Bab 19 : I LOVE YOU

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Awak nak apa-apa tak? Saya nak pergi cafe. " Soal Xander kepada Erika yang sedang khusyuk membaca not muzik.

" Saya ka?" soalnya pelik. Awak?

" Habistu siapa lagi yang ada kat sini?"

" Ouhh hehehe... Tak ada sesiapa. Tak pelah saya tak nak apa-apa. "

" Okay..."

" Kenapa dia baik dengan aku tiba-tiba ni?"
Erika semakin gusar memikirkan sikap Xander yang tiba-tiba baik kepadanya.

10 minit kemudian,

" Nah." satu cup minuman hot chocolate diletakkan di atas meja. Erika terus memandang Xander tidak berkelip.

" Apahal kau ni?"

" Saya tak mintak pun."

" Dah orang bagi tu ambik jelah! Banyak songeh pulak." Kata Xander sedikit kasar lalu duduk di hadapan sebuah piano.

Tidak lama kemudian, jari-jarinya mula menekan laju setiap keyboard piano mengikut not lagu yang diberikan kepadanya.

Erika yang mendengarnya mula menghentikan perbuatannya, dia mula terbuai dengan lagu yang dimainkan oleh lelaki itu.

Dia juga mula memejamkan mata. Dalam diam senyumannya terbit di hujung bibir. Sudah lama hatinya tidak setenang begitu. Hatinya pula seolah berbunga-bunga mendengar lagu yang dialunkan oleh Xander, lagu kegemarannya

Tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang membuatkan bulu romanya menegak.

" Xander?" desis hati Erika yang semakin cuak dengan tindakannya itu.

" Xander?" tanya Erika yang masih lagi berada di dalam pelukan Xander. Lama lelaki itu membatu membuatkan hatinya mula tidak tenteram. Dia yang mula berasa tidak selesa terus cuba meleraikan dakapan lelaki itu dari belakangnya. Permainan apa pula yang ingin dimainkan oleh lelaki ini?

" I love you..." bisiknya di telinga Erika. Dapat dirasakan hembusan nafas Xander membuatkan jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Erika yang terlalu terkejut dengan pengakuan Xander itu pula mendiamkan diri.

" Ap-apa awak cakap?" suara Erika semakin perlahan dan dia tidak betah berkata-kata. Dengan perlahan tubuh Erika dipusingkan menghadap Xander.

" I love you Erika..." Kata Xander dengan lembut dan senyuman yang penuh ikhlas. Matanya kini bertembung dengan lelaki itu. Entah mengapa jantungnya terasa seperti hendak meletup ketika itu. Dadanya mula berombak. Lama juga dia membatu membuatkan riak Xander pula mula berubah.

" Do you here me? I love you Erika" Erika tidak menjawab namun matanya sudah berkaca ketika itu. Entah mengapa hatinya berasa terlalu bahagia dan terharu mendengar pengakuan lelaki itu.

" I love you-"

" Woi pompuan!!" Kejut Xander kasar membuatkan dia tersedar dari mimpinya. Terkocoh-kocoh Erika menyusun kembali score yang sudah bersepah di atas meja. Rambut yang sedikit serabut dikemaskan ala kadar.

" Baru hari first latihan kau dah membuta?!" wajah Xander berubah merah padam. Sudahlah tidur, dikejutnya hampir setengah jam baru bangun. Mati ka apa?

Erika hanya memandang wajah Xander bingung.

" Dah puas buat taik mata? Dah balik. Kau tak berlatih apapun harini. Buang masa jer." terbuntang matanya ketika itu. Jam di handphone nya ditilik sekejap.

" Dah pukul lima petang?" soalnya sendiri tidak percaya. 3 jam dia tertidur?!

Bebel Xander laju lalu menyuruh Erika mengemaskan barangnya untuk keluar kerana dia diamanahkan oleh Puan Fazlina untuk mengunci bilik itu dan menyerahkannya kepadanya kembali.

" Dah kau baliklah dulu. Aku nak bagi kunci ni kat lecture." Erika hanya mengangguk lalu laju meninggalkan lelaki itu.

Selepas merasakan dirinya jauh dari bilik muzik Erika melihat sekelilingnya.

" Arghhhh! Malunya! Macam mana aku boleh tertidur? Mimpi benda yang bukan-bukan pulak tu!" Erika mengetuk kepalanya sendiri lalu cepat berlari meninggalkan kawasan itu.

Xander yang berada di belakang sebalik tiang dinding tersenyum. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga melihat wajah bersih dan polos gadis itu.

Lama dia memerhati wajah gadis itu ketika tidur. Tidak dinafikan Erika memang cantik dan mampu membuatkan jantungnya berdebar. Namun dia yakin bahawa sikap Ika yang periang dan baik hati telah menarik perhatiannya terlebih dahulu. Hatinya sentiasa berasa berdebar namun bahagia di samping Erika.

" I love you" tiba-tiba perkataan yang disebut oleh Erika semasa dia sedang tidur menerjah ke dalam kotak pemikirannya.

" Siapa yang dia mimpikan?"

...

" Saya dah cakap yang Ariq takkan setuju ambil alih empayar kita!" Tan Sri Aryan meninggikan suara ke arah Tan Sri Daris datuk kepada Ariq Xander.

" Kamu tahukan Ariq ialah orang satu-satunya cucu lelaki aku. Dia juga bakal mewarisi harta aku. Apapun yang berlaku, dia kena mewarisi empayar kita. Lagipun kau tahu, syarat pewaris empayar kita. Apapun yang berlaku aku nakkan Ariq Xander sebagai ketua empayar Vlad!" talian mereka terus diputuskan membuatkan Aryan merengus kasar sambil mengetuk mejanya kuat.

Dalam masa yang sama, Xander yang mendengar perbalahan antara kedua-dua orang tua itu membuatkan hatinya membara. Rahangnya diketap kasar dan tangannya digenggam kuat. Tanpa berlengah lagi, Xander terus meninggalkan rumah agam yang dianggapnya sebagai neraka di dunia itu.

To be continued...

So macam mana? Author dah nak start babak menarik cerita ni. Harap-haraplah tak kelaut sangat apa-apapun bagi yang sedang baca cerita ni please keep going okay. Byee

Comment and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro