehadiran Sophia di kaunter semula. "Ada dekat depan, mommy. Wait a second-"

Sophia yang sedang sibuk mencari sesuatu di rak berdekatan kaunter menghentikan pergerakan apabila menyedari Jungkook sedang memandang ke arahnya dengan senyuman. Kotak yang dicari dipeluk, pintu rak ditutup. Sophia menjeling jengkel.

"Ugh, verrückt."

Dia berbisik pada diri sendiri sebelum berlalu ke dapur.

"Eii, jeling aku? Heol, Jeon Jungkook senyum kot." Jungkook mendesis tak puas hati saat Sophia hanya memandangnya sebelah mata, langsung tak ambil pusing akan senyuman manis dari buaya darat made in Korea itu.

"Sophia. Sophia. Tunggu kau."

Jungkook merangka rancangan jahat untuk memasukkan gadis bermata hijau itu ke dalam perangkapnya.

❚❚ to be continued : maniac

edited - 060721.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro