Bab 50 : PESANAN TERAKHIR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Panggilan nombor yang tidak dikenali mengalih perhatian Erika. Kerja yang bertimbun di atas meja kerjanya ditinggalkan dan telefonnya dicapai laju.

" Assalamualaikum, ye saya anak Tan Sri Zarif." Beberapa saat kemudian, air mata Erika mengalir perlahan.

" Ba-baiklah sa- saya akan ke sana." Jawab Erika dengan wajah pucat. Selepas talian ditamatkan, Erika terus mencapai beg tangannya dan menuju ke arah Dania setiausahanya.

" Dania, saya nak kena pergi hospital sekarangni. Parents saya kemalangan." Kata Erika lemah.

Tidak membuang masa keluar dari pejabat dan memandu ke hospital.

Masuk sahaja ke dalam hospital, Erika terus mencari was kecemasan yang menempatkan Tan Sri Zarif Dan Puan Sri Marissa.

Erika terus menghubungi Xander dan ibu bapa mertuanya tentang kemalangan yang ditimpa oleh mama dan papa Erika.

Beberapa minit kemudian Xander tiba di sisi Erika dan tepat pada masanya seorang doktor memanggil Erika dengan wajah sugul.

" Macam mana dengan ibu bapa saya doktor?" Soal Erika panik.

" Maafkan saya, Tan Sri Zarif dan Puan Sri Marissa tidak dapat diselamatkan." Bagai disambar petir, jantung Erika seakan terhenti seketika dan dia rebah di pangkuan Xander.

...

Erika memegangang batu nisan yang berada di hadapannya dengan linangan air mata.

" Sabar Erika..." Belakang Erika diurut perlahan oleh Anisa bagi menenangkan sahabatnya itu. Sesungguhnya dia juga turut terkesan dengan pemergian ibu dan bapa Erika kerana layanan yang pernah diberikan kepadanya seperti anak sendiri.

Setelah hampir setengah jam Erika membatu di hadapan kubur arwah Tan Sri Zarif dan Puan Sri Marissa, akhirnya dia berjaya dipujuk oleh Xander dan Anisa untuk pulang ke rumah ibu bapa mertuanya. Di dalam keadaan sekarang ini, dia tidak boleh ditinggalkan berseorangan di rumah kerana emosinya masih belum stabil.

Sampai sahaja di rumah agam Tan Sri Aryan dan Puan Sri Melissa, Erika terus mengatur langkah ke tingkat atas tanpa sebarang kata.

" Maaflah sebab Erika tak hantar kau balik." Ujar Xander kepada Anisa dengan senyuman nipis.

" Tak apalah Xander. Saya faham sangat keadaan dia sekarangni." Kata Anisa meminta diri untuk pulang.

Xander mengatur langkah ke biliknya lalu pintu diketuk perlahan. Selepas tiada sahutan dari dalam bilik, Xander membuka pintu biliknya untuk melihat keadaan isterinya itu.

" Sayang sabar yer, semua ni ada hikmahnya." Kata Xander menarik Erika di dalam pelukannya. Seperti yang disangka, tangisan Erika akhirnya pecah sekali lagi. Dia memang ingin Erika melepaskan segala yang terbuku di hati mungkin itu sahaja cara untuk menenangkan gadis itu.

" Isk..isk..ke-kenapa diorang tinggalkan Erika seorang kat dunia ni?" Bentak Erika nangis teresak-esak.

" Jangan cakap macamtu sayang...semua ni qada'dan qadar Allah. Kita kena terima dengan reda. Lagipun abang masih ada dekat sini. Ramai lagi yang sayangkan Erika." Nasihat Xander dengan pandangan sayu. Sungguh dia tidak berdaya melihat isterinya mengalirkan air mata, dia turut berasa sebak.

" I need time alone." Bisik Erika meleraikan pelukannya. Xander pula hanya mengikut kehendak isterinya lalu keluar dari bilik dan menutup pintu biliknya.

" Erika tak nak keluar?" Soal Tan Sri Aryan kepada anak sulungnya yang baru sahaja turun ke tingkat bawah. Xander hanya menggeleng dengan keluhan berat begitu juga dengan Tan Sri Aryan.

Puan Sri Melissa juga berkelakuan yang sama. Siapa yang tidak sedih jika satu-satu adik kandungnya telah meninggalkannya terlebih dahulu. Mujur mereka sempat bertemu kembali selepas Marissa dibuang keluarga berabad yang lalu.

Di dalam bilik Xander,

" Kenapa mama dan papa tinggalkan Erika?" Soal Erika masih tidak dapat menerima kenyataan.

Erika memeluk gambar keluarganya dengan cucuran air mata.
Sukar untuk menerima kenyataan bahawa ibu bapanya sudah meninggalkan dia bersendirian. Jika dia tahu keadaan akan berlaku seperti sekarang ini, dia akan mengikut mereka bercuti ke Melaka.

Dalam tangisan, Erika teringat kembali pada perbualan terakhir antara dia dan ibu bapanya sewaktu mereka ingin berangkat ke Melaka.

Flashback,

" Mama dengan papa tak kisah ker Erika tak pergi sekali?" Soal Erika rasa bersalah. Disebabkan Lydia yang baru sahaja dibuang kerja, kerjanya pula semakin bertambah.

" It's okay sweetheart, kami pergi tiga hari jer." Puan Sri Marissa memeluk Erika erat. Walaupun hanya tiga hari, berat hatinya ingin meninggalkan anak gadis kesayangannya.

" Mama bersyukur sangat masih sempat memberi sepenuh kasih sayang mama kepada kamu walaupun dulu kami pernah sisihkan kamu." Kata Puan Sri Marissa tiba-tiba dengan lenangan air mata.

" Alaa..mama ni, janganlah sedih. Lepas mama balik dari Melaka Erika akan datang sini jenguk mama dan papa. Bolehkan abang?" Erika meminta keizinan si suami yang berada di sisi.

" Ariq, ingat pesan papa jaga puteri kami ni dengan nyawa kamu sendiri kerana dia ialah nyawa kami." Xander hanya tersenyum mendengar pesanan Tan Sri Zarif tetapi tidak bagi Erika. Dia merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik pesanan ringkas itu.

" Ishh apa mama dengan papa cakapkan ni? kita akan berjumpa lagikan lepasni?" Seloroh Erika tersenyum riang, namun mama dan papanya hanya memandang antara satu sama lain tanpa sebarang reaksi.

" Papa sayangkan kamu berdua tau. Jaga diri baik-baik. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang."

" Insya Allah..." Jawab Xander dan Erika.

" Bye sweetheart, kami pergi dulu." Ujar Puan Sri Marissa memeluk dan mencium pipi puteri kesayangannya lama diikuti dengan Tan Sri Zarif. Xander pula menyalam dan memeluk kedua ibu bapa mertuanya itu sebelum menghantar mereka ke dalam kereta.

End Flashback,

To be continued...

Dengan ini, berakhirlah kisah Tan Sri Zarif dan Puan Sri Marissa di dalam Hatred Love ini. Kita sambung di bab yang seterusnya yer.Sayonara..

Comment and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro