Bab 23 : MALAM KESENIAN TERBUKA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Hai Erika!" sapa Anisa lalu memeluk Erika laju.

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Anisa iaitu Malam Kesenian Terbuka Universiti Malaya UM. Baru bagitahu diorang ni u apa kan? Hehehe lupa nak bagitahu.

Jam menunjukkan pukul 8:30 malam. Masa berbaki setengah jam sahaja lagi sebelum dia dan Xander membuat persembahan membuatkan darah gemuruh Erika menggunung. Dalam masa yang sama matanya meliar mencari seseorang.

" Kau takut eh?" Soal Anisa simpati.

" Aku takut sangat-sangat. Takut aku tak boleh habiskan lagu..." Anisa hanya menunduk sambil memeluk bahu sahabatnya itu tanda memberi semangat. Tidak lama kemudian, Anisa keluar dari belakang pentas dan menyertai penonton yang lain.

Dia menghantar pemergian Anisa dengan pandangan yang berat dan keluhan. Memori lalu terlayar di fikirannya ketika itu.

" Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku..." bisik Erika di dalam hati.

" Awak okay tak?" Kehadiran Xander secara mengejut di belakang Erika membuatkan badannya terhenjut sedikit, cepat-cepat gelang tangan yang dipakainya disorok.

Erika tidak membalas, hanya senyuman kelat terpamer diwajahnya.

' Kalau aku mati terkejut kau orang first aku bunuh.' Gumam Erika sendiri.

Wajah Erika yang sedikit pucat ditenung lama oleh Xander sebelum pandangannya jatuh kepada tangan Erika yang terketar-ketar.

" Awak baca bismillah sebelum naik pentas..." bisik Xander tenang membuatkan ketakutan Erika turut reda. Fuhh!! kuat betul penangan si Xander ni...hehehe...

Erika mengangguk lalu tersenyum sedikit untuk menenagkan jiwanya yang semakin kacau.

" Awak mesti boleh.." itulah kata-kata terakhir Xander sebelum nama mereka disebut untuk naik ke hadapan pentas.

" Bismillah hirahman nirrahim..." langkah kanan diatur menuju ke hadapan pentas dan senyuman paling manis dihadiahkan kepada para penonton.

...

" Nah air." Anisa menghulurkan segelas air oren kepada Erika. Dia tahu gugup rakannya itu masih belum reda.

" Thanks tau sebab buat semua ni untuk aku..." Kata Anisa menggenggam kedua belah tangan Erika lalu matanya berkaca.

" Welcome...macam mana aku main okay tak?"

" Cam gini! Mantop!" Sengaja Anisa menjawab begitu sambil jarinya membuat thumbs up di hadapan Erika. Erika pula sudah ketawa senang mendengar komen ikhlas dari rakannya itu.

" Wei, aku nak pergi tandas kejap." Erika meminta izin untuk ke tandas.

Saja nak tilik muka di hadapan cermin. Manalah tahu, wajahnya berubah buruk kerana peluh yang menitik-nitik sewaktu di belakang pentas tadi.

Tiba-tiba, tangan kanannya terasa kosong.

" Gelang aku."

Cemas Erika dibuatnya. Selepas mengetahui gelang tangan yang dipakainya tercicir membutkan dia tidak senang duduk. Tambahan pula, gelang itu ialah pemberian Xander.

" Ya Allah, janganlah orang curi gelang tu..." Mata Erika melilau di segenap audit sambil tertunduk-tunduk mencari di setiap laluan yang telah dilaluinya.

Dari dalam dewan, belakang pentas sehinggalah keliling luar dewan.

Tanpa berfikir panjang, Erika turut mencari di laluan belakang dewan. Walaupun dia tidak melalui kawasan itu sebelum ini.

" Kau cari benda ni ker Erika?" Soal seseorang dari arah belakang membuatkan Erika kaku. Intonasinya yang dingin membuatkan badannya terasa kejung dan seluruh badannya mula meremang.

Dalam masa yang sama, langkah orang di belakangnya itu semakin mendekat ke arahnya.

To be continued...

Apa yang akan terjadi lepasni?  Tunggulah kalau nak tahu... Tunggu tauu... Sayonara!

Comment and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro