Bab 36 : MY FIANCE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Macam mana Erika? Tak nampak pun bakal menantu mama?" Perli Puan Sri Marissa membuatkan Erika tersenyum kelat.

Dengan masa yang diberikan oleh ibunya itu membuatkan dia terima bakal suaminya itu dengan berlapang dada. Jodoh di tangan tuhan, kalau betul pilihan ibunya Insya Allah dia akan temui bahagia.

" Jadi kamu mengalah?"

" Tak. Erika terima dengan pilihan mama Erika percaya mama mesti nakkan yang terbaik untuk anak kesayangan mama ni kan..."

" Of course sweetheart." Ucap Puan Sri Marissa dengan rasa terharu lalu memeluk puterinya itu.

" Hai Erika long time no see." Kata Tan Sri sambil menuruni anak tangga rumahnya.

" Tak sabar nak jumpa bakal suami ker?" Usik ayahnya sambil mengenyit mata membuatkan dua anak beranak itu ketawa.

" Okaylah mama, Erika nak rest. Harini pun baru balik dari kerja."

" Ouhh...kesian dia yerr. It's okay we give you some space okay. Esok ada majlis nak berlangsung."

Erika sekadar ketawa kecil melihat tingkah ibunya itu. Excited benorr, macam dia yang nak bertunang.

Keesokan harinya,

Majlis pertunangan baru sahaja berlangsung. Erika hanya memandang gaun yang dipakainya dengan wajah kosong. Cantik,adakah tetapi adakah ini yang dia mahukan sebenarnya?

Sekali lagi dia menafikan tindakannya untuk bertunang dan bakal berumah tangga dengan lelaki yang tidak pernah diketahui kewujudannya.

" Termenung jauh nampak?" Tegur seseorang menghentikan lamunannya.

" Eh, Mak Long. Erika tak termenung pun"

" Alahhh, panggil mama jer. Tak lama lagi Erika akan jadi ahli keluarga ni juga."

" Okay mama..."

" Erika, sebenarnya ada sebab kenapa hubungan kamu dengan Ariq senyap selama enam tahun." Kata bakal Ibu mertuanya itu dengan rasa bersalah.

" Kenapa?"

" Kita duduk dulu, mama akan ceritakan kepada kamu." Lalu Erika mengiringinya untuk ke ruang tamu memandangkan tetamu yang hadir sudah pulang.

" Okay sebenarnya, family kita rahsiakan perkara ini demi kebaikan semua termasuk kamu."

" Apa yang mama nak ceritakan sebenarnya?"

" Okay, i just straight to the point. Sebenarnya, Ariq pernah mengalami kemalangan yang teruk empat tahun lepas."

" Ya Allah! kenapa Erika tak tahu apa-apa pasal ni?"

" Kami sengaja rahsiakan dari kamu sebab kamu tengah fokus study dan keadaan masa tu tak berapa baik untuk kamu berdua. Maafkan mama yer.."

" Takpe, Erika faham"

" Disebabkan kemalangan itu berlaku semasa dia sambung belajar di UK, kami terus menetap di sana sambil memberikan rawatan lanjut kepada dia."

" Kami dah balik sini setahun lepas. Cuma dia yang balik ke Malaysia tahun ni untuk uruskan syarikat di sini."

" Ouhh, maknanya dia dah sihatlah kan?"

" Yes, physically, but"

" But?"

" He has amnesia. So he forget everything scene that day "

" Including me..." Tanpa disedari mata Erika turut berkaca sedangkan dia sendiri tidak mengenali lelaki itu.
Perasaan simpati mungkin.

" Sampai sekarang ke mama?"

" Ye, tapi perangai dia berubah lebih baik selepas kemalangan tu. Dia pula dah teruskan kehidupan dia selepas dua tahun cuba untuk pulih. Matanya dia reda." Erika hanya tekun mendengar luahan hati bakal ibu mertuanya itu.

" Tapi mama tak tahu apa yang terjadi kalau dia dapat ingat semula."

" Kenapa?"

" Sebelum kemalangan tu, banyak perkara yang buruk terjadi dekat dia. Sebabtu juga dia bawa diri ke UK."

" Boleh saya tahu apa yang terjadi sebelumtu?" Soalan Erika tidak berjawab, hanya senyuman nipis dibalas

" Ouhhh... nampaknya banyak perkara yang saya perlu tahu tentang bakal suami saya ni." Seloroh Erika membuatkan wanita separuh abad itu tersenyum kembali.

" Tapi mama hairan sekarangni."

" Kenapa pula?"

" Bakal suami kamu ni sepatutnya dah datang untuk jumpa bakal isteri dia yang cantik ni." Puji wanita itu lagi membuatkan Erika tersenyum malu. Tidak lama selepas itu, dia ditinggalkan sendirian di ruang tamunya.

" Mana dia eh?" Gumam Erika sesekali sambil memerhati ke luar tingkap. Tiba-tiba rasa excited nak jumpa bakal suami. Hensem ke idokk eh? Tengok bakal bapa mertuanya tu boleh tahan.

Tidak sampai 10 minit, kedengaran pintu rumahnya diketuk lalu dijemput masuk oleh Puan Sri Marissa.

" Assalamualaikum aunty, lama tak jumpa." Sapa lelaki itu sambil menyalam tangan bakal ibu mertuanya.

" Waalaikumsalam Ariq, jemput masuk dulu."

" Erika, tunang kamu dah sampai ni." Panggil Puan Sri Marissa apabila melihat anak gadisnya itu masih menghadap televisyen sejak tadi. Bertuah punya budak...

" Ya mama?" Erika sekadar berpusing ke belakang untuk melihat lelaki itu.

" Awak?!"

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro